Tuesday, March 17, 2009

bila BAHASA di bawa ke jalanan~






bila bahasa di bawa ke jalanan...kononya demonstrasi boleh membawa perubahan...mana akal fikiran yang waras....

sasterawan negara yang di bangga...turut mengetuai demonstarasi jalanan...menyerahkan memorendum kepada sultan...

siapa yang harus di salahkan dalam isu ini??? adakah dia? pencetus idea???



atau

dia? yang masih tidak mampu untuk membuat keputusan samada meneruskan ataupun tidak...

dan yang menjadi mangsa ialah murid-murid sekolah
yang terpaksa berhempas pulas untuk belajar



bukan setakat murid-murid sahaja...
guru-guru terlibat sama...
ambik ko...tergetar2 nak mengajar...


respon aku tentang PPSMI ini ialah:

"aku tidak menafikan cadangan tun. dr M adalah satu cadangan yang bijak, namun sayangnya cadangan ini di laksanakan seperti melepaskan batok di tangga. tiadanya usaha yang gigih untuk merealisasikan PPSMI ini, sebab itulah hasilnya sehingga sekarang tida kelihatan dan menyebabkan ramai pihak menganggap usaha ini suatu perkara yang bodoh dan menganggap ianya perosak bahas ibunda. apa tidaknya, guru-guru di beri elaun lebih dan banyak lagi yang kerajaan lakukan untuk meningkatkan bahasa inggeris di kalangan guru-guru,...namun tetap jugak belajar bahasa melayu di sekolah...alasannya pelajar lebih faham dalam bahasa melayu...memang tidak di nafikanlah...mereka lebih faham dalam bahasa melayu..bukan nak salhkan sesiapa..tapi kenyataan....dan kerajaan perlu untuk mengambil tindakn yang segera dalam menyelesaikan masalah PPSMI ini daripada terus melarat...jika tidak mahu ianya menjadi kudis dalam lipatan sejarah..."

apa yang menarik perhatian aku ialah bagi mereka yang cintakan bahasa pasti akan menentang PPSMI ini...aku juga pencinta bahasa...ya..dulu aku menentang....tapi bila aku berfikir sendiri...dan melaluinya sendiri...kita akan tahu betapa susahnya jika di sekolah kita belajar dalam BM tetapi apabila di Universiti kita kena belajar dalam BI....

sebagai contoh...ada satu subject aku...sem nie..lecture mengajar dalam BM...namun bila aku nak buat assignment yang kena buat dalam BI...aku terpinga-pinga mencari terma-terma dalam BI yang aku perlu translet dpd BM....hu3 yang paling tentionnya bila aku menjawab test dalam BI....padahal benda mudah namun apabila di tukar terma-terma dia ke BI...aku terus blur....pe ke benda semuanya nie...hu3

bagi mereka yang tidak belajar sains dan matematik di peringkat tinggi...pasti tidak akan tahu apa sebenarnya kepentingan belajar dalam bahasa inggeris...walaupun sebenarnya aku benci bahasa inggeris...tapi kita kena sedar...sekarang globalisasi menuntut untuk kita berbahasa inggeris...tolak ketepi alasan bahawa negara jepun or korea boleh berjaya tanpa bahasa inggeris....mereka belajar dpd sejarah...namun kita orang melayu tidak pernah belajar dpd sejarah....kerana bagi kita biarlah sejarah terus menjadi sejarah....

hakikatnya sekarang...bukan PPSMI yang merosakkan bahasa ibunda kita yang tercinta....namun orang melayu sendiri yg merosakkannya tanpa kita pernah sedari....cuba anda bayangkan...berapa banyak perkataan kita pinjam daripada bahasa lain...sejak awal lagi kita terlalu banyak meminjam perkataan bahasa lain...sehinggakan keaslian bahasa melayu itu telah terkotor dengan kata-kata pinjaman...PPSMI sebenarnya setidak2nya menghalang daripada banyak lagi bahasa yang dipinjamkan untuk di jadikan bahasa melayu....berapa banyak terma-terma yang perlu di alihkan ke BM? anda jawab!

