Wednesday, September 30, 2009

kembali semula....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari-hari kita bahagia hendaknya...amin...


sudah seminggu lebih selepas hari raya aku tidak update blog...lama juga...biasalah cuti-cuti2 nie mmg aku tak kan update blog...duk kat rumah merehatkan diri katanya...

so...seperti biasa...selepas cuti raya...pasti aktiviti harian kita semua kembali seperti biasa....yang student lagi kembali ke tempat menuntut ilmu...dan yang bekerja teruslah kembali ketempat kerja...

dan aku...balik UMP je...terus kena study...sebab hari selasa lepas aku ada test Highway engineering.....aku memang tak suka sikit kalau lepas cuti je ada test...sbb time kat rumah...bukannya study sgt pun...so alamatnya...study last minutelah 2 hari yang ada b4 test hari selasa tue....gigih study tu tak de la...aku mcm xde mood skit nak study...boleh lak kan xde mood....tapi aku gagahkan juga...kata nak jadi pelajar cemerlang sem nie....dean list la katanya...

ehmmm...tapi yang sedihnya...bila jawab test tue semalam...tention je rasanya...sbb ingatkan byk kira2...rupanya theory lg byk...sabar je la...apa lagi...pandai2 la mengayat...padahal merepek je aku jwb yg ptg aku confident...he3

apa yg ptg...dah lepas 1 azab....ada lagi satu...test utk computer programming yang aku sendiri pun tak tau la apa yang aku belajar...buat asggment pun guna formula "copy n paste" jek....tapi apa yang paling best bila time lab computer jek...mesti sume buka FACEBOOK...yang tak de akaun pun buat akaun...mmg jadi class FACEBOOK la...sengal betul...

sedar tak sedar...dah nak masuk bln 10 dah....lagi 1 bulan je lg br nak final exam....cuak jugak ni...sbb harapan utk sem ni utk naik pointer...azam la katanya...tapi semoga menjadi kenyataan la hendaknya...hu3

ha...ptg tadi aku tido lama giler....lepas balik dari lab terakhir utk sem nie...jalan2 jap ke expoconvo UMP...mmg laha....malu nak ckp...sedih btol...tapi apa aku kesah pun...so...tetiba bdk rumah aku ckp ada gempa bumi...so malaysia,singapura.thailand dan indonesia di beri amaran tsunami....aku pun gigih la bc paper td...kat samoa amerika...hampir 100 org dah mati sbb gelombang tsunami...hu3 di sumatera pulak...gempa bumi besar berlaku pada magnitud 7.9 sehingga menggegarkan dan meruntuhkan bangunan2 besar....sama2 lah kita berdoa...agar gelombang tsunami ke-2 tak kan melanda negara kita dan negara2 lain...amin

ni la org kata...bila tuhan menurunkan bala bencana...makannya...Dia mahu umatnya sedar...akan dosa2 yang pernah di lakukan...ianya sebenarnya sebagai peringatan...dunia ini sementara cuma...semoga hati hati kita sentiasa menyedari keadaan itu...

ok la...
sampai sini jek...







alif ba ta: aku baru je format laptop aku...giler ko virus dah beranak pinak kat laptop aku....hu3 tp thankz to maoh sbb tlg formatkan laptop aku...eh silap...thankz to kwn dia...ha3

Friday, September 18, 2009

salam syawal~




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin


Di kesempatan ini...Alif ba ta duniaku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang setia membaca blog ini...ampun maaf di pinta andai kewujudan blog ini selama ini ada mengguris hati anda semua...

kepada anda yang bercuti panjang tu...kembalilah ke kampung halaman yang tercinta...ingatlah keluarga di kampung yang setia menanti kepulangan anda...terutamanya kepada mereka-mereka yang mempunyai ibubapa di kampung...jangan pernah biarkan mereka beraya sendiri...

