Tuesday, March 31, 2009

malam ini ( episod bulan berbisik)

malam itu
bukan niatku
untuk tidak mau menerangi malam
bukan niatku
untuk membuat alam kegelapan
aku punya sebab
untuk berada di sebalik tirai malam

malam itu
bukan aku tidak kasihan
hanya bintang yang setia menyinar
pekatnya malam
aku punya sebab
untuk tidak menyingkap tirai malam

aku tahu
alam mengerti
lantas hujan turun
agar malam terus bergelapan
tanpa aku

bukan senang untuk menjadi aku
aku cuma satu untuk bumimu
sedangkan bintang
berjuta
cuba mendampingi aku

aku tak mahu
ada bintang yang kecewa lantas malap
dan tak mahu bersinar menerangi malam bersamaku
sedangkan aku
hanya ada satu
hanya ada satu hati

dan hanya akan ada satu bintang
yang akan sentiasa bersamaku buat selamanya

pintaku pada bintang semesta alam
teruslah menyinar
kerana masih ada lagi harapan
yang bakal mendatang



"bisik bulan padaku...."





alif ba ta: andai manusia bisa mengerti...alangkah bagusnya...tapi sayangnya...manusia akan terus mencuba selagi ada harapan terbuka...selagi ianya tidak di miliki...

3 APRIL angkat sumpah PM


3 APRIL 2009
DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK
akan secara rasminya menjadi
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6
menggantikan PAK LAH
yang akan meletakkan jawatan sebagai PM ke-5

TAHNIAH buat DATO' NAJIB

semoga menjalankan tugas dengan amanah & bertanggungjawab!!!





alif ba ta: ingatkan DSAI yg jadi PM ke-6 he3

malam ini (episod tadi ada bulan)


tadi aku lihat bulan
tak penuh

sabit bentuknya


aku beritahu DIA

bulan muncul akhirnya

tapi

dua kali aku pandang


bulan hilang lagi
entah kemana...?

pandai ko main sorok2 ya bulan...




alif ba ta: belum masanya utk bulan dan bintang bersama...dan belum masanya utk aku dan DIA....berhadapan di khalayak ramai...maaf jika entri bermotifkan bulan dan bintang semata2.... :) jangan marah yer....he3

bergelap...



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

seperti yang semua sedia maklum...
sesi bergelap selama 1 jam pada hari sabtu yang lepas sudah pun berlalu...

aku antara orang malaysia yang menyambut baik kempen ini...
tak percaya ini buktinya...he3







gigh tito makan dalam gelap...he3
tapi bes gak...terimbau zaman2 kat kg bila blackout kan...

bdk2 ump terutamnya kat KK2 nie pun duk gigih padamkan lampu...ada gak la 2 3 rumah yang tak de kesedaran sivik dorg...hu3 nama je bdk engineering...

ramai di antara kita menafikan keberkesanan kempen nie...ada yang kata kenapa tak tutup aircond ke? peti sejuk ke? or benda2 lain yg lbh banyak menggunakan eltrik...persoalannya sekrg...aku rasa byk2 benda yg menggunakan eltrik nie...lampu adalah yg terdekat dgn kita...dan semua org di dunia ini ada menggunakan lampu berasaskan eltrik....

dan kalau nak lihat keberkesanannya....nah ini di afakta dpd TNB sendiri...


"Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima kenyataan bahawa kempen "Earth Hour" bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang berkuasa 40 watt setiap satu. "

kenyataan ini menunjukkan bahawa permintaan penggunaan tenaga eltrik ketika masa sejam itu kurang sebanyak 550 MW....dan kemudian permintaan meningkat selepas 9.30pm...

maknanya rakyat malaysia ada juga yang menyambut baik kempen murni ini....walaupun ada yang cuba memburukkan kononya mesti time inilah ada org2 yang cuba mengambil kesempatan untuk membuat perkara2 yg tidak baik...boleh tak berfikiran positif sikit???

nie antara beberapa negara yg menyambut baik kempen nie...








alif ba ta: aku terimbau zaman2 kat kg dulu....bila time blackout nie...time nie la...sume cite2 keluar....tambah mengeratkan ikatan kekelurgaan aku...skrg duk kat semenanjung nie...mmg susah la nak blackout kan...he3 zaman dah berubah...

Monday, March 30, 2009

malam ini (episod bulan & bintang tidak kelihatan)



aku mendongak ke langit
hanya hitam yang kelihatan
pekat

mana hilangnya bulan
mana perginya bintang

terdengar dendangan lagu alam
si kodok mula mendendangkan lagu sumbang
tapi indah buat seisi alam

ah!
patutlah tidak kelihatan
rupanya
si hujan baru saja berlalu pergi



alif ba ta: aku harap episod malam tanpa bintang dan bulan tak kan pernah terjadi antara aku dan DIA...

Friday, March 27, 2009

AIM16

1. Artis Baru Terbaik – Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

alif ba ta: saingan yang sengit juga bagu aku...sebab kelima-lima mereka memang antara yg terbaik...

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis

1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)

alif ba ta:Melihatkan reshmonu 2 pencalonan dalam kategori ini..menyebabkan aku rasa kali ini dia mungkin akan merangkul kembali anugerah yang pernah dia dapat sebelum ini...apa taknya...sifu M.Nasir sendiri pernah kalah dengan Reshmonu dalam kategori ini...tapi jangan di perkecilkan vocal bob n aizat...yang aku kira boleh membuat juri pening kepala utk memilih pemenang...

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis

1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

alif ba ta:sama seperti vocal lelaki...wanita juga melihatkan 2 pencalonan datuk CT dlm kategori ini...dan ini memberi peluang utk dato ct membawa pulang trofi ini...kerana bagi aku saingan beliau tidak lah begitu hebat....ketiga2nya muka baru...tapi semuanya terpulag pada juri...

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis


1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada

alif ba ta: untuk kategori ini aku tak boleh utk memberi tekaan kerana hanya satu lagu sahaja yang biasa aku dengan iaitu Marabahaya...(nampak sangat tak dgr lagu nasyid hu3) tapi aku dapat rasakan saingan sengit antara rabbani,raihan & pop shuvit...dan aku kira adalah lebih baik AIM memisahkan kategori ini iaitu vocal kumpulan nasyid tidak di campurkan dengan kumpulan ataupun duo yang lain...itu adalah lebih baik...

5. Kulit Album Terbaik – Pereka

1. Florence Lee – Hawa – Nikki




2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow



3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency



4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad


5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged


alif ba ta:
so...yang mana korang rasa layak menang? aku rasa semua layak kecuali ferhad jek..he3


6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam

1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

alif ba ta: saingan sengit...tapi saingan lebih sengit atr estranged/suki/reshmonu

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah

1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu

alif ba ta: no komen...sebab tak tengok pun semua video muzik nie...tapi kalau boleh nak faizal tahir menang...sebab video muzik dia sgt unik...tapi tak tau lak mcm mn video muzik butterfingers yg sampai 2 pencalonan kan...dan juga reshmonu....yang peliknya mcm mn video muzik ayu boleh tercalon? aku rasa biasa jek..

