Monday, December 7, 2009




 
alif ba ta,

aku baru sedar satu perkara...dalam kehidupan kita mengejar sesuatu yang di impi...ada satu perkara yang kita sangkakan...kita sudah mencuba yang terbaik untuk mencapai apa yang kita impikan...namun hakikatnya...takdir tidak menentukan seperti apa yang kita mahu...

dan ketika itu..bermacam fikiran yang bermain di fikiran kita...sehingga terdetik di hati...mengapa takdir tidak mahu berpihak sedangkan usaha yang kita lakukan sudah sehabis baik....

dan ada ketika juga...kita tidak pernah terlalu mengharapkan sesuatu yang tinggi...namun ia datang tanpa pernah kita duga...umpama bulan jatuh ke riba...yang di kendung tidak berciciran...yang di kejar semakin dekat...

dan di situ...baru aku sedari...sesuatu usaha itu menuntut PENGORBANAN untuk menuju apa yang kita impikan...andai usaha yang kita buat pada hari ini yang kita sangkakan sudah cukup baik...namun hasilnya tidak seperti apa usaha yang kononnya kita sangkakan sudah cukup baik...bermakna...usaha yang kita lakukan itu sebenarnya belum lagi besar untuk mencapai apa yang kita impikan...

dan...KEJAYAAN itu akan datang juga...jika sudah tiba masanya menjadi milik kita...andai usaha terus di lipat gandakan...tanpa pernah mengenal erti penat...

kerana...sedarlah satu perkara...jika hari ini KEJAYAAN yang kita impikan itu belum berada di genggaman...maknanya...TUHAN menunda KEJAYAAN ter sebut pada masa yang akan datang ataupun KEJAYAAN lain yang memberi kepuasaan kepada kita...kerana TUHAN itu MAHA ADIL & SAKSAMA....

apa yang paling penting...jangan pernah menyalahkan TAKDIR...

sekian.







1 pengkritk ceritera duniaku:

Raja Azrul said...

salam..

abang faham perasaan jumain itu, sebenarnya ada banyak perkara yang perlu kita rujuk kembali.

1. adakah jumain betul2 berikan komitmen kepada debat? cuba uji kemampuan awak sendiri?

2. Adakah jumain rasakan ini yang terbaik pernah awak buat? cuba lihat kembali..awak pernah menang banyak kali, pernah dipuji..sudah semestinya anda adalah terbaik!

3. adakah jumain selesa dgn team skrng ini?

dalam debat, ada banyak faktor menentukan menang atau kalah. abang percaya, ada masa kita perlu lihat nasib, dan apa pecaya pada ketentuaNya..

tapi usaha dan komitmen perlu juga ada. Passion untuk debat perlu kuat. Satu faktor abg nampak pada budak2 junior UMP ialah kurang kosisten dalam latihan..

jadi, cubalah terbaik untuk jadi terbaik..ingat, selepas ini, awak bertanggungjawab membimbing pelapis pula. Kami bekas senior sentiasa menyokong dan membantu awk

Popular Posts

Popular Posts since May 2010