Tuesday, April 7, 2009

13 tahanan di bebaskan....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin

PERHATIAN!!!
entri kali ini tiada unsur2 jiwang seperti sebelumnya..
harap maklum...

seperti yang kita semua sedia maklum...Malaysia negara tercinta telah pun menerima Perdana Menteri Malaysia yang baru...iaitu PM ke-6 setelah Tun Pak Lah melepaskan jawatan beliau dengan rela...

maka...setelah memegang jawatan sebagai PM Malaysia yang ke-6...
dato' najib telah pun memberi ucapan pertama beliau kepada rakyat malaysia...
dengan ucapan itu...
beliau telahpun membuat kenyataan untuk membebaskan 13 tahanan ISA...
dan 2 lagi tindakan awal beliau...

bagi aku melepaskan tahanan ISA ini bukan suatu yang membuat aku terkejut atau kagum dengan tindakan awal beliau...kerana bagi aku..ISA tetap masih wujud sehingga sekarang dan pembebasan ini tiada apa2 bagi aku...


dan ini adalah senarai 13 tahanan yang di bebaskan itu

Bil
Nama
Tuduhan
Ditahan pada
1.
Wan Amin Wan Hamat
Jemaah Islamiyah (JI)
2003
2.
Pakana Selama
Darul Islam (DI)
2006
3. Mohd Arasad Patangari
Darul Islam (DI)
2006

4.
Idris Lanama
Darul Islam (DI)
2006
5.
A Artas A Burhanuddin
Darul Islam (DI)
2006
6.
Binsali Omar
Darul Islam (DI)
2006
7. Mohd Nazri Dollah
Darul Islam (DI)

2006

8.
Francis Indanan
Darul Islam (DI)
2006
9.
Amir Hussain
Dokumen Palsu
2006
10.
Sundaraj Vijay
Dokumen Palsu
2006
11.
San Khaing
Dokumen Palsu
2006
12.
R.Kenghadharan
Hindraf
2007
13.
V.Ganabatirau
Hindraf
2007


namun setelah beberapa hari pembebasan mereka ini...aku mendapat message kat shoutbox blog aq...yang mana rakan aku ketika sekolah di sabah dulu memberitahu yang 2 org dpd tahanan ini adalah cikgu yang pernah mengajar aku...

pada awalnya aku tak faham...sejak bila pula cikgu yang pernah mengajar aku kena tahanan ISA kan...dan lepas di beri penjelasan oleh rakan aku nie...barulah aku ingat...hanya seorang saja iaitu ust nazri yang pernah mengajar aku...cikgu arasad tak sempat mengajar aku...

dan ingatan aku kembali kepada ust nazri...mana boleh aku lupakan guru yang pernah memberi ilmu kepada aku...beliau adalah guru bahasa arab aku ketika form 1...ya...bahasa arab...aku sempat mengambil subjek ini ketika form 1..ketika itu aku bersekolah di sabah...SMK KINABUTAN TAWAU...sebelum aku berpindah ke bumi semenanjung ini...

terkenang saat2 dia mengajar aku bahasa arab...beliau seorang yang sangat baik...beliau mengajar aku bahasa arab setelah guru bahasa arab aku ketika itu berpindah (kalau tak silap aku) ..maka di pertengahan persekolahan beliau datang untuk mengajar bahasa arab...mungkin tidak banyak yang aku boleh cerita mengenai beliau..kerana kenangan aku dengan beliau tidak banyak...tapi aku masih dapat rasakan ketika beliau mengajar kami semua...sangat seronok...hu3

ehmmm...aku hanya mampu berdoa agar dengan pembebasan ini,..membolehkan beliau menjalani aktiviti harian seperti biasa....dan berharap masyarakat tidak memandang serong ataupun menyisihkan beliau...kerana bagi aku...semua orang melakukan kesilapan...dan melalui kesilapan itulah yang memanusiakan kita semua...

semoga juga ustaz nazri sihat dan bahagia hendaknya di samping keluarga yang sudah agak lama tidak berjumpa...serta menjalani hari2 ini dengan tabah....amin

till d end...




alif ba ta: tetiba rasa nak jumpa ustaz nazri dan cikgu2 aku yang pernah mengajar aku kat sabah dulu...hu3

9 pengkritk ceritera duniaku:

wahyudimy said...

datang la,aku spen milo jagung.

jumapx said...

iya...
nanti raya aku balik sabah klu ndak ada halangan...

aku tuntut ko punya milo jagung...he3


p/s: sedap ka milo jagung? hu3

wahyudimy said...

ha ha..kau nda sempat meh rasa? kan zaman sekolah dulu2 abc sebelah koming tu tempat budak2 remaja selalu lepak..ha ha

jumapx said...

hu3
bkn ndak sempat...
cuma aq jarang pg sana...
pg koming slalu la...he3

penjenayah.merah.jambu. said...

ha..itu diaaa...keluar dah loghat sabah die..
ehehehehe

jumapx said...

to P.M.J...
suka ati aku la...
cheledak...

kau tau ka apa itu 'cheledek'
na...
ndak tau....hahahaha

lalalala~

penjenayah.merah.jambu. said...

alaaaaaa...jaatla ko..
gtaola..ape tu?sejenis kek keledek?

jumapx said...

hahaha...
biar ko tertanya2...
jika anda ingin tahu...

silalah datang ke kaunter pertanyaan skrg...!

hahahaha

jika aku mencari ko siapa dgn sendiri...

ha..skrg cari maksud tue sendiri jugak...

tak mau bg tau...

;p

penjenayah.merah.jambu. said...

peh..dah keluar dah belang2 kesetanan dia..
jaat gila kau.
takpe2..
tak heran laaaaaaaa :P

Popular Posts

Popular Posts since May 2010