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq

alif ba ta: sah2 la dato ct kan...perlu ke nak di sangkal...he3 tapi aku suka lagu nafas cahaya hu3

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq

alif ba ta: kalau boleh aku nak di taman teman or di kayangan kita...he3

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser

1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan

alif ba ta: oppss...tak tau nak komen..sebab mcm biasa la...alif ba ta tak dengar lagu nasyid...(teruk betol)...tapi aku rasa saingan sengit antara nazrey/rabbani/mawi

11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi

alif ba ta; meriah mawi...sampai 3 pencalonan...kategori nie la yg dia mampu...sebab kalau album pop pun...tak mampu nak tercalon...he3 kalau mawi tak menang tak tau la kan...tapi aku rasa mcm rabbani je menang hu3

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser

1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records

alif ba ta: saingan sengit atr hujan & butterfingers...harap2 hujan la kan...he3

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

alif ba ta: hebat HUJAN & ESTRANGED....2 pencalonan masing2...nak empat2 nie menang boleh tak...? he3 aku rasa antara Aurora/Yang Pernah/Bila Aku Sudah Tiada

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser

1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

alif ba ta: sentap alyah boleh tercalon dalam kategori nie...hu3 tapi memang sengit la...tak leh nak teka sape yg menang....juri tolong bagi tau sikit...he3

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

alif ba ta: ehmmm...aku harap CINTA ADAM & HAWA kot menang he3 tapi kan...lagu kita pun best gak....hu3

16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso

alif ba ta: nak mentera beradu menang please,,....

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan

alif ba ta: no komen...hu3

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit

alif ba ta: no komen...

19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong

21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic

22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis

1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

alif ba ta: nie lagi satu kategori...nak semua lagu menang boleh? ha3

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah

1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan

alif ba ta: sentap danell lee masuk tercalon? nasib baik azlan punya karya...hu3 tapi sah2 la aku nak dato ct menang gak kan...hahahah lantak korang la..sebab aku peminat dato ct...he3 tak sabar nak tengok dato ct membawa pulang beberapa trofi nanti...go dato ct..

makan McD!!!



Assalamualaikum & salam sejahtera...

aku telahpun melanggar boikot yang telah aku jalankan selama beberapa bulan...entah mengapa mengidam sangat makan McD hari tu...hu3

nikmat giler setelah beberapa bulan tak makan...apa yang penting niat aku untuk makan bukan untuk menyedekahkan kepada israel durjana itu...

best juga kalau sekali-sekala makan McD kan...he3

ada sape2 yang nak belanja aku makan McD?




ALIF BA TA: adakah boikot anda berjaya? Jangan jadi mcm sy....hu3

tanah merah hatiku




alif ba ta: kredit utk tito 4 dis photo....

Thursday, March 26, 2009

Malam ini ( episod bulan tak muncul lagi)


malam ini
bulan tidak muncul lagi

hanya bintang yang setia menyinar

kasihan pungguk
yang setia menanti
kapan entah bulan jatuh ke riba

alam

bantulah bintang

untuk menyinar malam gelita

kerana
entah bila lagi
bulan
mahu menyuluh malam

sudah
cukuplah bulan
kau berselindung di sebalik tirai malam

keluar

singkaplah layar hitam itu

kerana pungguk
menantimu



alif ba ta: PERHATIAN...kata2 ini tiada kaitan dgn sesiapa...hanya hati mau berkata2...bak kata PATUNG CENDANA...puisi mencari tuan...he3

Wednesday, March 25, 2009

dalam kehidupan ini


dalam kehidupan ini
siapa yang berusaha
pasti akan dapat apa yg di usahakannya

dalam kehidupan ini
ada yang kita impikan
akan menjadi nyata
dan ada yang tak kan mungkin kita kecapi

dalam kehidupan ini
kita mencari kesempurnaan dalam hidup
namun kita terlupa
kita di ciptakan dengan sesempurna yang mungkin

dalam kehidupan ini
kita inginkan hidup yang bahagia
tak mahu malang menguasai diri
namun kita sendiri yg selalu
memalangkan diri

dalam kehidupan ini
kita mahu terus tertawa
dan tak mahu menangis
sedangkan airmata itu
penghapus dosa

dalam kehidupan ini
kita mahu menjadi genius
tak mahu di gelar si bodoh
namun kita tidak pernah
mahu membaca walau sepatah
untuk menjadi cerdik

dalam kehidupan ini
kita mahu sentiasa kaya
harta berjuta-juta
tidak mahu miskin papa kedana
namun kita selalu lupa
kaya atau miskin
kedua-duanya ada masalah

dalam kehidupan ini
kita sentiasa inginkan sihat
tak mahu jatuh sakit
tapi kita lupa
kita sentiasa cari penyakit

dalam kehidupan ini
kita suka mengkritik
daripada membuat sesuatu
kerana berkata lebih mudah
berbanding melakukan

dalam kehidupan ini
kita inginkan seorang pasangan kekal hingga akhir hayat
tapi kita selalu lupa
kita sendiri yang memutuskan

dalam kehidupan ini
kita suka menunding jari
menyalahkan yang lain
sedangkan kita lupa
jari yang lain menunjukkan kearah kita

dalam kehidupan ini
rakyat akan marah bila pemimpin mereka
tidak menjalankan tanggungjawab mereka
tetapi
rakyat selalu lupa
pemimpin sudah melakukan sedaya upayanya

dalam kehidupan ini
ada pemimpin yang gila duit rakyat
sedangkan rakyat menderita
menelan air liur sendiri

dalam kehidupan ini
kita percaya pada pencipta
kita sayang pada pencipta
namun kita selalu
sentiasa buat2 lupa padaNYA

dalam kehidupan ini
macam2 yang kita mahukan
untuk diri sendiri
agar hidup kita bahagia
tapi kita selalu lupa
hidup ini ada turun naiknya
setiap yang menimpa kita
pasti ada hikmahNYA
yang mengajar kita
untuk menjadi hambaNYA yang setia...





alif ba ta: bersyukur dengan apa yg ada~


Tuesday, March 24, 2009

andai aku...


andai aku
punca segalanya
aku mohon maaf

andai aku
punca persahabatan kamu
tidak seperti dulu
aku mohon maaf

andai aku
punca hati kamu
tak seperti dulu
aku mohon maaf

andai aku
punca kamu tidak selesa
aku mohon maaf

andai aku
mencuri DIA
dari kehidupan kamu
aku mohon maaf

andai aku
membuat DIA tak seperti dulu
aku mohon maaf

bukan aku mau semuanya berlaku
bukan juga aku pinta ini terjadi
namun bila hati mula berbicara
kisah cinta adam dan hawa
tiada siapa yang mampu menghalang
jika takdirnya mereka berjumpa

maafkan aku
jika kehadiran ini dalam hidup kamu semua
membuat kamu jelek

aku tahu
PERSAHABATAN itu telah lama kamu bina
aku tahu
kasih sayang antara kamu
namun
tidak sedikitpun
hati ini mau memutuskan
tali yang telah lama kamu ikat bersama
tidak pernah cuba untuk melonggarkan

mungkin takdir sudah tersurat

tapi ingatlah
tidak pernah sedikitpun
aku mau melarikan DIA
dari kehidupan PERSAHABATAN kamu semua

aku hanya insan biasa
yang mencari sekeping hati
yang terpisah

aku bukan mencari
insan secantik BALQIS
kerana aku bukan seindah SULAIMAN
bukan juga setulus ZULAIKHA
kerana aku bukan setampan YUSUF
apatah lagi insan sekuat SARAH
kerana aku bukan seteguh IBRAHIM
malahan insan seistimewa KHADIJAH
kerana aku bukan sempurna seperti RASULULLAH S.AW.







alif ba ta; maaf...hanya itu aku termampu...adakah harus 'adam' dan 'hawa' terpisah lagi....setelah berjuta batu berjalan...???

