Saturday, October 10, 2009


aku sudah kering
di sedut dunia yang kejam
yang terus menerus
menikam hati dan fikiran

aku sudah penat
di tarik graviti bumi
yang tiada henti
mencari mental
agar aku realistik pada dunia

apakah hati aku sudah batu
atau jantung sudah tidak mahu berdenyut
hingga akalku beku
mencari jawapan kepada persoalan


namun
menyoal tanpa mencari punca
bukan jawapan kepada semua yang kosong
tetapi sejauh mana kita cuba
untuk memenuhi ruang kosong itu

mungkin
biar hanya masa
yang memenuhinya
agar yang bersirat
terlerai
yang kabur
menjadi jelas







alif ba ta: aku hanya mampu hadiahkan kata2 ini...kerana aku sudah buntu mencari bahan untuk entri2 yang baru...

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010