Monday, February 23, 2009

sudirman:salam terakhir ke-17



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ni lebih baik daripada semalam...

semalam...genap 17 tahun pemergian allahyarham sudirman hj. arshad.
iaitu 22 februari...
hari yang mana beliau menghembuskan nafas yang terakhir di muka bumi ini...

semua orang tahu akan siapa sudirman...
seorang penghibur serba boleh...
sehinggakan menjadi penghibur NO.1 asia...
segala yang beliau lakukan pada zaman beliau
membuat semua orang ketika itu mengagumi kehebatannya...
persembahan beliau yang lain dari lain menyebabkan ramai orang terpegun sehingga ianya di ingati sehingga ke hari ini...
persembahan baju kemerdekaan dan pemetik api ketika memebuat persembahan juara lagu masih di ingatan aku...walaupun ketika itu aku masih kecil lagi...
beliau juga antara artis yang paling bertuah di malaysia...
kerana apa...
hanya sudir sahaja yang pernah membuat konsert di tengah2 pusat bandaraya yang di saksikan oleh beribu2 orang ketika itu...selain itu,beliau adalah artis malaysia pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

majalah tiga & cerita artis kita (astro) pernah menyiarkan tentang sudirman..perjalanan seni beliau...amat membuat aku kagum sehinggakan sebak di dalam hati melihat penderitaan pengakhiran hayat beliau...ramai orang kata beliau meninggal dunia akibat aids dan sebagainya benda2 buruk orang cerita...sedangkan di sebaliknya terselindung penderitaan yang beliau tidak mahu berkongsi dengan peminat beliau mahupun keluarganya sendiri. beliau sebenarnya menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia) .allahyarham juga bukanlah seorang yang menyimpan harta berjuta. bagi aku harta beliau adalah hasil seni yang beliau lakukan...yang tiada galang gantinya....seorang penghibur yang bijak bukan setakat menghiburkan orang malahan dalam akedemik juga yang sepatutnya di contohi oleh artis2 lain di malaysia kini...



jika ingin bercerita mengenai beliau memang tiada hentinya...dan aku bukanlah orang yang boleh untuk bercerita mengenai insan yang bernaman SUDIRMAN....

namun aku amat mengagumi beliau...jika di tanya siapa antara idola aku di kalangan artis..pastinya nama beliau yang teratas...aku ingin menjadi seperti beliau...cemerlang dalam akedemik dan juga bidang seni...

antara lagu2 beliau yang membuat aku tersentuh seperti salam terakhir,nilai cintamu,terasing,milik siapakah gadis ini,apa khabar orang kampung,warisan,bila wajahmu kubayangkan,kasih dan banyak lagi...yang pastinya akan membuat aku melayan perasaan he3

pastinya beliau seorang penghibur yang tiada galang gantinya...satu di antara berjuta..biar pepatah mengatakan yang patah tumbuh berganti...namun bagi aku beliau tiada samanya walau ada yang berganti...

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir




SUDIRMAN dalam kenangan...
AL-fatihah...

3 pengkritk ceritera duniaku:

amer @ ijjad said...

al fatihah..
tringat kenangan aku ngan arwah tok ayah jugak,dia slalu blikan aku air tin sudir kat aku..waktu tu zaman aku duk dalam bakul motor dia,kcik lagi..
nak mlawat pusara sudirman,jom aa ke tmerloh..hehe..

patungcendana said...

tak leh dengar lagu2 sudirman...sebak...

jumapx said...

to ijad...
nak sgt pg klu ada masa terluang hu3

to patung cendana
owh ya ke...
sy bukan sebak tapi hiba...he3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010