siapa kata PPSMI merosakkan bahasa ibunda??? sila beri bukti yang sahih...apabila PPSMI ini di perkenalkan pada 2003...remaja-remaja kita atau anak-anak muda kita menggunakan bahasa inggeris 100% ataupun melupakan bahasa melayu...aku rasa sebelum PPSMI ini wujud pun...sudah banyak bahasa-bahasa ibunda yang di rosakkan oleh anak muda tanpa wujudnya PPSMI ini...contohnya perkataan poyo,kerek,kekwat,laha dan sebagainya...namun kita tidak pernah ambil kesah...tidak pernah mahu menyelesaikan perkara ini..sedangkan PPSMI ini bukannya di gunakan dalam kesemua subjek pun..hanya dua subjek semata-mata...apalah yang nak di kecohkan....aku tak faham...

bagi mereka yang terlalu taksub dengan bahasa ibunda tercinta...ingatlah...tiada suatu bangsa yang mahu menghapuskan bangsa mereka...apatah lagi bahasa tuturan seharian....kerajaan sentiasa ada mekanisema kawalan...agar bahasa ibunda terus di perkasakan agar tidak ketinggalan zaman...ataupun di telan dek zaman....

sebagai contoh yang amat mudah...apabila kerajaan menganjurkan PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU....ianya di sertai oleh pelbagai negara daripada luar negara yang belajar bahasa melayu...melalui pertandingan ini..kita dapat lihat bagaimana orang bukan berbangsa melayu berbahasa dalam bahasa ibunda kita...

dan yang paling membuat aku terngiang sehingga ke hari ini...apabila salah seorang peserta final...aku tidak ingat nama beliau...mengingatkan dalam pidato beliau...'jangalah anda merasakan PPSMI ini suatu perkara yang membunuh bahasa...kerana kerajaan sentiasa ada usaha untuk memperkasakan bahasa melayu....seperti pertandingan ini..."

bagi mereka-mereka pejuang bangsa....usah cepat melatah...inilah masanya untuk anda berjuang dengan hasil tulisan anda...untuk menyedarkan anak-anak muda betapa pentingnya bahasa ibunda....bukan menentang sehingga ke jalanan...ianya ibarat merendahkan lagi martabat bahasa melayu sehingga boleh di seret ke jalanan...hinanya....lihat saja bagaimana sejarah juga membuktikan...bagaimana di zaman penjajahan...mereka yang pandai berbahasa ini...menentang penjajah menggunakan bahasa....untuk menaikkan semangat anak remaja ketika itu untuk menentang penjajah....nah...lihat betapa hebat dan kuatnya bahasa...jika kita tahu menggunaannya....bukan terlalu mengikut darah yang panas dalam badan...sehingga bahasa di pijak-pijak di jalanan...

aku malu melihatnya...walaupun pada awalnya aku juga ingin turut serta demonstrasi tersebut...alhamdulillah...nasib baik aku tidak pergi...ada juga hikmahnya....

sedarlah....bahasa melayu boleh bangkit suatu hari nanti...sepertimana ianya pernah menjadi lingu franca suatu saat lalu...jika kita semua berganding bahu tanpa sebarang prejudis....

kita hanya memerlukan ramai insan-insan yang pakar dalam bidang sains dan matematik untuk menjadi ahli-ahli sains dan matematik yang bijak berbahasa inggeris....agar mereka bisa mencipta bukan hanya tahu mengkaji hasil ciptaan orang lain....agar suatu hari nanti...bila orang melayu sudah tahu mencipta....pasti akan ada bangsa-bangsa lain ingin mengkaji kejayaan orang melayu...lantas ketika itu pasti bangsa-bangsa ini juga mahu mengkaji bahasa melayu....

apa yang penting...kita jangan terlalu taksub dengan bangsa dan bahasa...kerana di akhirat kelak...bukan bangsa dan bahasa yang di tanya...namun amalan yang di utamakan....

ingatlah....

sentiasa letakkan pada diri...
agama di tempat pertama
baru perjuangan bangsa dan bahasa di perjuangkan.....



alif ba ta: tak kan melayu hilang di dunia....namun bagi aku tak kan bugis hilang di dunia he3



19 pengkritk ceritera duniaku:

c h o c o l a t e i.c.e said...

jgn lagi guna laha,propa dan yang seangkatan dengan-nya..kerana anda akan jadi perosak bahasa..

lalaLala.


p.s:dulu sureheboh kena tukar jadi jomheboh kerana dikatakan merosakan bahasa..rakan cop boleh ek?

nota.kematian said...

entahlah...
huh !

