Tuesday, February 10, 2009

ke bawah duli sultan~



mereka kata sultan bodoh....
tak tahu pasal undang-undang...
main suka hati je nak buat keputusan...
padahal bukan di bawah bidang kuasa dia pun...

mereka kata sultan sengal...
sebab bagi BN kuasai perak...
tak nak bubar adun...
lepas tue slumber jek buat perlantikan MB perak yang baru...

mereka kata nak saman sultan...
nak bawa ke muka pengadilan...
biar undang-undang yang mengadili....
baru tahu kuasa sultan setakat mana je,...

mereka siap buat rusuhan...
tak puas hati dengan sultan...
sebab tetap ikut suruhan BN...
dan menganggap MB baru tidak sah...

tapi...

aku tetap yakin dengan keputusan sultan azlan shah...
adalah betul...
berlandaskan undang-undang...
kerana aku tahu...
sultan azlan shah
pernah menjadi KETUA HAKIM NEGARA

maka bodohlah mereka yang nak heret sultan ke muka pengadilan...
sebab tue pagi tadi tak tengok pun muka mereka kat mahkamah tinggi perak...
sebab mereka tahu...
yang sultan azlan shah...
membuat keputusan berlandaskan undang-undang...

pada mereka yang masih derhaka...
fikirlah balik...
ingat pada rukun negara...
kesetiaan kepada raja dan negara



alif ba ta: walaupun negeriku tidak mempunyai sultan....aku tetap menyanjung sultan negeri-negeri lain...

5 pengkritk ceritera duniaku:

patungcendana said...

ya allah yang maha kuasa
lanjutkan usia duli yang maha mula
dirgahayu
darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
ya allah
selamatkan
kebawah duli
raja kami...

lagu negeri pahang darul makmur...:-)

sultan azlan is one of the most intelligent sulta in malaysia...pendapat i la...

Mr Final said...

tehehe...

iZIN LALuan~

YAB PM, saye nak bertanye... seorang imam itu maksumkah?

jumapx said...

to madam...
gituw mdm...
siap nyanyi lagu lagi...he3
yah...i agree with u...

to Mr Final...

yang berhormat...
sah2 la imam tue tak maksum...
hanya rasul je yang maksum...

kaedahnya...
dalam kes perak nie...
sultan dah pun bt keputusan berlandaskan undang2...

bacala blog nie...

http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/02/07/krisis-di-perak-penjelasan-dari-sudut-undang-undang-penyokong-pakatan-harap-baca/#more-1603

terbidas~...
lalalalala..

hehehe...

Mr Final said...

Wah.. PM semakin efisyen..

dalam blog tersebut, kebanyakkan hujah adalah berdasarkan persepsi bukan... sengaja nak wujudkan unsur2 keraguan

Jika merujuk kepada artikel2 dimedia kebanyakkannya mengatakan isu perlembagaan tersebut berada dalam kawasan kelabu.

Pertama isu, sama ada Sultan Boleh memecat MB... cuba baca balik artikel tersebut, adekah wujud akta dan frasa khusus bidang kuasa memecat disebut? yang wujud kini hanya melantik.

Hung parlimen, cube bace pendapat pertama penulis, beliau bersetuju untuk perlu diadakan P/raya semula.

BN? majoriti tipis?? Mohon panduan BN adelah sebuah blok, PR juga adalah sebuah blok, parti bebas entiti independen, kurang tepat mengatakan BN kuasai 3 majoriti

Penulis tersebut juga menulis, tentang tiada kaedah khusus voice of no confidence? Betul ka..? Kalau tiaa bukan ke kene merujuk kepada Konvensyen dan amalan demokratik lain, kita juga meminjam undang2 commonwealth, bukan ke perlu juga merujuk kaedah tersebut, Voice of No Confidence, baru2 ini ditunjukkan dekat sahaja, di negara Thailand... lihat bagaimana PM bertukar, juga boleh melihat di negara Indonesia juga Gusdur kepada Megawati. Inilah cara demokrasi yg betul. Hee

Alasan telah berjumpa sultan, boleh terima ke?? Sebelum ini ADUN2 PR pun telah menandatangani surat dan berjumpa SUltan sebelum pembentukan kerajaan, roboh juga kerajaan nya sekarang, yang perjumpaan baru ini.. valid juga ke lagi kalau kaedah same nampaknya tidak berhasil??

Lontarkan persoalan, hilang beberapa hari, , ubah pendirian... terus jatuhkan kerajaan, tidak rase ker wujud unsur2 kesangsian, Sultan patut menyiasat dahulu isu ini. Tambahan yang lompat bakal hadapi hilang kelayakan ADUN kerana isu rasuah..

Ok laa cukup sampi sini... ngeeee

jumapx said...

to Mr Final...
terpulang la pada mr.final...
itu semua cuma pendirian dan pendapat alif ba ta...

apa yang paling ptg ialah...
sultan tetap sultan walaupun sebenarnya kita serupa dengan mereka...

kita..tetap juga kita..hanya rakyat biasa...yang bersuara tidak di dengari...

buatlah apa saja...nak saman ke mahkamah ke...or sbgnya...

tiada yang mampu kita lakukan...selagi pemerintahnya adalah BN...

BN lagi licik berbanding pakatan rakyat...sebab mereka memegang kuasa...

tapi ingat...
sejarah membuktikan...
yang berkuasa tidak akan sentiasa berkuasa....
kerajaan melaka yang unggul bisa jatuh teruk...sehinggakan sekarang tiada lagi zaman ke masyuran melaka...

maka itu juga boleh terjadi kepada BN...

walauapapun yang terjadi...
daulat tuanku yang kita kena jaga...

tapi jangan jadi seperti tuah...setia tak bertempat...bukan bermaksud kena jadi jebat pula...

jadilah seperti rakyat yang pernah berikrar pada rukun negara...ingat!!!
kita pernah melafazkannya...

kesetiaan kepada raja dan negara~

Popular Posts

Popular Posts since May 2010