Friday, February 6, 2009

UMP::::Enggineering, Technology, Creativity

Assalamualaikum....& salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...

pada hari isnin yang lepas...
dato' NC telah pun menyampaikan amanat tahunan beliau di hadapan staff,pensyarah dan pelajar UMP....di kompleks sukan UMP....

maka,aku tertarik untuk memberi sedikit ulasan mengenai sebuah keratan akhbar utusan malaysia...yang telah pun mengeluarkan laporan akhbar mereka...yang aku kira agak menggemparkan warga UMP...malahan turut membuat kredibiliti UMP rendah di mata masyarakat....

bukannya cepat melatah..namun agak terkilan dengan keratan akhbar tersebut...KEDUDUKAN UMP HAMPIR TERCOROT....membuatkan ada sesetengah pihak melihat ianya suatu yang negatif...dan buruk..dan telah di salah tafsirkan...

wartawan tersebut telah mengambil part ucapan DATO' NC hanya pada bahagian itu sahaja dan tidak mengambil part yg sepatutnya untuk di jadikan tatapan umum...

mungkin juga tindakan wartawan ini ada baiknya...aku cuba melihat ianya sbg satu persepsi yang berbeza...di mana..sekurang2nya ia dapat memberi kesedaran untuk semua warga UMP terutamanya staff2 UMP yang kebanyakan syok sendiri dan 'masih tidur' seperti kata dato' NC sendiri...

aku sangat bersetuju dgn dato' nc apabila berbicara tentang kedudukan UMP hampir tercorot adalah di sebabkan oleh staff2 UMP....aku rasa dan amat yakin pelajar2 UMP juga turut berpendapat seperti itu...sebagaimana yang kita tahu...staff adalah tenaga kerja utama di dalam sesebuah universiti...dan kejayaan sesebuah universiti itu juga bergantung kepada staff yang bekerja dgn bertungkus lumus demi untuk melicinkan pentadbiran universiti...

selain itu, dato NC juga berkata yang staf2 UMP nie kebanyakannya syok sendiri dan mengutamakan sesuatu yang remeh-temeh berbanding dgn sesuatu yang dapat memberi impak kepada kejayaan sesebuah universiti...dan akibat daripada mengutamakan sesuatu yang remeh temeh maka timbullah peraturan-peraturan yang tidak logik sehinggakan mengongkong pelajar UMP sendiri...dan apa yang menyedihkan...staf2 sendiri yang tidak mengikut garis panduan tidak rasmi yang mereka sendiri ciptakan...ini adalah salah satu ketidakadilan kepada pelajar2 itu sendiri...

di sini aku ingin memberi contoh bagaimana staf bahagian bendahari terutamanya yang bekerja sambil lewa dan lembap...pada bulan 1 yang lepas...aku telah menjalankan satu program iaitu bengkel pengucapan awam....dan seperti biasa aku dah pun membentangkan kertas kerja program tersebut...aku minta RM600 tapi kena cut...so juz dpt rm500...xpe la...aku pasrah...then program tue berjalan seperti biasa...dan aku pun menguruskan lah pembayaran untuk makanan daripada cafe yang aku tempah utk program tersebut...yang malangnya...aku telah menyerahkan borang claim duit nak bagi kat mak cik cafe sebelum ct raya cina...tapi sehinggakan kini...pihak bendahari masih belum memberika wang kepada mak cik cafe tersebut....dan yang menjadi mangsa adalah aku...sebab kalau sesiapa pun yang bekerja kecil2an membuka cafe...sudah pastinya akan risau dan memerlukan wang untuk meneruskan perniagaan...dah la mak cik tue mcm nak ugut aku jek...sebab dia takut aku tipu dia...then aku pun silap gak la..tak explain dgn baik kat mak cik tue..tapi kan..kalau soal duit nie...kenapa la lambat sgt nak keluarkan...ianya sebahagian duit pelajar gak...sebab kitorg pun bayar rm50 setiap sem untuk aktiviti pelajar...jadi mengapa perlu ada sekat menyekat dan 'kedekut sgt nak bg budget'? satu penjelasan yang jelas harus di lakukan oleh pihak bendahari untuk pelajar...

