Friday, September 4, 2009


Di ruang ini
Aku cuba menepis waktu
yang kian mencengkam diri
Aku cuba memadam ruang selesa
hingga kadang-kadang
Aku ketawa dalam sepi
Aku menangis dalam gembira
Aku berlari-lari mengejar kenangan
membetulkan masa lalu
dan meninggalkan masa depan
yang menjanjikan sesuatu yang baru
kerana aku mau jadi seperti mereka
punya yang sempurna

namun
aku sedar satu perkara
rasa itu hanya satu
andai hati kata gembira
maka ketawa
andai hati kata sedih
maka menangis
kita penentu jasad
meski pilihan itu beribu

kini baru ku sedar
yang satu itu tetap satu

terciptanya punya istimewa
kerana kita tidak boleh menjadi yang lain
tapi kita boleh menjadi yang terbaik
daripada kebiasaan kita.


10:53 pm
2 september 2009
jumain




alif ba ta: salam ramadhan ke 14~

3 pengkritk ceritera duniaku:

eiza in the house.. said...

salam,
betul tu kan yg satu tetap satu,
kita sbg diri kita cuma ada dua pilihan mau menjadi baik atau jahatkan..

wahyudi my said...

selamat bersulang puisi jumain :)

jumapx said...

to eiza,
wsalam...
betul2...kita penentu siapa kita sebenarnya..he3

to wahyu,
he3 slamat juga ke atas kamu...he3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010