Wednesday, June 3, 2009

runtuhnya bumbung stadium sultan mizan....


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


hari aku hari ni mcm hari-hari sebelumnya, pagi-pagi kena bangun untuk bersiap ke kelas....petang mcm org giler tak tau nak buat apa...so aktiviti wajib aku membuta je la kalau dah petang...lagi2 cuaca yang semakin panas tatkala petang menjelma....dengan matahari yang gagah menyinar...aduhhh...berpeluh aku di buatnya...di tambah pulak dgn lalat sial yg semakin banyak...aku pun tak tau nape tetiba byk pulak berterbangan...geram jek rasanya...

ehmmm...hari ni aku tak belajar sangat...banyak lagi bercerita dpd belajar...aku pulak...duk mengantok kat blakang...semalam boring hari ni mengantok pulak...mungkin sebab dah boring giler sampai mengantok tue...hu3

tapi budak2 kuliah aku nie suka kalau lecture aku tu bercerita dpd mengajar...cerita2 dia pun berilmu jugak tau...bkn sekadar cerita lawak2 bodoh jek...

so hari nie, dia cerita pasal isu Stadium Sultan Mizan yang runtuh semalam...sebenarnya aku memang tertarik dengan isu nie...so sbg bakal civil eng. (ya ke...? he3)...aku kena la ambil tahu isu2 seperti ini...dan aku tambah tertarik bila isu ini dari pandangan aku adalah berkait rapat dengan isu politik...kerana mereka yang memilih kontraktor daripada korea selatan sudah tentu JKR yang memilih yang mana atas nasihat MB sebelum ini....





lihat saja muka MB terengganu skrg yang tersenyum sinis mengenai isu ini...kerana semua sedia maklum beliau tidak sebulu dengan idris jusoh....kerana projek stadium ini dibawah pemerintahan idris jusoh ketika pembinaannya...maka sudah tentulah idris jusoh terlibat secara langsung dalam pembikinan stadium nie...bukan nak memfitnah...kerana jika SPRM nak menyiasat nanti..sudah pasti mereka-mereka yang mempunyai jawatan2 besar ketika pembinaan stadium nie akan di soal siasat...lagi2 stadium nie adalah projek terengganu dan menjadi lambang kemegahan terengganu...namun isu seperti ini boleh timbul pulak...hu3


so...apa yang menariknya lagi apabila, JKR sebelum ini mmg sudah mengetahui adanya lengkungan yang berlaku ke atas bumbung tersebut dan adanya tanda2 buruk...namun di diamkan sahaja...hu3 ini bererti...seperti ada sesuatu yang memang di sengajakan untuk menimbulkan dan menunding jari ke atas mereka2 yang terlibat dalam rpojek mega ini...yer la...projek sebesar RM290juta boleh runtuh pulak kan...

tapi kita semua kena faham, yang runtuh tue hanyalah bumbung yang di buat oleh kontraktor korea bukannya struktur bangunan tersebut yang mana kontraktor yang membuat struktur utama stadium itu ada 3 iaitu Emarcon, Bina Struktur dan Genggam Mercu yang terpaksa berkongsi bagi memuaskan hati semua pihak kerana semuanya berebut nak menguruskan projek nie...

inilah masalah bila kroni di beri tanggungjawab untuk menguruskan semuanya...apa yang penting duit masuk dalam poket...tapi yang paling kalakar bila Menteri Kerja Raya iaitu datuk shaziman buat statement yang dia rasa malu dengan kejadian ini dan ianya akan melambangkan kontraktor malaysia tidak bagus di mata dunia....nie statment yang menyedihkan bagi aku..sebab bercakap bukan atas apa yang di siasat dulu...beliau main cakap jek sedangkan tak sedar yang runtuh tue adalah bumbung yang di buat oleh kontraktor dari korea yang telah di pilih oleh JKR atas nasihat MB (kalau tidak silap aku la)...dan apa yang pasti aku rasa kontraktor korea tu mungkin kontraktor class F je kot...sebab tu boleh runtuh...tak de pulak la aku dengar isu2 runtuhan bangunan besar yang berlaku di korea selatan skrg nie...kalau ada pun mungkin sebab gempa bumi...bukannya di sebabkan tak de ribut dan angin taufan...tetiba boleh runtuh pulak kan...tak faham....

aku sebenarnya malas nak cerita isu nie...sebab kang aku di tuduh memfitnah pulak...tapi apa yang pasti...SPRM harus menjalankan siasatan ke atas isu ni...sebab aku rasa pasti ada isu songlap duit nie...he3

nie la masalahnya bila kita buat sesuatu dengan tidak ikhlas dan tergesa-gesa menyebabkan apa yang kita buat tidak di berkati olehNYA...dan akhirnya tuhan memberi balasan kepada kita...ambik ko...


inilah kehidupan...usah cuba untuk belajar menipu...kerana kebenaran pasti akan terbukti suatu hari nanti...hidup ini perlu jujur dan ikhlas dalam segala tindakan kita...lagi2 bila kita di beri tanggungjawab dan kuasa di dunia fana ni...jangan sekali2 belajar untuk memakan duit yang tidak halal...kelak balasannya terus kena di dunia...

sekian...






INFO

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


  • Dibina Mei 2006; siap 2008

  • Kos RM292 juta

  • Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta

  • Kapasiti 50,000 orang

  • Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy

  • Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan

  • Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang




  • sila ke laman web nie...klik sini...aku suka analisis isu ini dari blog nie...nice...he3




    alif ba ta: pasti ahmad said tersenyum gembira...kerana musuh dia sudah berada dalam keadaan tidak selesa...he3


    3 pengkritk ceritera duniaku:

    Daoz said...

    weh,aku xtau pn runtuh.hahaha.mane ade bace berita kan.hari tu baru jek ajak maoh gi men bowling kt sna time gi KT,tp xjd.wat malu jerk yek runtuh bagai..

    ps:juma mmg gigih tido dgn cik lat yang mendodoi di kala ptg hr.

    patungcendana said...

    :-)...memang civil engineer...

    WanHidayat said...

    Huhuhu....

    Abg antara rakyat Terengganu.....nak ketawa pun ada
    *malu sebab tak tahu pun ada stadium mcm tuh kat KT...hehehehe. Nampak sgt tak pernah balik kapung kot!

    Popular Posts

    Popular Posts since May 2010