Wednesday, April 29, 2009

yang menarik: 2 week xupdate....

Assalamulaikum & salam sejahtera...
semoga hari2 yang kita lalui di redhai olehNYA...amin

update lagi....
ambik ko...
baru je beberapa jam update entri baru...
terus update lagi...he3

saja je...
dah xde nak bt pape kan...
so dalam beberapa hari ini...
mungkin ada dalam 1 hari...ada 2 or 3 entri akan keluar...he3
yer la...
aku kena memanfaatkan masa2 yang ada nie sebelum aku start short sem yang jadualnya sangat padat...hu3 mcm mana la aku nak pg ptndgn debat nanti...?

baiklah...sekadar berkongsi apa yg menarik dalam masa aku tidak update blog...



1.isu pilihanraya kecil ADUN PENANTI....
apa2 je la...aku rasa baru je selesai 2 pilihanraya kecil...tetiba ada lagi...naik muak aku...menyampah pun ada...tak ke rasa rakyat mcm di perbodohkan...sesuka mak bapak dia je bila nak letak jawatan...kalau dah tau nak sambung belajar tue tak payah la nak jadi wakil rakyat...so tak de lah menyusahkan rakyat utk mengundi lagi....aku pun tak faham la situasi politik malaysia yang makin hari makin rasa macam xnak duk kat malaysia jek...(mcm negara lain aman je kan...) aku rasa alasan je tue nak sambung study...padahal ada agenda politik lain...aku sokong BN xpayah letak calon kat ADUN PENANTI...sebab aku rasa pakatan rakyat saja je nak bagi tengok kat rakyat....yang BN dah tak di sokong oleh rakyat....yer la..sepanjang pilihanraya kecil yang telah berlangsung selama nie...kebanyakan adalah kubu kuta pakatan rakyat...so tak heran la kalau PR boleh menang kan....no point la...ingat rakyat bodoh ke...hu3 apa2 pun selamat mengundi buat rakyat di adun penanti 30 mei nie k...

2.isu hadi dan tok guru nik aziz tak sekepala...
ambik ko...aku ingat UMNO je yang bergolak...rupa2nya PAS pun sama...pe nak jadi lah...lepas isu nie kecoh...mula la buat statement yg tak de pa pe yg berlaku...aiyoo...pokok tak kan bergoyang kalau tak de angin yang goncang..melainkan ada monyet yg duk bergayut...he3 ala mcm isu fairuz tue...tue pun menunjukkan masalah politik pakatan rakyat...tetiba je nak letak jawatan...skrg br muncul nak jelaskan....kononnya beliau di fitnah la apa lah...alasan...apa yang penting...rakyat di perbodohkan...nampak sangat politik di malaysia nie berada pada tahap yang sangat genting...tak kesah la kerajaan ke...pembangkang ke...sama je...sebab asasnya sama...terlalu gilakan kuasa...!

3.isu artis bukan muhrim peluk-memeluk...
ini lagi satu isu yang bt aku nak gelak....pe ke jadahnya wartawan nie nak kecoh2kan benda nie....mcm la sebelum nie isu seperti ini tak pernah berlaku...isu artis lelaki peluk artis perempuan...aku bukannya nak menghalalkan peluk memeluk nie...tapi yang peliknya...wartawan tetiba lak buat tunjuk pandai agama...apa yang buat aku kelakar....sebelum ini pun ramai je artis2 yg tak sedar diri peluk sana sini...time berlakon lagi la...lagi banyak adegan peluk memeluk...tak pun kecoh...hu3 nabil pun satu sengal...leh pulak dia bagi kenyataan yang ekonomi negara tak terjejas pun bila dia peluk irma...hello...boleh tak ko bagi jawapan yang bernas sikit...jangan menampakkan ko tue cetek agama...sedih betul...memang la tak menjejaskan ekonomi negara...tapi perlakuan ko memeluk irma di khalayak ramai tue secara langsung adalah perbuatan yg tidak baik...ko dah kawin ke dgn irma tue...? selain itu, bila aril af7 keluar...dia ada peluk tenaga pengajar dia...itu pun jadi bahan wartawan nak hentam aril...(aku bukan peminat aril k) bukan sebelum nie pun ada pelajar2 af yg senior2 bila keluar pun peluk tenaga pengajar ke?kenapa bila student af nie salam cikgu2 bukan muhrim dorang tak jadi isu lak...sedangkan bukan muhrim pun....tak jadi isu pun...sama gak haram di sisi agama menyentuh sesama bukan muhrim...? entah pa pe la wartawan skrg...suka bawa isu2 yg entah pa pe...takde isu la tue....

