Sunday, May 24, 2009

SASER transformasi menjadi KTM!!!



Assalamualaikum & salam sejahtera... semoga hidup kita lebih baik daripada semalam...amin


ketika sekolah menengah sains seremban mula membuka sekolah mereka di tapak sekolah dato abdul razak yang terletak di sikamat kerana SDAR berpindah ke tapak baru yg terletak di sg.gadut. ketika itu tiada siapa pun yang mengenali SASER kecuali di kalangan guru-guru, pelajar dan keluarga pelajar...

dengan keadaan sekolah yang begitu daif dan sangat teruk kerana terbiar selama beberapa bulan sebelum SASER di lahirkan dalam bidang pendidikan sekolah berasrama penuh membuatkan kami pelajar2 SASER ketika itu (terutamanya senior2 1st batch n 2nd batch) tersangatlah di uji kesabaran untuk menuntut ilmu.

namun di sebabkan kegigihan guru-guru SASER yang tak pernah kenal erti penat untuk mendidik putera2 SASER sehingga kadang2 melampaui batas seperti family sendiri membuat putera2 SASER terharu...dan harus membuktikan kepada mereka dengan keputusan yang baik. dan akhirnya SASER berjaya menapak kejayaan satu tapak ke tapak sehingga berjaya menjadi antara sekolah SBP yang terbaik di kalangan terbaik seterusnya menjadikan moto SASER NAMAMU TERATAS menjadi kenyataan.....

Tuan Haji Azam bin Md Atan (pengetua SDAR)
Tuan Haji Baharudin bin Dato' Burhan (pengetua MOZAC)
Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib (pengetua SAS)
Encik Sabuddin bin Haji Sani (pengetua SASER skrg)

di atas adalah senarai pengetua2 yang pernah menjadi pengetua SASER...mereka2 lah yang gigih menaikkan nama SASER sehingga berada di puncak. terutamanya tuan haji azam yang begitu gigih menaikkan nama SASER sehinggakan beliau nak melepaskan SASER pun berasa berat hati...namun beliau harus terus menjalankan tugas di SDAR...

begitu juga dgn en. bahar n en kamaluddin...dua2nya di tukarkan ke sekolah yg terbaik...dan mereka berdua ini juga berat hati utk melepaskan SASER...aku ingat lagi en.bahar masih bertugas di SASER walaupun waktu bertugas beliau sudah tamat dan di kehendaki bertugas di MOZAC...namun beliau tetap menghabiskan masa2 yg ada utk SASER...dan aku juga sempat merasa kepimpinan en.kamaluddin...beliau seorang yang baik hati dan dekat kepada pelajar2...dan SAS amat bertuah memiliki pengetua seperti beliau...

dan kini kepimpinan SASER si teruskan dengan en.sabuddin....

sehingga sekarang nama SASER amat di kagumi di kalanagn sekolah2 SBP malahan di seluruh malaysia kerana kecemerlangan SPM yang terbaik tiap2 tahun...ranking sekolah terbaik di negeri sembilan selama 5 tahun berturut2....SBP terbaik selama 3 tahun berturut2....top 5 sekolah terbaik seluruh malaysia 3 tahun berturut2...dan banyak lagi pencapaian yang di lakar oleh SASER...

namun apabila nama sudah ada...barulah mula orang nampak dan mengambil perhatian...
barulah semua nak sibuk menempak nama bersama SASER....sedangkan mereka tidak pernah fikir...betapa daifnya SASER di awal penubuhannya...dan betapa payahnya kerabat2 SASER menjaja nama SASER di mana2...

aku antara pelajar2 SASER yang sibuk menjaja nama SASER ke sana kemari...yer..aku bangga menjadi warga SASER...walaupun keputusan SPM aku tidak secemerlang mana...dan study pun setakat di malaysia...namun aku bangga sebagai bekas pelajar SASER...yang pernah mendapat pendidikan di bumi SASER tercinta...biarlah aku di keji kerana terlalu bangga dan taksub akan sekolah tercinta aku itu...kerana bagi aku SASER adalah satu tempat yang mengajar aku erti kehidupan...di situ aku mengenal erti sahabat..di situ aku mengenal erti kehidupan sebenar....


dan berita yang paling mejelekkan aku ialah apabila nama SEKOLAH SAINS SEREMBAN mahu di tukarkan kepada....





