Monday, May 11, 2009

tahniah nizar sah MB PERAK!



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga keadilan sentiasa berpihak pada mereka yang berhak...amin



seperti yang di beri tahu umum. hari isnin bersamaan 11 mei adalah penentu siapa yang sah sebagai menteri besar PERAK.

maka dengan ini mahkamah telah memutuskan bahawa IR.NIZAR adalah MB PERAK yang sah atas 2 sebab utama iaitu kerusi MB PERAK tidak pernah pun di kosongkan kerana nizar tidak pernah meletakkan jawatan dan yang kedua ialah tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

kerajaan perak zamry di minta agar mengosongkan jawatan mereka berkuatkuasakan setelah keputusan di bacakan.maka segala yang di lakukan oleh kerajaan perak di bawah zamry akan di kaji semula kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohanx dan nizar berkata mereka akan berpegang pada sidang dun perak bawah pokok yang mana akan membubarkan adun.

beliau di jangka akan menghadap sultan azlan shah untuk memberitahu keputusan mahkamah pada hari ini dan keputusan ini belum lagi menentukan bahawa isu di perak akan selesai dengan keputusan ini kerana banyak perkara yang harus di lakukan untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku di perak. BN dan pakatan rakyat harus bekerjasama agar masalah2 ini akan selesai lantas kebajikan rakyat akan terjaga.

bagi pendapat aku, apa yang aku inginkan hanyalah penyelsaiaan yang pada akhirnya tidak membebankan rakyat sendiri. itu saja apa yang aku inginkan. aku tak kesah siapa yang mentadbir perak bukan kerana aku bukan anak negeri perak tapi apa yang ptg rakyat perak akan tahu siapa yang terbaik. dan buatlah keputusan yang terbaik jika benar adun akan di bubarkan dan pilihanraya di adakan semula untuk menentukan siapa kerajaan perak yang sebenar. itupun jika sultan perkenankan.

tahniah buat nizar, dan bersabarlah untuk zamry kerana mahkamah telah memutuskan siapa yang berhak mengikut undang2. adakah ini keadilan atau satu reformasi. mungkin yang berhak sudah kembali. mungkin....!

apa2 pun kita tunggu sahaja keputusan seterusnya...kerana yang berhak masih belum mendapat hak mereka sepenuhnya. pastinya yang menarik perhatian aku ialah keputusan sultan berbeza dgn keputusan mahkamah. siapa yang kurang fasih dalam undang2 ini sebenarnya? persoalan yang harus kita fikir bersama....

semoga keadilan akan terus berpihak pada siapa yang berhak...aku percaya dunia ini ada adilnya....





p/s: aku dah agak dah nizar menang....tapi aku tak kesah pun sape yang menang...dan mentadbir kerajaan perak...sebab ini semua baru bermula...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010