Thursday, May 28, 2009

balik rumah....yeah!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hidup kita sentiasa bahagia....amin

hari nie aku akan balik ke rumah...sebab ada peristiwa penting dalam keluarga aku hujung minggu nie...

peristiwa apa? ha...tu yg kita tak tahu...tak de la...sebenarnya satu-satunya kakak aku...akan kahwin hujung minggu nie...he3 so aku pun tak sabar nak balik sebab family aku dari sabah sume dtg....

ehmmm...
ok lah...

nanti entri akan datang aku akan ceritakan apa yang berlaku kat rumah aq hujung minggu nie...sape2 yang ada area KL tue...jemput2 la dtg ke rumah aku k...

alamat:

no.27 b-1,
jalan utama 2/1,
puchong utama ind. park,
47100 puchong
selangor...

tarikh: 31 mei 2009


bye semua...





alif ba ta: menerima satu-satunya abang ipar hujung minggu nie...he3

Wednesday, May 27, 2009

adakah aku CEMBURU...?




baru kini aku merasai erti CEMBURU...
dulu tak...

tapi entah mengapa baru kini aku merasainya...
mungkin kerana aku terlalu sayang...

ya..
mungkin juga...
perasaan sayang dan cinta
membuat aku cemburu...

kerana...
hatimu
hanya untuk hatiku...

bukan untuk mereka mereka..
yang cuba untuk mendampingimu...

mungkin juga hati ini terlalu takut...
takut untuk kehilanganmu...

aku cuba...
cuba untuk mengerti...
kau juga insan biasa...
yang punya warna warna kehidupan sendiri...

aku cuba...
cuba untuk mengerti...
kau juga insan yang lemah...
yang punya kelompongan kelompongan dalam hidupmu...

aku cuba...
cuba untuk terus mengerti...
siapa dirimu yang sebenar...
dan cuba untuk percaya...
hatimu hanya untukku jua...

dan apa yang perlu kamu tahu
aku sayang kamu~






alif ba ta : cemburu adalah perasaan normal setiap manusia...tiada yang perlu di pelikkan....he3

warna lahir ku MERAH


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari anda sentiasa bahagia di samping orang yang tersayang...amin


ketika aku tengah boring tak tau nak buat apa...maka aku pun gigih la buka FACEBOOK...satu laman web yang cukup famous ketika ini...siapa yang belum ada FACEBOOK tue mmg ketinggalan zaman la...he3

so aku tertarik buat satu soalan nie...soalan dia berbunyi 'APAKAH WARNA LAHIR ANDA'...so aku pun gigih la buat benda nie...dan hasilnya adalah...ini...






Warna Hari Lahir anda adalah MERAH

Sifat : Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.





owh sungguh aku tidak sangka...kenyataan di atas sememangnya benar(berangan la tue)...pada awalnya rasa macam terkejut gak...pesal warna merah kan...tapi bila baca sifat2 dia...aku terus tersenyum lebar ( sambil berangan yang diri ini comel) ko mampu....ha3

so...pembaca2 blog aku di luar sana...jangan pernah dengki utk menerima kenyataan yang aku nie di kategorikan sbg org yang comel dan di sayangi ramai...(tetiba muka ku 'blushing' la pulak) he3

klu tak percaya aku ni comel...nah nie gambar aku yg buat2 comel.....he3














alif ba ta: kadang2 kita tak perlu nak kata kita comel...sbb kadang2 takdir sudah mengatakan ianya begitu....cuma kita jek yang suka rendahkan diri....he3

Tuesday, May 26, 2009

short sem: minggu ke-3 @ 4..


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin

sedar tak sedar...dah masuk minggu ke-3 dah aku study dalam short sem nie...walaupun sebenarnya minggu ke-4...sebab minggu 1 tue tak de kuliah katanya...so pembaziran masa selama seminggu pun berlaku...jangan lepas nie tak cukup masa sudah la...

dan mulai minggu nie aku dah rasa permulaan untuk kepala aku pening dengan semua kira2 dalam subject RC D 1 nie...hu3 tapi baru skrg aku dapat rasakan yang aku rupanya bakal seorang jurutera awam jika ada rezeki kelak...bayangkan la nak kira design beam dan slab tue....arghhh...pening kepala aku...tu baru start nak mengira...belum lagi bila dah masuk kerja2 kira yang complex...confirm makin kurus kering la aku mengira benda yg tak faham...hu3

tapi kan..yang kelakarnya bila subject nie aku belajar dalam bahasa melayu...so kitorang kenalah membiasakan diri dengan term2 dlm bm nie....kadang2 aku nak gelak bila baca term2 dlm bm nie...kalau dlm BI tu dah biasa la kan...tapi lecture nie kt nak biasakan kitorang dgn term2 bm...katanya la...sbb nnt kat site kebanyakan org guna term dlm BM...so aku pun ikut je la...yer la dia lagi berpengalaman...

dan perkataan yang sentiasa bermain di fikiran aku ialah...

  • puntiran
  • papak
  • rasuk
  • ricih

term2 nie la aku kena biasakan....dan klu korang nak tau term dlm BI...cari sendiri he3...so kitorang pun kenalah cepat biasakan diri...aku takut je bila dah biasa dgn term bm...nanti bila masuk exam...tak terjawab sebab dah terbiasa dgn term bm...sbb time exam dlm bi...matilah...aku mmg 'tak kering' sikit bila nak alih bahasa bm ke bi nie...bi ke bm tue ok la kan...hu3

ok lah...habis cerita pasal short sem aku...semalam aku ada show kat swiss garden hotel kuantan...show nie utk dinner conferrence pusat bahasa ump yg buat...international la...dengan latihan yang aku rasa tak cukup...akibatnya show malam tue sgt laha...persembahan yang paling teruk aku pernah buat...aku down giler...mcm dah xnak menari dah lepas nie...hu3 tapi nak buat mcm mn benda dah jadi...sok pulak show majlis peguam punya dinner kat hyatt hotel...nie show berbayar..so kenalah buat yg terbaik....semoag peristiwa semalam tak kan jadi lagi...

owh ya...tidak lupa jugak utk team debat UMP yang tengah berjuang di bumi ARAU...utk DEBAT TERBUKA ARAU 2009...semoga kejayaan akan sentiasa bersama kita...amin...owh ya..terlupa nak bagi tau kat korang....final exam aku untuk subject short sem nie jatuh pada 24 jun 2009...maka secara rasminya aku bagi tau kat sini yang aku boleh pergi ke DEBAT PERPADUAN 2009 di UNIMAS....yeah...happy giler aq bila dpt tau tarikh final exam nie tak klash dgn tarikh aku pergi debat...dapat jugak la aq pergi ke bumi kenyalang nanti...

dan aku rasa belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah mengajar aku dari tadika sehinggalah ke hari ini...terima kasih kerana memberi ilmu kepada saya...semoga anda semua sentiasa di rahmati oleh ALLAH...




ucapan ini khas buat guru2 @ pensyarah2:

  • sk kinabutan tawau (tadika-darjah 6)
  • smk kinabutan tawau (form 1)
  • smk puchong utama (1) (form 2-3)
  • sm sains seremban (form 4-5)
  • kolej matrikulasi pulau pinang (06/07)
  • universiti malaysia pahang (2007 hingga skrg)
  • serta mereka2 yg memberi ilmu secara langsung dan tidak laangsung...


terima kasih atas ilmu anda semua....





p/s: rindu kat cikgu2 aku semua...hu3

Sunday, May 24, 2009

SASER transformasi menjadi KTM!!!



