Wednesday, March 25, 2009

dalam kehidupan ini


dalam kehidupan ini
siapa yang berusaha
pasti akan dapat apa yg di usahakannya

dalam kehidupan ini
ada yang kita impikan
akan menjadi nyata
dan ada yang tak kan mungkin kita kecapi

dalam kehidupan ini
kita mencari kesempurnaan dalam hidup
namun kita terlupa
kita di ciptakan dengan sesempurna yang mungkin

dalam kehidupan ini
kita inginkan hidup yang bahagia
tak mahu malang menguasai diri
namun kita sendiri yg selalu
memalangkan diri

dalam kehidupan ini
kita mahu terus tertawa
dan tak mahu menangis
sedangkan airmata itu
penghapus dosa

dalam kehidupan ini
kita mahu menjadi genius
tak mahu di gelar si bodoh
namun kita tidak pernah
mahu membaca walau sepatah
untuk menjadi cerdik

dalam kehidupan ini
kita mahu sentiasa kaya
harta berjuta-juta
tidak mahu miskin papa kedana
namun kita selalu lupa
kaya atau miskin
kedua-duanya ada masalah

dalam kehidupan ini
kita sentiasa inginkan sihat
tak mahu jatuh sakit
tapi kita lupa
kita sentiasa cari penyakit

dalam kehidupan ini
kita suka mengkritik
daripada membuat sesuatu
kerana berkata lebih mudah
berbanding melakukan

dalam kehidupan ini
kita inginkan seorang pasangan kekal hingga akhir hayat
tapi kita selalu lupa
kita sendiri yang memutuskan

dalam kehidupan ini
kita suka menunding jari
menyalahkan yang lain
sedangkan kita lupa
jari yang lain menunjukkan kearah kita

dalam kehidupan ini
rakyat akan marah bila pemimpin mereka
tidak menjalankan tanggungjawab mereka
tetapi
rakyat selalu lupa
pemimpin sudah melakukan sedaya upayanya

dalam kehidupan ini
ada pemimpin yang gila duit rakyat
sedangkan rakyat menderita
menelan air liur sendiri

dalam kehidupan ini
kita percaya pada pencipta
kita sayang pada pencipta
namun kita selalu
sentiasa buat2 lupa padaNYA

dalam kehidupan ini
macam2 yang kita mahukan
untuk diri sendiri
agar hidup kita bahagia
tapi kita selalu lupa
hidup ini ada turun naiknya
setiap yang menimpa kita
pasti ada hikmahNYA
yang mengajar kita
untuk menjadi hambaNYA yang setia...





alif ba ta: bersyukur dengan apa yg ada~


3 pengkritk ceritera duniaku:

addyaholix said...

dalam kehidupan ini, aku selalu mahu menjadi aku.
ya, aku cuma mahu terus jadi aku.

aku cari kesempurnaan.
aku cari bahagia.
aku mahu terus ketawa.

tapi keinginan itu tak pernah lebih dari aku mahu jadi manusia.
manusia yang menopang dagu melihat kebesaran yang maha Esa.

Otit said...

ju,
sebab itu nikmat orang yang ada Tuhan ialah mereka boleh bersyukur.

orang atheist pula percaya pada nature's law.What you give you get back.

Jadi,keep on counting your blessing.
Sentiap malam sebelum tidur,bersyukurlah ke atas segala nikmat-nikmat yang kamu dapat dan perbuatan baik yang kamu buat WALAUPUN KECIL kuantitinya.

Contohnya, hari ini kamu berkongsi sedikit makanan yang kamu ada dengan orang lain.Tapi,kamu tidak kisah pun mengongsinya.

ju,
dalam kehidupan ini,
memang ada jatuh dan bangunnya.
cuma kamu perlu sentiasa bersyukur.
walaupun sekejap.

AHMADSUFI6177 said...

bukan walau sekejab... tapi sentiasa sepatutnya...

betul2 apa kata kau...

kita selalu lupa.. bila susah baru nak beringat...

aku pon termasuk..

=(

Popular Posts

Popular Posts since May 2010