Wednesday, March 18, 2009

miskin bukan tak berjaya...

Assalamualaikum & salam sejahtera
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

kali ini aku ingin membawa anda semua
kepada statement ini
'miskin bukan tak berjaya'

mengambil kisah adik Nik Nur Madihah
yang telah berjaya menjadi pelajar cemerlang SPM 2008
yang mana telah berjaya mendapat 19 A1 1 A2...
sekaligus anak nelayan ini
telah berjaya mengharumkan nama keluarganya
walaupun hidup dalam kemiskinan selama nie...
inilah orang kata miskin tak semestinya tak berjaya...

dan apa yang penting
kejayaan tidak mengenal siapa kita
kaya atau miskin
cantik atau hodoh
anak orang bandar atau pedalaman
apa yang paling penting ialah
siapa yang berusaha
pasti akan ada kejayaan di penghujungnya
dan jangan pulak bersedih
jika kejayaan tidak menyebelahi
itu namanya usaha tidak gigih...he3

Tahniah aku ucapkan buat beliau
bila kita sudah berjaya
baru orang akan pandang
sebelum nie...
sedikit pun tak nak jeling...

bila adik Nik Nur Madihah nie menunjukkan kecemerlangan beliau
barulah kerajaan nak tengok kedaifan pelajar nie...
dengan keadaan rumah seperti ini




barulah kerajaan nak bagi rumah baru kat keluarga nie...
lepas tue siap ofer belajar ke luar negara lagi...(tak payah susah2 nak pg temuduga)
bestnya hidup (walaupun menderita sebelum nie..tak siapa pun ambil peduli)

dan
apa yang cuba aku katakan di sini
sistem pembelajaran kita
bukannya di buat hanya untuk orang-orang yang kaya semata-mata
dan meminggirkan orang-orang miskin ataupun pedalaman
kerana ianya di buat adil untuk semua

apa yang membezakan kita ialah
mentaliti sesetengah pelajar itu sendiri
bukannya salah sistem pelajaran yang sedia ada
jika pada hari ini
mentaliti seseorang pelajar pedalaman itu mahu kejayaan
pasti kejayaan akan terukir
namun
jika mentaliti pelajar pedalaman ataupun kampung itu
hanya mahu tanam jagung sehingga ke mati
alamatnya duduk di kampung saja la...
kedaifan sekolah juga bukan penghalang untuk berjaya
meskipun ke sekolah berjalan kaki meredah hutan
sungai dan bukit bukau
ataupun keadaan sekolah kayu yang bila-bila masa kan runtuh
ataupun dengan bilangan guru yang mengajar di sekolah pedalaman atau kampung ini sedikit
semua itu bukan alasan untuk tidak berjaya
pepatah melayu sendiri mengatakan
diman ada kemahuan di situ ada jalan

mentaliti kita harus di ubah
terutamanya bagi mereka yang berada di pedalaman dan kampung
jangan takut untuk berubah
jangan terlalu tersekat dek adat
kerana
ALLAH tak kan mengubah sesuatu kaum itu
selain mereka sendiri mahu mengubahnya

aku juga orang kampung
anak orang miskin
bersekolah di sekolah rendah di atas bukit ( memang berbukit pun sekolah tue)
dengan kedaifan yang ada...
sekolah kayu yang bila2 masa saja akan runtuh
namun aku tidak menjadikannya suatu penghalang untuk aku berjaya
sehingga aku berjaya menjejaki Universiti...

sedarlah
kehidupan ini sebenarnya adil
bagi sesiapa yang menyedarinya
dan tahu bersyukur...




alif ba ta; jangan takut untuk berubah...ubah mentaliti anda!!! kejayaan pasti di genggaman~

12 pengkritk ceritera duniaku:

patungcendana said...

aku pun bukan orang kaya...dari darjah 1 hingga ting 5...aku berjalan 2 km ke sekolah dan balik...melalui hutan dan kebun getah...

semuanya bergantung pada individu...bukan semua orang kaya berjaya...orang miskin pun bukan semua yang berjaya...

dan kejayaan akademik bukan bukti kejayaan kecemerlangan pendidikan...

khairi said...

