Friday, May 8, 2009

senarai pemenang AIM16

Assalamualaikum & salam sejahtera...

berikut merupakan senarai pemenang AIM16 yang telah berlangsung pada sabtu lepas...
untuk AIM kali nie...aku tidak dapat utk melihat secara live...di sebabkan ada program di negeri sembilan ketika itu...terkilan ada gak...namun nak buat mcm mn...pasrah je la...nampak gayanya...anugerah2 tahun nie...sumenya aku tak dapat nak tgk secara live...sabor je la...

oleh itu, aku nak wish tahniah buat semua pemenang...terutama sekali buat misha omar yg pulang dengan 4 anugerah...dan tak lupa juga buat datuk siti sebab menang album terbaik melalui lantera timur dan turut membawa pulang 4 anugerah juga he3...tapi sayangnya siti tak dapat amik anugerah sebab berada di tanah suci mengerjakan umrah...

Senarai pemenang AIM16

Album Terbaik: Lentera Timur - Datuk Siti Nurhaliza
tak sangka juga...sebab calon2 lain pun aku rasa hebat2 belaka...tapi dah rezeki dato ct...yeah...tahniah dato ct....he3

Lagu Terbaik: Nafas Cahaya - M Nasir/Loloq/Misha Omar
sentap juga bila dapat tahu lagu nie banyak menang...suka giler lagu nie time dia release awal2 dulu...sampai kecewa tak dapat masuk juara lagu...akhirnya...ianya terbalas di AIM16....mesti sentap juri2 AJL tue...hu3 tahniah M.NASIR....

Album Pop Terbaik: Misha Omar - Misha Omar
ehmm....tahniah la kat misha omar...walaupun album repacked je...tapi mampu jugak dapat album pop terbaik...hu3

Album Rock Terbaik: Hujan - Hujan
tahniah utk HUJAN....saigan mereka sungguh hebat...dan sememangnya dorang layak utk menang....

Album Nasyid Terbaik: Nostalgia Nada Murni - Rabbani
seperti yang aku duga....he3 tahniah rabbani...

Album Pop Etnik Terbaik: Lentera Timur - Datuk Siti Nurhaliza
sememangnya siti hebat bila mengeluarkan album pop etnik...mesti meletopz...he3 tahniah datuk ct...lagi pun calon2 yg lain mcm xde lawan....hu3

Album Hip Hop Terbaik: OK - Malique
sememangnya aku duga....malique layak utk menang...sebab lagu2 dia memang best dan lebih banyak orang tahu berbanding album hip hop yg lain...

Album Inggeris Tempatan Terbaik: President - Joe Flizzow
tahniah utk joe...sebab menang kategori ini walaupun bergerak solo....berdua dlm too fat hebat...solo pun hebat jugak....

Album India Tempatan Terbaik: Ethirrpaarkiren - Anbarasan & Anuratha

Album Cina Tempatan Terbaik: Will Be Good - Will Ng

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Aizat - Lagu Kita
cayalah...aizat semakin menunjukkan kehebatan dia...tahniah utk aizat...

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Datuk Siti Nurhaliza - Di Taman Teman
tahniah datuk ct....siapa la yang dapat lawan vocal ct utk kategori nie...nasib baik calon2 dia biasa jek...kalau ada jaclyn...belum tentu ct bole menang...hu3

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: Raihan - Assubuhu Bada

Lagu Pop Terbaik: Cinta Adam & Hawa - Azmeer/Loloq/Misha Omar
yeah....aku suka lagu nie....memang best...dan aku baru tau yg loloq cipta lirik lagu nie...hu3 arwah loloq memang bes...hu3

Lagu Rock Terbaik: Bila Aku Sudah Tiada - Noh/Hujan
memang sesuai utk menang...lagu nie jadi siulan anak muda...lalala

Lagu Hip Hop Terbaik: Mentera Beradu - Malique, D’Navigator & M Nasir/Malique & M Nasir
memang selayaknya lagu nie menang....he3

Lagu Nasyid Terbaik: Bila Nur Melimpah Di Hati - Asri Ibrahim/Ito Lara/Rabbani
hu3 tak pernah dengar la...kena download pas nie....he3

Lagu Pop Etnik Terbaik: Nafas Cahaya - M Nasir/Loloq/Misha Omar
sentap jugak datuk ct kalah...tapi sememangnya lagu nie bes....he3

Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara: Ayat-Ayat Cinta - Rossa
lagu yang menyentuh jiwa...katanya...

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: KL Streets - Malique/D’Navigator & Lah/Malique

Lagu India Tempatan Terbaik: Ethirrpaarkiren - Abrasan & Anuratha

Lagu Cina Tempatan Terbaik: Man Jiang Hong - Man Jiang Hong

Artis Baru Terbaik: Meet Uncle Hussain
tahniah MUH....

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Audi Mok - Pada Cintanya/Datuk Siti Nurhaliza
ehmm....sampai skrg aku tak tau mcm mn lagu nie boleh jadi muzik susunan terbaik hu3 aku tak berapa minat lagu nie...hu3

Video Muzik Terbaik: Kerol - 1000 Tahun (Mahu Hidup)/Butterfingers
kena tgk video muzik nie...

Rakaman Album Terbaik: Harapan - Reshmonu
reshmonu tak kan pernah balik dgn tangan ksong...sbb album2 dia mmg berkualiti...cuma aku tak minat dia sgt...hu3

Kulit Album Terbaik: Vignes Balasingham - Remain Unknown/Estranged
sememangnya layak utk menang....memang unik cover album....he3

Anugerah Wirama: Habsah Hassan
tahniah tuk habsah hassan....




p/s: tak leh nak komen perjalanan AIM16 sebab tak tgk....hu3 kecewa jap....

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010