Thursday, September 10, 2009

tahajud cinta




Assalamualikum & salam sejahtera...
salam ramadhan ke-20 buat semua...



wah...sekejap je rasanya puasa kali nie...sedar tak sedar rupanya kita dah pun masuk fasa 10 malam terkahr ramadhan....hu3

aku pun mula mengitung pahala dan amalan yang telah aku lakukan...berapa? itu urusan aku dengan tuhan yang maha pengasih...:) anda?

ketika aku menaip entri aku...aku sebenarnya berada di dalam class bi...tapi di sebabkan aku duk belakang sekali...maka aku pun buatlah kerja lain...iaitu mendownload lagu...sama seperti class computer programming or class facebooking klu bdk class aq gelarkan...

maka...tengah download2 tue...teringatlah semalam dengar kat radio...akak aku..eh silap dato' siti ada lagu baru...aku pun apa lagi search la kat pak google yang sudi utk mencarikan...

maka aku pun terjumpala satu laman web...yang memberitahu dato' siti dah pun mengeluarkan album barunya yang berkonsep ketuhanan....

album beliau akan di pasarkan di pasaran mulai hari ini iaitu 10.09.09....wah...akhirnya dapat juga siti mengeluarkan album ketuhanan beliau....tahniah dato siti...anda memang seorang penyanyi yang bersemangat memperjuangkan seni hiburan di malaysia...walaupun ekonomi malaysia masih tak stabil sangat lagi...

dalam album ketuhanan beliau kali ini terkandung lapan buah lagu yang mengunakan khidmat penerbit terkenal Eddie Marzuki, Audi Mok dan penerbit dari Indonesia, Tya Subiakto. Album yang bergenre pop itu berkonsepkan kerohanian seperti “Asma Ul Husna”, “Ya Rasulullah”, “Pintu Raudah” dan “Ku Percaya Ada Cinta”.

aku apa lagi...carilah lagu yang boleh di download...dan aku jumpa lagu ini...


Ku Percaya Ada Cinta

Lagu: Audi Mok
Lirik: Habsah Hassan

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNyapasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


wah...bukan calang2 lagu nie...penciptanya audi mok dgn habsah hassan...excited lak aku nak dgr lagu nie...cepat2 download semua....(teruk betul...kata peminat no.1 tapi bukannya nak beli album dia pun...) hu3 ala aku download pun satu lagu jek...he3

siti antara artis malaysia yang bukan menyanyikan lagu2 bergenre ketuhanan yang berani utk tampil dgn album sebegini....kredit utk dato' siti...kalau di indonesia sudah menjadi satu trend utk artis2 yang popular di sana untuk mengeluarkan album berkonsepkan ketuhanan....tak mcm malaysia...semuanya takut rugi....bukannya nak fikir dapat pahala kalau berdakwah dengan menyanyi...sebab tue laindustri hiburan di malaysia agak lembab sikit berbanding indonesia...aku bukannya nak mengeji industri hiburan malaysia...tapi aku nak kita pandang ke negara jiran yang cukup berani utk menghasilkan sesuatu yang lain dari biasa...bukannya lagu2 yang stereotype malay class....

apa pun...aku tak sabar nak dengar semua lagu dato' siti dalam album baru nie...harap2 pintu hati aku terbuka utk beli album dia...he3

ok la...aku terasa berdosa lak main internet ni di kala class sedang berjalan...tapi yg ptg....ko mampu time lecture ada kat class update blog dan main FACEBOOK?

aku mampu...he3


ok
til d end semua...
salam ramadhan ke 20....






alif ba ta: semoga dato' siti cepat dapat pewaris beliau....hu3 love u dato' siti...

4 pengkritk ceritera duniaku:

law said...

first time ak tgk org dh wat salah tp leh plak berlagak kononnya hebat sb dia berani wat..org lain xberani..
hahaha...
sedar la ckit juma oii...bayangkn kalo ko adalah lecturer tersebut,pe rse ko nnt?

jumapx said...

to law...
sibok je la law nie...
klu aq jd lecture...
aq siap suru lagi dorg sama2 bk Facebook n blogging...hhahaaha kata class writing...:p ada kaitan kan?

AyanaAsham said...

aku pun same spt kamu
xpe student kan kaki explore......:)

Raja Azrul said...

patutnya ko beli album ni..bukan dok download...

abang tahu album siti time pegi jusco midvalley. Tapi dengar lagu dia macam biasa jer...

so tak jadi beli..ntahlah macam tak sesuai pulak imej siti nak nyanyi lagu berbentuk ketuhanan...

* tak ubah macam sharifah aini time wat album yayadan 10 tahun lepas..masa tu bertudung, tapi lepas tu..hehehe

jangan marah erk..peminat siti

Popular Posts

Popular Posts since May 2010