Monday, September 7, 2009

kompas kehidupan~



kompas
itu penentu arah
bagi mereka yang mencari-cari
jalan jalan kehidupan
utara
selatan
timur
& barat
yang menentukan
jalan itu lurus ataupun berliku

kompas
itu satu perkara asas
agar jalan jalan yang kita lalui
adalah jalan jalan yang di redhai
agar di penghujungnya
kita bertemu cahaya kehidupan

puas aku mencari cari
di mana dia kompas terbaik
agar jalan jalan ku
terus di sinari keimanan dan keredhaan
rupa-rupanya
aku menemuinya sejak kecil lagi
semenjak aku mengenal apa itu Alif
apa itu Ba
dan apa itu Ta
hinggalah aku pandai mengenal apa itu Ya
Kompas yang sudah lama aku tinggalkan
tersimpan rapi di sudut sepi
tanpa pernah untuk aku
membacanya sebagai satu amalan

Oh Tuhan...
kembalikan hati hati ini
untuk menjadikannya
teman dalam hidupku
agar
jalan jalan ini sentiasa
menjadi jalan jalan insan yang kau pilih...


amin






alif ba ta : salam nuzul Al-Quran buat semua muslimin...

2 pengkritk ceritera duniaku:

amer @ ijjad said...

time belajar ni pon dah susah nak constant..
aku bimbang btul nak melangkah ke fasa hidup berikutnya..

basicnya alquran..
baca dan fahaminya..
semoga kita terus dalam redhaNya..
dan terus berdamping dgn alquran tercinta..

patungcendana said...

ya...penunjuk arah yang satu itu memang seringkali di lupakan...huhuhu

Popular Posts

Popular Posts since May 2010