kesian tengok ada lagi murid murid pendalaman/luar bandar yang masih terkial kial untuk memahami math dan sains dalam bahasa ibunda mereka, apatah lagi kalau guna bhs english lagilah sepuluh patah cakap, mungkin satu dua patah saja yang difahami.

mata kita dikaburi dengan beberapa orang yang dapat berlambak A, sedangkan majoriti yang masih terkial kial itu, bagaimana pula?

lihat sahaja spm tahun ini, 9.2 tiada sijil spm, macam mana?
aduyai...

terpulanglah.
tapi cukup cukup sedih melihat anak bangsa kita sendiri yang makin lama makin mundur, tapi tidak dipaparkan isu mereka ini.
yang disogokkan pada kita cuma yang dapat A.

sampai bila nasib mereka ini terbela, apakah terus terusan sampai ke SPM, tiada sijil, bekerja sebagai buruh...
aduiyai...adui...

jumapx said...

to coklet ice...
he3 akan ku cuba utk tidak menggunakan perkataan2 itu...he3

to nota kematian...
mmg tidak di nafikan pelajar pedalaman tersangatlah susah nak belajar sc n math dlm bahasa inggeris...mereka bukan mcm orang bandar...pandai bercakap bahasa inggeris...

semuanya dari mentaliti kita juga...jangan terlalu menghukum sesuatu itu jika hasilnya baru satu dua...kita perlu untuk memberi masa...PPSMI ini di laksanakan sejak dari tahun 1...umur yang sesuai utk mengenal dan belajar...

dan apa yang paling penting...kerajaan bukan memandang sebelah mata mereka yang tercicir(tak berapa pandai)...banyak usaha dan mekanisme yang kerajaan lakukan untuk membantu mereka2 yang lemah...namun berbalik kepada realiti kehidupan...

ada yang kaya
ada yang miskin
ada yang sihat
ada yang sakit
ada yang pandai
dan ada yang bodoh

kehidupan manusia bukan semuaya sama...

manusia itu akan sentiasa di takuk lama....kecuali mereka sendiri berusaha untuk berubah...

kejayaan bukan datang bergolek...ianya perlu dengan usaha yang gigih...

siapa kata org kampung dan pedalaman tidak boleh berjaya...? boleh kalau kita betul2 berusaha...

manusia bukan bodoh...tapi malas untuk berusaha dan ambil tahu...

renung2kan...

wahyudimy said...

Aku sedikìt keliru dgn retorika kau ni.
Mereka2 yg menentang ppsmi bukan menentang hakikat kepentingan bi dalam pembangunan sastera sekalipun.malah,mereka terdiri drpd golongan intelektual yg fasih berbahasa inggeris,jauh lebih fasih drpd menteri2 dan kabinet yg memutuskan ppsmi.haha

Dan kenapa perlu tolak tepi jepun dan korea,aku tambah lagi satu jerman,dalam memartabatkan bahasa mereka sedangkan mereka role model terbaik dalam membentuk solidaritas suatu bangsa.

Dan kenapa perlu salahkan pelaksanaan ppsmi yg baru berusia 2 tahun?mana mungkin lumut akan berkumpul di batu yg sentiasa bergolek.haha

Masalah sebenarnya,kita tidak sepenuhnya menyokong,tidak pula sepenuhnya membantah.aku hairan kenapa baru hari ini gapena bangun menyatakan bantahan,bukan dari dulu awal pelaksanaan ppsmi.apa kerana kroni sudah tidak di lapik perutnya dengan makanan2 sedap kapitalis ?
Haha

Salam.

miSs_DeERaz said...

itulah bangsa Melayu ni...
melenting tak tentu pasal.. maaf ya tapi aku juga melayu.. melayu yang asalnya dari pendalaman.. dan aku tk tgk apa salahnya PPSMI... sebab walaupun aku ni tak ada peluang masuk u.. tapi kerja aku skrang ni banyak menuntut aku bercakap dalam bahasa inggeris.. tergagap-gagap nak bercakap..
aku ni anak pendalaman.. harapkan sekolah jer nak blajar inggeris... kalau korang kata pelajar pendalamn terkial-kial nak blajar bahasa inggeris ni... aku rasa tak..
dan yang peliknya, kenapa baru sekarang nak membantah habis habisan?
orang Melayu sendiri yang menjatuhkan bangsa Melayu.. tak ada pulak aku tgk org Cina @ india yang buat demo sedangkan kat sekolah aliran Cina ngan India pun math ngan Sains dalam inggeris.. dorang pun mnuntut mahu kembalikan math ngan sains dalam bahasa dorang.. tapi tak ada pulak demo jalanan..
dan paling bagusnya, ada orang Melayu yang konon-kononya pejuang bahasa cakap inggeris bagai nak rak.. dan ada pulak mula-mula wat tak kisah jer, tapi kena cucuk sana sini mula membantah...
sudah-sudah la... Melayu juga yang rugi

jumapx said...