kepada mereka yang balik ke kampung...hati-hati ketika memandu...ingatlah mereka yang tersayang...tak lupa juga buat rakan-rakan semua...kalau makan rendang or kuih raya...jangan makan sampai tak ingat dunia pulak...ada yang tak balik ke universiti...test highway hari selasa tau he3

dan terkahir sekali...selamat hari raya buat semua...kalau sudi datangla ke rumah k...;)






alif ba ta: sama-samalah kita meningkatkan keimanan yang ada~

Friday, September 11, 2009

1 Malaysia katanya....

Assalamualaikum & salam sejahtera....
semoga semua bahagia di bulan ramadhan yang penuh keberkhatan ini...amin



hari ini..di saat aku menulis entri ini...aku masih lagi berada di bumi UMP...aku tak jadi balik hari nie (jumaat) di sebakan hal-hal yang tak dapat di elakkan....maka esok pagi sabtu baru aku akan bertolak balik kepuchong....yeah...

dan...untuk entri kali ini aku terpanggil untuk berbicara mengenai

isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

pada awalanya aku malas nak ambil berat akan isu ini...sebab aku sudah cukup muak dengan isu politik di malaysia yang aku rasa tersangatlah bodoh dan tidak berintelek...tak cukup belajar agaknya time sekolah dulu....sebab tu benda yang boleh di selesaikan dengan senang jadi benda yang besar...dan yang paling aku tak boleh terima akal ialah apabila isu agama dan kaum di permain2kan....

setahu aku baru je sambutan bulan kemerdekaan yang ke 52 di sambut dengan penuh sederhana dan ukhwah....tapi isu sebegini boleh timbul sehingga mengadakan perarakan membawa kepala lembu di adakan di hadapan bangunan kerajaan selangor....dan yang tak boleh blah...penghayatan 1 malaysia sebenarnya masih tidak menjadi ikutan ataupun di terapkan dengan sebaiknya ke dalam diri rakyat malaysia walaupun moto kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia...

bodohkan....sanggup nak berarak time puasa2 nie hanya memperjuangkan agama yang aku rasa bukan pada tempatnya....konon2nya la...perjuangkan agama...padahal....mempolitikkan agama adalah....pe nak jadi dengan org islam melayu sekarang...berfikiran sempit...huh...sedih aku tengok....

sebenarnya isu ini teramatlah mudah...tiada merugikan siapa2 pun...cuba mentaliti masyarakt dekat syeksyen 23 tu yang tidak terbuka...semuanya nak tunjuk alim....budget suci la katakan...

isunya bermula begini..,

Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


*entri ini aku ambil dari MALAYSIA WAVES...blog penyokong pakatan rakyat.


aku suka cara penerangan beliau...bukan bermakna aku menyokong mana2 pihak...namun aku melihat dari pandangan anak muda yang masih belum mendaftar mengundi lagi...walaupun sudah layak mengundi....:)

andai penjelasan ini di dengari oleh mereka mereka yang gigih memperjuangkan 'agama' kononya....pasti mereka dapat memahami apa sebenarnya situasi sebenar...janganlah kita terlalu cepat melenting...itu bukan sifat seorang yang muslim...andai benar anda memperjuangkan agama dengan ikhlas....bertenang dan menyelesaikan dengan baik dalah jalan yang aku rasa terbaik...islam bukan agama paksaan...lagi pun perlembagaan sudah menggariskan bahawa kaum-kaum lain berhak untuk menganuti agama-agama masing-masing...maka tak salah jika kita memindahkan Kuil tersebut ke syeksyen 23...ianya untuk kebaikan penduduk di syeksyen 19 juga yang mana 'sudah tertipu' dengan tindakan kerajaan sebelum ini...

usahlah kita terlalu prejudis dengan perkara ini...kita ambil ia sebagai bukti...kita masyarakat malaysia yang menerima 1 Malaysia seperti yang di laungkan oleh Perdana Mentri kita...dato seri Najib...adakah ini hadiah yang cukup besar buat dato seri najib setelah penat melaungkan 1Malaysia...Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di Utamakan....

ok lah...aku rasa cukup sampai di sini entri aku..sebab aku tak nak tulis lebih2...takut ada yang mengecam blog aku...AWAS...blog ALIF BA TA duniaku harus beradap sopan sikit....katanya...ha3

til d end...