Assalamualaikum & salam sejahtera... semoga hidup kita lebih baik daripada semalam...amin


ketika sekolah menengah sains seremban mula membuka sekolah mereka di tapak sekolah dato abdul razak yang terletak di sikamat kerana SDAR berpindah ke tapak baru yg terletak di sg.gadut. ketika itu tiada siapa pun yang mengenali SASER kecuali di kalangan guru-guru, pelajar dan keluarga pelajar...

dengan keadaan sekolah yang begitu daif dan sangat teruk kerana terbiar selama beberapa bulan sebelum SASER di lahirkan dalam bidang pendidikan sekolah berasrama penuh membuatkan kami pelajar2 SASER ketika itu (terutamanya senior2 1st batch n 2nd batch) tersangatlah di uji kesabaran untuk menuntut ilmu.

namun di sebabkan kegigihan guru-guru SASER yang tak pernah kenal erti penat untuk mendidik putera2 SASER sehingga kadang2 melampaui batas seperti family sendiri membuat putera2 SASER terharu...dan harus membuktikan kepada mereka dengan keputusan yang baik. dan akhirnya SASER berjaya menapak kejayaan satu tapak ke tapak sehingga berjaya menjadi antara sekolah SBP yang terbaik di kalangan terbaik seterusnya menjadikan moto SASER NAMAMU TERATAS menjadi kenyataan.....

Tuan Haji Azam bin Md Atan (pengetua SDAR)
Tuan Haji Baharudin bin Dato' Burhan (pengetua MOZAC)
Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib (pengetua SAS)
Encik Sabuddin bin Haji Sani (pengetua SASER skrg)

di atas adalah senarai pengetua2 yang pernah menjadi pengetua SASER...mereka2 lah yang gigih menaikkan nama SASER sehingga berada di puncak. terutamanya tuan haji azam yang begitu gigih menaikkan nama SASER sehinggakan beliau nak melepaskan SASER pun berasa berat hati...namun beliau harus terus menjalankan tugas di SDAR...

begitu juga dgn en. bahar n en kamaluddin...dua2nya di tukarkan ke sekolah yg terbaik...dan mereka berdua ini juga berat hati utk melepaskan SASER...aku ingat lagi en.bahar masih bertugas di SASER walaupun waktu bertugas beliau sudah tamat dan di kehendaki bertugas di MOZAC...namun beliau tetap menghabiskan masa2 yg ada utk SASER...dan aku juga sempat merasa kepimpinan en.kamaluddin...beliau seorang yang baik hati dan dekat kepada pelajar2...dan SAS amat bertuah memiliki pengetua seperti beliau...

dan kini kepimpinan SASER si teruskan dengan en.sabuddin....

sehingga sekarang nama SASER amat di kagumi di kalanagn sekolah2 SBP malahan di seluruh malaysia kerana kecemerlangan SPM yang terbaik tiap2 tahun...ranking sekolah terbaik di negeri sembilan selama 5 tahun berturut2....SBP terbaik selama 3 tahun berturut2....top 5 sekolah terbaik seluruh malaysia 3 tahun berturut2...dan banyak lagi pencapaian yang di lakar oleh SASER...

namun apabila nama sudah ada...barulah mula orang nampak dan mengambil perhatian...
barulah semua nak sibuk menempak nama bersama SASER....sedangkan mereka tidak pernah fikir...betapa daifnya SASER di awal penubuhannya...dan betapa payahnya kerabat2 SASER menjaja nama SASER di mana2...

aku antara pelajar2 SASER yang sibuk menjaja nama SASER ke sana kemari...yer..aku bangga menjadi warga SASER...walaupun keputusan SPM aku tidak secemerlang mana...dan study pun setakat di malaysia...namun aku bangga sebagai bekas pelajar SASER...yang pernah mendapat pendidikan di bumi SASER tercinta...biarlah aku di keji kerana terlalu bangga dan taksub akan sekolah tercinta aku itu...kerana bagi aku SASER adalah satu tempat yang mengajar aku erti kehidupan...di situ aku mengenal erti sahabat..di situ aku mengenal erti kehidupan sebenar....


dan berita yang paling mejelekkan aku ialah apabila nama SEKOLAH SAINS SEREMBAN mahu di tukarkan kepada....





KOLEJ TUNKU MUKHRIZ






atas kehendak istana....sekolah sains seremban mahu di tukar kepada nama ini...siapa TUANKU MUKHRIZ?

beliau adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. yang baru saja di lantik menggantikan tuanku ja'afar...

apa motif penukaran nama ini di lakukan...dan apa sumbangan beliau kepada sekolah sains seremban...?

aku dan juga bekas2 pelajar SASER rasanya tidak bersetuju dengan penukaran nama ini...kerana kami tidak memerlukan sebarang nama2 tokoh untuk menggantikan nama SASER kerana bagi kami SASER itu adalah gelaran yang terbaik dan sesuai utk putera2 SASER...

bukan untuk kurang ajar atau sebagainya...namun sebagai antara bekas pelajar yang belajar dengan nama SASER...aku rasa penukaran ini adalah satu tindakan tidak wajar...

dan aku berharap penukaran nama ini tidak akan pernah berlaku sampai bila2 pun...dan jika ianya berlaku sekalipun...kami pelajar2 yang terawal ini akan tetap menggelarkan SASER sebagai SASER...dan bukan sebagai mukhrizian....!

semoga perkara ini akan di fikir masak2 dan sedalam2 nya...ALUMNAI SASEROBA pun tak di tubuhkan lagi...tetiba pulak nak tukar nama...apa ke jadahnya semua nie...? kalau benar lah penukaran nama nie membawa kebaikkan...aku tuntut perubahan 100% berlaku ke atas bumi SASER...bukan hanya sekadar nama sahaja...!

ini suara anak didik SASER...yang mahukan nama SASER terus kekal di persada pendidikan malaysia...keran dengan nama SASER pun...mampu melahirkan golongan2 profesional dan bakal2 pemimpin yang berjaya suatu hari nanti...

aku akan sentiasa berdoa...SASER akan terus SASER...dan NAMA SASER AKAN SENTIASA TERATAS....amin...





alif ba ta: negeri sembilan memang suka meletak nama sekolah dgn tokoh2 negeri sembilan...motif? bukan itu cara untuk nama kita di kenang meski manusia akhirnya meninggalkan nama...namun dengan bakti ikhlas dan jujur kita dalam berbakti kepada rakyat dan bumi....

Saturday, May 23, 2009

lewat semesta


Lewat Semesta

Randy Pangalila

satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa
dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa

menjaganya, menjaganya

reff:
wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku





lagu ni best sgt...vocal penyanyi dia,muzik dia...lirik dia yg puitis...membuat aku rasa nak dgr 1000 kali pun xpe...hu3

lagu nie aku mula dgr dpd blog abg ajid...tapi serius lagu nie mmg best....cuba la org malaysia pandai buat lagu kreatif mcm nie kan...

aku suka lirik yg last sekali...

"oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku"

ehmmm....lirik last nie betul2 menusuk kalbu...seperti juga harapan aku utk DIA...aku harap hatinya tidak pernah beku utk diri ini...meski aku harus menunggu...utk DIA menerima aku sepenuh hatinya....

tetiba jek berayat2 jiwang kat sini...he3

ok la...
enjoy da song k..
til d end..




p/s: aku rindu DIA....

Friday, May 22, 2009

JEJAK WARISAN '09 - ADAT PERPATIH

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin

entri nie sebenarnya entri lama...cuma aku tetap nak update jugak...tapi aku malas nak cerita banyak...so tgk gambar je la ek...he3

kalau maoh boleh upload gambar byk2...aku pun tak nak kalah...hahaha

so...tgk la gambar2 yg ada dan aktiviti yang kitorang buat kat sana utk menjejaki jejak warisan katanya...menyingkap adat perpatih...entah di singkap ke tak...he3

waktu mula2 sampai di rumah telapak...


majlis ada menyambut dato setia muda
kalau tak silap aku...
orang kampung buat betul2 adat nie
semata2 ak tunjuk kat kitorang...




sesi bergambar ala2 di pagi raya....he3


adik beradik angkat....
daoz sbg along
amir sbg angah..
aku sbg adik plg comel...ha3


lepas beradat2 perpatih segala...
yang aku sendiri un tak faham...
sesi makan sambil mengumpat...hahaha


gambar kat bwh nie..
menjejak warisan kat ISTANA SRI MENANTI...
aku naik sampai atas..
dulu time pergi tak dpt naik..
kali aku berjaya menjejak kaki ke atas...he3




sesi dialog mengenai adat perpatih...
ambik ko...
aku tertido mendengarnya...he3


sesi pemulangan anak angkat...
gambar tengah tue gambar family angkat aku...
terima kasih daun keladi
coz sudi menumpangkan dan melayan kitorang dgn makanan
yang sedap2...he3


sesi meninggalkan rumah telapak tue...he3
nak ke aktiviti2 terkakhir...