to wahyudimy...
yeah..mungkin entri aku hanya berlandaskan retorik bahasa...aku sedar itu..kerana aku malas mencari fakta2...he3

memang aku tidak nafikan...yang mereka2 yang menentang ini pandai berbahasa inggeris...jadi apa masalahnya? takut anak2 mereka tak pandai bahasa sc n math ke? he3

bukan tak mahu menolak...jepun n korea ini belajar dpd sejarah...mereka telah berkembang lebih maju dpd malaysia...mereka mencipta sesuatu sebelum zaman revolusi lagi...tapi mereka belajar dalam bahasa inggeris dahulu sebelum mereka mengubahnya ke dalam bahasa mereka sendiri...dan aku tambah lagi satu...russia juga menggunakan bahasa ibunda mereka...he3

itulah masalah kita...menentang tak jugak...menerima pun tidak...hu3 melayu2...ada juga penentangan pada awalnya...tapi tidak keterlaluan...yer la...ketika itu tun. dr.M yang jd PM...sume diam kecut seribu bahasa...bila dah sampai tahap skrg...baru duk sibuk nak pertahankan bahasa melayu...pe ke jadah....

setuju dengan stment ko..

apa kerana kroni sudah tidak di lapik perutnya dengan makanan2 sedap kapitalis ?

mungkin kot...hahahaha

wahyudimy...
nak tanya satu soalan...
kami orang tawau kan?
bugis ka?

:)

jumapx said...

to missdeeraz...
setuju dgn kamu!!!

wahyudimy said...

Dalam seni rupa,puisi atau lukisan bisa saja kita bergantung pada keindahan bahasa atau alam,.tapi dalam kritikus tidak kira sastera,politik,sosial atau apa saja kita perlu jejak dan sejarah untuk membahasnya.tidak boleh bergantung kepada retorik bahasa saja.

Takut anak mereka tidak tahu berbahasa inggeris? haha
come on aku pasti kau punya soalan yg lebih baik dari itu.mereka2 yg turun ke jalan menyatakan bantahan yg dilemparkan bom pemedih mata,yg disumbat ke lokap,yg termuntah muntah dek penangan asap,..bukan untuk kepentingan diri..mereka turun kerana bahasa ibunda,native tongue yg mereka sanjung..

a.samad said terkenal dgn sifat kerendahan hati,.lebih suka menyimpan dari melawan.tapi kali ini beliau fikìr harus turun ke jalan,MELAWAN.kalau bukan sekarang bila lagi?

Apa yg mustahil?kerjaan melayu melaka suatu masa dulu pernah menerajui tamadun dunia.jepun dan korea tidak ada apa2nya masa itu.kenapa perlu memandang rendah pada keupayaan bahasa melayu untuk menjadi medium pembelajaran sains dan matematik?sains dan teknologi tidak bergantung pada bahasa apa yg diguna.perancis misalnya,masih tetap maju dalam bidang ini,dalam masa yg sama mereka berjaya memartabatkan bahasa ibunda mereka.bahasa inggeris sendiri bukan bergantung pada sains dan teknologi,tetapi sastranya.bahasa melayu juga sesuai seperti layaknya bahasa inggeris.

jumapx said...

yer...sy bukan tidak mahu jejak sejarah...cuma bila sy berkata dengan fakta...pasti akan ada fakta yang akan di balas dengan fakta...buat penat je...hu3 sampai kesudah tak kan habis...biarla sy berkata hanya melalui apa yang sy rasa..kerana itu lebih baik....