alif ba ta : kawasan puchong dekat rumah aku....kuil sebelah surau je....selang beberapa meter....MASJID PUCHONG PERDANA yang terapung ala2 putrajaya...yang baru beberapa tahun siap di bina....tak de pun orang2 india kat situ buat rusuhan ketika pembinaan....sebab orang2 hindu kat puchong bertoleransi...walaupun bilangan mereka agak ramai jugak...tak mcm penduduk islam di syeksyen 23...huh.!


cuti raya sudah bermula~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
salam ramadhan ke 21 buat semua muslimin...


esok, 11.09.09, jumaat
bermulalah cuti raya buat semua pelajar UMP...

pastinya cuti ini ditunggu oleh semua warga UMP....hari nie dah terasa sangat ada sesetengah student yang dah pun berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing...

aku? macam biasalah...akan mengikut aizat balik ke KL...bila? tak pasti lagi...samada ari jumaat nie ataupun hari sabtu...sebab hari jumaat nie aku ada class hydraulogy...class ptg lak tue...tapi cadang nak pergi class pagi...masuk kuliah class lain...so boleh bersiap nak blk awl sikit....he3

ehmmm...tak sabar nak balik rumah....nak berehat...sbb aku rasa penat sgt kebelakangan nie dengan test dan kerja2 yang berlambak...hu3 tak pernah aku segigih ini...tapi bagus jugak...ada kemajuan kan..kata nak jadi pelajar dean list...insyallah...azam yang tinggi utk sem nie...

orang kata kalau nak aim sesuatu kena tinggi...walaupun kadang di luar keterbatasan...kerana bila kita aim sesuatu yang tinggi daripada kapasiti kita...kita mampu mengatasi apa yang di luar kebiasaan kita :)

berbalik kepada cuti raya 2 week nie...aku rasa bahagia sgt dapat cuti lama2...tak rugi cuti mid di lambatkan dan di bawa ke cuti raya...at least dpt menghabiskan masa lebih lama berpuasa dengan family...owh bestnya...dapat jumpa dengan anak buah aku yang sudah pandai berjalan....he3

dan trip balik raya kali nie lain sikit dpd sebelum nie...kalau tahun lepas aku,aizat,faliq,mudd dan afiq satu rombongan balik raya...kali nie hanya berempat sahaja...iaitu aq,aizat,faliq dan iqmal....so kali nie dah xsinggah rumah mudd yang sentiasa membawa malapetaka kat kereta aizat...ada je masalah bila tiba kat rumah mudd...hu3 sorry mudd....

dan harap2 trip kali nie tiada masalah yg timbul lagi....semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju...bak lagu dato' siti...destinasi cinta...he3

tetiba lagu BALIK KAMPUNG berkumandang dalam minda ku...owh besnya nyanyi lagu tu tatkala berada di jalanan menuju ke destinasi yang ingin di tujui....

ok la...
class aku pukul 8 pagi esok...
aku mau amik class pagi....
tadi DIA ajak sahur...tp aku tolak...
sbb aq kena bgn awal sbb alasan nak bgn awal sok...he3

noktah


*update
aku pergi sahur dgn DIA...he3





alif ba ta: aku mau terbang ke kampung halaman ku di sabah...namun apakan daya...rayaku masih di bumi puchong terchenta~

Thursday, September 10, 2009

tahajud cinta




Assalamualikum & salam sejahtera...
salam ramadhan ke-20 buat semua...



wah...sekejap je rasanya puasa kali nie...sedar tak sedar rupanya kita dah pun masuk fasa 10 malam terkahr ramadhan....hu3

aku pun mula mengitung pahala dan amalan yang telah aku lakukan...berapa? itu urusan aku dengan tuhan yang maha pengasih...:) anda?

ketika aku menaip entri aku...aku sebenarnya berada di dalam class bi...tapi di sebabkan aku duk belakang sekali...maka aku pun buatlah kerja lain...iaitu mendownload lagu...sama seperti class computer programming or class facebooking klu bdk class aq gelarkan...

maka...tengah download2 tue...teringatlah semalam dengar kat radio...akak aku..eh silap dato' siti ada lagu baru...aku pun apa lagi search la kat pak google yang sudi utk mencarikan...

