Thursday, July 30, 2009

tutup universiti....



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari ini lebih baik daripada semalam...amin



hari demi hari...isu penularan virus H1N1 semakin berleluasa...menyebabkan ramai di kalangan kita terlalu bimbang akan isu ini...

di malaysia sudah mencatatkan 4 kematian....dan beribu lagi kes yang masih dalam kuarantin....

satu demi satu premis pendidikan di tutup...dari sekolah rendah ke sekolah menengah....dari kem PLKN ke institut perguruan....sehinggalah ke universiti tempatan....

cepat je virus H1N1 nie menular kan....sangat menakutkan....dan inilah tanda2 akhir zaman....pelbagai penyakit menimpa manusia pada akhir2 ni...menyebabkan kadang2 kita terfikir....apakah punca semua ini berlaku tanpa pernah kita inginkan kehadirannya...

sehingga minggu ini je...2 lagi IPTA di tutup...iaitu UUM & UPM....dan aku yakin...bilangan penutupan terhadap tempat2 pengajian pastinya akan meningkat hari demi hari...

maka timbul persoalan...adakah dengan penutupan premis ini menjadi satu jalan penyelesaian yang mana virus H1N1 ini tidak akan menular dgn lebih banyak? dengan memberi cuti selama 1 minggu dan membenarkan pelajar2 balik ke rumah....boleh mengurangkan virus H1N1 ini menular? aku rasakan tidak...

kerana bagi aku...jika tindakan cuti seminggu ini di beri kepada pelajar2....bukankah ianya akan menyebabkan penularan H1N1 ini akan lebih menular....apabila pelajar2 yang pulang ke rumah nanti...dan siapa yakin apabila pelajar2 ini pulang kembali ke universiti...virus H1N1 ini tidak akan menular di kalangan pelajar....?

memang tidak di nafikan...tindakan memberi cuti sbg 1 jalan agar pelajar2 yang di syaki H1N1 tidak akan menyebarkan kepada pelajar2 lain...tapi harus di ingat...bukankah lagi bahaya jika kita membenarkan pelajar2 ini kembali ke rumah masing2....apabila mereka kembali ke universiti...siapa tahu mereka yang sediakala sihat itu...membawa virus H1N1 pula ke dalam universiti akibat di jangkiti di kawasan2 umum ataupun di rumah sendiri....bukanakah ianya menyusahkan pihak universiti sendiri....

lagi satu....jika cuti seminggu di berikan kpd pelajar...ianya akan menggangu sistem pembelajaran sendiri....dan lepas nie...sah2 la cuti semester di awalkan....bagi aku...aku tak nak cuti sem di awalkan...apatah lagi cuti mid sem UMP di lambatkan sedikit iaitu di kumpulkan ketika cuti raya....giler pe nak tukar cuti mid sem nie...sbb dah ramai pelajar2 sabah n srwk beli tiket balik kampung awal...kesian kat mereka...hu3

tapi kalau nak bagi cuti utk seminggu tanpa tarik cuti mid sem...aku setuju gak...he3 dan yang paling kelakar ialah...apabila universiti2 yang beri pelajar cuti nie....staf2 universiti tetap bekerja seperti biasa....bukannya apa...macamlah staf2 nie kebal daripada di jangkiti virus H1N1? kalau nak beri cuti seminggu...staff juga harus turut di beri cuti...bagi aku...ianya tindakan yang wajar...kerana kalau kita biarkan staff terus bekerja...takut2 staf2 yang ada pulak yang sesama mereka di jangkiti virus...kan baik mereka juga di beri cuti utk kuarantin kat rumah supaya tidak di jangkiti H1N1 gak....so adil...

dengar2 cite...UMP pun nak ambil langkah tutup universiti sebab dah ada kes pelajar yang di syaki H1N1...dan di saat aku taip blog nie...felo2 UMP tgh duk cari bdk2 yang telah di syaki H1N1...siap nama aku pun dorang ambil...lepas tue dorang suruh aku pergi ke klinik malam nie jugak....aku apa lagi bagi alasan yang aku dah pun bt screening H1N1 kat UTP...time aku pergi debat alam sekitar tu...bukannya apa...aku malas nak pg klinik malam2 nie...sah2 la ramai org kat klinik kan skrg...hu3

tapi actually aku cuak gak...sbb batuk aku ni xbaik2 lagi...hu3 nantilah esok ke aku pergi klinik cek balik...

apa yang ptg...aku harap UMP tak kan ambil tindakan utk tutup U...bukannya tak nak cuti...tapi adalah lebih baik...pelajar2 yang di syaki tue...kuarantin je kat dlm UMP or bw ke hospital terdekat...kan senang...kalau mcm tue...

tapi kalau cuti tanpa anjak cuti mid sem...aku ok jek...he3

ok lah...
sampai sini jek...
byk keje nak kena buat....hu3

salam...
alif ba ta...





alif ba ta: harap2...isu H1N1 nie berkahir cepat...hu3 aku tak nak di jangkiti virus H1N1 nie...

3 pengkritk ceritera duniaku:

The Hobbit Frodo said...

jemput makan vitamin c bnyak skit sbagai langkah berjaga2 ... huehuehueheuheu ...

jumapx said...

dah makan byk dah vitamin C....he3

Aisyah AR said...

huhuuu...
UUM x usik mid-sem break...
tp no study week this sem...
haih....

Popular Posts

Popular Posts since May 2010