Friday, May 8, 2009

AF7: AFMASUK sudah tidak releven!


*kredit tu klubbkidd 4 this photo...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita...


sebenarnya...aku tidak mahu ingin berbicara mengenai AF7...namun di sebabkan oleh 'drama' yang semakin menarik minat aku untuk berbicara dan mengulas isu AFMASUK yang akhirnya di wujudkan juga dalam edisi AF yang ke 7 ini...

semuanya akibat apabila konon2nya...pengundi tidak pandai utk mengundi mereka2 yang di katakan 'bagus' dan menyebabkan mereka2 yang perasan bagus ini tersingkir keluar...dan kononnya peluang mereka utk beraksi di pentas final di sia2kan...

berbalik kepad isu AFMASUK ini...sebenarnya bagi aku sudah tidak nampak relevennya utk AF7 kali ini...dan ketika pengumuman yang di buat oleh Principal Tiara nampak sangat semuanya seperti sudah di rancang...dan bagi aku ianya seperti memperbodohkan pengundi2 yang penat mengundi mereka2 yang masih kekal dalam AF7 ini...

mengapa aku rasakan tidak relevan utk AF7 kali ini kerana aku rasakan 'drama' yang cuba di mainkan oleh pihak produksi seolah2 tidak menjadi seperti 'drama' yang pernah mereka mainkan ketika AF2,AF3 dan juga AF4 yang aku rasa ketika itu AFMASUK sangat di perlukan ketika itu...namun AFMASUK utk kali ini aku tidak nampak pun keperluannya...kerana pelajar2 yang tersingkir pun tidak mempunya potensi ataupun kredibiliti utk menyaingi peserta2 yang sedia ada....

itu yang pertama....yang keduanya ialah...adalah sangat tidak adil utk pengundi2 ke empat2 pelajar AF7 yang masih tinggal jika wujudnya AFMASUK....kerana apa...ini adalah program realiti yang memerlukan undian...dan siapa yang mempunyai peminat yang gigih mengundi adalah yang layak untuk merangkul juara dan bertahan...apabila wujudnya AFMASUK menyebabkan pecahan undian berubah dan menidakkan kedudukan peserta2 yang kekal ini...

itu adalah dua pandangan aku mengenai AFMASUK....bagi aku...aku lebih suka melihat persaingan di antara dua peserta sahaja iaitu isma dan hafiz....kerana bagi aku kedua-dua mereka adalah peserta yang paling hebat berbanding dengan peserta2 yang lain. jika aku menjadi sebahagian produksi AF7 pastinya aku akan meletakkan final hanyalah dua peserta sahaja iaitu isma dan hafiz. namun aku bukan sebahagian produksi AF7, itu yang malangnya. mungkin adalah satu kerugian jika mereka hanya meletakkan dua peserta semata-mata. sudah tentu pulangan kutipan wang daripada undian tidak menguntungkan mereka. lagi pun AFMASUK wujud pun sebenarnya utk menaikkan kutipan undian mereka lantas menguntungkan AF sendiri.

kemudian, ketika AF 2,AF3 & AF4 dulu....sememangnya perlu utk di adakan AFMASUK kerana ketika itu wajah2 finalis juara sudah ada pada muka mereka yang tersingkir dan masuk balik...lihat saja linda AF2,mawi & marsha AF3 dan lotter AF4...mereka semua memang layak untuk masuk semula dan di beri peluang untuk bertanding di final...lagi2 ketika AF4 yang mana bagi aku musim paling suram, sebab itulah selayaknya lotter di masukkan semula kerana kekurangan muka2 yang layak ke final ketika itu...dan akibat daripada AFMASUK inilah juga ianya menidakkan tempat yang sepatutnya di miliki oleh peserta yang tinggal namun di ambil oleh pelajar2 yang AFMASUK...tapi ketika itu aku masih bersetuju dengan AFMASUK...

namun untuk AF7 ni aku sedikit tidak bersetuju kerana tujuan mereka adalah terutamanya adalah untuk membawa masuk semula aril yang terkeluar pada konsert ke 7..kerana ketika itu kecoh mengatakan yang aril tidak selayaknya di singkirkan...kerana aril nie ada aura dan pakej sbg bintang yang lain dari yang lain...tapi bagi aku...apalah yang ada pada aril tue...jika di bandingkan dengan zizi yang terkeluar awal tue aku rasa zizi lebih bagus vocal dia berbanding dgn aril yang hanya pandai berlagak bagus di atas pentas...ini bukan di sebabkan ada rasa tidak suka pada aril...tapi aku naik menyampah bila tenaga pengajar seperti terlalu sayangkan aril sehingga aku rasa ada ketidak adilan utk pelajar2 yang lain...itu apa yang aku rasa la...bila aril buat persembahan jek...tengok je riak2 wajah tenaga2 pengajar...beria2 muka...tak boleh blah...

dan esok adalah penentu untuk siapa yang masuk semula untuk bertanding di pentas final...esok pastinya ada 2 jawapan yang akan terjawab...adakah pelajar2 yang tinggal itu aku terus layak ke final...ataupun tersingkir...dan siapakah pelajar yang bakal di beri peluang sekali lagi...

bagi pendapat aku...pelajar2 yang selayaknya untuk berjuang di pentas final ialah aisyah...dia seorang peserta yang selayaknya untuk pergi ke pentas final melihat kepada bakat yang belaiu ada...dan kalau pun bukan aisyah...aku nak zizi yang pergi ke pentas final...jika kedua2 mereka ini tidak layak...sudah pastinya aril yang akan masuk untuk bertanding kepentas final...pasti tenaga pengajar bersorak gembira...dan lagi pun undian ketiga2 mereka ini sangat bersaing rapat..termasuk claudia juga....4 nama yang kebarangkalian akan masuk semula...siapa pun mereka aku tetap yakin dan percaya...kedudukan tempat pertama dan kedua untuk final nanti tetap akan menjadi milik isma dan hafiz...kerana mereka selayaknya untuk mendapat kedudukan itu dengan usaha mereka yang gigih...

semua jawapan akan terjawab pada esok hari...di akhir konsert nanti...dan rugilah peserta yang tersingkir di saat hanya satu tangga lagi untuk ke puncak impian....

good luck untuk isma,hafiz,yazid dan akim untuk konsert esok...





p/s: peserta yang aku target masuk final di awal2 minggu ialah isma,hafiz,aisyah dan zizi....namun itu pilihan aku ketika mula2 melihat wajah mereka dan juga mendengar vocal mereka....tapi bukan aku penentu...anda yang setia mengundi....AFUNDI jgn tak AFUNDI...he3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010