maka aku pun terjumpala satu laman web...yang memberitahu dato' siti dah pun mengeluarkan album barunya yang berkonsep ketuhanan....

album beliau akan di pasarkan di pasaran mulai hari ini iaitu 10.09.09....wah...akhirnya dapat juga siti mengeluarkan album ketuhanan beliau....tahniah dato siti...anda memang seorang penyanyi yang bersemangat memperjuangkan seni hiburan di malaysia...walaupun ekonomi malaysia masih tak stabil sangat lagi...

dalam album ketuhanan beliau kali ini terkandung lapan buah lagu yang mengunakan khidmat penerbit terkenal Eddie Marzuki, Audi Mok dan penerbit dari Indonesia, Tya Subiakto. Album yang bergenre pop itu berkonsepkan kerohanian seperti “Asma Ul Husna”, “Ya Rasulullah”, “Pintu Raudah” dan “Ku Percaya Ada Cinta”.

aku apa lagi...carilah lagu yang boleh di download...dan aku jumpa lagu ini...


Ku Percaya Ada Cinta

Lagu: Audi Mok
Lirik: Habsah Hassan

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNyapasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


wah...bukan calang2 lagu nie...penciptanya audi mok dgn habsah hassan...excited lak aku nak dgr lagu nie...cepat2 download semua....(teruk betul...kata peminat no.1 tapi bukannya nak beli album dia pun...) hu3 ala aku download pun satu lagu jek...he3

siti antara artis malaysia yang bukan menyanyikan lagu2 bergenre ketuhanan yang berani utk tampil dgn album sebegini....kredit utk dato' siti...kalau di indonesia sudah menjadi satu trend utk artis2 yang popular di sana untuk mengeluarkan album berkonsepkan ketuhanan....tak mcm malaysia...semuanya takut rugi....bukannya nak fikir dapat pahala kalau berdakwah dengan menyanyi...sebab tue laindustri hiburan di malaysia agak lembab sikit berbanding indonesia...aku bukannya nak mengeji industri hiburan malaysia...tapi aku nak kita pandang ke negara jiran yang cukup berani utk menghasilkan sesuatu yang lain dari biasa...bukannya lagu2 yang stereotype malay class....

apa pun...aku tak sabar nak dengar semua lagu dato' siti dalam album baru nie...harap2 pintu hati aku terbuka utk beli album dia...he3

ok la...aku terasa berdosa lak main internet ni di kala class sedang berjalan...tapi yg ptg....ko mampu time lecture ada kat class update blog dan main FACEBOOK?

aku mampu...he3


ok
til d end semua...
salam ramadhan ke 20....






alif ba ta: semoga dato' siti cepat dapat pewaris beliau....hu3 love u dato' siti...

Wednesday, September 9, 2009

090909

Assalamualaikum & salam sejahtera...
salam ramadhan ke-19 buat semua muslimin...


sedar tak sedar...dah masuk 19 hari kita semua umat islam berada di bulan ramadhan yang mulia nie...tinggal lebih kurang 10 hari je lagi nak sambut hari raya...

lagu raya pun dah mula berkumandang di sana sini...menandakan raya dah semakin dekat...apa yang paling penting bagi aku skrg ialah...cuti raya dah semakin dekat...2 3 hari je lagi...maybe aku balik kerumah dalam hari jumaat kot...balik dengan aizat (bdk class aq a.k.a driver setia aku...he3) untung ada kawan mcm dia...(tetiba mengampu sekejap..ha3)

tapi yang memeningkan kepala aku skrg ialah kerja yang berlambak yang perlu di siapkan sebelum berangkat pulang...ehmm...rutin harian seorang pelajar tatkala nak dekat cuti...mesti di serabutkan dengan kerja or asgmnt yang berlambak....tension!

dan hari nie juga...adalah satu hari yang mempunyai tarikh yang sangat cantik bagi aku...


