Tuesday, July 7, 2009

3 sudah bermula...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


pastinya...minggu ini semua universiti tempatan akan mula busy dengan kehadiran pelajar2 senior untuk meneruskan semester baru...seperti biasa...saat dan ketika inilah kita akan bertemu semula dengan rakan2 yang mungkin terpisah selama beberapa bulan....

aku...baru semalam kembali ke bumi UMP yang aku cintai (katanya....)...ingatkan hari isnin tak de class...rupanya2...ada pulak satu class....environment eng....hu3 jadual baru...sebab b4 nie aku tgk jadual mmg isnin tak de class...tak sangka lak dia tukar baru...maka isnin aku ponteng secara rasmi...

dan hari ini...aku seronok sgt dapat jumpa rakan2 yg sama batch dgn aku...berborak dgn mereka...mcm dah lama xjumpa...

dan sedar tak sedar...rupanya aku sudah memasuki fasa kedua dalam pengajian aku di universiti...cuak jugak untuk menghadapi hari2 yg mendatang....entah la...mungkin ini masanya untuk aku bangkit semula...menjadi seorang pelajar yang 'rajin' dan 'pintar'....kerana ini fasa ke-2 dalam pengajian...dan aku sedar...ini bukan fasa untuk main2...

tiba2 hari ini masuk class terasa semangat...terasa ada tanggungjawab yang perlu di pikul dalam diri...mungkin masa sudah membawa aku untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab...tapi terkadang aku takut...untuk menghadapinya....

banyak yang perlu di ubah pada diri...meski ianya payah utk aku lalui dan lakukan....namun ia perlu juga untuk kebaikan diri....

semangat...ya...mungkin semangat ataupun roh nak belajar tu berkobar2 pada awal2 nie...tak tau la kalau akan datang...bila dah tak tau nak bagi masa...mulalah lari dari tanggungjawab....tapi aku harap ianya akan kekal....kerana aku rasa...aku perlu untuk bertanggungjawab sbg seorang pelajar...

entah mengapa kali ini...analisis diri sendiri aku terlalu menekankan perkataan TANGGUNGJAWAB pada diri...kerana ianya perlu agar aku menjadi insan yang tidak pernah leka...dalam memegang jawatan selaku MANUSIA di bumi ini...kerana setiap pada kita punya tanggungjawab...yang perlu kita pikul...agar landasan kehidupan tidak pernah lari dari paksi...agar akhirnya...kita terus menjadi MANUSIA yang bertamadun dan di redhai...

sebagai pelajar tahun 3...aku rasa terlalu muda untuk diri ini...bukan berlagak muda...tapi mungkin belum bersedia....namun aku harus lalui semua...kerana hidup ini tidak boleh untuk pandang ke belakang...meskipun ianya perlu untuk memandang pada yang sudah...untuk menjadi pengajaran...

ini fasa ke-2 pengajian aku....dan aku rasa...aku perlu untuk kembali ke landasan yang betul....agar kesilapan sebelum ini tidak akan terus melarat....yang penting harus di dahulukan...yang picisan harus di tolak ke tepi....

moga...aku boleh menjadi seorang yang BERTANGGUNGJAWAB di saat aku memasuki tahun 3 dalam pengajian...kerana aku rasa ianya perlu....bukan mengatakan yang selama ini aku lupa tanggungjawab sbg seorg pelajar...mungkin sebelum ini aku terlalu mengejar keseronokan berbanding pelajaran....

semoga rasa ini akan terus ada....


sekian...
alif ba ta...






alif ba ta: sem nie aku ada 18 jam kredit....hu3

3 pengkritk ceritera duniaku:

♥chentaMAYA™ said...

mesti bnyk yg di borakkan!

Diriku.... said...

all the best for this sem!!!

angahpikah said...

saya 19 jam kredit..huhuhu.. start pukul 8 hbs pkul 6 stp hari.. lagi2 isu klas xcukup skrg ni, sebabkan susah nak tkr jdual..waaaa

Popular Posts

Popular Posts since May 2010