Monday, March 23, 2009

kunci hati

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hidup kita hari ini bahagia di samping insan2 yg kita sayangi...amin



semalam...
ada bengkel asas debat untuk budak2 orator a.k.a kelab debat ump la..
aku di amanahkan untuk menjadi mentor
untuk dua org junior iaitu
suria dan ke

bagus jugak bengkel asas nie di adakan...
kredit utk kak mas yg sentiasa prihatin utk melihat junior2 nie hebat dalam debat.

selesai jek sesi bengkel bersama mentor n mentee
kitorang pun kumpul la balik dalam bilik kuliah
coz kitorg nak main satu game
iaitu 'jual barang'
semua bdk2 junior yg belum pernah buat kena buat benda nie...
kitorang yang dah buat hanya duduk mendengar utk membeli barang mereka..

sebagai demo...
sah2 la aku kena buat kan...
so..
aku pun buat je la...

nak tau barang pe yang aku jual...
idea nie memang spontan je aku keluarkan..
apa yang ada dalam poket aku aku keluarkan...he3
tapi memang kelakar gak la...
kalau 1st time aku main benda nie...
aku jual tisu special...
yang gosok2 kat badan leh kurus
tapi kali kedua nie...
aku jual...



"kunci hati"

kunci nie bukan sebarang kunci...
tapi kunci nie boleh mengetahui isi hati setiap orang....
mcm mn dia berfungsi...
adalah...
klu nak...
order dgn aku....
sebab aku dah berjaya bukan hati seseorang ha3 (poyo giler...)

sebenarnya game nie adalah untuk melihat
sejauh mana kita berkomunikasi dgn org ramai
dan bagaimana cara kita utk menarik minat orang utk mendengar kita bercakap
bagaimana untuk memahamkan orang
dan bagaimana cara kita untuk meyakinkan orang kepada kita
dan perkara2 inilah
yang seharusnya di gunakan ketika kita berdebat
untuk menjadikan kita yang bagus ketika berdebat
dan perkara2 ini juga la ramai di antara pendebat yg terlupa
dan tidak mengaplikasikan ketika berdebat termasuk aku juga...

aku harap junior dapat mengambil sedikit input dpd game ini
dan mengenal pasti apa kelemahan masing2...
tapi memang best giler game nie...
mcm2 barang...
sampai jual org pun ada...hu3

tapi...
kalau betullah ada kunci hati
mesti bestkan
bolehla kita membuka dan mengetahui hati2 setiap orang
terutamanya insan2 yg kita admire...
so senang la...
klu kita berminat dgn org tue...
terus je kita guna kunci hati ini utk tahu samada org tue suka kat kita ke tak gak...
so tak de la frasa 'kena reject'kan...he3

apa2 je la aku nie...
merepek betul...

tapi semua tue mustahillah kan...
hidup nie tak de satu benda yang kita boleh tahu tanpa kita berusaha...
hidup ini bukan di alam fantasi
yang boleh kita gunakan kuasa2 magis utk melakukan sesuatu
hidup ini adalah realiti
kita di hidupkan sebagai insan biasa
yang hanya di kurniakan akal untuk berfikir
dan mencari siapa kita
dan apa tujuan kita
di campak kebumi yang nyata ini...
anda jawab!




alif ba ta: sekeping hati..tidak bisa di paksa untuk menerima...kerana hati punya perasaan...

Sunday, March 22, 2009

akhirnya....



lama aku menanti
sabar
untuk kata itu kau ucapkan...

aku tahu
bukan mudah bagimu
untuk melafazkan
bukan mudah bagimu
menerima yang lain
kerana hatimu pernah terluka

dan
malam ini
walau tanpa rembulan
hanya bintang yang mau bersinar
akhirnya
kata keramat itu kau pahatkan
di sudut hatiku yang kosong

dan
malam ini kau membuat aku tersenyum lagi
terasa bulan menyinar menerangi gelap malam
menyuluh hatiku yang kelam
kau membuat aku terus terlena
mahu terus di buai indahnya mimpi
bersamamu...




alif ba ta: semuanya sudah terjawab...

kalau takut mati jangan hidup

Assalamualaikum & salam sejahtera.
semoha kebahagiaan sentiasa bersama kita...amin


saat aku duk berjalan-jalan ke blog manusia2 di alam maya nie..
aku terbuka blog bdk2 kuliah aku...

maka tgh duk terbelek2 tue...
aku buka blog bdk kuliah aku iaitu leezah...

aku terbaca statement kat header blog dia...
berbunyi...

"kalau takut mati jangan hidup"


statement betul2 buat aku terfikir...
ramai di antara kita takut utk mati...
takut sebab belum bersedia...
tapi tidak pernah mahu bersedia utk menghadapinya
pelik memang pelik...hu3

ada juga di antara kita..
bosan dengan kehidupan...
tapi tidak mahu pula menghadapi mati..
tak faham....

ragam manusia...
pelbagai...
ada yang mahu hidup seribu tahun
ada yang mahu mati cepat
ada yang menganggap diri tuhan
ada yang menganggap diri suci tanpa dosa

apa2 je lah...
dan yang aku tak boleh terima
apabila ramai di antara kita
mempermainkan neraka & syurga
dan suka menghukum seseorang dengan pemerhatian
bila nampak seseorang nie buat perangai sikit
yang jelek di mata kita
terus hukum orang tue masuk neraka
bila tengok orang ke masjid jek...
terus hukum budak tue ahli2 syurga...

tolonglah...
siapa kita utk menghukum syurga neraka seseorang
kita hanya manusia biasa...
itu semua kerja ALLAH...
menentukan siapa yang layak ke syurganya...

belum tentu
kita buat perkara baik hari ini
amalan kita di terima
dan belum tentu
hari ini kita buat dosa
kita sudah confirm masuk neraka..
kerana pintu taubatnya sentiasa terbuka...

tetiba lak aku berkhutbah sekejap hari nie...hu3
sekadar mengingatkan jek...he3






alif ba ta: banyak lagi bekalan yang harus aku cari utk penghujung cerita aku nanti...dapatkah aku menjadi 'pelakon' terbaikNYA...hu3



Friday, March 20, 2009

lihatlah...


Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu

Bukan ku tak percaya
Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya

Lihatlah hujan yang turun putih berkilau
Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu

Lihatlah
Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku




alif ba ta: andai manusia mampu melihat kejujuran...pasti kebencian takkan pernah lahir di muka bumi...andai manusia mampu melihat apa yang tersurat dalam hati...pasti semuanya akan mengerti...tapi semuanya mustahilah kan...anda fikirkan...

penuhnya bus...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
salam jumaat yang mulia...
semoga hari ini lebih baik dari semalam...amin...

kali nie...
nak bawa korang kepada satu situasi...

yang aku sentiasa alami...
apabila berada di bumi KUALA LUMPUR...

bandar yang banyak mengajar aku melalui pemerhatian setiap pelosok bumi KL ni... bermacam-macam ragam...
yang boleh mengajar aku erti kehidupan....

perkara yang paling aku tak suka dan tak gemar ialah...
apabila aku nak menaiki bus...

kat KL nie...

macam2 jenis bus...
dari bus tata hinggalah bus rapid KL...
tapi semenjak adanya RAPID KL nie...
orang awam lebih suka naik RAPID KL...
sebab bayar sekali jek...
tempatan RM1

utama RM2....

kan jimat tue...



alkisahnya...

bila time petang2 nak balik...

bus rapid KL nie mesti penuh....
penuh giler...

sampai berdiri...hu3

aku tak kesah kalau penuh dengan orang malaysia gak...

tapi nie ha...

penuh dengan warga asing...

ambik ko...

pelbagai 'minyak wangi' yang dapat aku hidu....

sabor je la...

itu tak pe lagi...
yang aku tention bila nak naik bus tue..

berebut nak naik bus...
dia bawa pulak budaya dia kat negara dorang...

berebut2...
pastue sanggup berdiri dan berhimpit2 dalam bus tue...

ya allah...
mcm sardin dah jadinya...
ko tak pitam...hu3

yang paling aku tak boleh terima...

orang2 warga asing nie...

time orang2 duk berebut nak naik bus..

time tue la dorg pg menyeluk barang2 orang...

bukan nak menuduh orang warga asing jek...

tapi org malaysia pun sama gak...

ada satu hari tue,...
time aku bawa pak cik aku duk cuti2 msia katanya kat KL...
berebut2 nak naik bus nie...
tetiba bila dah naik bus tue..

pak cik aku sedar yang camera dia dah hilang...

then sorang mamat nie pulak wallet dia hilang...

ehmmm...nasib badan...

sah2 la penyeluk saku yang berjaya mencurinya...

aku rasalah...
pihak kerajaan kena tambah lagi bilangan bus awam nie...

terutamanya RAPID KL...
konon je setiap 15 minit...
harammm....

aku tunggu bus rapid KL (tempatan la)...
kadang2 nak sampai 2 jam...

sabar je la...


tue br bus....
belum lagi perkhidmatan lain...hu3




alif ba ta: padahal pak lah dah turun dah tgk perkhidmatan awam nie...tapi tetap tak de perubahan...hu3


Wednesday, March 18, 2009

miskin bukan tak berjaya...

Assalamualaikum & salam sejahtera
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

kali ini aku ingin membawa anda semua
kepada statement ini
'miskin bukan tak berjaya'

mengambil kisah adik Nik Nur Madihah
yang telah berjaya menjadi pelajar cemerlang SPM 2008
yang mana telah berjaya mendapat 19 A1 1 A2...
sekaligus anak nelayan ini
telah berjaya mengharumkan nama keluarganya
walaupun hidup dalam kemiskinan selama nie...
inilah orang kata miskin tak semestinya tak berjaya...

dan apa yang penting
kejayaan tidak mengenal siapa kita
kaya atau miskin
cantik atau hodoh
anak orang bandar atau pedalaman
apa yang paling penting ialah
siapa yang berusaha
pasti akan ada kejayaan di penghujungnya
dan jangan pulak bersedih
jika kejayaan tidak menyebelahi
itu namanya usaha tidak gigih...he3

Tahniah aku ucapkan buat beliau
bila kita sudah berjaya
baru orang akan pandang
sebelum nie...
sedikit pun tak nak jeling...

bila adik Nik Nur Madihah nie menunjukkan kecemerlangan beliau
barulah kerajaan nak tengok kedaifan pelajar nie...
dengan keadaan rumah seperti ini




barulah kerajaan nak bagi rumah baru kat keluarga nie...
lepas tue siap ofer belajar ke luar negara lagi...(tak payah susah2 nak pg temuduga)
bestnya hidup (walaupun menderita sebelum nie..tak siapa pun ambil peduli)

dan
apa yang cuba aku katakan di sini
sistem pembelajaran kita
bukannya di buat hanya untuk orang-orang yang kaya semata-mata
dan meminggirkan orang-orang miskin ataupun pedalaman
kerana ianya di buat adil untuk semua

apa yang membezakan kita ialah
mentaliti sesetengah pelajar itu sendiri
bukannya salah sistem pelajaran yang sedia ada
jika pada hari ini
mentaliti seseorang pelajar pedalaman itu mahu kejayaan
pasti kejayaan akan terukir
namun
jika mentaliti pelajar pedalaman ataupun kampung itu
hanya mahu tanam jagung sehingga ke mati
alamatnya duduk di kampung saja la...
kedaifan sekolah juga bukan penghalang untuk berjaya
meskipun ke sekolah berjalan kaki meredah hutan
sungai dan bukit bukau
ataupun keadaan sekolah kayu yang bila-bila masa kan runtuh
ataupun dengan bilangan guru yang mengajar di sekolah pedalaman atau kampung ini sedikit
semua itu bukan alasan untuk tidak berjaya
pepatah melayu sendiri mengatakan
diman ada kemahuan di situ ada jalan

mentaliti kita harus di ubah
terutamanya bagi mereka yang berada di pedalaman dan kampung
jangan takut untuk berubah
jangan terlalu tersekat dek adat
kerana
ALLAH tak kan mengubah sesuatu kaum itu
selain mereka sendiri mahu mengubahnya

aku juga orang kampung
anak orang miskin
bersekolah di sekolah rendah di atas bukit ( memang berbukit pun sekolah tue)
dengan kedaifan yang ada...
sekolah kayu yang bila2 masa saja akan runtuh
namun aku tidak menjadikannya suatu penghalang untuk aku berjaya
sehingga aku berjaya menjejaki Universiti...

sedarlah
kehidupan ini sebenarnya adil
bagi sesiapa yang menyedarinya
dan tahu bersyukur...




alif ba ta; jangan takut untuk berubah...ubah mentaliti anda!!! kejayaan pasti di genggaman~

Tuesday, March 17, 2009

bila BAHASA di bawa ke jalanan~






bila bahasa di bawa ke jalanan...kononya demonstrasi boleh membawa perubahan...mana akal fikiran yang waras....

sasterawan negara yang di bangga...turut mengetuai demonstarasi jalanan...menyerahkan memorendum kepada sultan...