09.09.09



unik sgt....sekali je tarikh ni boleh keluar seumur hidupkan....mesti ramai org yang jadikan hari ini hari teristimewa dalam hidup mereka...

untuk pengetahuan anda semua...tarikh2 yang semuanya sama dari hari hingga ke tahun ini hanya boleh di dapati pada 3 tahun yang berikutnya lagi...iaitu 10.10.10, 11.11.11 dan 12.12.12....

wah mmg sesuai pilih tarikh untuk kahwin kan...hahaha....dan yang paling best bila dapat menimang cahaya mata pada tarikh nie...bertuah baby tu...:)

dan sebenarnya aku tak tau nak tulis apa kat entri nie...aku sebenrnya malam nie ada test hydrology...tapi di sebabkan otak aku dah pening...maka aku pun menulis la sedikit sebanyak kat blog nie...tanda aku kebosanan sudah...hu3



*update

owh ya hari nie sebenarnya HARI RADIO...ianya di sambut lebih kurang 16 stesen radio di malaysia...malaysia adalah negara ketiga yang menyambut HARI RADIO selepas Rusia & Kanada...ehmmm.menarik juga wujudnya HARI RADIO nie....yer la...sedar ataupun tidak RADIO banyak menyumbang dalam kehidupan seharian kita...

sumbangan yang paling ptg di kala bulan ramadhan nie ialah untuk mengetahui dan mendengar azan berkumandang di radio yang menandakan waktu buka...klu bukan radio yang mengumandangkan azan...mungkin ada antara kita yang was-was nak buka puasa kan....

teringat la time kecil dulu...bila lagu awie-bernafas dalam lumpur...aku mesti akan letak telinga aku kat speaker...tengok betapa gilernya aku terhadap music sejak kecil lagi...sbb tu suara aku ala2 Anuar zain (matilah perasan....hahaha)....

apa yang ptg...kita perlu utk mengadakan HARI RADIO ni bagi menghargai mereka yang berada di sebalik Radio...betul x?

tapi jangan sampai sume lak lepas nie nak buat HARI...HARI TV la...hari apa la...xpasal2 sume hari adalah hari-hari perayaan...HU3



ok la...
aku pun dah xtau nak tulis apa dah...
til d end....




manusia itu pada awalnya adalah fakir
yang membezakan kita ialah
sejauh mana kita memperkayakan diri
dengan keimanan pada Allah.





alif ba ta : sama -sama kita fikirkan....dan meningkatkan amalan kita...:)

Tuesday, September 8, 2009

puzzle hati




wanita

ibarat puzzle hati yang hilang

yang perlu di cari
oleh seorang lelaki

ke timur
mencari warna yang di sukai


ke barat

mencari bentuk yang sesuai

ke selatan

mencari saiz yang padan


dan


ke utara

untuk bercantum hati.




alif ba ta: aku harap...DIA adalah puzzle hatiku...:)

Monday, September 7, 2009

kompas kehidupan~



kompas
itu penentu arah
bagi mereka yang mencari-cari
jalan jalan kehidupan
utara
selatan
timur
& barat
yang menentukan
jalan itu lurus ataupun berliku

kompas
itu satu perkara asas
agar jalan jalan yang kita lalui
adalah jalan jalan yang di redhai
agar di penghujungnya
kita bertemu cahaya kehidupan

puas aku mencari cari
di mana dia kompas terbaik
agar jalan jalan ku
terus di sinari keimanan dan keredhaan
rupa-rupanya
aku menemuinya sejak kecil lagi
semenjak aku mengenal apa itu Alif
apa itu Ba
dan apa itu Ta
hinggalah aku pandai mengenal apa itu Ya
Kompas yang sudah lama aku tinggalkan
tersimpan rapi di sudut sepi
tanpa pernah untuk aku
membacanya sebagai satu amalan

Oh Tuhan...
kembalikan hati hati ini
untuk menjadikannya
teman dalam hidupku
agar
jalan jalan ini sentiasa
menjadi jalan jalan insan yang kau pilih...


amin






alif ba ta : salam nuzul Al-Quran buat semua muslimin...

Sunday, September 6, 2009

TALENTIME is masa bakat!




