Wednesday, November 4, 2009

aduhai Dr.Asri...










alif ba ta : isu mengenai Dr. Asri yang aku rasa semakin hangat & panas menarik perhatian aku...bertubi2 fitnah yang di lemparkan ke atas beliau...mungkin ada di antara kita tidak mengenali siapa dia Dr.Asri ini...tetiba je jadi fomous kan...beliau adalah bekas mufti perlis dan sekarang menjadi penceramah bebas serta pernah mengajar dan sedang mengajar di UIA dan USM (klu xsilap aku)

beliau di tuduh
  • memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab
  •  memberi ceramah tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman wahabi


tuduhan ini datang daripada penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari...

dr.Azri mendakwa yang semua tuduhan keatas beliau adalah fitnah semata-mata...wah kalau benarlah ianya satu fitnah...ini sudah menyebabkan orang ramai akan memandang rendah terhadap kredibiliti JAKIM dan juga ILIM selaku antara institusi yang menguruskan hal-ehwal agama di dalam negara...

yang memelikkan ialah jika benar Dr. Asri tidak ada sijil yang di tauliahkan...mcm mana beliau pernah di terima untuk mengajar di UIAM dan juga USM...? dan juga beliau adalah pengacara bagi salah satu program di Astro Oasis iaitu Bahtera Perubahan (dari situlah aku kenal dr.asri nie...he3)

kemudian, Perdana Menteri sendiri tidak tahu menahu isu ini berkaitan dengan Kerajaan Pusat...pelik memang pelik...adakah...ada insan2 yang konon2nya di luar berhati suci memperjuangkan agama...tetapi dalam hati...punya hati dengki melihat insan2 lain..yang memperjuangkan agama islam...owh aku sungguh tidak faham tentang ini...tolong jelaskan...hu3

inilah masalahnya bila agama dan pejuang agama mula di politikkan dan di permainkan...ehmmm..sedikit tanda2 kiamat nak dekat agaknya...hu3

walauapa pun yg terjadi...aku harap akan ada sinar kebenaran yang akan muncul...kerana aku yakin dunia ini ada keadilannya...

dan aku suka utk memetik kata2 Dr.Asri nie...

"Jangan guna terlalu banyak akta dan kuasa untuk menghalang masyarakat mendapat ilmu yang baik. Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan,"

sekian.

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010