Wednesday, April 8, 2009

2 bukit PR, 1 batang BN


Assalamulaikum & salam sejahtera...
semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang untung...amin

seperti yang sedia maklum
semalam adalah hari penting di tiga tempat iaitu batang air,bukit selambau & bukit gantang
kerana di ketiga2 tempat tersebut berlangsungnya pilihan raya kecil

dan ini adalah keputusannya...





tahniah buat PKR & PAS kerana telah berjaya di bukit selambau & juga bukit gantang....tahniah buat ir.nizar kerana berjaya membuktikan bahawa rakyat perak masih menerima beliau...lepas nie walaupun gagal dalam mahkamah menuntut keputusan sultan tidak sah dalam melantik BN, namun masih boleh bersuara di Dewan Rakyat kerana telah pun mendapat kerusi parlimen di Dewan Rakyat nanti....

buat BN di Batang Ai...seperti yang aku duga...memang milik BN...tahniah...sekurang2nya tak de la di sapu bersih oleh pakatan rakyat kan...hu3

dan apa yang menarik perhatian aku ialah...walaupun Tun dr.M turun utk berkempen...kaedahnya Tun dr.M sia2 je datang utk meraih undi...kerana hasil usahanya tidak berjaya pun...menunjukkan beliau sebenarnya masih tidak mampu utk mengubah pemikiran masyarakat utk menolak pakatan rakyat serta walaupun dato' najib baru je menjadi PM ke 6....rakyat di dua tempat ini masih belum menerima BN sebagai wakil mereka...walaupun sebelum ini rakyat menolak BN akibat di bawah pemerintahan Pak Lah...

so, dato' najib harus melakukan sesuatu utk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan beliau yang akan datang dengan sedaya upaya untuk membersihkan UMNO & BN serta yang paling utama membersihkan nama beliau daripada terus di kaitkan dengan Altantuya....

hari nie...najib akan memaklumkan senarai kabinet kerajaan beliau yang baru...semoga akan ada sesuatu yang boleh di lihat satu transformasi yang berlaku dalam mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN ini....

dan aku juga akan menunggu...kenyataan yang ingin di keluarkan oleh anwar ibrahim tentang dato' najib selepas pilihanraya kecil nie...apalah kenyataan yang mengejutkan ini...hu3

walauapapun yang berlaku terhadap atmosfera politik malaysia kini...aku harapkan ianya tidak menjadi jelebu yang menyusahkan rakyat...aku harapkan akan ada hujan yang dapat membersihkan semuanya....

semoga malaysia menjadi sebuah negara yang aman sentiasa di bawah kepimpinan PM kita yang baru....amin...






alif ba ta: sehebat mana pun seorang pemimpin itu...sebenarnya nasib mereka di tangan rakyat apabila berada dalam pilihan raya...maka usahla terlalu bangga bila berada di atas...hingga lupa t/jawab rakyat di bawah...

3 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

Dewan Negara???

Izin laluan, YB PM boleh tak perincikan... apa itu Dewan Negara dan apa itu Dewan Rakyat...


Sekarang kita tahu siapa lurus Anwar atau BN, pakatan dpt Bukit, BN dpt Batang...



p/s: Read between da line~

jumapx said...

to mr.final...
huhuhu
sorry tersilap tulis...
tetiba confius jap...ha3

tq kerana membetulkan kesilapan...hu3

addyaholix said...

oh politik?
aku minta diri.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010