contohnya seperti yang wahyudimy tulis pada komen terkakhir...bila fakta di balas fakta...sy juga boleh membalas dengan fakta....jika benar kerajaan melayu boleh menguasai tamadun pada suatu masa dahulu...mengapa kita tidak bangkit dengan cepat seperti jepun apabila tamadun mereka musnah akibat musnahnya hiroshima dan nagasaki...mereka bangkit dengan sendiri sehingga skrg menjadi negara maju...kita di jajah selama lebih kuarang 400 tahun oleh penjajah durjana...namun tidak pernah belajar melalui sejarah untuk bangkit semula lalu membangunkan tamadun melayu yang gah seperti dulu...tidak mahu belajar menuntut ilmu sains dan matematik yang buku-buku rujukannya bukan berbahasa melayu...berapa kerat sahaja anak2 muda yang menjadi pakar2 sc n math yang boleh mengalih bahasakan sc n math dlm b.inggeris ke bahasa melayu? sedangkan berapa banyak terma-terma yang perlu di alihkan...dan ini akan menjadikan bahasa melayu akan banyak meminjam perkataan bahasa inggeris lagi...dan akan hilanglah keasliaan bahasa melayu yang indah....

memang bukan untuk kepentingan diri..namun ingin memperjuangkan bahasa ibunda tercinta...namun adakah demonstrasi jalanan yang hina...jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini??? anda jawab...

saya sememangnya kagum dengan A.samad said...agak terkejut juga bila beliau turun padang untuk menyelesaikan masalah ini...faisal tehrani juga mahukan PPSMI ini di hapuskan...namun mengapa bukan dari dulu mereka tentang...saat PPSMI ini di wujudkan...saya tersangat benci dan marah(ketika itu nak naik form 4)...kerana takutkan belajar dalam bahasa inggeris...dan saya sempat merasa cikgu-cikgu saya praktis utk mengajar dalam bahasa inggeris semasa mengajar sy....hu3 namun ketika itu kesedaran itu belum ada...kesedaran tentang mengapa PPSMI ini di wujudkan...

kini...saya tahu dan sedar mengapa ianya di wujudkan....dan sy merasa kesannya...

ketika mula-mula masuk universiti...terasa susah sgt nak belajar terma-terma kejuruteraan dalam bahasa inggeris..kerana ketika sekolah sy belajar dalam BM...sehinggakan sy lambat utk memahami sesuatu subjek itu...namun saya yakin..pelajar2 yang produk dpd PPSMI ini...pasti akan mudah untuk belajar dalam jurusan sains dan math di universiti kelak..kerana mereka punya asas yang bagus...

yakinlah...
PPSMI bukan pemusnah bahasa ibunda kita yang tercinta...selagi kita tahu mana akar lidah kita mula berbicara...apa makanan bahasa lidah kita yang sentiasa berucap...kita pasti yakin...bahasa melayu akan terus di sanjung...

nota.kematian said...

huhuhu...
realiti bukan seindah apa yang kita katakan.
mekanisme?

hehehe.
tak apalah juma oit.
bila kamu memasuki alam pekerjaan, spesifiknya kalaulah, kalaulah kamu ditakdirkan terjun dalam bidang perguruan dan ditempatkan di pendalaman. kamu akan tahu juga.


hidup adalah untuk dialami dan dilalui.

law said...

ni semua nk komen ka nk mengarang dlm ni???
ish..ish..ish..

wahyudimy said...

"mereka (jepun) belajar dalam bahasa inggeris dahulu sebelum mereka mengubahnya ke dalam
bahasa mereka sendiri"

mana kau dapat ni? haha

dalam buku terbaru okakura tenshin-Another Asia,Rustom Baruscha (mind the spelling) digambarkan dengan jelas asia harus bergulat dengan pertanyaan fundamental tentang
identitas atau posisinya dalam sejarah jika mahu bangun.maka itu yg dibuat jepun.mereka bangun memperkasakan seni mereka.dan hari ini seperti kata barushcha-seni jepun berdiri SENDIRI menghadapi dunia.yang menarik bila Baruscha mengutip pesan okakura tenshin kepada anaknya;
"janganlah kau berpakaian jepang kalau bahasa inggeris kau patah patah"
ingat,kebanyakan karya okakura tenshin diterjemahkan dalam bahasa inggeris!!

hahaha

ok.kau cakap pasal nagasaki dan hiroshima.aku suka sejarah jepun.hehe
asia yg suatu ketika diinjak injak kolonialisme negeri2 eropa dipertontonkan bagaimana sebuah negara eropah iaitu Rusia dikalahkan oleh jepun pada tahun 1905.di sini kau harus ingat,kekuatan jepun ialah seninya yg telah melahirkan nasionalisme
secara mendadak.sejak itu seluruh asia,malah dunia sibuk 'bangun' dan memperkasakan sastra seni mereka.jadi kau jangan tanya kenapa,kerana sehingga ini kita masih terkapai2 mencari2 sistem negara mana yg harus diciplak untuk
diguna pakai di negara kita ini.sekejap pandang ke timur lah,sekejap pandang ke barat lah.
tidak tahu bila mahu PANDANG TANAH YANG DI PIJAK!!!