siapa yang harus di salahkan dalam isu ini??? adakah dia? pencetus idea???



atau

dia? yang masih tidak mampu untuk membuat keputusan samada meneruskan ataupun tidak...

dan yang menjadi mangsa ialah murid-murid sekolah
yang terpaksa berhempas pulas untuk belajar



bukan setakat murid-murid sahaja...
guru-guru terlibat sama...
ambik ko...tergetar2 nak mengajar...


respon aku tentang PPSMI ini ialah:

"aku tidak menafikan cadangan tun. dr M adalah satu cadangan yang bijak, namun sayangnya cadangan ini di laksanakan seperti melepaskan batok di tangga. tiadanya usaha yang gigih untuk merealisasikan PPSMI ini, sebab itulah hasilnya sehingga sekarang tida kelihatan dan menyebabkan ramai pihak menganggap usaha ini suatu perkara yang bodoh dan menganggap ianya perosak bahas ibunda. apa tidaknya, guru-guru di beri elaun lebih dan banyak lagi yang kerajaan lakukan untuk meningkatkan bahasa inggeris di kalangan guru-guru,...namun tetap jugak belajar bahasa melayu di sekolah...alasannya pelajar lebih faham dalam bahasa melayu...memang tidak di nafikanlah...mereka lebih faham dalam bahasa melayu..bukan nak salhkan sesiapa..tapi kenyataan....dan kerajaan perlu untuk mengambil tindakn yang segera dalam menyelesaikan masalah PPSMI ini daripada terus melarat...jika tidak mahu ianya menjadi kudis dalam lipatan sejarah..."

apa yang menarik perhatian aku ialah bagi mereka yang cintakan bahasa pasti akan menentang PPSMI ini...aku juga pencinta bahasa...ya..dulu aku menentang....tapi bila aku berfikir sendiri...dan melaluinya sendiri...kita akan tahu betapa susahnya jika di sekolah kita belajar dalam BM tetapi apabila di Universiti kita kena belajar dalam BI....

sebagai contoh...ada satu subject aku...sem nie..lecture mengajar dalam BM...namun bila aku nak buat assignment yang kena buat dalam BI...aku terpinga-pinga mencari terma-terma dalam BI yang aku perlu translet dpd BM....hu3 yang paling tentionnya bila aku menjawab test dalam BI....padahal benda mudah namun apabila di tukar terma-terma dia ke BI...aku terus blur....pe ke benda semuanya nie...hu3

bagi mereka yang tidak belajar sains dan matematik di peringkat tinggi...pasti tidak akan tahu apa sebenarnya kepentingan belajar dalam bahasa inggeris...walaupun sebenarnya aku benci bahasa inggeris...tapi kita kena sedar...sekarang globalisasi menuntut untuk kita berbahasa inggeris...tolak ketepi alasan bahawa negara jepun or korea boleh berjaya tanpa bahasa inggeris....mereka belajar dpd sejarah...namun kita orang melayu tidak pernah belajar dpd sejarah....kerana bagi kita biarlah sejarah terus menjadi sejarah....

hakikatnya sekarang...bukan PPSMI yang merosakkan bahasa ibunda kita yang tercinta....namun orang melayu sendiri yg merosakkannya tanpa kita pernah sedari....cuba anda bayangkan...berapa banyak perkataan kita pinjam daripada bahasa lain...sejak awal lagi kita terlalu banyak meminjam perkataan bahasa lain...sehinggakan keaslian bahasa melayu itu telah terkotor dengan kata-kata pinjaman...PPSMI sebenarnya setidak2nya menghalang daripada banyak lagi bahasa yang dipinjamkan untuk di jadikan bahasa melayu....berapa banyak terma-terma yang perlu di alihkan ke BM? anda jawab!

siapa kata PPSMI merosakkan bahasa ibunda??? sila beri bukti yang sahih...apabila PPSMI ini di perkenalkan pada 2003...remaja-remaja kita atau anak-anak muda kita menggunakan bahasa inggeris 100% ataupun melupakan bahasa melayu...aku rasa sebelum PPSMI ini wujud pun...sudah banyak bahasa-bahasa ibunda yang di rosakkan oleh anak muda tanpa wujudnya PPSMI ini...contohnya perkataan poyo,kerek,kekwat,laha dan sebagainya...namun kita tidak pernah ambil kesah...tidak pernah mahu menyelesaikan perkara ini..sedangkan PPSMI ini bukannya di gunakan dalam kesemua subjek pun..hanya dua subjek semata-mata...apalah yang nak di kecohkan....aku tak faham...

bagi mereka yang terlalu taksub dengan bahasa ibunda tercinta...ingatlah...tiada suatu bangsa yang mahu menghapuskan bangsa mereka...apatah lagi bahasa tuturan seharian....kerajaan sentiasa ada mekanisema kawalan...agar bahasa ibunda terus di perkasakan agar tidak ketinggalan zaman...ataupun di telan dek zaman....

sebagai contoh yang amat mudah...apabila kerajaan menganjurkan PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU....ianya di sertai oleh pelbagai negara daripada luar negara yang belajar bahasa melayu...melalui pertandingan ini..kita dapat lihat bagaimana orang bukan berbangsa melayu berbahasa dalam bahasa ibunda kita...

dan yang paling membuat aku terngiang sehingga ke hari ini...apabila salah seorang peserta final...aku tidak ingat nama beliau...mengingatkan dalam pidato beliau...'jangalah anda merasakan PPSMI ini suatu perkara yang membunuh bahasa...kerana kerajaan sentiasa ada usaha untuk memperkasakan bahasa melayu....seperti pertandingan ini..."

bagi mereka-mereka pejuang bangsa....usah cepat melatah...inilah masanya untuk anda berjuang dengan hasil tulisan anda...untuk menyedarkan anak-anak muda betapa pentingnya bahasa ibunda....bukan menentang sehingga ke jalanan...ianya ibarat merendahkan lagi martabat bahasa melayu sehingga boleh di seret ke jalanan...hinanya....lihat saja bagaimana sejarah juga membuktikan...bagaimana di zaman penjajahan...mereka yang pandai berbahasa ini...menentang penjajah menggunakan bahasa....untuk menaikkan semangat anak remaja ketika itu untuk menentang penjajah....nah...lihat betapa hebat dan kuatnya bahasa...jika kita tahu menggunaannya....bukan terlalu mengikut darah yang panas dalam badan...sehingga bahasa di pijak-pijak di jalanan...

aku malu melihatnya...walaupun pada awalnya aku juga ingin turut serta demonstrasi tersebut...alhamdulillah...nasib baik aku tidak pergi...ada juga hikmahnya....

sedarlah....bahasa melayu boleh bangkit suatu hari nanti...sepertimana ianya pernah menjadi lingu franca suatu saat lalu...jika kita semua berganding bahu tanpa sebarang prejudis....

