Sunday, May 10, 2009

kaulah ratu hatiku~

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



memasuki bulan mei ini pastinya ramai di antara kita akan meraikan HARI IBU bagi mereka yang menyambutnya. di malaysia kebiasaanya ianya di raikan pada minggu ke dua bulan mei kerana hari ibu ni tiada tarikh yang khusus. ada di antara kita yang berpendapat bahawa hari ibu ni sebenarnya adalah setiap hari. ya, memang tidak di nafikan kita perlu untuk sentiasa mengingati ibu kita setiap hari namun apa salahnya kita meletakkan satu hari yang kita betul2 menyambut hari ibu sebagai menghargai mereka kerana penat lelah mereka membesarkan kita. tolak ketepi sejarah mengapa perayaan ini di raikan. namun kita berbalik kepada pengorbanan seorang ibu yang aku rasa tidak mampu untuk kita balas.

setiap insan yang lahir kedunia ini pasti pernah merasai kasih sayang ibu namun ada juga yang tidak pernah mengenal erti seorang ibu. mungkin takdirnya bukan untuk mengenal seorang ibu namun ada insan2 yang lain yang menggantikan erti seorang ibu dalam hidup mereka. tidak mengapalah. mungkin takdir sudah tersurat.

bagi yang ada ibu, pastinya akan mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang ibu apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ibu tunggal. pastinya akan lebih merasai betapa besarnya pengorbanan ibu mereka.

aku di lahirkan oleh seorang insan yang bernama PN.WALIAH BT MADE. seorang insan yang aku rasa sangat tabah menjalani kehidupan beliau dalam membesarkan dan memperjuangkan kehidupan keluarganya.membesarkan 7 orang anaknya, yang mana 6 lelaki dan seorang perempuan. aku sangat bertuah memiliki seorang ibu seperti beliau. bagi aku beliau seorang ibu yang terbaik bagi aku.

segala keperluan yang di perlukan pastinya beliau sediakan sedaya upayanya. demi kepentingan anak-anak. jika aku mahu bercerita kepayahan ibuku membesarkan aku dan kami adik beradik pastinya membuatkan airmata ini mengalir. namun bagi aku biarlah kepayahan itu hanya kami sahaja yang tahu. kerana setiap insan bergelar ibu pastinya akan mempunyai susah dan pahit getir dalam membesarkan anak-anak mereka. dan pastinya pelbagai cerita yang akan keluar.

terkadang aku terasa nak sangat cepat habis belajar dan bekerja untuk membalas jasa mak aku dan juag bapa aku. sebab aku nak sangat mereka tersenyum melihat aku berjaya. dan cukuplah derita sebelum ini mereka rasai.

kata-kata yang sentiasa tersemat di hati aku ialah apabila ibuku berkata " tak mengapalah, nanti bila anak2 aku sudah besar dan bekerja, mesti mereka juga boleh memberikan aku apa yang orang lain boleh dapat....bolehlah mak aku pergi umrah & haji lagi..." arghhhh kata2 itu sentiasa tersemat di hati. membuat kadang2 aku rasa bersalah kerana sehingga skrg masih tidak mampu untuk memberikan yang terbaik terutama sekali dalam pelajaran...namun aku tidak pernah berputus asa meskipun terkadang terleka...

aku selalu berdoa agar ALLAH sentiasa memberi kesempatan untuk diri ini membuktikan kepada ibubapa aku...yang anak dia seorang ini mampu memberikan apa saja yang mereka mahukan untuk membalas segala jasa mereka. terdaya yang aku mampu. dan janji ini akan sentiasa aku sematkan dalam hati.

untuk ibuku yang aku sayangi...SELAMAT HARI IBU di ucapakan kepadamu...semoga hidupmu sentiasa dirahmati olehNYA....amin


untukmu ibu...

ibu
andai hari ini aku melukakan hatimu
ampunkan aku
andai hari ini aku terkasar bahasa kepadamu
ampunkan aku
andai hari ini aku berkata ah! pada suruhanmu
ampunkan aku

anakmu ini tidak pernahpun terlintas untuk begitu
mungkin kerana darah muda menguasai

ibu
andai di hitung segala pengorbananmu
tidak termampu untuk aku hitungnya
dari kandungan kau menjagaku
melahirkan
menjaga siang dan malam
sehingga ku mula mengenal
untuk menyebut 'mak...'
jatuh dan bangun
sehingga aku mampu berdiri dan berjalan
di bumi ini

ibu
masih teringat saat kau hantarku ke sekolah
di saat itu aku melihat dirimu berdiri di luar kelas
setia menunggu aku habis belajar

ibu
saat aku memerlukan wang untuk belanja
kau sedaya upaya untuk mencarinya
kerana ketika itu anakmu ini tidak mengenal erti susah
merengek menangis jika tidak di turuti mau ku
namun demi anakmu ini
kau turuti jua

masa terus berlalu
kini garis2 tua mula melihatkan diri
dan aku kini berdiri
sebagai seorang anak yang sudah mengerti
apa itu erti kehidupan

meskipun masa sudah mengubah segala
kau masih seperti dulu
tetap sebagai seoang ibu
tetap mengambil tahu akan anakmu
membuat aku rasa bertuah
memiliki ibu sepertimu

andai diri ini di beri kuasa
akan ku berikan dirimu syurga
untuk membalas segala jasamu
namun anakmu ini hanya insan yang lemah
hanya mampu berdoa
agar syurga itu nanti
menjadi destinasi terakhir kita....

saya sayang ibu.....






SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU2 DI DUNIA....



3 pengkritk ceritera duniaku:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

selamat hari ibu pd bonda kamu :D ngeee

FendyHekka said...

Jumain jeles...




Jumain jeles...




Jumain jeles...





Aku tau ko jeles dgn kemachoan aku.... sbb ko nan ado... ha3...

komen pos bwh gak:
motif "DIA"? dh "terlanjur" ke? OOOOOOOOoOOOpss.....

Otit said...

di indonesia,
hari ibu disambut pada bulan Disember.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010