Saturday, February 7, 2009

saman sultan...


Assalamualaikum....dan salam sejahtera...
semoga kebahagiaan sentiasa di sisi kita...

segala persoalan mengenai siapa yang memerintah kerajaan perak sudah pun terjawab....di mana sultan azlan syah sudah pun memperkenan bahawa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar perak yang ke-11 dan seterusnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah perak semula setelah jatuh ketangan pakatan rakyat pada pru ke 12 baru2 ini...dan dr.zambry pun sudah secara rasmi menjadi menteri besar perak setelah mengankat sumpah di hadapan sultan dan juga mereka2 yang berkenaan....walaupun timbul pelbagai masalah apabila pakatan rakyat cuba memulaukan angkat sumpah tersebut...

dalam keadaan ini...sekali lagi kekuasaan sultan dapat kita lihat...di mana sultan berhak untuk memperkenan atau pun tidak memperkenan sesuatu perkara...ini jelas menunjukkan bahwa kekuasaan sultan itu masih ada....dan tidaklah seperti yang konon2nya kita dengar bahawa kuasa sultan di malaysia semakin pudar....


dan buat kali ke-2...pakatan rakyat telah bertindak sebagai manusia yang tidak waras...kerana apa....ketika angkat sumpah menteri besar perak sebelum nie iaitu ir.nizar...pakatan rakyat juga menimbulkan kekecohan apabila memulaukan angkat sumpah tersebut...sedangkan ketika itu orang mereka sendiri yang mengangkat sumpah...di sini nampak sangat ketiadaan kesefahaman antara pakatan rakyat itu sendiri...kemudiannya ketika angkat sumpah menteri besar baru semalam pun...pakatan rakyat turut bertindak bodoh dengan membuat rusuhan serta menghalang kereta sultan azlan beserta kaum kerabatnya utk masuk ke dalam istana iskandariah...

inilah bila seorang rakyat malaysia terlupa dan tidak berpegang kepada rukun negara yang sepatutnya kita pegang sebagai anak malaysia....iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA....inilah yang terjadi....tak sedar diri dengan siapa mereka perlakukan perkara tersebut...bukannya kita cuba menyanjung sultan itu sebagai tuhan...tapi kita menyanjung mereka sebagai seorang pemerintah di dalam negara....kerana kita harus memandang kepada sejarah...bukan di lupakan sehingga kita alpa....siapa sultan sebenarnya...




dan inilah juga punca...bila seseorang yang mempunyai pendidikan tinggi sehingga mendapat gelaran IR yang aku rasa menjadi salah satu impian aku....bertindak di luar fikiran akal...apabila dengan mudah mengatakan ingin menyaman sultan!!!...sentap...berani gila nak melawan kekuasaan sultan...dengan mengatakan sultan tidak mengikut undang2 yang termaktub mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu. ini di jelaskan kepada wartawan oleh seorang peguam yang berangan di dunia ini kehakiman adalah sesuatu benda yang berkuasa iaitu karpal singh....yang mana memang selalu pun membuat kenyataan menderhaka kepada sultan...selain itu juga mereka turut ingin menyaman kerajaan BN....atas apa yang telah berlaku...



Ir.nizar berkata...beliau masih menteri besar yang sah kerana beliau tidak menghantar apa2 surat perletakan jawatan kepada sultan azlan...dan beliau hanya akan meletak jawatan jika ada sidang DUN khas dan dibawa usul tergempar bahawa beliau tiada majoriti... disaksikan orang ramai. Baru dibuktikan kepada rakyat beliau hilang majoriti....ir.nizar juga memfailkan sama kepada dr.zambry kerana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 ketika beliau belum meletak jawatan secara rasmi.

inilah keadaan di mana apabila tidak puas hati je...failkan saman....sedangkan mereka tidak sedar bahawa sultan azlan sendiri sudah menyuruh untuk ir.nizar meletakkan jawatan beliau...namun ir.nizar yang berdegil....dalam keadaan ini sultan berhak dalam membuat keputusan...samada memberi mandat kepada BN atau membubarkan adun....namun sultan memilih utk memberikan mandat kepada BN kerana mendapat majoriti....tindakan sultan masih termaktub dalam undang2....ir.nizar harus akur dengan keputusan ini seperti mana beliau aku di lantik menteri besar yang ke-10....

