Monday, August 10, 2009

Filem Malaysia Ke Persada Dunia

Berikut adalah senarai pemenang keseluruhan FFM22:

Anugerah Perdana (14 anugerah)
Filem Terbaik - Papadom
Pengarah Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)
Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom)
Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay (Papadom)
Lakon Layar Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)
Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom)
Sinematografi Terbaik - Mohd Nor Kasim (Setem)
Penyunting Terbaik - Faizul Mohd Noh (Setem)
Skor Muzik Asal Terbaik - Syed Ahmad Faizal (Papadom)
Filem Komedi Terbaik - Los dan Faun
Filem Animasi Terbaik - My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Pendek Terbaik - Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)
Filem Digital Terbaik - Aathma (Demaz Entertainment)
Filem Dokumentari Terbaik - Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)
Pengarah Harapan - James Lee (Histeria)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Mohd Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)
Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Setem)
Penataan Bunyi Terbaik - Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Pelakon Harapan Lelaki - Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita - Jaclyn Victor (Talentime)
Pereka Kostum Terbaik - Shen Imagineering (Cicakman 2)
Lagu Tema Asal Terbaik - Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik - Histeria

Filem Box-Office - Geng Pengembaraan Bermula
Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Omar Man
Anugerah Pelakon Veteran Wanita - Mariani Ismail
Anugerah Pelakon Veteran Lelaki - S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri
Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula



tahniah buat semua pemenang FFM ke-22...walaupun penganjuran yang agak slow dan lembab...tapi aku sudah meletakkan harapan aku utk penganjuran sebegini tidak terlalu tinggi...kerana aku tahu tiap2 tahun penganjuran FFM mesti tak meriah dan membosankan....itu semua aku tolak ke tepi...

apa yang paling penting...2 orang pelakon yang aku minat...iaitu...


liyana jasmay menang anugerah PELAKON WANITA TERBAIK

&

Zahiril Adzim menang anugerah PELAKON HARAPAN LELAKI


bangga giler aku tgk dorang dpt anugerah...walaupun aku bukan dorang...tapi aku suka dengan lakonan dorang berdua...dan sememangnya mereka layak untuk menerima anugerah tersebut...cayalah...korang mmg hebat...sayang dorang dah clash kan...hu3

tahniah juga buat FILEM TERBAIK iaitu FILEM PAPADOM...walaupun belum di tayangkan lagi...tapi dah menang besar dalam FFM kali nie...confirm ramai yang berduyun2 ke pawagam bila dah keluar nnt...sbb semua nak tgk best sgt ke filem nie sampai boleh menang filem terbaik...untung afdlin...tapi berbaloilah dgn kerja keras dia kan...

tak lupa juga buat arwah YASMIN AHMAD sebab telah memenangi anugerah pengarah dan lakon layar terbaik...ehmmm...nie la org kata...bila dah tak de...barulah berduyun2 anugerah si mati dapat...tapi...kita kena berfikiran positif....hu3

apa yang ptg di sini...tema FFM kali nie sgt hebat....bukan calang2 tema...Filem Malaysia Ke Persada Dunia...aku rasa dengan penganjuran FFM yang sebegitu....rasanya....50 tahun lagi kot baru filem malaysia boleh ke persada dunia...di tambah dgn penerbit2 yang kedekut nak keluar budget...serta pengarah dan penulis skrip yang tak berapa kreatif lg....mungkin menjadi penyebab mengapa filem malaysia masih tidak mampu untuk pergi jauh...entahlah...malas nak ckp....tapi aku doakan agar filem malaysia...suatu hari nanti...mampu utk pergi ke persada dunia...biar dunia tahu...malaysia juga ada industri perfileman...tak gitu.,.?

namun...apa yang penting...tahniah sekali lagi buat filem PAPADOM...




sekian...






alif ba ta: mmg dari dulu lagi tak sabar nak tgk cite nie....he3

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010