Assalamulaikum & salam sejahtera...
salam ramadhan ke -16 buat semua...





hari nie aku bangun seperti hari2 lain di waktu tiada class....pukul berapa tue tak payah la aku mention...he3

aku gigih menghabiskan cerita TALENTIME yang aku tengok sekerat2 semalam....aku sambung pagi nie....

pada awalnya aku rasakan cerita nie hanya cerita biasa...namun satu babak ke satu babak membuat aku terasa aku turut menjiwai watak2 yang ada dalam cerita tu (hebat giler aku leh masuk dalam cerita tue...)..itulah aku...bila tengok cerita yang bermain dengan jiwa...

jiwa ku mula merasa satu perasaan...yang membuat aku tidak tahan...akhirnya ia mengalir juga...walaupun dalam bulan puasa...lantaklah makhruh ke apa...apa yang ptg...aku masih puasa he3

sungguh...aku tidak tipu...cerita ini betul2 bagus...teramatlah rugi bagi mereka yang masih tidak tengok cerita nie...nasib baik aku ada kesempatan utk tengoknya...kalau tak..aku juga tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

aku rasa ini adalah karya terbaik arwah yasmin ahmad...kerana ianya berjaya menjadikan cerita ini sebagai 1 malaysia...dan filem ini selayaknya di tayangkan secara umum di TV kerajaan utk melihatkan kepada masyarakat malaysia...ini contoh sebuah negara 1 malaysia...

banyak benda yang mengajar aku melalui cerita ini...banyak benda yang membuat aku berfikir diluar kotak fikiran biasa rakyat malaysia mahupun fikiran seorang melayu dan islam...

apa yang penting...cerita ini sungguh hebat...tak perlu pelakon yang popular dgn nama, tak perlu lokasi yang viewnya cantik2 belaka, tak perlu aksi-aksi streotype cerita melayu mahupun cerita cinta yang tangkap leleh...(meluat aku...huh)....

namun...yang paling utama ialah mesej yang ingin di sampaikan...dan kejujuran di dalam kita berkarya....sudah cukup membuat sesebuah karya itu menjadi suatu yang terbaik...dan akan di kenang sampai bila-bila...

kepergiaan arwah yasmin ahmad suatu kehilangan...membuat kita hilang insan yang tahu erti malaysia sebenar....Al-Fatihah utk beliau...




bisu bukan bermakna
tak mampu berkata
pekak bukan bermakna
tak mampu mendengar
kerena cinta itu
tidak semestinya di luah dari mulut
dan didengar dari telinga
tapi
ianya bisa datang
dan di mengerti
dari hati yang tulus
itulah kekuatan cinta!








alif ba ta : melihat lakonan jac dlm cerita nie membuat aku sedar..sememangnya beliau layak utk memenangi anugerah pelakon harapan FFM22....tahniah jac...


Saturday, September 5, 2009




manusia manusia itu
sentiasa cuba mencari
keburukan dan kelemahan
dan menyangka hanya mereka mereka
sahaja yang terbaik
sedangkan mereka lupa
manusia itu tidak sempurna sifatnya.






alif ba ta: salam ramadhan ke 15 kawan2....:)

Friday, September 4, 2009


Di ruang ini
Aku cuba menepis waktu
yang kian mencengkam diri
Aku cuba memadam ruang selesa
hingga kadang-kadang
Aku ketawa dalam sepi
Aku menangis dalam gembira
Aku berlari-lari mengejar kenangan
membetulkan masa lalu
dan meninggalkan masa depan
yang menjanjikan sesuatu yang baru
kerana aku mau jadi seperti mereka
punya yang sempurna

namun
aku sedar satu perkara
rasa itu hanya satu
andai hati kata gembira
maka ketawa
andai hati kata sedih
maka menangis
kita penentu jasad
meski pilihan itu beribu

kini baru ku sedar
yang satu itu tetap satu

terciptanya punya istimewa
kerana kita tidak boleh menjadi yang lain
tapi kita boleh menjadi yang terbaik
daripada kebiasaan kita.