Suka part 'mentaliti harus diubah' dlm rangkap tiga terakhir. Kan bagus kalau semua student baca blog ni..

AHMADSUFI6177 said...

hhmm.. kesian diorg tue.. tapi pandai tul anak dia... inilah yg dikatakan rezeki..

allah tue maha adil..

addyaholix said...

ya. sukses tak terletak pada kaya miskin. cantik hodoh. malah bodoh pandai.

sukses bergantung pada usaha. bodoh pon kau mampu sukses!

jumapx said...

tp cendana...
betul tue mdm..semuanya bergantung pada individu itu...kalau mahu berjaya kan...he3

to khairi...
yup...alangkah bagusnya jika semua org berfikiran begitu...hu3

to ahmad sufi...
a'ah...tue la org kata rezki tak mengenal siapa kita...he3

to addy...
betul...sukses bergantung pada usaha...si bodoh pun mampu berjaya jika berusaha...he3

wahyudimy said...

mungkin cuma aku,tetapi bagi aku tulisan kamu ini lebih menjelaskan kepincangan gomen dalm kebajikan rakyatnya.

mengenai tulisan ini,
semestinyalah...mana mungkin kita bisa bertongkat celaka pada azali.
kita tidak diberi pilihan mahu lahir miskin atau kaya.hidup bukan pilihan,tidak kira secelaka mana,harus dijalani.

tapi,berjalan kaki di mall,tidak sama letihnya dengan berjalan kaki di padang pasir.itu semua relatif.

tidak mengapa lah,kita semua nakhoda kapal pemikiran masing masing.cuma,tidak perlulah menjadi begitu defensif dalam satu satu pendirian.

law said...

la..pe hal dgn wahjudimy ni??

meon ko de wat pe2 kt dia ka??asyik nk komen entry ko abis-abisn jer..

komen tp mcm mengarang plk..:D

firdaus benz said...

ceh, dlm memuji org lain, rupenyer nk puji diri sendr jugak la eh...

jumapx said...

to wahyudimy...
bukan terlalu defensif dalam sesuatu perkara...aku cuma mau menzahirkan apa pandangan aku...itu saja...mungkin aku terbawa gaya berdebat aku dalam penulisan blog ini...maaf jika ianya tidak menyenangkan kamu...hu3

tapi aku suka komen kamu...he3

to law...
pandangan orang la law...

to firdaus...
eh...sy tak pernah nak puji diri sendiri...cuma mahu nak memberitahu cth....itu saja...hu3

wahyudimy said...

law
aku abaikan ja la cakap kau.hei,apa kata kau datang kl,ya..mungkin di annexe,silverfish bs,..
atau kalau kau mahu atmosfera kampus,terus saja ke utm semarak..aku femes tau di kalangan lecturer dan staff di sana..haha..mungkin ada perkara yg kau mahu cakapkan terus ke muka aku..anyone could be your friend right?would u accept this bastard wahyudi to be your good friend?haha

if i got mind to speak,i dont think twice to vomit it pal!


jumapx
i love you too buddy..i burn for you..haha..kita semua menzahirkan apa yg kita rasa..dan aku sedikit pun tidak tersinggung apa lagi meremehkan pendapat orang lain..kau debater yg baik,nanti aku kirim amplang utk kau..kau tahu amplang kan.

jumapx said...

to wahyudimy...
he3 mau2...
lama jugak aq ndak makan amplang...hu3

nanti aku singgal ko punya kedai kopi ya...he3

eiyka said...

sbnrnye kemiskinan mengajar kita utk lebih tekun kejar kejayaan sbb kita thu bla miskin org pndang hina so melalui kejayaan y dpt buktikan sgalanya boleh berubah...huhu...

to jumain:
anda nmpak semakin bahagie...
mybe dlu 'miskin' jiwa..so skrg dh dpt 'kejayaan' jiwa...anda telah merubah pndangan org sekeliling anda...huhu.. (skemanye ayat)

Popular Posts

Popular Posts since May 2010