Friday, July 31, 2009

salam jumaat yang mulia....

Assalamualaikum & salam sejahtera....
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin


di pagi jumaat yang mulia nie...sama-samalah kita merenung akan keindahannya pagi penghulu segala hari...menginsafi kekhilafan diri dalam melalui hari-hari dunia fana ini...terlalu jauh sudah perjalanan....bila akan kita betul-betul kembali pada pencipta yang MAHA ESA....

di hari yang mulia ini juga...semua pelajar UMP bercuti di sebabkan cuti di berikan 'sempena merayakan' virus H1N1 yang semakin menular di kalangan pelajar UMP...maka hari ini pelajar-pelajar UMP bersorak gembira kerana di berikan cuti pada hari jumaat yang mulia ini....( seronok gak dalam hati...sbb dapat berehat hari nie...lagipun batuk aku tak baik lagi...hu3)

dan ini adalah pengumuman yang di keluarkan oleh pihak pentadbiran berkenaan cuti yang di berikan pada jumaat nie...



Announcement
Category Academic
Title PENANGGUHAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (31 JULAI 2009)
Message

Dengan persetujuan Timbalan naib Cabselor (Akademik & Antarabangsa), DUKACITA dimaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (perkuliahan, makmal, ujian, latihan dan yang berkaitan) adalah DITANGGUHKAN.

Penangguhan ini dibuat sebagai langkah awal terhadap aktiviti pemeriksaan dan kawalan jangkitan demam selsema di kalangan pelajar/staf. Penangguhan ini hanya berkuatkuasa pada hari ini sahaja (Jumaat/31Julai 2009). Aktiviti Pengaaran & Pembelajaran akan berjalan seperti biasa mulai Isnin (3 Ogos 2009) atau sehingga pemakluman baru dibuat oleh pihak Universiti.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

URL http://
Posted by ZAINUDDIN BIN MAT HUSIN



aku suka ayat yang aku highlight.....'sehingga pemakluman baru di buat oleh pihak Universiti'....ayat ni menunjukkan yang akan ada keputusan utk memberi cuti lagi pada masa akn dtg....ehmmm...adakah cuti seminggu akan berlaku? apa2 pun aku harap pihak universiti mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menangani isu H1N1 nie...

aku?

tak tahu lagi nak pergi ke klinik cek balik kesihatan aku yang masih tak baik2 lagi dari minggu lepas...skrg nie fasa batuk2....aku pun tak fhm kenapa tak baik2 lagi...sedangkan tiap2 ari aku makan ubat batuk....hu3

semoga batuk ini cepat 'hilang' dari diri ini...sbb aku xnak di kuarantin....!

sekian....






alig ba ta: pakai mask ketika berada di luar....AWAS!....H1N1 semakin menular...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010