usahlah kita terlalu taksub dengan apa yang terjadi...kerana semuanya adalah lumrah di dalam politik...ada yang jatuh dan ada yang naik....ada yang main kotor ada yang main 'jernih'....semuanya asam garam dalam politik...apatah lagi politik malaysia yang konon2nya demokrasi berparlimen ini....

ingatlah...kita harus kembali kepada rukun negara kita yang sedia ada jika ingin menjadi rakyat malaysia yang baik dan cemerlang....rukun negara ibarat rukun islam...tanpanya kita akan terpesong dari landasan....

bagi rakan-rakanku yang lain...yang masih berjiwa muda...sama-samalah kita menilai apa yang sudah terjadi ini...kita nilai kita tafsir...dan jawapannya nanti...kita berikan semasa PRU ke-13....dan ketika itu suara anak muda yang baru...akan membuka suatu lembaran baru....kepada politik malaysia pada masa itu...dan di situlah kita akan lihat...revolusi akan berlaku....

sama-samalah kita menyanjung sultan yang sedia ada...bukan untuk di julang seperti tuhan...tapi di hormati kerana mereka pemerintah negara....




daulat tuanku~

4 pengkritk ceritera duniaku:

Pejuang Keadilan said...

Salam. Betol ke Sultan ada kuasa nak memecat MB? Sedangkan dlm undang2 tubuh negeri, Sultan xde hak memecat MB. MB hanya boleh melepaskan jawatan bdasarkan 3 situasi: MB rela letak jawatan, vote of no confidence, or Sultan bubarkan sidang DUN.
Adakah kita wajar menghormati Sultan sedangkan baginda sendiri melaksanakan tindakan di luar kapasitinya? Ini zalim bukan? Jangan terlalu taksub dgn Sultan. Di mata Allah, semua org sama. Yg membezakan hanyalah iman dan takwa. Dan kenapa salah sekiranya Karpal ingin membawa Sultan ke mahkamah. Sedarlah Msia mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Maknanya Sultan masih tertakluk di bawah Perlembagaan / Undang2 Tubuh Negeri. Bukannya Perlembagaan Beraja. Masih ingatkah siapa yg mengurangkan kuasa dan kekebalan Sultan? Kenapa Mahathir xdilabel sbg penderhaka bila die menggubal perlembagaan yg menafikan kekebalan Sultan? Sy harap awak tak melihat isu ini one-sided shj.

jumapx said...

assalamualaikum...
saudara pejuang keadilan...
terima kasih kerana sudi membaca blog sy yang tidak seberapa...ialah anak muda baru mahu berjinak2 utk memberi pendapat melalui persepsi seorang anak muda....

untuk pertama2 kalinya...sama2 la kita bersyukur pada ALLAH yang telah memberi kita rahmat kerana dapat duduk dan hidup di atas bumi malaysia yang aman dan damai..tidak seperti negara2 lain...

untuk menjawab segala persoalan saudara...saya rasa bukanlah seorang yang pandai utk menjawab dan berkata mengenai undang2 nie...

dan kiranya saudara memerlukan jawapan...silalah membaca blog ini...kerana ianya telah menjawab segala persoalan saudara...secara langsung melalui persepsi undang2 dan pandangan beberapa ahli akademik...

semoga ianya dapat memberi sedikit kefahaman kepada saudara yang mungkin terlupa untuk menghayati erti KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA...yang mana kita pernah melafazkan ianya ketika di sekolah ataupun di temapt2 rasmi...

orang kata bila sudah berjanji dan berikrar...maka harusla di patuhi...nanti orang kata kita mungkir janji...samalah dengan rukun islam dan rukun iman sendri...kita percaya pada tuhan...tapi kita tidak mengerjakan solat lima waktu...maka berdosa namanya...samalah seperti rukun negara sendiri...


ini laman web blog tersebut...

ttp://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=101

semoga kita semua melihat semua perspektif dari sudut yang sama~

usahla terlalu taksub dgn politik malaysia yang jijik lagi hina...

tidak kisahlah pembangkang ataupun kerajaan BN sendiri...

salam~

jumapx said...

/writtenbyhim.wordpress.com/2009/02/07/krisis-di-perak-penjelasan-dari-sudut-undang-undang-penyokong-pakatan-harap-baca/#comment-2110

lagi satu blog yang juga cukup menarik...sila lah baca k...

Qusyairi Hashim said...

Artikel 182...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010