Sunday, September 6, 2009

TALENTIME is masa bakat!




Assalamulaikum & salam sejahtera...
salam ramadhan ke -16 buat semua...





hari nie aku bangun seperti hari2 lain di waktu tiada class....pukul berapa tue tak payah la aku mention...he3

aku gigih menghabiskan cerita TALENTIME yang aku tengok sekerat2 semalam....aku sambung pagi nie....

pada awalnya aku rasakan cerita nie hanya cerita biasa...namun satu babak ke satu babak membuat aku terasa aku turut menjiwai watak2 yang ada dalam cerita tu (hebat giler aku leh masuk dalam cerita tue...)..itulah aku...bila tengok cerita yang bermain dengan jiwa...

jiwa ku mula merasa satu perasaan...yang membuat aku tidak tahan...akhirnya ia mengalir juga...walaupun dalam bulan puasa...lantaklah makhruh ke apa...apa yang ptg...aku masih puasa he3

sungguh...aku tidak tipu...cerita ini betul2 bagus...teramatlah rugi bagi mereka yang masih tidak tengok cerita nie...nasib baik aku ada kesempatan utk tengoknya...kalau tak..aku juga tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

aku rasa ini adalah karya terbaik arwah yasmin ahmad...kerana ianya berjaya menjadikan cerita ini sebagai 1 malaysia...dan filem ini selayaknya di tayangkan secara umum di TV kerajaan utk melihatkan kepada masyarakat malaysia...ini contoh sebuah negara 1 malaysia...

banyak benda yang mengajar aku melalui cerita ini...banyak benda yang membuat aku berfikir diluar kotak fikiran biasa rakyat malaysia mahupun fikiran seorang melayu dan islam...

apa yang penting...cerita ini sungguh hebat...tak perlu pelakon yang popular dgn nama, tak perlu lokasi yang viewnya cantik2 belaka, tak perlu aksi-aksi streotype cerita melayu mahupun cerita cinta yang tangkap leleh...(meluat aku...huh)....

namun...yang paling utama ialah mesej yang ingin di sampaikan...dan kejujuran di dalam kita berkarya....sudah cukup membuat sesebuah karya itu menjadi suatu yang terbaik...dan akan di kenang sampai bila-bila...

kepergiaan arwah yasmin ahmad suatu kehilangan...membuat kita hilang insan yang tahu erti malaysia sebenar....Al-Fatihah utk beliau...




bisu bukan bermakna
tak mampu berkata
pekak bukan bermakna
tak mampu mendengar
kerena cinta itu
tidak semestinya di luah dari mulut
dan didengar dari telinga
tapi
ianya bisa datang
dan di mengerti
dari hati yang tulus
itulah kekuatan cinta!








alif ba ta : melihat lakonan jac dlm cerita nie membuat aku sedar..sememangnya beliau layak utk memenangi anugerah pelakon harapan FFM22....tahniah jac...


1 pengkritk ceritera duniaku:

angahpikah said...

cerita yasmin mmg best.. sangat terasa kehilangan utk filem2 melayu yg unik. sgt lain dr yg lain.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010