menjejak warisan di muzium rembau...
kat replika istana RAJA MELEWAR...
tapak mmg tapak asal la..
cuma istana je di buat balik tp stil dgn reke bentuk yg sama...



apa lagi...sesi posing2 maut la...he3



nampak tak batu yg panjang ala2 kubur tue...
tue adalah utk menguji sape2 yg bakal menjadi yang di pertuan N.9...
kena baring kat atas batu tue berbantalkan...
daun2 gatal...apa ntah nama dia...lupa dah...he3



lepas dari muzium rembau tu...
kitorang g lunch kat satu kedai nie...
sbb dato' undang luak rembau belanja kitorang he3.


lepas makan...
terus ke rumah dato' undang luak rembau...
then terus ke destinasi terkahir...
tempat buat cristal...
menarik jugak bt cristal nie kan...
dulu tgk kat tv jek...
skrg tgk live katanya...he3


dan dengan itu maka berakhirlah destinasi menjejak warisan 2009 nie...menyingkap adat perpatih katanya...tapi entah la...sampai ke tak objective dia...he3

harap2...tahun depan jejak warisan akan lebih happening dpd jejak warisan kali nie...thank you utk orang2 kampung kat sri menanti tue...dengan layanan yg sangat baik...semoga jumpa lagi di lain waktu k...

til d end...




p/s: nasib baiklah DIA bukan org N.9 he3 kalau tak byk adat yg aku kena pelajari..hu3

bersihnya....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hidup anda sentiasa dalam keadaaan bersih...amin



kali ini aku just nak kongsi kat korang yang dalam kehidupan ini...kebersihan adalah satu perkara yang teramat penting...lagi2 tempat yang kita tinggal...sebab kebersihan tempat tinggal tu adalah lambang kepada diri kita sebenarnya...

untuk semester akan datang dan short sem nie...aku telah dapat rumah di blok N dan no. rumah 3...maka N3....jika dulu M40...depan padang..memang best...tapi nak buat mcm mana kan...area tue utk junior yang bakal masuk nanti...sabor je la...xdpt kekal kat rumah tue...rindu sgt...

dan aku nak cerita kat korang tentang perangai lelaki yang tak pernah kenal erti kotor....hidup bergelumang dengan kekotoran....lantak ko la sape yang duduk kat blog N3 nie sebelum kitorang sebab aku nak keji korang semua dengan perangai laha korang...hu3

oleh sebab rumah utk short sem nie boleh terus duk rumah utk sem depan...maka bdk2 rumah aku yg short sem pun gigih la pindah rumah...dan sebelum pindah rumah tue aku,tito n yusry gigih membersihkan rumah N3 tue...yaALLAH... tuhan je tahu betapa teruknya rumah tu berbanding rumah kitorang....

dengan kesabaran yang tinggi maka kitorang pun gigih membersihkan apa yang termampu....bayangkan rumah bau rokok,putung rokok di sana sini...sampah bersepah....toilet yang kotor...macam tak basuh setahun...mmg kesabaran kitorang di uji sgt...dan aku nak je suru pihak kk2 ni saman budak2 ni sebab tinggalkan rumah dlm keadaan kotor...

aku malas nak bercerita kat sini...kang aku mengaibkan insan2 yg pernah tinggal rumah nie walaupun aku tak pernah kenal...he3 aku nie jenis kalau pergi rumah org aku akan tgk toilet dia dulu...aku tak kesah pun tempat tidur tak selesa ke...apa ke...tapi yang penting toilet dia bersih...klu toilet ruma aku kotor pun slumber je aku sound org rumah aku....hu3

dan aku nak kongsi kat korang...betapa kotor dan kuningnya toilet yg di tinggalkan oleh mereka2 yang bergelar lelaki tak kenal erti kotor....aku juga lelaki...tapi rajin jugak basuh toilet tiap2 minggu...(kadang2 roomet aku yg buat la...) jangan terlalu berfikiran...ala xpe..bujang biasala tue bersepah2...owh...statement yg aku tak leh terima...giler manteliti class ke berapa entah berfikiran mcm tue...nama je belajar tinggi2...benda kecik pun tak leh nak buat...hu3



nie la rupa tandas yang di tinggalkan oleh
budak2 rumah sebelum nie...
giler kuning nak mampus...
bak kata mr.final...
'nak buang hadas besar pun tak selera..."
he3



dan ini rupa setelah di bersihkan...



ko mampu nak menyental kekuningan yang ada? nasib baik lah ada harpic n fabuloso yg di subsidikan oleh daoz...kalau tak xtau la kekuningan tu leh tanggal ke tak....hu3

dan skrg N3 belum transformasi 100%...tunggu masuk sem akan datang...he3

ok la...tue je aku nak cerita kat korang....nak nasihat kat pompuan2 kat luar sana...klu nak pilih calon suami tue...suru dia tangkap gambar toilet ruma dorang...bersih ke tak...klu bersih boleh teruskan...klu tak reject jek...ko nak kawin dgn orang pengotor? tiba je buat kenyataan mcm tue kan....he3

til d end...



p/s: UTAMAKAN KEBERSIHAN ANDA! agar H1N1 tidak menular....he3

Thursday, May 21, 2009

short sem: minggu ke-2

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



alhamdulillah....minggu ni dah pun habis minggu ke dua aku dalam short sem...walaupun masih dalam kebluran...lagi2 minggu nie punya...coz aku juz dtg 2 class je...sbb ari isnin n selasa aku xdtg class sbb masih berada di utm...hu3

dan semakin lama aku menjalani short sem nie...semakin banyak la perkara yg aku kena buat...skrg nie dalam sibuk2 short sem nie...ada pulak show tarian utk nex week...dah la kena mnari 4 tarian...hu3 matilah aku kena hafal ke empat2 step tue...hu3

lepas tue...budak2 orator tgh bt preparation utk ke debat arau open...untuk debat arau open kali ini aku tak dapat pergi sebab kakak aku kawin weekend depan...so aku terpaksa la melepaskan peluang utk mengulangi kejayaan semasa di arau open utk melangkah jauh lagi...lepas tue yang xpuas hatinya...dorang leh jalan2 kat sana sebab ada 1 hari cuti dpd berdebat...bes giler...hu3 bila aku tak pergi barulah leh jalan2 kat sana kan...motif sgt...

dan class pagi tadi mcm biasa...cuma sekejap je belajar skit bab 3 then lecture tu sendiri yg keboringan mengajar kitorang..hu3 so apa lagi...sesi memberi tips la...he3 lecture tu cite pasal pengalaman keje kat site construction...byk jugak cite yg dpt...especially tentang keselamatan berada di dlm construction site...hu3 ngeri juga dgr cite dia...mmg safety first kena jaga bila berada dlm construction site...klu tak...alamatnya adalah cacat atau hilang nyawa kan...

lepas tue...dia kata..klu nak keje kat construction site nanti..bila jadi project manager ke apa ke...apa yang penting adalah RAJIN...kalau tak rajian alamatnya...banyaklah kerja2 tertangguh...lepas tue...kerajinan lah yang membezakan siapa kita sebenarnya...lagi2 mereka2 yg pointer rendah nie...tapi pointer yang tinggi nie tak semestinya akan cemerlang bila berada dlm suasana pekerjaan yang betulkan...dan apa yang ptg dia kata...kena pandai bergaul dgn org2 lama...sebab org2 lama nie la yg byk pengalaman...

itulah serba sikit nasihat dia...utk hari nie je la...
\

dan gambar di bawah nie gambar kucing aku kat rumah...dan anak buah aku yang comel...he3 rindu sgt kat dorang...hu3 lepas lbh kurang 2 bulan aku tak balik...kucing n anak buah aku nie...dah berubah...nampak besar dan nakal kedua2nya...he3



nie time si hitam n tiger kecik lagi..he3




nie bila dah besar...besar giler dah 2 ekor nie...hu3
cepat je kucing membesarkan...




dan nie la anak buah aku.....m.akhil zafran...
ada sorang lagi cousin aku seumur dgn anak buah aku nie...
tapi lupa nak tangkap gambar...
tembam giler cousin aku sorang tue...
bila berjalan ala2 pingu...
gelak je aku tgk...he3


ok la...
sampai sini jek...
bye..




p/s: kena banyak ulang kaji lagi subject RC nie...hu3 gambar2 kat bwh tue saje je selitkan...lalalala

AF7 : milik SARAWAK pula...