4.tahniah selangor...
aku nak ucapkan tahniah buat selangor kerana berjaya menjadi juara piala FA setelah menewaskan kelantan dengan penalti 4-1. perlawanan yang aku rasa sangat bermakna buat kelantan utk menaikkan maruah mereka yang sudah tercalar akibat adegan yang berlaku semasa perlawanan menentang N.9...namun akibat terlalu ghairah mereka kecundang dengan gergasi merah kuning yang aku kira lebih byk pengalaman final....hu3 teringat saat2 perlawanan sabah menentang selangor 2 tahun berturut2 gak....kat bukit jalil...sedih...sebab sabah kalah kedua2 perlawana...aku tak ingat piala pe...hu3

5.takziah buat ketua menteri sarawak...
takziah aku ucapkan buat ketua menteri sarawak dengan pemergian isteri beliau iaitu Puan Sri Laila Taib pada petang tadi...semoga roh beliau di cucuri rahmat...al-fateha..

6. isu di perak tak selesai2....
aku tak faham isu di perak...sampai sekarang tak selesai2...walaupun mahkamah dah mengesahkan adun BN yang di gantung oleh si sivakumar tue tak sah...dan speker dun perak tak de kuasa utk menggantung sape2 pun....hu3 buat malu jek...berangan kuasa melebihi sultan...he3 skrg nie...BN nak buat usul undi tidak percaya kat sivakumar berangan berkuasa sangat nie...ambik ko...! lepas tue kan...DAP nak buat perasmian kat pokok demokrasi yang dorang pernah bersidang dulu...he3 kelakar lak aku rasa...

7. isu selesama babi...
memang kalau dah nama dia binatang haram...tetap jugak menyusahkan sampai ke mati....kini selepas isu selesama burung hampir senyap...selesama babi pulak datang....matilah....kena bersiap2 sedia nie....tak tau la lepas nie selesema apa pulak...nie la petanda dunia dah na kiamat...macam2 penyakit2 pelik datang...hu3

8.perlantikan pengerusi perhubungan negeri umno...
ya...sangat menarik buat aku...bila selangor di ketuai najib,kedah diketuai shafie,penang di ketuai ahmad zahidi,terengganu diketuai hishamuddin,wilayak persekutuan muhyidin...mungkin ni adalah satu rombakan yang cukup besar bila ada bukan nak jati negeri tersebut mengetuai...ye benda nie sebenarnya tak payah jadi isu pun...tapi sah2 la anak2 jati negeri tersebut akan terasa...mcm la dorang tak leh memimpin umno bahagian negeri dorang kan...bagi aku adalah sewajarnya pemimpin dalam negeri itu sendri yg mengetuai dan bukannya pemimpin dari negeri lain...ini menunjukkan bahawa ada pergolakan yang berlaku di setiap negeri2 nie...yang najib rasa lebih baik memilih pemimpin2 ini kerana mungkin dapat meredakan isu yg berlaku skrg...tapi bukankah ini seperti memberitahu pembangkang bahawa ada sesuatu yg berlaku ke tas negeri tersebut sehinggakan pemimpin dari negeri lain yang menjadi ketua UMNO...cthnya isu shafiee mengetuai umno kedah....tak ke terkilan orang kedah...hu3 apa2 pun...aku rasa tindakan najib nie ada baiknya juga...

9.pertandingan cipta lagu 1 malaysia...
wah hebat...NGO telah menganjurkan satu pertandingan utk mencipta lagu 1 malaysia...gigih menyahut seruan najib....he3 mcm mana la bunyi lagu tu nanti ek...

10.proton exora...
proton telah pun melancarkan proton terbaru mereka iaitu proton exora iaitu proton mpv.....boleh tahan gak la...sedap mata memandang...satu usaha yang bagus...dari proton walaupun suasana ekonomi di msia tak berapa bagus....semoga terus cemerlang...sape penasihat proton ek...he3

11.oiam3 sampai kemuncaknya...
yeah...oiam3 sudah sampai kemuncaknya....adakah 3 atau 2 finalis...itu kita tak tau...apa yang ptg 3 finalis tersebut ialah esther,tomok dan juga aweera....semoga mereka berjaya menggengam 1juta....harap2 esther menang he3 terkilan gak amylea tak ke final...hu3

12.KEMUNCAK AIM 16 ...
KEMUNCAK AIM 16 akan berlangsung pada 2 mei pada pukul 8.30mlm...siapakan yang terbaik di kalangan terbaik...kita nantikan...





ok...tue je berita2 yang menarik aku...katanya....he3 gigih update kan...hahaha lepas gian bloging....

til d end...

1 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

wat ringkasan berite ker?

Popular Posts

Popular Posts since May 2010