kita hanya memerlukan ramai insan-insan yang pakar dalam bidang sains dan matematik untuk menjadi ahli-ahli sains dan matematik yang bijak berbahasa inggeris....agar mereka bisa mencipta bukan hanya tahu mengkaji hasil ciptaan orang lain....agar suatu hari nanti...bila orang melayu sudah tahu mencipta....pasti akan ada bangsa-bangsa lain ingin mengkaji kejayaan orang melayu...lantas ketika itu pasti bangsa-bangsa ini juga mahu mengkaji bahasa melayu....

apa yang penting...kita jangan terlalu taksub dengan bangsa dan bahasa...kerana di akhirat kelak...bukan bangsa dan bahasa yang di tanya...namun amalan yang di utamakan....

ingatlah....

sentiasa letakkan pada diri...
agama di tempat pertama
baru perjuangan bangsa dan bahasa di perjuangkan.....



alif ba ta: tak kan melayu hilang di dunia....namun bagi aku tak kan bugis hilang di dunia he3



Monday, March 16, 2009

tuntutan janji 16 september....




hari ini 16 mac 2009
aku mahu menuntut janji
janji seorang pemimpin yang aku boleh katakan
aku kagum gak la dengan kepimpinan beliau...

janji beliau berbunyi...
16 september 2008
akan terbentuknya sebuah kerajaan MALAYSIA BARU...
di bawah kepimpinan beliau...

ya...
semua orang tahu
16 september adalah tarikh bersejarah buat negara malaysia
kerana tarikh itulah malaysia terbentuk....
di peta dunia...

janji ini buat aku penasaran
saat belum tibanya
16 september 2008 yang lepas

namun bila tibanya tarikh keramat
yang di canang2kan oleh pemimpin ini...
habuk pun tak de...
siap kena gelak dengan pak lah
aku juga turut ketawa( dalam hati jek)

dia ingat dia bijak
dia ingat segala perancangan dia bagus
namun dia terlupa buat plan B & C
sebab kerajaan pak lah juga bijak
lagi2 di tambah najib...
lagilah boleh menggagalkan segala perancangan yang tak seberapa itu
dengan tektik yang kotor..

inilah masalahnya
kalau terlalu gilakan 'talak PM'
tak sabar2 nak jadi PM...
ambik ko..
jilat luadah sendiri
terpaksa buat alasan
perlukan masa lagi
2,3 or 4 bulan lagi...
ha...
skrg dah masuk 7 bulan...
tapi tak juga ambik takhta kan...
nak tunggu 16 september 2009 ke kaedahnya?

sian...
katak2 yg di suruh lompat tak mahu melompat
takut kena 'hanjeng' dan kena keji oleh BN...
tengok2 'katak2' dia yang duk melompat ke BN...
habis hilang satu negeri
kempunan lagi...

sebenarnya...
dia nie kena 'karma'
segala apa yang dia lakukan dan cuba lakukan
kena balik kat muka dia...hu3


walauapapun yang terjadi
aku tetap akan menunggu 16 september nie terjadi
jika benarlah apa yang dia kata mampu membawa perubahan
itu satu perkara yang baik
lagi2 bila dah berjumpa dengan pak lah baru2 nie
sampai membuat najib panas buntut je dgr cerita tue...he3
pasti suatu perkara akan berlaku lagi...
yang boleh menggemparkan satu malaya...hu3

ehmmm...
entahlah...
apa nak jadilah dengan politik malaysia nie..
pak lah nak bersara tanpa rela dah...
najib nak amik tahkta( layak ke?)
pemimpin silih berganti
aku sebagai rakyat
hanya mampu untuk tunggu dan lihat
dan menyokong semua kepimpinan yang ada...
semoga najib akan berjaya menjadi PM dengan aman dan damai...
dan dapat memerintah malaysia tanpa sebarang 'letupan' sana sini...k

till d end...
salam
alif ba ta...




alif ba ta: jangan berjanji jika tidak mampu untuk tunaikan....

bergabung~


+



=

parti campuran

ehmmm...satu perkara yang menarik...namun pelbagai persoalan yang timbul daripada cadangan ini yang di timbulkan oleh hadi awang...

aku kira ini adalah suatu cadangan yang bagus, apabila PAS mahu bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan baru..

namun yang menjadi persoalan, apa sudah jadi dengan pakatan pembangkang antara DAP,PAS & KEADILAN sehingga hadi awang boleh mencadangkan perkara ini...

apa yang menariknya...nik aziz menolak cadangan ini kerana cukuplah dulu PAS merana kerana bergabung dengan BN...dan tidak mahu perkara sama akan berulang...selain itu,bagaimana usaha PAS sebelum ini untuk bergabung dengan umno di tolak mentah2 oleh mereka...sedangkan ianya untuk perpaduan sesama...

manakala respon dari DAP iaitu setiausaha mereka guan eng pula mendesak agar Hadi awang menjelaskan mengapa ingin bergabung dengan BN...?

respon daripada BN pula, iaitu muhyidin yasin menyuruh agar PAS membentangkan kertas cadangan mengapa mereka ingin bergabung...

sungguh menarik situasi ini, adakah ini jalan penyelesaian untuk 'politik damai' atau ada udang di sebalik batu...tapi aku melihat ianya suatu perkara yang baik...lagi2 situasi politik malaysia yang sangat teruk...

tapi...mahukah BN menerima cadangan ini..lagi2 di bawah pucuk pimpinan dato najib kelak....hu3

walauapapun yang terjadi...aku akan menyokong selagi ianya membawa kebaikan kepada rakyat....mesti menarik gabungan dua parti nie...yer la...pasti kerajaan campuran ini akan menerapkan lebih banyak nilai2 keagamaan...tak gitu?


alif ba ta: macam mana la agaknya jika perkara nie betul2 terjadi...pasti adalah yang meraung2 tak dapat jadi 'PM segera' kan...he3

Sunday, March 15, 2009

H.U.J.A.N




hujan..
teruslah membasahi bumi...
menyubur alam ciptaan tuhan

aku
duduk termangu...
di selubungi kesejukan...

ingin aku bermandi hujan...
berlari-lari
menikmati indahnya dalam pelukannya

tapi
hati mau aku meninggalkan dunia
seketika
dalam kedinginan hujan
untuk terus bermimpi
kerana DIA sudah menanti
untuk aku bermandi hujan
bersamanya...




alif ba ta: besnya mandi HUJAN....he3...tapi bes lagi kalau dapat tidor...ha3

Saturday, March 14, 2009

DI samping MU....(edisi ke-2)



andai masa ini
bisa aku kawal
akan aku hiasai hidupku
hanya bersama dirimu

duduk
berbicara
tentang kita

gelak tawa
gurau senda
kau dan aku

alangkah indahnya
jika setiap masaku
di sampingmu

melihat terbitnya mentari
hingga terbenamnya ia
dari timbulnya
rembulan
di samping kerlipan bintang
hingga terbitnya semula mentari

lalu hujan turun
kita berlari
menari di basahi hujan
dan pelangi pun muncul
mewarnai hidup kita

namun
masa bukan milik kita
ia kepunyaan pencipta
yang mengawal setiap yang wujud di bumiNYA..

dan kita
di batas waktu
punya kerja dan cita-cita
yang harus di kejar...

aku yakin
kau juga perlu yakin
jika sudah tersurat
kau pasti di sampingku
amin





alif ba ta: maaf jika entri ini sedikit jiwang (jangan ada sampai termuntah)...hu3 inilah orang kata bila hati kecil mula berkata ( meminjam kata2 blog suria he3)

ALLAH peduli....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang keliru dengan agama...

ketika aku asyik membaca berita online dan juga blog-blog orang lain...
aku terbaca satu artikel...
mengenai lirik lagu...
yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal dari seberang...
iaitu agnes monica yang cantik lagi seksi...
suka sangat kat dia...he3
suara,kecantikan dia...dan juga lakonan dia dalam cerita JELITA...he3

ini dia lirik lagu yang menjadi bualan masyarakat dan juga pemimpin kita pada hari ini...



