Saturday, April 11, 2009

najib di bayangi mahathir


gambar ini aku ambil dari blog anti-mahathir...
PERINGATAN: aku bukan anti-mahathir
gambar ini saja aku selitkan...
harap maklum...!



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


sudah genap seminggu najib jadi PM ke-6 MALAYSIA...
dan beliau pun telah menyenaraikan KABINET RAKYAT beliau...
ramai yang menganggap ianya positif
namun ada juga yang tidak menyetujuinya...
biasalah...
bak kata najib...
bukan senang nak memuaskan hati orang...
betul juga....
tak semua yang kita buat orang akan suka 100%
normal la tue...

dan apa yang menarik perhatian aku ialah...
ramai di kalangan penganalisis politik mengatakan...
kepimpinan najib akan di bayangi tun. dr.M...
ini bermakna zaman 'kezaliman' tun dr.M akan berulang lagi...
apabila najib akan melantik tun dr.M menjadi penasihat secara rasmi dan tidak rasmi

bagi aku pulak...
tak kesah la di bayangi ataupun tidak...
apa yang paling penting rakyat di utamakan...
seperti apa yang di janjikan oleh dato' najib...

tapi yang peliknya...
kesian tun pak lah...
seperti di lupakan oleh dato' najib sendiri...
yang mana dato' najib lebih banyak di lihat 'bersama' dengan tun dr.M berbanding tun pak lah...
jika dulu ketika jadi TPM...
bukan main lagi...
ikut je tun pak lah cakap apa...
yer la...
mesti la ketika dia jd TPM..
kena ikut je apa tun pak lah buat...
sebab kalau dia lebih2...
tak pasal jadi mcm TPM di bawah Tun dr.M dulu...
xsempat nak merasa jadi PM....hu3

dan apa yang menariknya...
ketika pengumuman 'kabinet rakyat' (aku tak tau la apa yg rakyatnya)
anak tun dr.M tersenarai dalam kabinet...
tetapi ketua pemuda UMNO
iaitu menantu tun pak lah...
tidak pula tersenarai....
keadaan ini menyebabkan...
ada suara2 sumbang & jahat...mengatakan seperti ada 'kontrak' yang terjalin di antara tun. dr M dengan dato' najib...
tapi bagi aku...ala biasalah tue...
yang layak dan 'bersih' akan di pilih...
yang 'tak bersih' & tak layak...
nasiblah...

dan yang menarik perhatian aku ialah...
tindakan najib yang di lihat lebih mengutamakan tun dr.m seperti menunjukkan yang ketika bersama pak lah dulu...beliau sebenarnya tidak berapa suka akan kepimpinan pak lah...
ialah...sepatutnya...najib tidak terlalu mengutamakan tun dr.m...
sebagai seorang pemimpin yang adil...
beliau perlu utk meminta pandangan pak lah juga(walaupun pandangannya tak boleh pakai)
sekurang2nya...najib tidak di lihat terlalu menyisihkan tun pak lah...
kesian dia....hu3

dan jika benarlah najib akan melantik tun dr.M sebagai penasihat secara rasmi ataupun tidak
apa yang paling penting ialah...
najib hanya perlu mengambil apa yang di nasihatkan sebagai suatu pandangan dan tidak terlalu mengikut 100% apa yang di berikan oleh tun dr.M..
bukan apa...
segala apa yang di lakukan oleh dato' najib selepas ini adalah di bawah t/jawab beliau...
dan apabila berlaku sesuatu yang tidak di ingini...
pasti beliau yang akan di salahkan...
bukan tun dr.M....
bukan setakat itu sahaja...
takut2 nanti...
dato' najib di katakan PM yang tidak pandai untuk membuat keputusan dengan sendiri seperti apa yang telah di lakukan oleh Tun Pak Lah sebelum ini...hu3
nanti nama dato' najib juga yang buruk...
walaupun nama beliau skrg dah pun buruk akibat kes yang beliau sendiri cuba lari2 anak dan tidak mahu menyelesaikannya dan membersihkan nama beliau daripada terus di kaitkan...
dan dato' najib harus sedar akan situasi beliau sekarang...
seluruh dunia sudah mengeji beliau dan masih mengaitkan beliau dengan al-tantuya...
dan bagaimana...negara2 di luar sana..
mahu mengagumi beliau sebagai seorang pemimpin?
jika beliau sendiri tidak mahu membersihkan nama beliau...
sebagai rakyat malaysia...

