Thursday, August 6, 2009

kuarantin di rumah...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kita sentiasa dalam keadaan sehat hendaknya..amin



hampir seminggu aku berada di rumah...di sebabkan U aku pun gigih nak bagi cuti kat student dia...so aku pun merehatkan diri kat rumah selama cuti nie...

lagi pun...aku baru je baik dari demam....skrg nie sakit tekak n batuk2....teruk gak demam aku kali nie...mmg lemah satu badan...dan yang paling berani nya aku...aku tak pergi pun klinik utk cek kesihatan aku...

hanya ubat2 demam dan batuk yang ada kat rumah jadi pengubat diri...he3 dan syukur ke hadrat ilahi sebab bagi aku peluang untuk merasai sehat balik...

sumpah aku tak sanggup demam lagi...sbb mmg tak larat...dan aku berani cakap aku mmg kn simptom2 H1N1 cuma aku je yg beranikan diri buat2 mcm demam biasa dgn kuarantin diri sendiri kat rumah...ada aku kesah?

bila tgk iklan kat tv je...asyik2 duk ckp pasal H1N1...aku yg demam time tue cuka gak dlm hati...apa lagi...memanjatkan doa pada yang ESA je la aku sepanjang aku sakit tue...supaya di pulihkan semula dan tidak di jangkiti selesam SIAL nie...

dan skrg nie...ketika aku update blog nie aq lepak kat KFC KL sental...duk online...gigihkan...mentang2 dan sehat (tp sakit tekak n batuk2 ada lagi ok...) ....dengan suasana org duk seronok makan ayam KFC aq gigih online sorg2....mampuslah...yg penting aku boleh surf internet siap update entri terbaru...hahahaha...

biasalah...kat rumah xde internet...broadband pun tak mampu nak beli...so aku pun gigih la cr tempat boleh online...berbekalkan wang rm 2 menaiki rapid KL...maka aku pun sampai...he3

seronok sgt dpt online....kat UMP internet dia 'hanjeng' sgt...tention je nak online...dah la FACEBOOK susah nak bk kat UMP...pagi suboh br leh bk...hu3

dan untuk pengetahua korang...buat kali ketiga...aku tunjukkan korang pengumuman yg UMP buat utk student dia...he3 membuat aku tersenyum gembira...

Announcement
Category Others
TitleAMARAN H1N1: MAHASISWA/I UMP DILARANG BERADA DI UMP SEHINGGA 9 OGOS 2009!
Message

Mahasiswa/i sekalian;

Kepada para pelajar yang akan kembali ke kampus pada hari Ahad ini (9 Ogos 2009), anda DILARANG untuk kembali ke kampus, KECUALI anda berada dalam keadaan sihat.

Bagi para pelajar yang masih demam, batuk dan selsema diminta untuk terus bercuti dan tinggal di rumah masing-masing sehinggalah para pelajar sekalian kembali sihat sepenuhnya.

WALAUBAGAIMANA PUN, PARA PELAJAR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI UNTUK KEMBALI KE KAMPUS SEBELUM TARIKH 9 OGOS 2009.

SILA PULANG KE KAMPUNG/RUMAH MASING-MASING SEGERA, SEKIRANYA ANDA MASIH DI UMP!

--------------------------------------------------------------------

Pernyataan dibawah adalah arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia:

Bagi melaksanakan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Perenggan 18 (1) (d), Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988, Universiti Malaysia Pahang telah diminta untuk mengisytiharkan sebahagian kawasan di universiti ini sebagai kawasan larangan berkuatkuasa dari 2 Ogos 2009 hingga 08 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, kawasan asrama, bilik-bilik kuliah, makmal dan Perpustakaan akan ditutup keseluruhannya sepanjang tempoh berkenaan dan semua aktiviti berkumpulan dibatalkan.

- BILIK GERAKAN & INFOLINE H1N1 09-5492545 -

(8.00AM - 11:59PM DAILY)

URL http://
Posted by AHMAD REDUAN BIN MOHD YUSOF



wah...aku happy giler bila bc memo nie...aku pun dengan tanpa was2....extendkan cuti aku yang sedia ada selama seminggu...ke beberapa hari...sebab dia kata kalau selagi tak baik...selagi tu jgn balik UMP...haruslah aku lambat balik sbb batuk n tekak aku masih tak baik lagi...nnt xpasal2 sampai UMP kn kuarantin lak kat UMP...lagi teruk...hu3

korang nak tau jugak....time aku nak ke KL sentral nie...aku tgk org2 KL masih tak de kesedaran tentang H1N1 nie...sbb tak ramai pun yang pakai topeng mask tue...cubalah semua org pakai mesti isu penularan H1N1 nie akan sentiasa terjaga...

tak ramailah kena jangkit H1N1...dorag tak rasa mcm mn klu dah kena demam dan simptom2 H1N1 nie...merana wei...aku pun tak sanggup nak kena buat kali ke-2...hu3 tapi aku sendiri pun tak pakai topeng mask tue...ha3

ok lah...dan ptg dah...aku rasa baik aku balik rumah...sbb time skrg time org blk kerja...sah2 bus penuh balik puchong nnt...hu3

ok...
sampai di sini saja...




sekian..


alif ba ta: jagalah kesihatan anda!!!..





3 pengkritk ceritera duniaku:

♥chentaMAYA™ said...

ahah!
mam obt manyak2 ok!

law said...

amboi..ambil cuti lebey..ambik ksempatan nmpk..
hahaha :D

jumapx said...

to chentamaya...
baiklah...hu3

to law...
xde maknanya...aku dah ada kat ump...giler pe klu extend ct...mau tinggal class byk lak kan..hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010