Saturday, August 15, 2009

Ketika ini...


Ketika Ini
Estranged

Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya
Sunyinya rasa
Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Senangkah engkau
Sekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamu
Kalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau
Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa
Hatiku mengundang masa kau masih ada

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu

Kelip terakhir
Buat mataku
Kita layari
Cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi







jom sama2 layan lagu nie...sbb lagu nie tetiba lak kena dgn aku skrg nie...entahlah...tetiba je rasa seperti apa yang ada dalam lagu nie...tetiba terasa kehilangan sedangkan DIA ada...

mungkin juga salah aku...entah la...inilah masalahnya manusia...bila sudah ada di sisi...kita mula untuk mencari alasan untuk lari dari DIA....

mungkin juga aku perlu masa...masa untuk diri ini kembali...seperti apa yang DIA mahu...jadi seperti dulu...

rasa bersalah kat dia ada juga....tapi apa yang mampu aku buat...? hanya berserah pada saat-saat yang mendatang...apakah ceritanya lagi nanti...

secara mudahnya...bak kata lirik lagu ni...


Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah


andai ada cermin kehidupan...aku mau melihat...apa yang sudah berubah pada diri...andai benar apa yang di kata...aku tak seperti yang kau kenali dulu...akan aku cuba untuk kembalikan...perbetulkan apa yang kurang...agar di kau terus mampu tersenyum melihat dunia yang penuh kepalsuan....:)

noktah




alif ba ta: tuhan kembalikan rasa itu semula...andai itu kurang padaku...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010