"menjadikan bahasa melayu akan banyak meminjam perkataan bahasa inggeris lagi...dan akan hilanglah keasliaan bahasa melayu yang indah"

keaslian mutlak suatu bahasa adalah suatu yg absurd..bahasa melayu hari ini bukan hanya dipengaruhi bahasa inggeris tapi juga bahasa indonesia dan arab.ini asimilasi budaya yang tidak boleh tidak terjadi kawan!!

india dan indonesia misalnya yg habis habisan memartabatkan seni mereka hasilnya hari ini,nama2 besar seperti tagore atau goenawan mohammad disebut sebut di persada dunia.negara kita? ahadiat akasha?? hahahaha

pernah ke jogja,tanah sulawesi atau kalimantan atau tanah jawa?? kalau belum kau akan terpegun bagaimana masyarakat tidak kira bangsa fasih berbahasa indonesia.jangan hairan jika
lelaki bermata sepet bernama ah beng berbahasa bugis sekali pun dengan kau..haha



"ingin memperjuangkan bahasa ibunda tercinta.
namun adakah demonstrasi jalanan yang HINA...
jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini??? anda jawab.."

urgh,
aku sedikit tersinggung bila kau katakan demonstrasi jalanan hina.
ada apa di kepala kau itu?apa pun,ia memudaratkan pemikiran kau...hahaha

dengan mata kepala aku sendiri melihat pelbagai jenis umur turun ke jalan,dari golongan remaja hingga seorang nenek tua yg menggendong cucunya,di barisan hadapan mahu merempuh fru yg bersedia dengan kayu belantan dan gas pemedih mata.jumlahnya bukan
satu dua orang.bukan seratus orang.tapi beribu.ya BERIBU RIBU..ingat ini bukan golongan
politikus atau intelektual.ini RAKYAT yg mahu nasibnya dibela!!!
HINAKAH INI JIKA DATANG DARI PEDALAMAN ATAU LUAR BANDAR SEMATA MATA MAHU MENUNJUKKAN BETAPA SUSAHNYA ANAK2 MEREKA???

"kita pasti yakin...bahasa melayu akan terus di sanjung..."

owh...dalam situasi sekarang aku kurang yakin...hahaha
berapa ramai kawan kau yg tahu puisi2 a samad said,mohd haji salleh,usman awang,...berapa ramai yg kenal tulisan pak sako dan zubir ali yg keduanya telah meninggalkan kita.meninggalkan kita dengan khazanah bahasa.
tapi buat apa kalau tiada siapa mahu baca.

ini bukan hanya hitam putih atas kertas yg jelas menyatakan betapa kemerosotan keputusan kimia dan matematik bagi peperiksaan2 lepas.ini juga bukan soal bagaimana pelajar universiti
seperti kau mahu survive dalam universiti.ini bukan soal kenapa aku beriya iya komen panjang2
dalam blog kau,kasi penat tangan mahu taip.ini bukan soal kenapa kau harus hairan nama2 besar spt a samad said dan faisal tehrani (haha) menentang ppsmi.BUKAN itu!!

ini soal ANAK ANAK di pedalaman yg sekarang cuma dapat merenung buku teks yg baru diberikan!!!
mereka belum becus membaca puisi2 mohd haji salleh,tapi sudah di suruh membaca puisi2 christopher!! di sekolah mereka tidak ada wi fi seperti di universiti kamu.
mereka juga masih menyanyi lagu "sayang kinabalu" bukan lagu jason myraz..mereka tidak pakai henfon secanggih henfon kamu.
kau tinggal di tawau kan,cuba kau ringankan kaki ke kewasan pedalaman di lahad datu,telupid
ranau,atau sebelah sarawak sana ba!!

haha..kau perlu cakap sabah ba,sebab aku juga pernah tinggal di tawau.haha

ok sappok.
mau mandi dulu.
cheers!

jake said...

udi2~lek2 ko ba ,ndakan hilang melayu d dunia

Anonymous said...

