Tuesday, February 24, 2009

menunggu rembulan



dulu...
puas aku mengejar pelangi

kerana ku sangkakan
dia mampu untuk mewarnai hidupku...

malangnya
hanya aku yang terlebih
sedangkan dia
hanya senyum melihat aku
tanpa pernah cuba mencalit sedikit warna pelangi...

kini...

aku berjanji pada diri..

usah lagi mengejar
sesuatu yang tak pasti
kerana...

hanya letih dan penat yang akan menanti...


namun...
tatkala aku cuba untuk berhenti
dan hanya diam membisu

duduk di tepi sungai yang tidak mahu mengalir

aku melihat rembulan di malam hari

oh! indahnya rembulan itu...


lantas
hati ini berkata...

"akan ku tunggu engkau jatuh ke riba"




10 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

puisi ini adalah menefestasi seseorang yg tidak mahu blajar dari sejarahnya...

jumapx said...

to mr.final...
benar kata mr.final...
puisi ini juga untuk org yg tak pernah kenal erti putus asa...he3

Mr Final said...

ala ala detemination gitew eh...

tp sbnrnyer hamba agak pengsang dan boink bace frasa di baris 16

duduk di tepi sungai yang tidak mahu mengalir


sungai x mahu mengalir? wujudkker?? perlu ker frasa nih.. x nampak korelasi.. dgn frasa diatas mahupun dibawah nyer...

mohon agar tuan hamba penukil bait2 tersebut memberi penjelasan

DuNia seOraNg pEriNdu said...

kebahagian tersedia untuk mereka yang menanti...
tapi persoalannya,,sampai bila harus begini...menanti dan terus menanti...

jumapx said...

to mr.final...
ala saja je tambah ayat tue...
ala2 bt org boink skejap...ha3
actually time bt tue mmg xde...
cuma nak bg 'diva" sikit kan...
hahahaha

to dunia seorang perindu...
biar terus menanti
kerana setiap penantian akan ada kesudahan...meskipun penat utk menanti...

patungcendana said...

nak tinggal kat bukit bukan bererti takut dilambung ombak, yang berhormat...tinggal kat bukit supaya senang nak petik bintang...hehehe...

ps...ada ke sungai yang tak mengalir?

jumapx said...

to patung cendana...
mcm tergapai je bintang tu kan...he3

sape kata sg xmgalir xde? adalah....
sg.alif ba ta...ha3

patungcendana said...

hehehe...tasik la...kalau x mengalir tu...tasik indah yang beracun...

addyaholix said...

jangan cuma tunggu bulan jatuh, kau perlu usaha untuk gapai. mungkin bila kau mampu gapai bulan, bintang pon mampu yang pegang!

jumapx said...

to patung cendana...
xnak tasik...
tetap nak sg yang tak mahu mengalir...he3

to addyholix...
aku sedang berusaha untuk menggapainya...tq

Popular Posts

Popular Posts since May 2010