ALLAH PEDULI-AGNES MONICA

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti


yang menjadi persoalannya pertama mengenai lagu ini oleh orang islam di malaysia ( di indonesia tak tahu la...mungkin dorang tak kesah isu2 agama seperti ini...) ialah apabila penggunaan nama ALLAH Yesus pada lirik terakhir lagu ini...sebelum ini timbul isu di sabah yang mana kristian di sana tetap mahu menggunakan perkataan ALLAH dalam kitab agama mereka..namun di dipertikai oleh pemimpin agama di malaysia dan juga sabah...kerana takutkan masyarakat islam akan keliru akibat daripada daripada penggunaan nama yang sama....

kedua...penyanyi agnes monica ini adalah penganut agama kristian...yang mana bapanya adalah kristian manakala ibunya beragama islam ( beginilah kehidupan masyarakat indonesia yang aku sendiri tidak faham...memang bebas beragama sangat hu3 )

dengar cerita...lagu ini akan di band daripada masuk ke malaysia....kerana tidak mahu ianya mempengaharui masyarakat kita terutama remaja dan kanak-kanak...kerana jika kita menghayati lagu ini...samalah dengan kita menkafirkan diri sendiri....selain itu, rentak lagu ini juga memang rentak yang biasa didendangkan di gereja...

bagi pendapat aku....aku tidak mahu bercakap banyak atau memberi apa-apa komen...berkaitan isu-isu agama...kerana negara kita mengamalkan kebebasan beragama....yang mana agama islam agama rasmi dan rakyat yang beragama selain islam bebas untuk terus menganuti agama mereka...yang juga termaktub dalam perlembagaan malaysia...

namun, jika benar ini adalah salah satu taktik untuk mengelirukan orang islam aku kira ini satu perbuatan yang terkutuk....

aku terfikir sekejap....perkataan 'amin' selama ini juga di gunakan oleh kedua-dua agama...namun tidak pernah di persoalkan...kita harus sedar terutama umat islam...mereka juga ada hak untuk menggunakan perkataan2 mereka kerana ianya terkandung dalam kitab mereka...bukannya mereka sengaja menggunakannya...untuk menghina agama islam mahupun perkataan ALLAH itu sendiri...semua orang sayangkan tuhan mereka...kecuali mereka yang tidak punya tuhan...

masa kini, kita perlu untuk berhati-hati dan mengambil tindakan supaya perkara ini tidak terus mengelirukan semua pihak...dan juga sensitiviti agama tidak di jadikan isu yang besar....ibubapa harus mendidik agama dengan betul agar tidak terpesong...subjek agama di sekolah perlu di perkasakan lagi dengan isu-isu semasa berkaitan agama...dialog antara agama perlu selalu di adakan....agar masyarakat kita pada hari ini saling memahami antara satu sama lain..kelak tiada lagi pertikaian mengenai agama...

perkara-perkara seperti ini kita jangan cepat untuk melatah...kita nilai dengan positifkan diri...apa yang penting kita tahu dan percaya pada agama masing-masing...siapa tuhan kita....itu yang lebih penting....melainkan lah sesuatu agam itu bertindak menghina agama dengan terang-terangan...barulah kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya...

semuanya bergantung pada insan itu sendiri sejauh mana menilai sesuatu perkara terutamanya agama...dan jangan mentafsir berlandakskan akal fikiran..namun perlu ada rujukan...

sama-samalah kita menungkatkan ilmu agama kita agar kita tergolong dalam golongan orang2 yang beruntung...amin...


alif ba ta; tuhanku cuma satu....ALLAH S.W.T yang MAHA ESA....

Friday, March 13, 2009

tahniah SPM 2008...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hidup kita lebih baik daripada sebelumnya...

minggu nie terasa malas sangat nak update blog...mungkin sebab banyak kerja kot....hu3
tapi aku gigih gak utk update blog...
sebab aku kena menulis supaya pembaca blog aku tidak tertunggu2 (ya ke???) hu3

sebelum aku meneruskan apa yang aku nak cakap hari ini...
terlebih dahulu nak wish apy bufday utk YUSRY....
yang ke-22....
semoga panjang umur n murah rezeki...
bufday dia 11 mac ari tue...
sempat la juga kitorang buat surprise kat dia...he3


inilah dia insan bergelar yusry@zakryee....he3
pemilik blog organik....


cheese cake dr secrete recipe yg sgt sedap...nyamie...he3

p/s: pesanan untuk ko...semoga dapat mengempiskan perut anda hahahha

ehmmm...
selesai sudah sesi selingan...
back to my main cerita...hu3

pada hari khamis lepas bersamaan dengan 12 mac 2009
result SPM 2008 pun keluar...
tahun nie...
aku memang ternanti-nanti keputusan SPM keluar...
bukan di sebaban ada adik beradik aku yang amik result SPM nie...
tapi nak tengok samada...
junior2 aku iaitu SASERIAN berjaya atau tidak mengekalkan kejayaan cemerlang senior2 sebelum ini....

tapi...
kali nie memang agak sentap gak la...
ramai giler budak2 lepasan spm nie dapat sume A...
10,080 orang...
meriah giler...
confirm competition nak ke overC tinggi....
ambik ko...
ada yang result cemerlang study kat malaysia jek...hu3

tapi
aku agak musykil la dengan kepandaian budak2 sekarang...
ada 2 kebarangkalian....
samada budak2 sekarang nie memang betul2 pandai...
ataupun...
soalan dan silibus pelajaran yang senang...
tapi aku sokong yg ke-2 tue...he3
ntah la...
aku rasa soalan SPM dah makin senang..
di tambah dengan banyak silibus2 yang dah di kurangkan...
aku masih ingat lagi cikgu2 aku cakap...
budak sekarang bukannya pandai sgt pun...
nasib je bab2 yang susah dah di buang daripada sukatan pelajaran sekarang...
sebab dulu dorang belajar lebih mendalam walaupun pada tahap sekolah menengah...
ehmmm...
setiap orang lain pendapat dia kan...

dan
aku pun gigih menunggu GPK ( GRAD PURATA KESELURUHAN)
sekolah aku...
bukan blog saser dendron...
abg pjoyz siap dah update dah keputusan terkini...

