Wednesday, October 7, 2009

PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN



Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga hari kita lebih baik daripada semalam...amin


aku baru saja tengok cerita 'PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN'....lama aku tunggu filem indonesia arahan Hanung Bramantyo ini untuk di tayangkan di Malaysia...

aku mengetahui cerita ini ketika dato' siti nurhaliza merakam OST utk filem ini iaitu Ketika Cinta dan juga Batasku Asaku...yang mana kedua2 lagu ini turut di masukkan ke dalam album terbaru siti sendiri iaitu tahajjud cinta...

aku dapat cerita ini daripada ftp...aku download sendiri...gigih...sebab nak sgt tengok cerita ini...mcm best...sebab pengarahnya sama dengan filem Ayat-ayat cinta...

aku mmg suka tgk cerita Ayat-ayat cinta tue...so b4 aku tengok filem perempuan berkalung sorban...aku meletakkan sesuatu yang tinggi terhadap cerita ini...kerana pengarahnya yang sama...

filem ini nampaknya berjaya membuat aku begitu teruja dan sangat bangga (meski ianya bukan filem malaysia)...kerana masih ada pengarah filem yang berani untuk mengangkat cerita berunsurkan agama seperti ini...hebat mmg hebat...walaupun ending cerita ini hanya biasa2 saja...namun tema dan mesej yang ingin di sampaikan aku kira sudah cukup bagus...dan aku harap ianya sampai ke hati merek2 yang menontonya...

mungkin ada di antara kita yang melihat cerita ini terutamanya org malaysia akan tidak faham cerita ini bagaimana...kerana tidak memahami bahasa indonesia dgn baik...nasib baik aku lahir di negeri sabah yang terchenta...maka tidak perlulah sarikata BM...(berlagak la pulak...)

dalam hati aku...filem sebegini harus banyak di hasilkan di malaysia...jika pengarah indonesia boleh buat...mengapa tidak pengarah kita...ini tidak...asyik2 jalan cerita berkisar cinta,seram dan lawak bodoh yang entah apa2....aku malas nak senaraikan filem2 bodoh yang di hasilkan oleh pengarah2 malaysia yang aku kira tidak begitu kreatif dan juga penerbit2 filem yang terlalu mengejar keuntungan berbanding menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan boleh di angkat ke antarabangsa...yang ada pun sudah kembali ke Rahmatullah....AL-fatihah buat yasmin ahmad...

dan masih ada seorang pengarah yang boleh menghasilkan filem hebat yang mengangkat unsur2 keislaman...iaitu khabir bahtia...aku cabar beliau utk menghasilkan filem yang mengangkat unsur2 keislaman (walaupun dia tak baca blog aku kan)...kerana aku rasakan drama NURKASIH arahan beliau sudah cukup bermutu dan baik...kenapa tidak membuat filem yang sebegitu temanya...pasti menjadi suatu masterpiece yang boleh di agungkan nnt...

ehmmm...entahlah...aku pun tak tau nak ckp dgn industri filem malaysia skrg nie...dah la kekurangan pelakon yang berbakat...di tambah pulak dgn cerita2 filem yang skripnya...budak sekolah menenagh pun boleh buat...

aku ckp nie aku sedar diri...aku bukan ambil jurusan seni persembahan atau perfileman...aku hanya seorang pelajar jurutera yang begitu cintakan seni...aku juga mahu industri seni malaysia bangkit menjadi industri yang terhebat di rantau ini...sehebat Bollywood...mahupun Hollywood....

impian dan cita2 yang besar mampu di capai...andai usaha juga melebihi impian dan cita2 itu...kan...

ok la...
ini sinopsis filem PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN dalam bahasa indonesia...aku rasa korang faham kot...

Film ini berkisah mengenai pengorbanan seorang wanita Muslim, Anissa (diperankan oleh Revalina S. Temat), seorang wanita berpendirian kuat, cantik, dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga Kyai di sebuah pesantren Salafiah putri al-Huda, di Jawa Timur, Indonesia, yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah al-Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang. Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (diperankan oleh Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati pada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (diperankan oleh Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo, Mesir. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Yogyakarta, Indonesia, dan diterima. Namun Kyai Hanan tidak mengizinkannya dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Namun Anissa bersikeras dan protes kepada ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (diperankan oleh Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataannya Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (diperankan oleh Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh. Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.....

nak tau jalan cerita seterusnya...pergilah cari sendiri he3....

sejujurnya...cerita ini bagi aku mmg bagus....mengangkat permasalahan2 mengapa wanita tidak di angkat setinggi lelaki di dalam agama islam...

setidak2nya...filem ini menunjukkan yang berkarya dalam filem itu tidaklah terlalu jijik...malah ianya mampu untuk mendidik manusia menjadi manusia sebenar...

bak kata Dato' Siti Nurhaliza dalam album terbaru beliau iaitu tahajjud cinta..."seni tidak sejelik yang di sangka malah mampu menjadi karya yang terus kedalam jiwa"

sekian...







alif ba ta: 4/5 utk filem ini...:)

3 pengkritk ceritera duniaku:

AyanaAsham said...

cam besh je cite ni....

ttg drama nur kasih tu pun
asenya drama tu dah ckp menarik bagi aku,suke lokasi penggambaran cite tu
menarik:)

masturah idrus said...

interesting!rase2 da blh download ke ha?? tringin nk tgk

jumapx said...

to ayana...
mmg best..he3
tau xpe...view drama tu sgt cantik...pandai khabir bhatia cr angel view yg lawa...

to masturah...
ko cr la kat ftp sape2...mesti ada punya..

Popular Posts

Popular Posts since May 2010