aku juga turut malu jika di katakan...
PERDANA MENTERI MALAYSIA PEMBUNUH!!!...
ini bukan memfitnah...!
masalahnya sekarang...dato najib harus membersihkan diri beliau daripada masalah ini walaupun jika benar2 beliau tidak ada kaitan dengan isu ini...
jika BENAR...tunjukkan yang beliau benar...!

dan perkara ini juga lah...
yang menyebabkan keyakinan rakyat masih kurang terhadap kerajaan BN...
dan takutkan nanti...
PRU13...
ada semboyan "selamat tinggal BN" berkumandang...
pasti aku antara yang mendendangkannya...

tapi...
aku sangat berharap...
dato' najib akan menjalankan tugas beliau dengan penuh dedikasi...
agar rakyat akan merasa setiap inci kemajuan yang kerajaan lakukan...
biarlah apa yang orang kata...
apa yang penting tugas di jalankan sebagai PM...

dan tugas beliau sangat berat ketika ini...
mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN...
projek wilayah Tun Pak lah harus di teruskan...
WAWASAN 2020 harus di realisasikan...
dalam keadaan ekonomi yang tak stabil nie...
tiada bulan madu untuk dato' najib dan timbalannya...
kerja harus di mulakan dari sekarang...
hanya tinggal 4 tahun sahaja lagi utk PRU13...
apa yang penting...
aku adalah salah seorang pengundi ketika itu...he3


GOOD LUCK utk dato' Najib...!!!





alif ba ta: apa salahnya jika di bayangi sekali pun...sekurang2nya ada kemajuan...jika di bandingkan dengan PM yang tidak mahu mendengar nasihat...keluarga lebih di utamakan...mcm la menantu beliau tue pernah jadi PM....hu3 suka ataupun tidak terhadap dato' najib...beliau tetap PM MALYSIA yang ke-6!!!

6 pengkritk ceritera duniaku:

sYafiQ said...

aku ske psl politik...
n aku stuju ngn pe yg ko ckapkan tu..

bg aku.org2 yg ternama cm diorng ni smemangnye akan menggunakan kuasa semata2...
if de projek yg mndatangkan duit.tu r yg dia akan wat...

tp aku caya yg najib ni akan berganding dgn tun M sama ada secara langsung atau tak...

btw,aku rse kita sebagai rakyat malaysia akan terasa kekurangan tidak lama lagi..

kita tnggu n lihat jerk

penjenayah.merah.jambu. said...

tak kesahla,sebab aku suka dr.m.
rasa macam nak kawen je dgn die..
hahahaha

org yg banyk sgt ckp tu cube bg die jadik pm,tgok lungkup tak lungkup..benci aku org cakap pandai,buat tak reti..

jumapx said...

to syafiq...
ehmmm...btol tue..
dan pastinya kehilangan itu akan membuat kita semua akan begitu terasa....hu3

to P.M.J...
owh tidak...
taste ko org tue rupanya...ha3

penjenayah.merah.jambu. said...

ala macam lah ko tu mude..
hahahaha..
kau pun tua ok,smpai bila2 kau tetap akan tua..
LEBIH TUA DARI AKU.itu fakta. :P

budak_ORGANIK said...

eh juma..ko ade nmpak dato najib ngn tun mahathir bekepit eh...ape justifikasi ko mengatakan yang mereka selalu kelihatan bersama??

'dato najib mendahulukan tun mahathir'..hurai sket...

xsuka la tuduhan membabai buta ni...tak koserrrr.....

jumapx said...

to organik...
a'ah...
aku pasang 'CCTV' setiap sudut dorg kemana...


lalalala~

Popular Posts

Popular Posts since May 2010