Gred Purata Keseluruhan
1.61


Straight 1A = 30 orang
Straight A = 66 orang
Total Straight A = 96 orang


By Subject

BM = 1.07
English = 1.62
EST = 2.30
Math = 1.02
Add Math = 1.56
Fizik = 1.91
Kimia = 1.56
Biology = 2.77
Sejarah = 1.30
PAI = 1.25
Moral = 1.25

sentap....
sebab pe...
GPK turun daripada sebelumnya...
SPM 2007 dapat 1.56
tapi spm 2008 just dapat 1.61...
lepas tue...
gpk untuk subjek2 pun menurun
kecuali untuk BM & EST ( subjek yang harus di mansuhkan...menyusahkan!!!)
dan yang paling sentap...
math mod....selama 3 tahun berturut2...daripada batch aku sampai batch 5...
sume pelajar dapat A1
tapi tetiba sorang dapat B4...hu3
tak pe lah..mungkin semua tak de rezeki...
hidup ada turun naiknya...
dan dalam pada itu..
aku hanya berharap agar SASER masih teratas...
di negeri 9 dan juga SBP...
apa yang penting...
bilangan mendapat semua A meningkat daripada 87 tahun lepas kepada 96 orang...
satu peningkatan yang bagus...
tahniah...time batch aku berapa puluh jek...
sumenya di sebakan EST yang sengal...

dan melalui update daripada SBP EXCELLENT...
(aku akan update dari semasa ke semasa)


  1. SASER 1.612
  2. KISAS 1.68
  3. ASIS 1.754
  4. SAMURA 1.83
  5. SESTER 1.841
  6. INTEGOMB 1.883
  7. SAINS JOHOR 1.906
  8. TKC 1.930
  9. SEPINTAR 1.951
  10. SESERI 1.979
  11. KUSESS 1.99
  12. BRAINS 2.004
  13. SEMASHUR 2.014
  14. SMSSI 2.005
  15. SEMESTA 2.059
  16. MCKK 2.073
  17. MOZAC 2.084
  18. SBPI SELANDAR 2.075
  19. SMAPK 2.11
  20. SAS 2.108
  21. FARIS PETRA 2.135
  22. SESMA 2.142
  23. ITEM 2.143
  24. STJ 2.171
  25. SAINA 2.171
  26. SMAPL 2.198
  27. INTERSABER 2.193
  28. STF 2.221
  29. SBPI JEMPOL 2.248
  30. SYTRA 2.266
  31. SMACH 2.269
  32. SMSS 2.289
  33. IGOP 2.277
  34. SMSAH 2.305
  35. SMESH 2.321
  36. SBPI PEKAN 2.355
  37. INTEK 2.382
  38. SERATAS 2.409
  39. SEMSAS 2.406
  40. SDAR 2.419
  41. SCIPP 2.437
  42. SAINS KUCHING 2.438
  43. SHAH PEKAN 2.434
  44. SAINS MIRI 2.44
  45. SEMESTI 2.447
  46. SAKTI 2.444
  47. STAR 2.456
  48. SOKSEK 2.604
  49. SAINS LAHAD DATU 2.621
  50. SAINS DUNGUN 2.637
  51. SAINS LABUAN 2.822

Belum Update :

SBPI KUBANG PASU, SSP & SAINS MAT JIWA


Alhamdulillah...setakat nie masih teratas..di harapkan tiada SBP yang akan memintas lagi....melalui amatan aku...seingat aku SASER akan jatuh dengan GPK hanya 1.61...namun bila melihat KISAS,ASIS,SBI GOMBAK & SESERI di belakang SASER...yang tiap2 tahun menjadi saingan SASER...menyebabkan aku terfikir sejenak...

apabila kerajaan mengumumkan keputusan SPM 2008 meningkat dan cemerlang.....aku agak pelik sikit dengan statement tue...jika benar meningkat..mengapa GPK sekolah2 terbaik seperti SBP ini GPK mereka semua menurun dan aku rasa tidak banyak peningkatan....ini jelas menunjukkan SPM 2008 ada something wrong....jika benar cemerlang...maka GPK sume sekolah SBP nie tidak seperti ini...bayangkan KISAS pada tahun 2007 dapat 1.665...jatuh 0.02...ASIS SPM 2007 dapat 1.688 tapi spm 2008 turun 0.066..manakala SESERI pada spm 2007 dapat 1.709 tapi spm 2008 1.979...jatuh 0.27...jelas membuktikan....sebenarnya SPM 2008 tak secemerlang SPM 2007....tapi orang kata...tak adil la untuk membandingkan sesuatu yang sebenarnya nampak sama tapi tidak...yer la...soalan pun tak sama...kalau sama tadi bolehla bandingkan kan...masalahnya sekarang soalan SPM tue lebih kurang je kan...hu3 recycle je tiap2 tahun...

dan juga..kerajaan memeberitahu...PPSMI tidak pun menghalang kejayaan pelajar2 untuk menguasai sains dan matematik...

Seramai 45,662 calon menjawab kertas soalan Matematik 1 dalam BI sepenuhnya, berbanding 44,207 dalam Bahasa Melayu (BM) dan 55,550 menggunakan kedua-dua bahasa, manakala bagi Matematik 2, 227,720 menjawab soalan dalam BI sepenuhnya berbanding 86,463 dalam BM dan 41, 630 dalam dwibahasa.

Bagi Sains Kertas 1, 41,078 calon menjawab dalam BI, 16,557 (BM), 47,156 (dwibahasa); Sains Kertas 2, 36,855 (BI), 130,725 (BM), 36,041 (dwibahasa); Kimia Kertas 1 (4,347 (BI), 29,833 (BM), 25,367 (dwibahasa); Kimia Kertas 2, 90,669 (BI), 12,589 (BM), 23,907 (dwibahasa) dan Kimia Kertas 3, 79,920 (BI), 12,592 (BM), 11,551 (dwibahasa). BIOLOGI & FIZIK tak bagi tau pun...hu3 dan yang peliknya...keputusan BI semakin menurun...hu3

korang tafsir la sendiri..samada PPSMI nie berjaya atau tidak...bagi aku...untuk menilai sesuatu perkara bukan sekali or dua kali...kita perlu untuk memberi masa....untuk melihat hasilnya...sedangkan thomas edison mencipta lampu pun berapa ratus kali dia gagal baru menemui kejayaan...bagi aku...perlaksanaa PPSMI itu perlu di perkasakan lagi jika mahu PPSMI ini berjaya....renung2kan...

walauapapun..aku nak ucapakan tahniah buat semua lepasn spm 2008...ini baru permulaan untuk mengejar cita-cita..jangan cepat berasa bangga dan selesa...dan jangan pula cepat berputus asa...masih banyak liku-liku kehidupan yang perlu untuk di lalui....

TAHNIAH aku ucapakan juga buat semua junior aku...yang telah meneruskan legasi kecemerlangan SASER tercinta...

ok la...
till d end...

salam...
alif ba ta


p/s: rasa kesal tak study betul2 time SPM..kalau tak aku dah ada kat oversea study medic..khua2

Popular Posts

Popular Posts since May 2010