Saturday, May 9, 2009

orang bercuti tapi aku di UMP....hu3

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



di saat dan ketika ini aku berada di bumi UMP. walaupun saat dan ketika ini warga UMP sedang bercuti untuk dua bulan yang mendatang. alangkah bahagianya dapat bersama keluarga. namun aku seperti biasa, akan tetap setia untuk menginjak bumi UMP ini.

bukannya aku terlalu cinta dan kasihkan ump, bukan juga bermakna aku benci akan bumi UMP. namun atas sebab terpaksa menjalani short sem maka aku gagahkan jua diri untuk berada di bumi UMP ini. di tambah dengan aktiviti debat aku menyebabkan aku terus setia untuk berada di bumi UMP....

dan ketika ini aku tengah busy untuk membuat persediaan untuk pertandingan debat integriti yang bakal di adakan di UTM,skudai...memang latihan kali ni terasa membuat aku terlalu cepat bosan kerana usul2 integriti yang memerlukan kefahaman dalam isu-isu yang berkaitan rasuah terutamanya...isu-isu rasuah ni memang aku lemah sikit...kena banyak pembacaan lagi...tapi disebabkan semangat untuk mempertingkatkan diri dalam debat aku gagahkan jua diri ini...nasib baiklah kak mas memperkenalkan lagi game2 selepas latihan debat ni...sekurang2nya dapat juga membuat budak2 orator ni tersenyum dan bergelak ketawa, secara tidak langsung mengeratkan lagi ukhwah antara kami he3

tapi apa yang membuat aku lagi tertekan ialah apabila subject wajib yang kononnya sepatutnya di ambil ketika short sem ini iaitu computer programming telah di batalkan...


Assalamualaikum wrh & salam sejahtera,

Kepada pelajar - pelajar yang mengambil kursus BAA2013 (Computer Programming) semester pendek 08/09

1. Adalah dimaklumkan bahawa penawaran kedua- dua kursus ini semasa semester pendek 2008/2009 DITARIK BALIK dengan serta merta kerana ianya tidak mengikut peraturan Senat Universiti.

2. Kursus ini akan ditawarkan semula dalam semester lazim yang akan datang (sem I 2009/2010).

3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus di atas dan tidak mengulang mana-mana kursus lain dibenarkan untuk bercuti sehingga semester I 2009/2010 di buka nanti.

4. Pihak fakulti memohon maaf di atas segala kesulitan dan kesukaran yang perlu ditanggung dan dilalui oleh pelajar. Mohon berhubung dengan Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar di talian (09-549 3003) waktu pejabat atau 014-8164040 (di luar waktu pejabat), email - adnanz@ump.edu.my


Sekian, harap maklum.



Prof. Madya Ir. Adnan bin Zulkiple

Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam


sentap ke tak sentap bila tetiba pihak atasan beritahu macam tue. tak ke ini satu tindakan yang tidak wajar yang di lakukan oleh ahli senat.

  • pertamanya,mengapa bila saat pelajar UMP sudah bersedia berada di UMP setelah kembali dari bercuti beberapa hari tetiba pada saat ini barulah pengemuman ini di buat. mengapa sebelum cuti lagi ahli2 senat ini berbincang untuk tidak meluluskan subject ini di jalankan ketika short sem.perkara ini telah menimbulkan kesulitan kepada pelajar2.
  • kedua, mengapa bila kami batch terakhir utk ambil subject ni ketika short sem tetiba pulak keputusan seperti ini di buat dan di bincangkan. mengapa sebelum ini lagi iaitu apabila senior kami yang mengambil subject ini ketika short sem tidak pulak di batalkan dan mengapa baru sekarang? ini satu ketidak adilan buat kami.
  • ketiga ialah apabila pihak fakulti membuat keputusan untuk membuka subject ini ketika semester yang akan datang, tidak kah pihak fakulti akan menyusahkan pelajar2 sedangkan subject computer programming(3jam kredit) ini sepatutnya kena lulus baru boleh kami mengambil subjek information system in civil engineering(2 jam kredit) pada sem depan.oleh itu, keadaan ini akan meyebabkan subject information system in civil engineering yang sepatutnya di ambil pada sem depan terpaksa di bawa ke sem yang akan datang lagi satu dan ini menyebabkan jumlah kredit kami bertambah! lagi2 keadaan aku yang sememangnya telah berubah jam kredit apabila tidak lepas satu subject.
  • keempat, perkara ini perlu penjelasan yang jelas agar kami pelajar2 tidak tertipu mahupun teraniaya. aku tak tahu la kalau2 aku je yang rasa mcm ni dan rakan2 aku tidak. hu3 tapi bayangkanlah mereka2 yang duduk jauh tue...dah sampai ump tengok2 subject computer programming tue terpaksa di batalkan. hilang tenaga dan wang ringgit...!
  • terkahir, sudah pastilah ianya menimbulkan rasa cemburu aku terhadap rakan2 aku yang lain sebab mereka boleh balik kerumah dengan hati yang girang sebab dapat bercuti panjang...dan aku terus berada di bumi UMP utk meneruskan pengajian aku bagi subject RC design 1...hu3

ehmmm...entahla aku rasa aku tak de mood nak amik short sem nie sebenarnya. bulan nie kakak aku nak kawin, dan aku tak dapat nak bantu apa2. nasib baik buat kat puchong kalau buat kat sabah adalah aku merana tak dapat tengok kakak aku yang satu2nya itu kawin.hu3 tapi nasib baiklah aku kena juga amik subject tue short sem ni agar aku tidak tergolong dlm golongan2 org yg extend. kalau boleh aku nak habis cepat dan sama2 grad dgn rakan2 aku yang lain. nanti bila convo mesti seronok kan he3

aku hanya mampu untuk tabahkan diri agar terus gagah meneruskan short sem nie. minggu depan dah start class dah. rasa cuka pun ada juga.yer la subject susah tu....hu3 dan minggu depan juga adalah perjuangan aku dalam dunia debat akan bermula kembali iaitu pertandingan debat integriti. persembahan sulung aku untuk debat intigriti ni...he3 harap2 akan ada sesuatu yang boleh di banggakan....amin

oklah...sampai sini je...
jumpa lagi di lain entri...

apy holiday bt rakan2 aku yang seronok berada di rumah~
doakan aku berjaya melalui saat2 short sem nie...hu3

salam...




p/s:harap2 hati ini tetap bersamangat untuk belajar dan berdebat!!!

2 pengkritk ceritera duniaku:

gracieyna said...

fakulti awam adalah fakulti plg rosak dan bmasalah kt ump..eeee panas nye ati gue..hoh..

jumapx said...

ehmmm...sabor je la mar...hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010