Friday, December 18, 2009

salam hijrah 1431~

Assalamualaikum & salam maal hijrah~

sudah lama tidak update blog nie..ada la dlm 2 week mcm tue...terasa gatal sgt nak menaip dan berkongsi cerita bersama anda semua...

terlalu banyak yang bermain di minda dan mau di tulis di blog nie...namun kekangan masa yang menyebabkan aku tidak dapat untuk mengupdate blog nie sentiasa...

sebelum itu...aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1431 buat semua pembaca blog aku...dan juga seluruh umat islam di dunia ini...semoga hijrah yang memasuki ke 1431 ini..akn menjadikan diri kita lebih baik daripad tahun sebelumnya...amin

dan tak lupa juga aku nak ucapkan sekalung TAHNIAH buat pasukan bola sepak MALAYSIA yang telah berjaya menjadi JOHAN dalam SUKAN SEA KE-24 2009...penantian 20 tahun akhirnya tercapai...bangga..itulah yang dapat aku luahkan...sudah terlalu lama aku tidak menyaksikan pertandingan bola sepak...ye la..aku ini bukannya kaki bola...jadi nak tengok ptndgan bola sepak tue boleh di kira la...dan pasukan bawah 23 tahun ini berjaya membuktikan kebangkitan malaysia di Asia tenggara...TAHNIAH..

sedar tak sedar...lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan mengakhiri tahun 2009..cepat betul masa berlalu...masih terlalu byk lagi impian dan cita2 yang belum tercapai...tak pe..simpan pula untuk tahun depan. : )

sedar tak sedar juga...lagi seminggu je lagi..aku akan memasuki sem baru...sem 2 tahun 3..terasa cuak dan takut sebenarnya nak masuk sem baru nie...sbb bermula sem akan dtg nie aku akan mula membuat PSM 1...yang malangnya..aku masi tidak mencari supervisor aku untuk membuat PSM 1 nie..maka aku dengan pasrahnya hanya berserah pada takdir supaya aku akan dapat lecturer yang ok...dan buat project yg boleh aku buat..hu3

result sem lepas masih tak keluar lagi...dan aku masih menanti..adakah keputusan kali ini ada kenaikan atau terus menurun...aku hanya mampu untuk berdoa dan berserah...semoga keputusan kali ini memuaskan diri aku atas usaha yang telah aku lakukan selama ini...

oklah...aku rasa cukup setakat ini..meskipun dalam otak aku skrg terlalu byk nak tulis...dan berkongsi dgn anda semua...entri ini sekadar utk tidak mahu blog ini di kunjungi tanpa sebarang update dr aku...sekurang2nya entri ini memberitahu anda semua yang aku masih wujud :)

sekian~



alif ba ta: cuti kali ini aku manfaatkan dengan sepenuhnya...sbb aku kena bawa family mak cik aku dari SABAH untuk CUTI2 MALAYSIA~

2 pengkritk ceritera duniaku:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

angahpikah said...

juma, result dh kuar.. cuma kn tukar url skit.

ermmm xsv plak url 2.. nt sy kasik ek

Popular Posts

Popular Posts since May 2010