Assalamualaikum & salam sejahtera... semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin

kali ini aku nak bercerita mengenai JUARA af7....yer...semua sudah sedia maklum ianya milik pelajar dari sarawak iaitu hafiz...tahniah buat hafiz...sememangnya dia layak untuk mendapat gelaran juara berbanding yang lain sebab dari 1st week sampai final tetap maintain vocal dia...

seperti biasa...untuk tahun ni aku kena badi tak tengok mana2 anugerah @ konsert secara langsung....sejak dari anugerah bintang popular sehinggalah konsert akademi fantasia...mesti aku tak dpt nak tgk secara live...mesti akan ada hal2 lain yang mengekang utk aku tgk....hu3

untuk kosert AF7 kali ni..aku berada di UTM...seperti yang aku maklumkan dari awal...aku ada pertandingan debat kat sana...so malam final tue kitorang ada discussion untuk usul keesokannya...so tak dapat la tgk konsert final...nasib baik buat discussion dekat cafe...so tgk la sikit2 persembahan dorang...(mcm youtube xde je kan....he3)

aku masih tidak dapat tgk full punya konsert sebab xde masa nak tgk ulangan af kat astro tue...lagi pun aku kat ump...ada astro tapi biasalah...ada je masalah kad astro hilang la. da sebagainya...menyampah aku dgn alasan2 yang tak munasabah nie...

maka aku pun tak berani nak mengkritik banyak2 pasal konsert af kali nie...cuma nak bagi pujian kat set pentas konsert final nie...memang meletop...simple n nice...tapi aku agak tak suka dengan lagu tugasan yang dorang dapat...lagi2 tugasan untuk hafiz n yazid....sengal je pilih lagu tu utk student2 nie...dah tau tak sesuai utk dorang tetap pilih lagu2 yang tak meriah langsung dan tak sesuai dgn vocal dorang...nasib baik hafiz dpt cover time lagu baru dia...kalau tak merasalah juara af7 tiem tu dpt kat aril....hu3 lepas tue vocal isma time nyanyi lagu cinta adam dan hawa...sangat teruk....aku tak tau mcm mn juri2 boleh puji isma....sebab aku dgr dari jauh isma nyanyi sgt teruk....hu3 no wonder la dia boleh dpt no.5 sedangkan aku tahu vocal isma sepatutnya lebih baik dpd itu...mungkin dia tertekan kot time tue...yer la satu2nya pelajar perempuan yang berjuang dlm konsert final....




untuk kedudukan final pulak...

1.HAFIZ 46%
2.ARIL 22%
3.AKIM 18%
4.YAZID 9%
5.ISMA 5%

ada tekaan aku betul dan ada tekaan aku yang tak mengena...tapi apa yang ptg hafiz tetap menjadi juara walaupun ada aril yang dtg menyebok....benci btol aku tgk dia tue...bukannya bagus sgt pun...stakat pandai mnari je...

kesian kat isma di tangkat terkahir...tapi nak buat mcm mn...bila time final nie siapa yang pandai menarik perhatian pengundi maka dialah yg akan berada di atas...mungkin strategi keluarga isma tak menjadi seperti time undi tomok kat oiam3...he3

walau apa pun...god luck utk kelima2 finalis AF7 kali nie...korang sebenarnya bagus cuma sayang produksi AF7 yang sengal menyebabkan konsert final AF7 nie mcm somthg wrong...bukan stakat final je...drama2 yang tak bes sepanjang minggu menyebabkan org rasa dah muak...tak banyak pun transformasi yang berlaku...klu ada pun hanya satu peserta je...iaitu akim....tahniah la jugak aku berikan...sekurang2nya adalah juga 1 peserta dpd xde kan....

dan akhirnya setelah peserta dari sabah iaitu stacy telah menjadi juara utk musim ke 6...kini di musim ke 7 juaranya dari sarawak pulak...membuktikan orang borneo juga boleh menjadi juara dan artis yang bakal berjaya suatu hari nanti...tgk je la persembahan stacy time konsert final af7...bes giler...mcm nk mnari skali je dgn dia...he3

skrg ni pun aku tgh layan lagu hafiz n akim...he3






Masih Jelas (Hafiz AF7)

Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi.. dikau pergi..

Penjara
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda yang dilanda kehilangan

Chorus:

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untuk ku

Masih jelas
Setiap lembut penjuru
Menghiasi wajah mu
Waktu kau renung aku

Yang Sungguh
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku kerana mu
Dipisahkan

(ulang chorus 2 kali)

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertaktha di hati ku

Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi.. dikau pergi..






akim af7-bengang

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak tahu engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku
katamu

Chorus:

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku
Terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup
bersama denganmu

(ulang chorus)


Benci hatiku di serang pilu
Benci hatiku teringat janji mu
Oooo...caramu...
Akan ku teruskan hidupku
Oooo...tanpamu...


aku suka dua2 lagu nie....he3 tak sabar rasanya nak tunggu recording punya...mesti best....

ok lah...aku pun tak tau nak ckp pe dah pasal konsert af7 nie...just wish god luck utk kelima2 peserta nie...supaya sentiasa bersinar di arena seni hiburan malaysia...jangan terus malap lepas nie sudah la yer....hu3

til d end...





p/s: kredit utk gambar dr blog klubbkid....aku harap tahun depan sarimah jadi pengacara AF akan dtg...klu ada la...

baru blk dr berdebat....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita...amin


hye semua...lama juga aku tidak update blog....lbh kurang 1 week jugak la...rasa mcm byk sgt nak cerita kat korang semua..namun masa selalu membuat aku tidak berkesempatan utk bercerita dan berkongsi dengan anda semua...

untuk pengetahuan anda semua..aku baru sahaja balik dari UTM,skudai...sebab aku ada pertandingan DEBAT PERDANA INTEGRITI 2009...di sana...banyak pengalaman yang aku dapat...nanti aku ceritakan di entri yang khas...penuh dgn cabaran dan dugaan...yang akhirnya mengajar aku erti sebuah perdebatan...

dan aku kembali ke UMP seperti biasa...menjalani short sem...dah dua hari aku tidak ke class di sebabkan ketika itu aku masih berada di bumi UTM...dan hari ni aku ke class...agak terkapai2 jugak la...nasib baik tak habis satu bab lagi dia ajar...baru hari ni dia habiskan...tapi aku kena banyak membaca lagi lepas nie...sebab aku rasa mcm byk juga aku tertinggal...

tadi juga lecture aku tu sebelum dia mengajar tanya kitorang...lepas study nie nak masuk bidang civil engineering bahagian mana...bila time aku...aku cakap kat dia...xnak jadi civil engineering...nak masuk dalam bidang penyiaran...tapi yang kelakarnya dia dengar aku nak jadi 'PERAGAWAN' hu3 dia tanya aku nape nak jadi peragawan...time tue aku tak dengar lagi yang dia ingat aku nak jadi peragawan...so aku pun jawab la...'tak semestinya jadi wartawan kena amik kos yang berkaitan wartawan kan...." lebih kurang mcm tue la aku jawab...lepas tu yang peliknya dia suru aku 'catwalk'...bila dia ckp mcm tu aku pun gelak la...lepas tue ckp kat dia yang aku nak jadi wartawan bukan 'peragawan' ha3 giler pe aku nak jadi model...dengan badan aku yang sekeping nie...hu3

tapi kan...dalam benak hati aku...ada juga harapan nak jadi engineer nie...cuma rasa takut tue ada dalam diri...bukan senang nak jadi engineer civil nie...besar tangunggjawabnya...aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti akan terbuka pintu hati aku utk menerima civil engineering ni dan akan menjadi seorang engineer yg berjaya...itulah harapan aku sebenarnya...tapi kalau ada peluang utk menceburi bidang penyiaran...aku tak kan lepaskan peluang...he3 nak sangat mengacar program sendiri...ataupun jadi pembaca berita...he3 berangan sangat aku...