10:53 pm
2 september 2009
jumain




alif ba ta: salam ramadhan ke 14~

Wednesday, September 2, 2009

kau hadir...



kau hadir

ibarat pagi tanpa perlu mencari terang
ibarat malam tanpa perlu menyingkap tirai

hadirmu
melengkapkan hidupku
membuat aku terus mau hidup
menghabiskan sisa-sisa hidup bersamamu
kerana aku tau
hidup cuma sebentar

sayang
teruslah hadir dalam hidupku
mahupun dalam lena mimpiku
kerana
aku mau hanya kamu...

tuhan
satukan aku bersamanya





alif ba ta: maaf...terjiwang di bulan ramadhan~he3

hari ini 12 ramadhan rupanya~

Assalamualaikum & salam sejahtera...
salam ramadhan yang mulia buat semua....


hari ini aku sangkakan baru masuk puasa ke-11...rupa2nya...hitung punya hitung...hari ke-12 rupanya...aku mula tersenyum...owh cepatnya masa berlalu....dahaga lapar di siang hari..rupanya sudah masuk ke hari 12....terus minda aku berlari2...mencari apakah amalan yang aku lakukan sepanjang 11 hari yang lepas....tiba2 aku tersipu malu...rupanya...paras amalanku berada pada tahap yang kritikal....hu3

ehmmm...apa nak jadilah kat aku nie....bukannya nak tambah pahala di bulan puasa nie....untuk cover balik dosa2 yang dah di buat sebelum nie...hu3

xpe2...masih ada 18 hari lagi untuk membuat amalan kebaikan....agar ramadhan kali ini tidak menjadi ramadhan yang sia-sia dalam hidup ku...pintu amalan tidak pernah tertutup...bagi umat yang tahu siapa dia di bumi tuhan....

owh ya...aku masih tidak membuat review hari2 ramadhan aku yang ke-6 hingga ke-11...ok..kita start dgn hari ke-6 ok...


6 ramadhan 1430

hari nie...aku di uji di awal pagi...lepas je mandi pagi nak bersiap2 ke class....perut aku berentak sayu....aku pun berasa tak sedap je...tetiba...makanan2 yang sudah di kunyah keluar dari mulut ku...owh tidak...makanan2 sahur ku tidak dapat di proses untuk menyerap nutrien2 yang ada...utk di proses menjadi tenaga...utk aku bergerak hari tue...hu3

segalanya keluar dan melimpah ke ladang gandum...huh...pe kena dgn aku hari tu...aku muntah sebanyak tiga kali...maka keluar la McD burger kegemaran aku...BIG MAC...tetiba rasa membazir pulak...he3

yang tak boleh blah tue...aku terus cirit-birit....tension je rasanya...dah la kat perut dah kosong....leh lak dia sakit perut...

owh tuhan...Engkau benar2 menguji hambaMU yang kurus ini di bulan puasa....hu3

ptg tu lak..lepas class hydro...aizat ajak pg pasar malam...so aku pun ke toilet dulu utk melepaskan hajat...yerla dah nama pun cirit-biritkan...yang malangnya...aizat ingat aku dah blah blk rumah....so dia pun meninggalkan aku dengan slumbernya...

maka alkisahnya...terpaksa la aku melepak2 kat Bazar ramadhan kat KK1 tue tanpa tujuan...sbb aku tgk makanan2 yg di jual membosankan...xde yang berkenan...kecuali DIA yang ada ketika itu di sekitar ramadhan...he3

selesai.


7,8, 9 & 10 ramadhan 1430

4 hari ini aku gunakan berbuka puasa di rumah bersama keluargaku yang terchenta....cuti merdeka di manfaatkan dgn sebaiknya bersama keluarga...yeah...anak yang baik...he3

alangkah seronoknya dapat berbuka puasa bersama family....aku tak faham kenapa ada juga orang2 yg bergelar manusia masih tidak mahu melawat ibubapa mereka yang berada di kampung....mungkin dorang tak pernah belajar erti kegembiraan andai ibubapa melihat anak2nya kembali menghabiskan masa bersama meraka...ponteng class moral & agama islam ( adab terhadap ibubapa) ketika di sekolah agaknya...

kita tinggalkan anak2 yang tak mengenang jasa ibubapa mereka....(aku sentiasa berdoa agar aku tidak begitu hu3)

apa yang paling menceriakan rumah aku wekend lepas ialah...anak buah aku dah pandai berjalan...comel je tgk dia sudah mula melangkah...saat2 itu sebenarnya di tunggu2 oleh kami sekeluarga....

seronok melihat dia boleh berjalan ke sana ke mari.....habislah nenek dia nak menjaga lepas ni...sbb dia dah pandai berjalan...mesti lagi nakal....he3

lepas je buka puasa yang ke-10....aku terus balik ke UMP menaiki kereta 'ferari' aizat taib....bersama 3 jejaka 'tampan' yang lain...(tetiba aku rasa nak pitam tulis ayat nie...hu3) mat,faliq dan macha...thankz aizat.



