Saturday, October 10, 2009

GAMPANGNYA INDONESIA


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga MALAYSIA senantiasa di jauhi daripada hukuman ALLAH YANG ESA...Amin...



kalau di indonesia...'GAMPANG' bermaksud 'senang' atau 'mudah'...namun di malaysia...perkataan gampang jugak di gunakan oleh sesetengah remaja2...yang membawa maksud sesuatu perkataan untuk mengeji seseorang...kalau tak silap aku la...sebab aku pernah dengar perkataan ini di gunakan oleh remaja2 yang suka lepak2 tepi longkang dan shopping mall...

namun itu bukan isu utama untuk aku menulis entri ini...isu utamanya ialah isu berkaitan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang mana mahu menyerang MALAYSIA TERCINTA pada 8 oktober 2009 yang lepas menggunakan buluh runcing...mereka terdiri daripada lebih kurang 50 orang....yang konon2nya mahu berjihad...dan telah pun mengadakan sekatan jalan di Diponegoro dengan memaksa mereka-mereka yang melalui jalan tersebut untuk mempamerkan identiti card...jika malaysia...maka di tahan...selain itu...dengar cerita...seramai 360 pengamal ilmu di sana sudah bersiap sedia untuk menyerang malaysia...tak pe..kalau indon bersedia dengan ilmu2 hitam dorang...mari kita semua bersiap sedia dengan membaca ayat2 al-quran...biar setan2 yang dorang puja tu pulak makan dorang balik...




alhamdulillah....perkara ini tidak menjadi kenyataan ataupun realiti...kenyataannya...mereka sedar ianyanya bukan seGAMPANG yang mereka sangka...yer la...dengan bilangan mereka yang sedikit mustahil la mampu untuk melakukannya...bukan memperkecilkan...tapi tuhan itu MAHA ADIL kan...

sedangkan rakyat indonesia yang mahu berhijrah ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi untuk anak dan bini di indonesia pun terpaksa berhimpit2 naik tongkang ataupun perahu meredah ombak badai yang besar....itupun ada juga yang terkantoi ataupun lemas akibat perahu atau bot mereka karam....maka berakhirlah cerita hidup mereka...gigih..

isu ini timbul akibat daripada isu2 berbangkit sebelum ini seperti isu Manohara yang budget mis universe tue,isu tarian pandet yang aku tak berkenan pun nak tau, isu batik jawa yang sudah pun di wartakan menjadi milik indonesia...tahniah..siap suru rakyatnya pakai batik lagi time hari kemenangan...nak sangat ambik la...aku tak kesah...yang penting batik malaysia dan indonesia tidak serupa...isu ambalat...isu orang gaji dari indonesia di tindas....dan...aku rasa esok lusa pasti ada lagi isu2 berbangkit...yang aku kira tidak perlu untuk kita semua berbalah atau bertekak...buang masa...

aku masih tidak faham dengan segelintir rakyat indonesia yang tidak berfikir secara intelektual ini...kerana bertindak tanpa pernah berfikir akan kesan baik antara kedua-dua negara...mungkin juga rakyat2 indonesia yang melakukan tindakan membakar bendera malaysia serta melakukan rusuhan ini...tidak mempunyai pekerjaan agaknya...maka ada sesetengah orang mengupah untuk mereka melakukan perkara sebegitu...itu sekadar andaian aku...kerana jika benar ingin memperjuangkan kebudayaan negara ataupun negara itu sendiri...bukan begitu caranya...ada cara2 baik yang boleh di lakukan...seperti isu berbangkit hak milik batik itu sendiri...malaysia tak bising pun walaupun kemenangan berpihak kepada indonesia...kita memerima seadanya...kerana batik malaysia dan indonesia suatu yang berbeda...

dan lagi satu yang aku rasa kelakar ialah...konon2nya Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) 'berjihad' untuk mempertahankan negara mereka...persoalannya sekarang...mereka berjihad bukan kerana di serang musuh...ataupun tentera malaysia menyerang indonesia...kenapa boleh di jadikan perkataan 'jihad' itu wujud...lagi pun...anda berjuang bukan kerana AGAMA ISLAM...jangan sesekali menggunakan perkataan JIHAD....

Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;


“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.



ayat inilah yang selayaknya untuk mereka yang konon2nya mahu menyerang malaysia ntuk mereka sama2 hayati...atau mungkin aku terlupa...org indonesia mengamalkan agama yang campur...suka hati dorang je nak berpegang pada mana2 agama...ini kenyataan...jangan cuba untuk berdalih atau menuduh aku untuk berkata tidak (sebab sinentron indon pun sudah cukup mengambarkan mereka itu bagaimana walaupun tidak semua)...bukan nak berkata aku nie kuat agama...tapi sekadar untuk sama2 beringat...

dan betul kata mazidul dalam blog beliau...bukan isu perang yang ingin di lakukan oleh BENDERA ini yang di takutkan...tetapi rakyat indonesia yang berjumlah 1.9juta di malaysia ini yang harus kita berhati2...takut2...kalau mereka yang ramai ini berpakat untuk melakukan sesuatu di luar batasan sebagai pendatang yang mencari kerja...dan melakukan rusuhan atau perang ke atas malaysia...

isu2 berbangkit ini tidak perlu di jadikan isu besar...kerana kita berada dalam satu rumpun NUSANTARA...yang mana...ada sesetengah adat dan budaya....kita serupa...mengapa harus timbul isu claim budaya...satu tindakan yang tidak rasional...!

dan aku harap...rakyat malaysia tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang2...ataupun menimbulkan lagi kemarahan antara kedua2 negara...kerana apa yang penting ialah bukan siapa yang mula...titik akhir harus di cari....agar akhirnya nanti.,..tiada siapa yang rugi....kerana hidup berjiran/bertetangga harus ada kerjasama...barulah hidup aman sentosa..

titik







alif ba ta: darah daging ku juga mengalir darah keturunan indonesia....cuma aku di besarkan di MALAYSIA yang aku cintai....

3 pengkritk ceritera duniaku:

masturah idrus said...

boleh bg link blog mazidul? nyway,thanx for the info..

The Hobbit Frodo said...

sangat setuju ~


Tindakan "paranormal" sang pengadu domba media indonesia sbnrnya yg menaikkan lagi rasa anti malaysia dikalangan org hendon.


Bendera?? kumpulan yg ditubuhkan oleh partai politik anti kerajaan ((menurut sumber)). Tiada alasan sbnrnya nak serang malaysia. itu tindakan kebudak2kan ...


MAlaysia?? Tahniah kerana dasar yg bnyak mendidik warganya berfikir rasional. Sistem?? Lebih baik berbanding negara lain. Me?? bertuah menjada warganegara Malysia.


>____<

D' onLy oNe said...

mereka xsdar..even dah kena bencana alam skali pun..malaysia sggup ketepikan segala tuduhan2 keji yg prnah dilemparkan kpd malaysia,dgn memberikan bantuan..
mereka patut berubah..jgn sesekali fikir ke blkg..berfikirlah secara matang dan rasional..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010