hari nie aku dah tengok result sem lepas aku...alhamdulillah...semua lulus...pointer mcm biasa la...teruk tahap...entah la...tak tau nak kata tahap mana...mcm xblajar je aku nie...hu3 tapi apa yang penting sumenya lulus...amin..syukur sgt3...

di kesempatan ini aku nak wish tahniah kat DIA...sebab berjaya dapat dean list...tahniah atas usaha awk yang gigih...semoga terus berjaya pada masa yang akan datang...ini bukti kehadiran sy bukan penghalang utk awk berjaya...tapi kehadiran awk buat sy teruk la pulak...hu3 (gurau jek...) :p

ok lah...sampai sini saje...actually byk entri2 yang tertangguh...di sebabkan tiada masa sgt...busy dgn byk benda...hu3

nantikan je la entri yg akan datang k...especially utk entri debat integriti....he3

til d end...





p/s: hadirnya cinta dalam jiwa bukan penghalang atau pengacau utk kita berjaya pada masa depan...kadang2...ianya yang membuat kita terus berjaya.... : )

Tuesday, May 12, 2009

menjalani short sem....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


hari ini adalah hari kedua aku menjalani short sem...terasa sangat lain bila pergi ke kuliah dalam keadaan hanya beberapa orang je...tak seperti waktu2 biasa...ramai student2 yang lalu lalang...berpusu-pusu ke class...

hari ini juga...hari perjumpaan bersama dekan untuk memberi penjelasan mengenai pembatalan subject computer programming untuk short sem nie. aku macam biasalah tak pergi pun penerangan tu. malas la nak pergi sekadar nak dengar penerangan mengapa subject tu di batalkan. lagi pun aku nak baca sikit yang lecture aku suruh baca semalam. tak pasal2 nanti dia tanya tak boleh pulak nak jawab. dah la dia asyik point kat aku je...

dan kelas aku untuk short sem nie semuanya akan bermula daripada pukul 12-1.30pm dari isnin ke khamis. maknanya aku akan menghadap muka lecture tue setiap hari hu3 tak pe la...demi untuk memudahkan aku pun pada masa akan datang...

balik kepada penerang pembatalan subject tue...budak2 ni kata di sebabkan oleh ada seorang insan nie yang beritahu kementerian pengajian tinggi untuk membatalkan subject tue...apa lagi sah2 la kementerian terus beritahu NC dan NC pun memberitahu dekan untuk membatalkan subject tue. ini mesti kerja nak cuti time short sem nie. dan yang menyakitkan hati aku, budak ni terlalu mementingkan diri sendiri tanpa pernah memikirkan kesan jangka panjang kepada pelajar2 lain terutamanya org seperti aku...dan akibat daripada tindakan beliau ini sem 2 tahun 3 nanti mesti jam kredit akan sangat pack nak mampus.

aku nak je jumpa budak tu siapa, sebab aku rasa tindakan dia sangat tidak munasabah. pentingkan diri sendiri tanpa pernah mengambil pendapat daripada semua pihak. aku akan tetap cari siapa budak tue sampai jumpa. kalau boleh aku nak letak gambar dia kat blog nie. muka orang yang pentingkan diri sendiri. benci betol!!!.

untuk rakan2 yang tahu siapa budak tu, sila bagi tau aku ek...nak sangat tau siapa budak nie...nak tahu apa penjelasan dia siap beritahu kementerian....so tak de la aku nanti buruk sangka terhadap dia dan menyumpah dia sampai ke mati....hu3

mengenai short sem aku nie, maka dengan batalnya subject computer programming ni aku hanya akan mengambil satu subject sahaja iaitu RC DESIGN 1. bukan untuk repeat atau membaiki markah tapi sebab baru nak ambil. supaya aku tak kan extend hu3 nasib baik lecture yang mengajar tu ok la juga...

tapi serius short sem nie aku tak boleh main2 di tambah dengan belajar subject ni dalam masa 2 bulan menyebabkan aku rasa cuak jugak...dah la tadi dia suru buat soalan TOS pun kitorang tercungap2 nak jawap sedangkan soalan dia senang je sebenarnya...siap dia leh senyum.. hu3 sebab kitorang lambat jawap...

ehmmm...baru dua hari class dah ada latihan yang dia suru buat....maka aku kena rushing dan tak leh leka...debat pulak khamis nie dah nak pergi UTM...so terpaksa la aku tak dtg class dia utk hari isnin n selasa....matilah aku...mesti banyak giler benda yang aku tinggal nanti...dah la dia kata akan mengajar laju...ehmmmm...nasib2...

esok pulak nak atau tak aku kena check out rumah....dah la tak leh nak stay rumah sama....M40...sayang sgt rumah nie...sebab tempat dia sangat best bagi aku....tapi nak buat mcm mana...KK2 nie dari blok B-M nak di gunakan utk junior yang akan datang sesi 09/10 nanti...so aku akan terus check ini rumah kitorg sem depan...iaitu N3....rumah sebelah felo....giler ko...duk rumah sebelah felo...dah la kitorang nie jenis kecoh je memanjang...tadi aku ngan daoz (roomet) aku pun gigih la melawat rumah tue...ingatkan ada orang rupanya dah kosong dah...tapi nauzubillah...teruk giler ruamh nie di kerjakan dgn bdk2 yang duduk sebelum nie...kotor tahap gaban dengan rumah berbau rokok...yang tak boleh blah...tandas dorang mcm tak pernah basuh selama setahun...kuning jek...jijik betul la budak2 nie...malam nie mungkin sesi gotong-royong membersihkan rumah tue...sesi transformasi la rumah tu nampaknya...he3

ok lah...sampai sini jek k...
aku pun rasanya mcm nak mengemas barang2 aku sikit....
dan esok adalah hari terkahir untuk duduk kat rumah M40 nie...hu3

jumpa lagi di entri yg akan datang....

Monday, May 11, 2009

tahniah nizar sah MB PERAK!



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga keadilan sentiasa berpihak pada mereka yang berhak...amin



seperti yang di beri tahu umum. hari isnin bersamaan 11 mei adalah penentu siapa yang sah sebagai menteri besar PERAK.

maka dengan ini mahkamah telah memutuskan bahawa IR.NIZAR adalah MB PERAK yang sah atas 2 sebab utama iaitu kerusi MB PERAK tidak pernah pun di kosongkan kerana nizar tidak pernah meletakkan jawatan dan yang kedua ialah tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

kerajaan perak zamry di minta agar mengosongkan jawatan mereka berkuatkuasakan setelah keputusan di bacakan.maka segala yang di lakukan oleh kerajaan perak di bawah zamry akan di kaji semula kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohanx dan nizar berkata mereka akan berpegang pada sidang dun perak bawah pokok yang mana akan membubarkan adun.

beliau di jangka akan menghadap sultan azlan shah untuk memberitahu keputusan mahkamah pada hari ini dan keputusan ini belum lagi menentukan bahawa isu di perak akan selesai dengan keputusan ini kerana banyak perkara yang harus di lakukan untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku di perak. BN dan pakatan rakyat harus bekerjasama agar masalah2 ini akan selesai lantas kebajikan rakyat akan terjaga.

bagi pendapat aku, apa yang aku inginkan hanyalah penyelsaiaan yang pada akhirnya tidak membebankan rakyat sendiri. itu saja apa yang aku inginkan. aku tak kesah siapa yang mentadbir perak bukan kerana aku bukan anak negeri perak tapi apa yang ptg rakyat perak akan tahu siapa yang terbaik. dan buatlah keputusan yang terbaik jika benar adun akan di bubarkan dan pilihanraya di adakan semula untuk menentukan siapa kerajaan perak yang sebenar. itupun jika sultan perkenankan.

tahniah buat nizar, dan bersabarlah untuk zamry kerana mahkamah telah memutuskan siapa yang berhak mengikut undang2. adakah ini keadilan atau satu reformasi. mungkin yang berhak sudah kembali. mungkin....!

