Tuesday, June 9, 2009

matangkah aku dalam penulisan?

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


hari ini aku lalui dengan satu dugaan yang menguji aku lagi...satu keadaan yang aku rasa pernah aku lalui...dan melaluinya semula...satu ujian yang cukup menduga aku...dan membuat aku memuhasabahkan diri aku...dalam setiap penulisan aku..terutamanya di dalam blog yang aku sayang ini...

benar kata orang...terlajak perahu boleh berundur..terlajak kata...tak kan mampu untuk kita jilat semula ludah yang kita lemparkan...bukan niat untuk menulis untuk mengguris hati sesiapa...tetapi kadang2 apa yang kita fikirkan dan kita tuliskan tidak sama dengan pembaca yang membaca blog kita...setiap kata yang kita tulis pasti akan ada yang mentafsirnya dengan cara yang berbeza-beza...kadang2 ianya tidak seperti apa yang kita cuba untuk sampaikan...

aku sangkakan aku sudah cukup matang dalam penulisan aku di dalam blog ini..rupanya walaupun sudah setahun...masih belum cukup untuk aku menulis dengan baik dan berfikiran dengan matang...benarlah kata orang..umur baru setahun jagung....masih banyak yang perlu untuk aku pelajari...hu3

kesilapan yang kita lakukan pasti membuat orang sangkakan yang kita nie jahat...yang kita nie tak pernah bersyukur...sedangkan aku tidak pernah berfikiran sebegitu...biasalah...inilah lumrah seorang penulis biasa seperti aku...yang hanya mempunyai blog biasa...namun aku sedar aku siapa...masih insan kerdil yang tidak punya apa2...masih mau belajar tentang alif ba ta kehidupan dunia....

mungkin ini satu lagi pengajaran untuk aku...dalam kehidupan ini...kita kena sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain...dan jangan pernah terlupa untuk berfikir kesan jangka panjang apabila kata-kata yang pernah kita lafazkan membuat orang lain merasa terhina ataupun terguris hati dek kerana apa yang pernah kita katakan...hidup ini harus ada saling hormat-menghormati...barulah hidup kita sentiasa bahagia selalu...

aku akui...itu kesilapan yang aku rasa besar untuk diri aku...tapi apa yang mampu untuk aku lakukan? aku hanya mampu untuk memohon maaf melalui entri ini...andai apa yang tertulis dalam alif ba ta duniaku ini mengguris hati sesiapa yang membaca blog aku ini...bukan niat ataupun cuba untuk mengaibkan sesiapa...cuma terkadang kekhilafan akal yang berfikir menyebabkan jari jemari yang menaip...tersalah taip apa sebenarnya yang ingin di sampaikan...

mohon seribu kemaafan....semoga di halalkan segalanya...amin






alif ba ta: benar kata orang...berfikir sebelum berkata...jangan sampai kerana mulut badan binasa....

6 pengkritk ceritera duniaku:

♥chentaMAYA™ said...

iya..
kdg kala tiap2 penulisan kita di salah ertikan~
tp biasa lah~
tiap2 manusia berbeza pendapat dan cara berpikir~~

amer @ ijjad said...

imagine if i were in yr shoes..
adesssss...
sian kau..
sorry cus aku bgurau tanpa bpikir dahulu...
ssoooo sorryy..

nway,kau salah sorang great blogger..
keep on blogging bro!

jumapx said...

to chentaMAYA...
betul tue..tiap2 manusia sumenya tak sama pemikirannya kan... :)

to ijad...
hu3 nak bt mcm mn..benda dah jd...pasrah je la...hu3 thankz..

N a d said...

xpela weh...aku da maafkan ko pon...(eh,aku ade kne mngene ke?)
heee~~

***lame xnmpk ko...gigih study ke?heee~~

MASITA MD SHAH said...

kadang-kadang apa yang kita tulis xmenggambarkan pun apa yang kita fikirkan..

kadang-kadang juga apa yang kita tulis tidak seperti ap yang difaham oleh pembaca..

sebab itu, kes trafic light juga banyak mksudnya.. hehehe

Otit said...

kadang-kadang tak terniat pun nak melukakan hati orang kan.
just lain orang lain cara dia view other people's writing kan.
ada yang santai ,ada juga yang analytical.

perbanyakkan lagi membaca dan try untuk melihat satu situasi dari banyak sudut.tetapi masih lagi parallel dengan ideologi orang lain.
baru lah kamu boleh ada stand kamu sendiri dan tidak teragak-agak untuk pertahankan nya.

nda apa bah.kritikan lah yang lebih membuatkan kamu matang nanti.
pujian tu apalah.
hahaha..

na kau..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010