KOLEJ TUNKU MUKHRIZ






atas kehendak istana....sekolah sains seremban mahu di tukar kepada nama ini...siapa TUANKU MUKHRIZ?

beliau adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. yang baru saja di lantik menggantikan tuanku ja'afar...

apa motif penukaran nama ini di lakukan...dan apa sumbangan beliau kepada sekolah sains seremban...?

aku dan juga bekas2 pelajar SASER rasanya tidak bersetuju dengan penukaran nama ini...kerana kami tidak memerlukan sebarang nama2 tokoh untuk menggantikan nama SASER kerana bagi kami SASER itu adalah gelaran yang terbaik dan sesuai utk putera2 SASER...

bukan untuk kurang ajar atau sebagainya...namun sebagai antara bekas pelajar yang belajar dengan nama SASER...aku rasa penukaran ini adalah satu tindakan tidak wajar...

dan aku berharap penukaran nama ini tidak akan pernah berlaku sampai bila2 pun...dan jika ianya berlaku sekalipun...kami pelajar2 yang terawal ini akan tetap menggelarkan SASER sebagai SASER...dan bukan sebagai mukhrizian....!

semoga perkara ini akan di fikir masak2 dan sedalam2 nya...ALUMNAI SASEROBA pun tak di tubuhkan lagi...tetiba pulak nak tukar nama...apa ke jadahnya semua nie...? kalau benar lah penukaran nama nie membawa kebaikkan...aku tuntut perubahan 100% berlaku ke atas bumi SASER...bukan hanya sekadar nama sahaja...!

ini suara anak didik SASER...yang mahukan nama SASER terus kekal di persada pendidikan malaysia...keran dengan nama SASER pun...mampu melahirkan golongan2 profesional dan bakal2 pemimpin yang berjaya suatu hari nanti...

aku akan sentiasa berdoa...SASER akan terus SASER...dan NAMA SASER AKAN SENTIASA TERATAS....amin...





alif ba ta: negeri sembilan memang suka meletak nama sekolah dgn tokoh2 negeri sembilan...motif? bukan itu cara untuk nama kita di kenang meski manusia akhirnya meninggalkan nama...namun dengan bakti ikhlas dan jujur kita dalam berbakti kepada rakyat dan bumi....

4 pengkritk ceritera duniaku:

Sengal Ubi said...

saya bangkang...

walaupun aku bukan pelajar saser kan? ter'emo' kejap.

Mr Final said...

Hahaha.. boley ke... nak pertahankan nama Universiti dulu pon payah..

Oh yer... masih ada cahaya... itupun kalau ade alumni yg kuat dlm kerajaan dan menjadi menteri pada waktu ini.. cth klasik VI... eheh~

khairi said...

saya pun bangkang penukaran nama SASER kepada KTM. Kalau betul nak sangat guna nama KTM, buatlah SBP satu lagi yang baru.Saya tetap ex-SASERIAN,bukan Ex-Mukhrizian. Saya tak sanggup nak dengar KTM Namamu teratas. Tank sanggup nak dengar lirik lagu sekolah ditukar kepada 'memartabatkan Kolej Tunku Mukhriz, kamulah putera harapan'.
Tak sanggup nak tukar SASERDENDRON kepada MUKHRIZDENDRON.BLOGSPOT.COM

jumapx said...

to sengal ubi...
hahha sama2 la kita sembah DERHAKA pada tuanku mukhriz...hu3 tapi kan bukan MRSM LANGKAWI nak tukar nama guna nama MAHATHIR ke? he3

to mr.final...
ala universiti tu lain...nak naik taraf...xpe klu tukar nama...
hu3 alumnai pun xde lagi..nak fight mcm mn...hu3

to khairi...
tidak...tak sanggup nak menerima semua perubahan itu...hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010