Friday, February 13, 2009

perjuangan mereka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
semoga di hari penghulu segala hari ini....ianya membawa seribu kebaikan berbanding hari semalam...

tatkala ada di kalangan kita sibuk berbicara mengenai politik malaysia yang kian jijik dan muak untuk aku ambil tahu...(tapi tetap ambil tahu sebenarnya)...aku tersedar dengan satu perkara...

di antara parti-parti politik yang ada...apa asas perjuangan mereka...? adakah untuk memperjuangkan nasib rakyat...atau memperjuangkan keadilan kepada rakyat....atau untu kepentingan diri sendiri...

itu yang harus di fikir oleh setiap pasti-parti politik yang ada....

aku amat tertarik dengan kata-kata seorang rakan aku...ketika aku tengah boring mendengar ceramah AKPK di bawah subjek SOFT SKILL ( yang di bangga2kan oleh UMP kerana pelopor) aku sedikit pun tidak bangga...kerana jika begini caranya soft skill ini di jalankan...tak berkesan langsung...sangat laha...

maka...duk borak punya borak...sah-sah la aku akan borak mengenai politikkan...aku nie saja je tanya pendapat dia...kerana kebelakangan ini aku lebih suka bertanya pendapat orang berbanding memberi pendapat...aku sendiri juga tidak ketahui mengapa...mungkin sebab sudah bosan memberi pendapat yang sama...agaknya...

rakan aku nie asalya orang kelantan...alim gak la...merdu giler bila dia membaca ayat-ayat suci al-quran...apatah lagi bila dia azan...memang meremang bulu roma aku...bilalah aku nak jadi seperti dia...ehmmm...menunggu hidayah tiba....he3

banyaklah isu-isu politik malaysia kini yang kitorg borakkan....ceramah AKPK tu kitorg bt tak dengar jek...sebab boring...lagi pun lebih baik berborak benda yang menarik dan menyeronokkan dan dapat mengisi masa yang ada....

so...rakan aku nie terkeluar la satu perkataan...yang mengapa politik di malaysia nie seperti keadaan ini...ini sebab kerana perjuangan parti-parti politik nie lebih mengutamakan perkauman berbanding dengan agama sendiri...terutamanya parti yang mendapat majoriti di perak baru-baru ini...aku sebenarnya bersetuju dengan pendapat dia sebab...bila berbalik kepada objektif mengapa parti-parti ini di tubuhkan adalah kerana memang memperjuangakan kaum sendiri....dan membawa kaum yang mereka wakili ke arah yang cemerlang...memang itu tak salah...tapi sedar ataupun tidak...faktor politik perkauman inilah yang menyebabkan timbulnya sesuatu yang remeh-temeh dan rasanya tidak perlu pun utk di perbesar-besarkan...

bagi umat islam....seharusnya kita berbalik pada agama kita sendiri...agama yang aku rasa sentiasa ada jalan penyelesaian jika kita tahu mengkajinya....cuma kadang-kadang (bukan kadang-kadang tapi biasanya) umat islam terlalu malas untuk mengkaji (termasuk aku juga)...mengkaji dan mencari apa jalan penyelesaian...kita lebih mudah untuk mentafsir berdasarkan akal fikiran kita yang cetek....dan menyalahkan orang lain berdasarkan pemerhatian yang 'kasar' semata-mata tanpa pernah cuba untuk mengkaji...

siapa kata agama islam tidak boleh di terima oleh agama-agama lain jika agama islam di jadikan tunjang utama....kita banyak contoh yang cukup mudah...yang aku rasa semua orang tahu di negara kita sendiri....

cuma kita selalu mengaburi perjuangan agama dan di ganti dengan perjuangan perkauman....sehinggakan terkadang aku rasa pelik...ada sesetengah pemimpin parti-parti nie terlalu taksub dengan kaum sendiri...sehingga melebihi agama sendiri...biasalah dunia akhir zaman memang begitu agaknya...

tapi...aku tetap yakin jika perlembagaan malaysia kini meletakkan agama islam sebagai tunjang utama...pasti klausa-klausa ataupun perlembagaan yang tidak jelas tidak akan wujud sehinggakan timbul persoalan-persoalan yang di timbulkan berdasarkan tafsiran sendiri...sehinggakan mengelirukan rakyat sendiri...inilah masalahnya jika kita terlalu banyak mencilok perlembagaan british tanpa pernah cuba mengkaji semula dan menerapkan nilai-nilai islam...bila nak gubal sikit berlandaskan agama...mulalah takut...sebab tak nak kena batang hidung sendiri...

ok lah...aku rasa sampai sini jek...sbb skrg dah pukul 3.10am...aku nak tidur....
apa yang penting dalam perbuatan kita...
agama kita letakkan di puncak utama...
bukan terlalu taksub dengan kaum sendiri...
di kakhirat kelak...
kita beratur nak masuk syurga bukan soalan pertama di tanya 'anda kaum apa'?
tapi apa agamamu.....?


till d end...
salam dari alif ba ta...


alif ba ta: aku yang mencuba untuk menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri...hu3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010