Kenapa pandangan kamu begitu negatif terhadap demo jalanan.

Kalau dulu,orang2 tanah melayu,yg terdirì drpd KMM,API,AWAS,dan gerakan2 kiri lain turun ke jalan untuk menentang kolonial,memintaubat2an,pendidikan,dan menunjukkan bantahan terhadap nippon.
Situasi yg sama,cuma hari ini yg memegang belantan bukan nippon tapi fru,dan yg mengibar sepanduk adalah rakyat yg mahu sistem pendidikan yg lebih baik.

hac01 said...

http://hac01.wordpress.com/2009/03/17/ppsmi/

jumapx said...

to wahyudimy...
wah...tak sangka wahyudimy menulis sepanjang ini...terima kasih...aku faham perasaanmu itu...mahu mempertahankan bahasa ibunda yang tercinta...

kan sudah ku bilang dari awal...aku tidak mahu berdebat melawan fakta...kerana sampai ke sudah pun ndak habis jugak nanti...

tapi...di sebabkan darah debat tue membuak2...aku tetap mahu membalas dengan fakta jugak...

untuk menjawab persoalan anda mengenai jepun...begini

Jepun telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

ke-2...bukannya terlalu menghina demokrasi yg telah di lakukan oleh semua GOLONGAN terutama mereka yang dari pedalaman yg kononya mahu memperjuangkan nasib anak2 mereka...

masalah utama ialah...adakah dengan cara ini masalah2 seperti ini menyelesaikan segala yg berlaku...saya tidak nafikan....adanya menja bulat yg kerajaan lakukan dengan badan2 kerajaan mengenai PPSMI ni samada mau meneruskan ataupun tidak...namun masih tidak dapat maklum balas dpd kerajaan..samada meneruskan ataupun tidak...maka dengan cara ini kononnya boleh menyelesaikan masalah..saya rasa tidak...zaman skrg bukan zaman dulu2...boleh membuat rusuhan seperti komen anonymous mengatakan KMM,API,AWAS dan gerakan kiri menentang kolonial membuat bantahan dengan rusuhan atau demokrasi...ini zaman moden...zaman kita tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu tanpa perlu untuk membuat rusuhan atau demokrasi...sedangkan...polis tidak memberi permit untuk mengadakn perarakan sehingga ke istana...hanya di benarkan berkumpul di masjid sahaja...namun mengapa perintah ni di ingkari...sedangkan org kuat yg mahu membuat perkara ini telah bersetuju hanya mahu berkumpul sahaja....tengok2...tetap gak buat gerakan sampai ke istana negara...pe nie? implikasinya bukan sikit...menyebabkan jalan2 raya sesak...dan menyebabkan orang awam takut...adakah ini cara kita berbudi bahasa? jika benar kita ingin mempertahankan bahasa ibunda tercinta...melayu tidak mengajar kita berpelaku sebegitu...melayu mengajar kita beradab sopan...

ya...aku masih yakin dan percaya...bahasa melayu akan tetap berdiri megah...sampai bila2...kerana aku yakin...masih ada orang yang membaca puisi2 mereka...dan masih ada org yang mahu mencipta puisi2 indah...kamu antaranya...

ya...memang ini bukan soal semuanya...bukan juga mahu merendahkan mereka2 yg di pedalaman...namun inilah orang kata mentaliti masyarakat kita...yang terlalu takut akan perubahan...

memang...aku teringin sangat mau pg sekolah2 pedalaman...namun masa sentiasa membataskan aku...hu3 mendengar cerita2 kawanku yang mengajar di pedalaman menyebabkan aku terasa mau sgt pg...hu3 nak juga merasa seperti apa yang org pernah kata...nak juga tengok mcm mn mereka2 yg muda itu belajar sc n math dlm BI....dan jika benar apa yg di kata...kerajaan harus melakukan sesuatu utk meningkatkan tahap penguasaan dan pembelajaran mereka...

aku bukan mau berdebat dgn kau...tapi aku suka dengan komen2 mu...membuat aku stidak2nya...berfikir dengan lebih kritis...dan matang...hu3

kerana aku masih belajar mengenal dunia...

aku bangga dengan kau...dan juga karya2 puisi mu...