11 ramadhan 1430


hari nie hari yang sgt bersejarah buat bdk kuliah aku...sbb kitorang semua telah sedaya upaya untuk menjadi student international apabila di ajar oleh seorang lecture yang dimport khas dari india...beliau mengajar kami subject ENVIRONMENTAL ENGINEERING...

teramatlah 'seronok' lecture tersebut mengajar membuat aku begitu yakin dan percaya boleh dapat A subject tue...serius...aku tak tipu korang....yang aku cukup yakin....genggaman A dalam tanganku kini semakin tergapai2 di awangan...antara dapat dan tidak...

dan aku malas nak 'memuji' cara beliau mengajar...kerana aku mesti berlaku jujur...lagi2 di bulan puasa nie...tak baik menipu kan kawan2...he3

nie antara perkara2 yang aku telah buat semasa beliau mengajar...

  • awal2 tu budget focus la....lepas tu aku dah tergelak2 dlm hati cara dia menyebut perkataan2..tetiba aku rasa aku punya sebutan lebih baik daripada beliau....sbb bdk2 class aku selalu mengeji cara aku sebut perkataan apa2 pun dlm english...terutamanya aizat...hu3
  • lepas aku dah hilang focus...aku pun tertidor...siap boleh mimpi lagi...dasyat giler aku...hu3 (aku tertidur lepas aizat tidur he3)
  • time tgh2 ngantok tue...aku pun ala2 nak salin note dia la...sbb dia kata dia xkan bg slide tue mcm tue je...yg kelakarnya...aku boleh tulis pasal tsunami dan kedatang jepun ke tanah melayu....sgt menghayati sejarah kan time2 merdeka nie....xde kaitan langsung dgn topic pasal water pollution hu3
  • lepas tue...1 jam kedua....sbb class dia 2 jam...aku tgk bdk2 class aku dah hilang focus sume...sume duk buat muka bosan..bosan...dan bosan...huh...
  • then...tetiba dia tegur mudd...dia tanya kat mudd 'where are you?' ingatkan dia tanya kat aku or aizat...sbb mudd duk depan kitorang...dah la time tu aku duk msg DIA...he3 cuak gak...nasib mudd yang dia tanya...aku pun buat lawaklah kat aizat...klu aku yg di tanya soalan tue...'where are you?' aku terus jawab dgn jawapan2 nie....bombay or new delhi or taj mahal....he3
  • dan yang paling ptg...kesabaran kitorang time class tu sgt2 la diuji...hu3 yg ptg...kamus minda semuanya bergerak dgn selaju mungkin utk mentafsir...perkataan yang pelik2 keluar dr lecturer tue...hu3 nak tau antra ayat2 dia...buka blog fit n basyir...
dan satu perkara yang mengajar aku ialah...

"aku baru faham macam mana perasaan student2 pedalaman or student2 yang tidak pandai BI yang belajar sains & math dalam BI....hu3 "




ok lah...
aku rasa dah terlalu panjang entri nie....
til d end


salam ramadhan ke-12 buat semua~






alif ba ta: hidup ini indah...andai kita tahu mewarnainya...dengan warna yang sesuai kan...?

salam merdeka~





kita meronta bila tanah ini di jajah

kita mencari sayap untuk bebas

terbang ke udara

kerana kita tahu kita juga mampu

namun

bila kita terlalu bebas di udara

kita terlupa

rupanya ada bumi

yang perlu untuk di injak

bukan untuk di pijak-pijak.

salam merdeka~

Popular Posts

Popular Posts since May 2010