dan yang paling menyedihkan baru2 ni ialah...budget debat NC...ketua program kak nad minta rm4000...tapi malangnya kena cut gak...sedangkan kalau di fikirkan...debat NC adalah satu program yang wajib setiap universiti...dan pastinya setiap universiti akan membuat program ini besar-besaran....aku pelik mengapa perlu di cut duit utk program ini...dan yang paling menyedihkan lagi ialah...duit utk debat nc nie...minggu depan br dapat...sedangkan program nie minggu depan...terpaksalah dorang menggunakan duit dorang sementara waktu....aku membawa satu fakta kes...dari bdk upm...yang mana dalam entri sebelum ni aku ada ceritak yg bdk nari upm datang...untuk pengetahuna korang...program dorang itu memerlukan budget sebanyak rm5000...dan dengan senang2 je dorang leh kuar dan bt program dorg,...nak di bandingkan dengan program DEBAT NC nie...yang perlukan rm4000 tapi kena cut gak...aiyoooo...sedihnya...bukan kita persoal soal...universiti tue dah lama so boleh la...kita berbicara soal keterbukaan....aku rasa mustahillah universiti awam seperti ump ketiadaan duit...dan jika benar tiada duit....mana staff2 yang aku rasa boleh menggerakkan dan membuat satu program yang oleh menjana keewangan ump....malahan student juga mampu untuk terlibat....

dan apa yang malangnya juga, elaun duit aku pergi ke debat selama ini juga tidak pernah masuk kedalam akaun aku....dan yang terbaru ialah untuk debat di raja...katanya rm10 setiap hari...tapi sehingga ke hari ini....se sen pun tak nampak...aku rasa dah berapa ratus aku dapat sepatutnya dari elaun debat sahaja...bagi aku lah...kalau soal duit nie...suka hati korang la...xnak bayar ke x...sebab itu tanggungjawab korang nak bayar ke tak...tapi ingatlah pulangkan pada yang hak...usah berfikir sesuatu itu secara satu perspektif...tapi cuba berfikir secara org yang berintelektual...

dato nc juga ada berkata kepada semua warga ump yang telah berdiri atas satu imej yang baru tapi malangnya kandungannya masih jauh utk menjadi sebuah universiti...dan penghayatan keada moto ENGINNERING,TECHNOLOGY,CREATIVITY harus di hayati dan di ikuti....dan tidak mustahil suatu hari nanti UMP mampu menjadi sebuah universiti teknikal yang terbaik di dunia dan berjenama....apa yang pasti seluaruh warga ump menggembleng tenaga utk ke arah itu...

aku melihat sedikit demi sedikit perubahan yang telah di lakukan oleh dato nc yang bagi aku memberi sedikit nafas untuk pelajar2 ump terutamanya untuk bergiat aktif di universiti....dan aku harapkan akan banyak lagi perubahan yang akan berlaku pada universiti ini...yang mengkagumkan aku ialah.dato nc adalah seorang yang komited dan tidak terlalu mengikut orang2 bawahan beliau semata2...tapi berfikir pada satu jarak yang jauh dan terbuka....

ok lah...tidak perlu untuk aku berbicara dengan panjang lebar...sebab aku rasa ramai pelajar ump sudah memahami keadaan ini dan aku....aku tidak takut untuk berbicara seperti ini....kerana aku yakin...aku berani kerana benar....aku bukan berkata atas dasar menfitnah ataupun menipu...tapi atas dasar pengalaman dan pemerhatian...

semoga UMP gah di mata dunia~


p/s: aku yang tidak pergi mendengar amanat NC (terasa rugi lak)...


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010