wahyudimy said...

okeylah...i pass this one..
aku bukan pendebat..aku cuma bastard yg akan suarakan apa yg dia rasa..dan aku juga tidak suka guna name dropping dan fakta yg ntah apa2..

kalau esok lusa kabinet putuskan mahu memansuhkan ppsmi aku maki hamun yg dulu cadangkan..tapi kalau mahu teruskan,aku akan sokong..sekarang kau nampak di mana aku berdiri?? ya di atas pagar..tapi pagar yg sebentar akan runtuh menghempap teknokrat yg membodoh2kan anak bangsa aku..kerana apa pun keputusannya anak2 bangsa aku sudah terima taik kucing ppsmi selama tujuh tahun..

dan kalau boleh aku mahu padam perkataan melayu dalam surat beranak aku..ha..ha.


PS: jika kamu keluar sekejap dari tempurung kamu,menjengah dunia sastra jogja misalnya,komen aku ini tidak ada apa2nya berbanding apa yg mereka gelar "perang milis" dimana jurnal2,dan tulisan2 perdana di kritik habis2an oleh anak anak sastra..tapi nah,lihat hasilnya..tulisan2 mereka bertambah bagus..dan inilah yg kurang pada hari ini..semua lebih senang menjadi komformis..setidaknya kritikus dan pandangan dari sisi lain akan buat kamu lebih bersungguh2 dalam tulisan kamu..kalau dalam satu2 aliansi,semua jadi komformis,lalu buat apa lagi bicarakan pendapat.
like i always said to my friends,whenever i am wrong,be please to kick my arse pal!

salam.

jumapx said...

to wahyudimy...

aku setuju sama kamu...sebenarnya aku juga berada di atas pagar...hu3

terkadang aku menyokong..terkadang tidak...ada banyak benda yang harus di fikirkan oleh kerajaan utk menyelesaikan perkara ini...

surat beranak ku tidak letak melayu...tapi bugis...(walaupun bugis adalah sebahagian melayu...sekurangnya melayu tidak tercatat dalam surat lahir ku he3)

itulah...aku mahu sekali menjengah dunia luar..lari dari zon selesa aku...kerana aku mahu mengenal dunia yang lagi banyak cabarannya...hu3

betul tue...pada hari nie..ramai antara kita takut dan x suka dengan kritikan...sedangkan krtikan itu lah yg menjadikan kita lebih dewasa dan matang...he3

tq wahyudimy...

salam...

KawanLama said...

Salam. Jangan pandang jijik sgt demonstrasi ni. Dorg buat demo ni pn hanye sbg jalan terakhir selepas suara mereka tidak didengari.

Jangan ingat sebelum mereka bedemonstrasi, mereka hanya duduk diam shj. Mereka bukan berdemonstrasi utk menimbulkan huru hara. Tp mereka hnya bertindak sedemikian hnye selepas tindakan2 mereka lgsg tidak dipandang oleh kerajaan. Jadi, salahkah mereka berdemonstrasi? Ape lagi jalan yg mereka boleh lakukan selain berdemonstrasi? Boleh kau jelaskan?

Ni sekadar bbrpe contoh, Ura-ura pengenalan PPSMI telah bermula seawal 1996 apabila bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai medium di IPT. Pada ketika itu, tokoh-tokoh bahasa membantah dan ia tidak jadi diperkenalkan di peringkat sekolah.

Apabila PM pada waktu itu cuba membawa PPSMI ke sekolah, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan khusus bagi membantahnya pada tahun 2002. Tetapi PPSMI tetap dilaksanakan pada 2003.

Setelah itu, bantahan demi bantahan dilakukan khususnya melalui penulisan. A. Samad Said dengan bukunya “Suara dari Dinding Dewan”… Prof. Abdullah Hassan dengan bukunya “Mengapa Kami Bantah PPSMI”… dan banyak lagi buku, Suara Pejuang Bahasa, Kongres Bahasa dan Persuratan MElayu 1-V, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V dan sebagainya..

Tetapi malang, buku ini tidak ramai yang mahu membaca. Isu bahasa, siapa yang peduli?

Lihat, banyak tindakan yg mereka telah lakukan sebelum berdemonstasi. Jadi, xsalah mjadikan demonstrasi sbg jalan terakhir spy suara mereka kedengaran. Setuju?

Popular Posts

Popular Posts since May 2010