Tuesday, March 24, 2009

andai aku...


andai aku
punca segalanya
aku mohon maaf

andai aku
punca persahabatan kamu
tidak seperti dulu
aku mohon maaf

andai aku
punca hati kamu
tak seperti dulu
aku mohon maaf

andai aku
punca kamu tidak selesa
aku mohon maaf

andai aku
mencuri DIA
dari kehidupan kamu
aku mohon maaf

andai aku
membuat DIA tak seperti dulu
aku mohon maaf

bukan aku mau semuanya berlaku
bukan juga aku pinta ini terjadi
namun bila hati mula berbicara
kisah cinta adam dan hawa
tiada siapa yang mampu menghalang
jika takdirnya mereka berjumpa

maafkan aku
jika kehadiran ini dalam hidup kamu semua
membuat kamu jelek

aku tahu
PERSAHABATAN itu telah lama kamu bina
aku tahu
kasih sayang antara kamu
namun
tidak sedikitpun
hati ini mau memutuskan
tali yang telah lama kamu ikat bersama
tidak pernah cuba untuk melonggarkan

mungkin takdir sudah tersurat

tapi ingatlah
tidak pernah sedikitpun
aku mau melarikan DIA
dari kehidupan PERSAHABATAN kamu semua

aku hanya insan biasa
yang mencari sekeping hati
yang terpisah

aku bukan mencari
insan secantik BALQIS
kerana aku bukan seindah SULAIMAN
bukan juga setulus ZULAIKHA
kerana aku bukan setampan YUSUF
apatah lagi insan sekuat SARAH
kerana aku bukan seteguh IBRAHIM
malahan insan seistimewa KHADIJAH
kerana aku bukan sempurna seperti RASULULLAH S.AW.







alif ba ta; maaf...hanya itu aku termampu...adakah harus 'adam' dan 'hawa' terpisah lagi....setelah berjuta batu berjalan...???

4 pengkritk ceritera duniaku:

AHMADSUFI6177 said...

erm.... kau buat sendiri atau campur sikit org punya?? ayat yg last tue aku penah dengar dah.. huhu...

bro, lama2 diorng dapat la terima.. maybe masih awal... korang berusahalah ek?? hehe

jumapx said...

to ahmad sufi...
buat sendiri la..
excpt...yg part last tue,...
sah2 la sume org pnah dgr kan...he3

addyaholix said...

kalaupun kita cuma manusia biasa, tapi kita masih punya hak untuk mengharapkan yang terbaik.

AHMADSUFI6177 said...

ooo... betul2.. penah dengar dah.. yg last la.. hehe....

by the way... lahirkan lagi apa terasa dijiwa.. =)

bicara kau buat aku tenang.. xleh miss la.. hehe.. =)

Popular Posts

Popular Posts since May 2010