Friday, September 11, 2009

1 Malaysia katanya....

Assalamualaikum & salam sejahtera....
semoga semua bahagia di bulan ramadhan yang penuh keberkhatan ini...amin



hari ini..di saat aku menulis entri ini...aku masih lagi berada di bumi UMP...aku tak jadi balik hari nie (jumaat) di sebakan hal-hal yang tak dapat di elakkan....maka esok pagi sabtu baru aku akan bertolak balik kepuchong....yeah...

dan...untuk entri kali ini aku terpanggil untuk berbicara mengenai

isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

pada awalanya aku malas nak ambil berat akan isu ini...sebab aku sudah cukup muak dengan isu politik di malaysia yang aku rasa tersangatlah bodoh dan tidak berintelek...tak cukup belajar agaknya time sekolah dulu....sebab tu benda yang boleh di selesaikan dengan senang jadi benda yang besar...dan yang paling aku tak boleh terima akal ialah apabila isu agama dan kaum di permain2kan....

setahu aku baru je sambutan bulan kemerdekaan yang ke 52 di sambut dengan penuh sederhana dan ukhwah....tapi isu sebegini boleh timbul sehingga mengadakan perarakan membawa kepala lembu di adakan di hadapan bangunan kerajaan selangor....dan yang tak boleh blah...penghayatan 1 malaysia sebenarnya masih tidak menjadi ikutan ataupun di terapkan dengan sebaiknya ke dalam diri rakyat malaysia walaupun moto kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia...

bodohkan....sanggup nak berarak time puasa2 nie hanya memperjuangkan agama yang aku rasa bukan pada tempatnya....konon2nya la...perjuangkan agama...padahal....mempolitikkan agama adalah....pe nak jadi dengan org islam melayu sekarang...berfikiran sempit...huh...sedih aku tengok....

sebenarnya isu ini teramatlah mudah...tiada merugikan siapa2 pun...cuba mentaliti masyarakt dekat syeksyen 23 tu yang tidak terbuka...semuanya nak tunjuk alim....budget suci la katakan...

isunya bermula begini..,

Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


*entri ini aku ambil dari MALAYSIA WAVES...blog penyokong pakatan rakyat.


aku suka cara penerangan beliau...bukan bermakna aku menyokong mana2 pihak...namun aku melihat dari pandangan anak muda yang masih belum mendaftar mengundi lagi...walaupun sudah layak mengundi....:)

andai penjelasan ini di dengari oleh mereka mereka yang gigih memperjuangkan 'agama' kononya....pasti mereka dapat memahami apa sebenarnya situasi sebenar...janganlah kita terlalu cepat melenting...itu bukan sifat seorang yang muslim...andai benar anda memperjuangkan agama dengan ikhlas....bertenang dan menyelesaikan dengan baik dalah jalan yang aku rasa terbaik...islam bukan agama paksaan...lagi pun perlembagaan sudah menggariskan bahawa kaum-kaum lain berhak untuk menganuti agama-agama masing-masing...maka tak salah jika kita memindahkan Kuil tersebut ke syeksyen 23...ianya untuk kebaikan penduduk di syeksyen 19 juga yang mana 'sudah tertipu' dengan tindakan kerajaan sebelum ini...

usahlah kita terlalu prejudis dengan perkara ini...kita ambil ia sebagai bukti...kita masyarakat malaysia yang menerima 1 Malaysia seperti yang di laungkan oleh Perdana Mentri kita...dato seri Najib...adakah ini hadiah yang cukup besar buat dato seri najib setelah penat melaungkan 1Malaysia...Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di Utamakan....

ok lah...aku rasa cukup sampai di sini entri aku..sebab aku tak nak tulis lebih2...takut ada yang mengecam blog aku...AWAS...blog ALIF BA TA duniaku harus beradap sopan sikit....katanya...ha3

til d end...







alif ba ta : kawasan puchong dekat rumah aku....kuil sebelah surau je....selang beberapa meter....MASJID PUCHONG PERDANA yang terapung ala2 putrajaya...yang baru beberapa tahun siap di bina....tak de pun orang2 india kat situ buat rusuhan ketika pembinaan....sebab orang2 hindu kat puchong bertoleransi...walaupun bilangan mereka agak ramai jugak...tak mcm penduduk islam di syeksyen 23...huh.!


0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010