apa2 pun kita tunggu sahaja keputusan seterusnya...kerana yang berhak masih belum mendapat hak mereka sepenuhnya. pastinya yang menarik perhatian aku ialah keputusan sultan berbeza dgn keputusan mahkamah. siapa yang kurang fasih dalam undang2 ini sebenarnya? persoalan yang harus kita fikir bersama....

semoga keadilan akan terus berpihak pada siapa yang berhak...aku percaya dunia ini ada adilnya....





p/s: aku dah agak dah nizar menang....tapi aku tak kesah pun sape yang menang...dan mentadbir kerajaan perak...sebab ini semua baru bermula...

kau dan aku



aizat-kau dan aku

Kau dan aku adalah satu tak kira apa
Segala rintihan aku engkau
selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi yang pasti
Akan aku sentiasa merasa
Kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti walau di mana kita berdiri
dia dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun tak akan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Akhirnya nanti…
Biar sampai akhirnya nanti
Wooo…
Biar sampai akhirnya nanti


lagu ni adalah lagu tema untuk drama merah putih dalam slot lagenda yang di tayangkan di tv3 dan tv9 pada pukul 4.30 (tv3) tv9 aku lupa...8.30pm kot...hu3

bila dengar macam best...so aku pun gigih la download...bes jugak lagu nie...he3

so jom layan...







p/s: cite nie best..dialog2 dia sgt sempoi dan kadang2 bt aku gelak...he3 tapi cite nie serius sbnearnya cuma di sampai dgn cara yang sempoi...aku rasa radiusone nie...memang menghasilkan drama2 yg bagus bagi aku....he3

Sunday, May 10, 2009

kaulah ratu hatiku~

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



memasuki bulan mei ini pastinya ramai di antara kita akan meraikan HARI IBU bagi mereka yang menyambutnya. di malaysia kebiasaanya ianya di raikan pada minggu ke dua bulan mei kerana hari ibu ni tiada tarikh yang khusus. ada di antara kita yang berpendapat bahawa hari ibu ni sebenarnya adalah setiap hari. ya, memang tidak di nafikan kita perlu untuk sentiasa mengingati ibu kita setiap hari namun apa salahnya kita meletakkan satu hari yang kita betul2 menyambut hari ibu sebagai menghargai mereka kerana penat lelah mereka membesarkan kita. tolak ketepi sejarah mengapa perayaan ini di raikan. namun kita berbalik kepada pengorbanan seorang ibu yang aku rasa tidak mampu untuk kita balas.

setiap insan yang lahir kedunia ini pasti pernah merasai kasih sayang ibu namun ada juga yang tidak pernah mengenal erti seorang ibu. mungkin takdirnya bukan untuk mengenal seorang ibu namun ada insan2 yang lain yang menggantikan erti seorang ibu dalam hidup mereka. tidak mengapalah. mungkin takdir sudah tersurat.

bagi yang ada ibu, pastinya akan mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang ibu apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ibu tunggal. pastinya akan lebih merasai betapa besarnya pengorbanan ibu mereka.

aku di lahirkan oleh seorang insan yang bernama PN.WALIAH BT MADE. seorang insan yang aku rasa sangat tabah menjalani kehidupan beliau dalam membesarkan dan memperjuangkan kehidupan keluarganya.membesarkan 7 orang anaknya, yang mana 6 lelaki dan seorang perempuan. aku sangat bertuah memiliki seorang ibu seperti beliau. bagi aku beliau seorang ibu yang terbaik bagi aku.

segala keperluan yang di perlukan pastinya beliau sediakan sedaya upayanya. demi kepentingan anak-anak. jika aku mahu bercerita kepayahan ibuku membesarkan aku dan kami adik beradik pastinya membuatkan airmata ini mengalir. namun bagi aku biarlah kepayahan itu hanya kami sahaja yang tahu. kerana setiap insan bergelar ibu pastinya akan mempunyai susah dan pahit getir dalam membesarkan anak-anak mereka. dan pastinya pelbagai cerita yang akan keluar.

terkadang aku terasa nak sangat cepat habis belajar dan bekerja untuk membalas jasa mak aku dan juag bapa aku. sebab aku nak sangat mereka tersenyum melihat aku berjaya. dan cukuplah derita sebelum ini mereka rasai.

kata-kata yang sentiasa tersemat di hati aku ialah apabila ibuku berkata " tak mengapalah, nanti bila anak2 aku sudah besar dan bekerja, mesti mereka juga boleh memberikan aku apa yang orang lain boleh dapat....bolehlah mak aku pergi umrah & haji lagi..." arghhhh kata2 itu sentiasa tersemat di hati. membuat kadang2 aku rasa bersalah kerana sehingga skrg masih tidak mampu untuk memberikan yang terbaik terutama sekali dalam pelajaran...namun aku tidak pernah berputus asa meskipun terkadang terleka...

aku selalu berdoa agar ALLAH sentiasa memberi kesempatan untuk diri ini membuktikan kepada ibubapa aku...yang anak dia seorang ini mampu memberikan apa saja yang mereka mahukan untuk membalas segala jasa mereka. terdaya yang aku mampu. dan janji ini akan sentiasa aku sematkan dalam hati.

untuk ibuku yang aku sayangi...SELAMAT HARI IBU di ucapakan kepadamu...semoga hidupmu sentiasa dirahmati olehNYA....amin


untukmu ibu...

ibu
andai hari ini aku melukakan hatimu
ampunkan aku
andai hari ini aku terkasar bahasa kepadamu
ampunkan aku
andai hari ini aku berkata ah! pada suruhanmu
ampunkan aku

anakmu ini tidak pernahpun terlintas untuk begitu
mungkin kerana darah muda menguasai

ibu
andai di hitung segala pengorbananmu
tidak termampu untuk aku hitungnya
dari kandungan kau menjagaku
melahirkan
menjaga siang dan malam
sehingga ku mula mengenal
untuk menyebut 'mak...'
jatuh dan bangun
sehingga aku mampu berdiri dan berjalan
di bumi ini

ibu
masih teringat saat kau hantarku ke sekolah
di saat itu aku melihat dirimu berdiri di luar kelas
setia menunggu aku habis belajar

ibu
saat aku memerlukan wang untuk belanja
kau sedaya upaya untuk mencarinya
kerana ketika itu anakmu ini tidak mengenal erti susah
merengek menangis jika tidak di turuti mau ku
namun demi anakmu ini
kau turuti jua

masa terus berlalu
kini garis2 tua mula melihatkan diri
dan aku kini berdiri
sebagai seorang anak yang sudah mengerti
apa itu erti kehidupan

meskipun masa sudah mengubah segala
kau masih seperti dulu
tetap sebagai seoang ibu
tetap mengambil tahu akan anakmu
membuat aku rasa bertuah
memiliki ibu sepertimu

andai diri ini di beri kuasa
akan ku berikan dirimu syurga
untuk membalas segala jasamu
namun anakmu ini hanya insan yang lemah
hanya mampu berdoa
agar syurga itu nanti
menjadi destinasi terakhir kita....

saya sayang ibu.....






SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU2 DI DUNIA....



terlanjur cinta


Terlanjur Cinta - Rossa feat. Fasha Ungu
Waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang t'lah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan


Aku terlanjur cinta kepadamu
dan t'lah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini
kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurangku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

Mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang t'lah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
dan t'lah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini
kau pertanyakan...kau pertanyakan cintaku
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta...karna sekali cinta
aku tetap cinta




saja je post lagu nie...DIA suka lagu nie...so aku pun cubalah untuk dengar balik lagu ni...dengar punya dengar...rupanya best juga lagu nie...lagi2 part bila "kerna sekali cinta...aku tetap cinta".....hu3 so sama2 lah kita menghayati lagu nie ek... :)


Saturday, May 9, 2009

orang bercuti tapi aku di UMP....hu3

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



di saat dan ketika ini aku berada di bumi UMP. walaupun saat dan ketika ini warga UMP sedang bercuti untuk dua bulan yang mendatang. alangkah bahagianya dapat bersama keluarga. namun aku seperti biasa, akan tetap setia untuk menginjak bumi UMP ini.

bukannya aku terlalu cinta dan kasihkan ump, bukan juga bermakna aku benci akan bumi UMP. namun atas sebab terpaksa menjalani short sem maka aku gagahkan jua diri untuk berada di bumi UMP ini. di tambah dengan aktiviti debat aku menyebabkan aku terus setia untuk berada di bumi UMP....

dan ketika ini aku tengah busy untuk membuat persediaan untuk pertandingan debat integriti yang bakal di adakan di UTM,skudai...memang latihan kali ni terasa membuat aku terlalu cepat bosan kerana usul2 integriti yang memerlukan kefahaman dalam isu-isu yang berkaitan rasuah terutamanya...isu-isu rasuah ni memang aku lemah sikit...kena banyak pembacaan lagi...tapi disebabkan semangat untuk mempertingkatkan diri dalam debat aku gagahkan jua diri ini...nasib baiklah kak mas memperkenalkan lagi game2 selepas latihan debat ni...sekurang2nya dapat juga membuat budak2 orator ni tersenyum dan bergelak ketawa, secara tidak langsung mengeratkan lagi ukhwah antara kami he3

tapi apa yang membuat aku lagi tertekan ialah apabila subject wajib yang kononnya sepatutnya di ambil ketika short sem ini iaitu computer programming telah di batalkan...


Assalamualaikum wrh & salam sejahtera,

Kepada pelajar - pelajar yang mengambil kursus BAA2013 (Computer Programming) semester pendek 08/09

1. Adalah dimaklumkan bahawa penawaran kedua- dua kursus ini semasa semester pendek 2008/2009 DITARIK BALIK dengan serta merta kerana ianya tidak mengikut peraturan Senat Universiti.

2. Kursus ini akan ditawarkan semula dalam semester lazim yang akan datang (sem I 2009/2010).

3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus di atas dan tidak mengulang mana-mana kursus lain dibenarkan untuk bercuti sehingga semester I 2009/2010 di buka nanti.

4. Pihak fakulti memohon maaf di atas segala kesulitan dan kesukaran yang perlu ditanggung dan dilalui oleh pelajar. Mohon berhubung dengan Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar di talian (09-549 3003) waktu pejabat atau 014-8164040 (di luar waktu pejabat), email - adnanz@ump.edu.my


Sekian, harap maklum.



Prof. Madya Ir. Adnan bin Zulkiple

Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam


sentap ke tak sentap bila tetiba pihak atasan beritahu macam tue. tak ke ini satu tindakan yang tidak wajar yang di lakukan oleh ahli senat.

  • pertamanya,mengapa bila saat pelajar UMP sudah bersedia berada di UMP setelah kembali dari bercuti beberapa hari tetiba pada saat ini barulah pengemuman ini di buat. mengapa sebelum cuti lagi ahli2 senat ini berbincang untuk tidak meluluskan subject ini di jalankan ketika short sem.perkara ini telah menimbulkan kesulitan kepada pelajar2.
  • kedua, mengapa bila kami batch terakhir utk ambil subject ni ketika short sem tetiba pulak keputusan seperti ini di buat dan di bincangkan. mengapa sebelum ini lagi iaitu apabila senior kami yang mengambil subject ini ketika short sem tidak pulak di batalkan dan mengapa baru sekarang? ini satu ketidak adilan buat kami.
  • ketiga ialah apabila pihak fakulti membuat keputusan untuk membuka subject ini ketika semester yang akan datang, tidak kah pihak fakulti akan menyusahkan pelajar2 sedangkan subject computer programming(3jam kredit) ini sepatutnya kena lulus baru boleh kami mengambil subjek information system in civil engineering(2 jam kredit) pada sem depan.oleh itu, keadaan ini akan meyebabkan subject information system in civil engineering yang sepatutnya di ambil pada sem depan terpaksa di bawa ke sem yang akan datang lagi satu dan ini menyebabkan jumlah kredit kami bertambah! lagi2 keadaan aku yang sememangnya telah berubah jam kredit apabila tidak lepas satu subject.
  • keempat, perkara ini perlu penjelasan yang jelas agar kami pelajar2 tidak tertipu mahupun teraniaya. aku tak tahu la kalau2 aku je yang rasa mcm ni dan rakan2 aku tidak. hu3 tapi bayangkanlah mereka2 yang duduk jauh tue...dah sampai ump tengok2 subject computer programming tue terpaksa di batalkan. hilang tenaga dan wang ringgit...!
  • terkahir, sudah pastilah ianya menimbulkan rasa cemburu aku terhadap rakan2 aku yang lain sebab mereka boleh balik kerumah dengan hati yang girang sebab dapat bercuti panjang...dan aku terus berada di bumi UMP utk meneruskan pengajian aku bagi subject RC design 1...hu3

ehmmm...entahla aku rasa aku tak de mood nak amik short sem nie sebenarnya. bulan nie kakak aku nak kawin, dan aku tak dapat nak bantu apa2. nasib baik buat kat puchong kalau buat kat sabah adalah aku merana tak dapat tengok kakak aku yang satu2nya itu kawin.hu3 tapi nasib baiklah aku kena juga amik subject tue short sem ni agar aku tidak tergolong dlm golongan2 org yg extend. kalau boleh aku nak habis cepat dan sama2 grad dgn rakan2 aku yang lain. nanti bila convo mesti seronok kan he3

aku hanya mampu untuk tabahkan diri agar terus gagah meneruskan short sem nie. minggu depan dah start class dah. rasa cuka pun ada juga.yer la subject susah tu....hu3 dan minggu depan juga adalah perjuangan aku dalam dunia debat akan bermula kembali iaitu pertandingan debat integriti. persembahan sulung aku untuk debat intigriti ni...he3 harap2 akan ada sesuatu yang boleh di banggakan....amin

oklah...sampai sini je...
jumpa lagi di lain entri...

apy holiday bt rakan2 aku yang seronok berada di rumah~
doakan aku berjaya melalui saat2 short sem nie...hu3

salam...




p/s:harap2 hati ini tetap bersamangat untuk belajar dan berdebat!!!

Friday, May 8, 2009

AF7: AFMASUK sudah tidak releven!


*kredit tu klubbkidd 4 this photo...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita...


sebenarnya...aku tidak mahu ingin berbicara mengenai AF7...namun di sebabkan oleh 'drama' yang semakin menarik minat aku untuk berbicara dan mengulas isu AFMASUK yang akhirnya di wujudkan juga dalam edisi AF yang ke 7 ini...

semuanya akibat apabila konon2nya...pengundi tidak pandai utk mengundi mereka2 yang di katakan 'bagus' dan menyebabkan mereka2 yang perasan bagus ini tersingkir keluar...dan kononnya peluang mereka utk beraksi di pentas final di sia2kan...

berbalik kepad isu AFMASUK ini...sebenarnya bagi aku sudah tidak nampak relevennya utk AF7 kali ini...dan ketika pengumuman yang di buat oleh Principal Tiara nampak sangat semuanya seperti sudah di rancang...dan bagi aku ianya seperti memperbodohkan pengundi2 yang penat mengundi mereka2 yang masih kekal dalam AF7 ini...

mengapa aku rasakan tidak relevan utk AF7 kali ini kerana aku rasakan 'drama' yang cuba di mainkan oleh pihak produksi seolah2 tidak menjadi seperti 'drama' yang pernah mereka mainkan ketika AF2,AF3 dan juga AF4 yang aku rasa ketika itu AFMASUK sangat di perlukan ketika itu...namun AFMASUK utk kali ini aku tidak nampak pun keperluannya...kerana pelajar2 yang tersingkir pun tidak mempunya potensi ataupun kredibiliti utk menyaingi peserta2 yang sedia ada....

itu yang pertama....yang keduanya ialah...adalah sangat tidak adil utk pengundi2 ke empat2 pelajar AF7 yang masih tinggal jika wujudnya AFMASUK....kerana apa...ini adalah program realiti yang memerlukan undian...dan siapa yang mempunyai peminat yang gigih mengundi adalah yang layak untuk merangkul juara dan bertahan...apabila wujudnya AFMASUK menyebabkan pecahan undian berubah dan menidakkan kedudukan peserta2 yang kekal ini...

itu adalah dua pandangan aku mengenai AFMASUK....bagi aku...aku lebih suka melihat persaingan di antara dua peserta sahaja iaitu isma dan hafiz....kerana bagi aku kedua-dua mereka adalah peserta yang paling hebat berbanding dengan peserta2 yang lain. jika aku menjadi sebahagian produksi AF7 pastinya aku akan meletakkan final hanyalah dua peserta sahaja iaitu isma dan hafiz. namun aku bukan sebahagian produksi AF7, itu yang malangnya. mungkin adalah satu kerugian jika mereka hanya meletakkan dua peserta semata-mata. sudah tentu pulangan kutipan wang daripada undian tidak menguntungkan mereka. lagi pun AFMASUK wujud pun sebenarnya utk menaikkan kutipan undian mereka lantas menguntungkan AF sendiri.

kemudian, ketika AF 2,AF3 & AF4 dulu....sememangnya perlu utk di adakan AFMASUK kerana ketika itu wajah2 finalis juara sudah ada pada muka mereka yang tersingkir dan masuk balik...lihat saja linda AF2,mawi & marsha AF3 dan lotter AF4...mereka semua memang layak untuk masuk semula dan di beri peluang untuk bertanding di final...lagi2 ketika AF4 yang mana bagi aku musim paling suram, sebab itulah selayaknya lotter di masukkan semula kerana kekurangan muka2 yang layak ke final ketika itu...dan akibat daripada AFMASUK inilah juga ianya menidakkan tempat yang sepatutnya di miliki oleh peserta yang tinggal namun di ambil oleh pelajar2 yang AFMASUK...tapi ketika itu aku masih bersetuju dengan AFMASUK...

namun untuk AF7 ni aku sedikit tidak bersetuju kerana tujuan mereka adalah terutamanya adalah untuk membawa masuk semula aril yang terkeluar pada konsert ke 7..kerana ketika itu kecoh mengatakan yang aril tidak selayaknya di singkirkan...kerana aril nie ada aura dan pakej sbg bintang yang lain dari yang lain...tapi bagi aku...apalah yang ada pada aril tue...jika di bandingkan dengan zizi yang terkeluar awal tue aku rasa zizi lebih bagus vocal dia berbanding dgn aril yang hanya pandai berlagak bagus di atas pentas...ini bukan di sebabkan ada rasa tidak suka pada aril...tapi aku naik menyampah bila tenaga pengajar seperti terlalu sayangkan aril sehingga aku rasa ada ketidak adilan utk pelajar2 yang lain...itu apa yang aku rasa la...bila aril buat persembahan jek...tengok je riak2 wajah tenaga2 pengajar...beria2 muka...tak boleh blah...

dan esok adalah penentu untuk siapa yang masuk semula untuk bertanding di pentas final...esok pastinya ada 2 jawapan yang akan terjawab...adakah pelajar2 yang tinggal itu aku terus layak ke final...ataupun tersingkir...dan siapakah pelajar yang bakal di beri peluang sekali lagi...

bagi pendapat aku...pelajar2 yang selayaknya untuk berjuang di pentas final ialah aisyah...dia seorang peserta yang selayaknya untuk pergi ke pentas final melihat kepada bakat yang belaiu ada...dan kalau pun bukan aisyah...aku nak zizi yang pergi ke pentas final...jika kedua2 mereka ini tidak layak...sudah pastinya aril yang akan masuk untuk bertanding kepentas final...pasti tenaga pengajar bersorak gembira...dan lagi pun undian ketiga2 mereka ini sangat bersaing rapat..termasuk claudia juga....4 nama yang kebarangkalian akan masuk semula...siapa pun mereka aku tetap yakin dan percaya...kedudukan tempat pertama dan kedua untuk final nanti tetap akan menjadi milik isma dan hafiz...kerana mereka selayaknya untuk mendapat kedudukan itu dengan usaha mereka yang gigih...

semua jawapan akan terjawab pada esok hari...di akhir konsert nanti...dan rugilah peserta yang tersingkir di saat hanya satu tangga lagi untuk ke puncak impian....

good luck untuk isma,hafiz,yazid dan akim untuk konsert esok...





p/s: peserta yang aku target masuk final di awal2 minggu ialah isma,hafiz,aisyah dan zizi....namun itu pilihan aku ketika mula2 melihat wajah mereka dan juga mendengar vocal mereka....tapi bukan aku penentu...anda yang setia mengundi....AFUNDI jgn tak AFUNDI...he3

Tahniah TOMOK.....!



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

aku tertarik utk mengomen OIAM 3 yang baru saja melabuhkan tirainya pada jumaat lepas...
sudah genap seminggu tomok menjadi jutawan segera...
tahniah buat tomok yang telah berjaya menjadi juara lelaki dan artis pertama...yang merangkul rm1juta....tahniah sekali lagi...

ianya bukan mudah utk tomok berjaya sehingga ke situ...
semuanya kerana usaha keras beliau...
mungkin ini terbalas...
setelah susah payah beliau selama 10 tahun sebelum ini menjadi anak seni...
kena cerca dan hina...
dan di OIAM3....
tomok membuktikan yang tomok atau mahu di kenali dengan nama shah indrawan...
berubah menjadi seorang artis yang di kagumi....

walaupun pada awalnya hampir tidak masuk utk bertanding final bersama esther dan aweera akibat undian paling rendah...namun akibat undia ramai yang mahukan ketiga2nya masuk final menyebabkan tomok terus berjuang utk merebut rm1 juta...
dan ironinya...siapa yang dapat lagu daripada aubrey suwito...sudah pastikan akan mendapat gambaran utk menjadi juara OIAM...tak kan la nak sia2kan saja lagu aubrey suwito yang di berika kepada tomok jika tomok tidak berjaya utk ke final...

biasalah tue..program realiti pasti ada 'skrip' dan 'jalan cerita' yang sudah di rancang awal lagi....
namun esther dan aweera juga tidak kurang hebatnya....
kagum sekejap melihat persembahan aweera...
apatah lagi bila dia nyanyi lagu baru tue...memang feel habis la..terasa juga aku...hu3

sian jugak kat esther....
tak pe lah...esther tetap yang terbaik....
bagi aku...sebab vocal dia lain daripada yang lain...
bak kata syafinaz...mungkin malam itu malam tomok...
rezeki esther di tempat lain agaknya...
sejarah OIAM membuktikan...
yang naib johan biasanya yang lebih fomos dpd yg dpt rm1juta...hu3
lihat saja faizal tahir dan shila...
mereka lebih popular berbanding suki dan ayu....
so esther...jgn cepat putus asa...
peluang menanti di depan anda....
apa yang ptg...
pandai2 cari peluang yang terbuka utk maju dalam dunia seni...
sama juga utk aweera...
vocal yang lain dari lain...
pastinya suatu hari nanti aweera akan menjadi seperti amy search..
apa yg ptg usaha yang gigih...
bukan hanya duduk diam menanti rezeki...

sekali lagi tahniah buat tomok...
mungkin sudah rezeki tomok...

pada malam tersebut...tomok menyanyikan lagu hanya kau yang mampu daripada aizat serta lagu baru cipataan aubrey suwito iaitu rindu terhenti...manakala Esther beraksi dengan lagu Please Don't Stop The Music dan Menggapai Mimpi manakala Aweera pula lagu memilih medley Sampai Syurga, My Baby You & Hukum Karma selain lagu ciptaan baru untuk beliau, Kini Ku Di Sini.

undia peratusan setelah undian di tutup pula ialah 39.3 peratus, Esther (Elizabeth Applunius Chin), 21, yang meraih 33.29 peratus serta Aweera (Nasharul Aweera Norihissham), 18, dengan undian 27.41 peratus.

undian sepanjang final berlangsung tidak menentu....apabila semua perserta pernah berada di top ranking....dan akhirnya ianya berpihak kepada tomok...




shah inderawan-rindu terhenti

Telahku Tinggalkan
Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku
Dibelit Pilu
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Dijiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mencalar Hati
Rinduku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu

Ku Lupa Kanmu Jua
Sedih Kau Pergi Menjauhi

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu

Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Kuteruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Biarlah Satu Hati




p/s: tahniah buat tomok....! semoga terus succes....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010