Tuesday, December 21, 2010

Episode 1: Perjuangan Terakhir

Alhamdulillah...tatkala entri ini di tulis. secara rasminya perjuangan terakhir aku untuk tahun ini sudah pun sampai ke penghujungnya. Meskipun dugaan dan cabaran yang datang menimpa satu persatu namun aku gagahkan jua untuk menempuhnya kerana aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

untuk episode 1 ini aku akan ceritakan sambungan entri sebelum ini. mengenai subjek Seminar Civil Engineering. seperti yang aku beritahu, pensyarah aku telah pun menggagalkan aku subjek ini seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini.

untuk tindakan selanjutnya, aku terus pergi berjumpa Penasihat Akademik (P.A) aku untuk menanyakan adakah aku betul-betul gagal dalam subjek tersebut. dan bila PA aku cek result aku, memang betul seperti yang aku teka dan duga.

dalam hati, memang geram juga dengan lecturer tue, sangat menyusahkan orang. Tapi nasib baik ada juga lecturer yang support aku dari belakang. Kecoh jugak kes aku ni, 1 fakulti tahu. popular sekejap he3

So, aku pun pergi ke JHEPA untuk menanyakan tentang surat khas untuk lecturer aku tu, samada sudah di hantar atau pun tidak. sebab sebelum ini memang aku dah suruh JHEPA untuk buatkan surat khas yang menyatakan ketidakhadiran aku ke seminar tersebut walaupun memang dah ada surat kebenaran yang aku dah pun beri lecturer tersebut.

dan JHEPA beritahu aku, yang pihak mereka dah lama dah hantar surat tu ke fakulti. Nasib baiklah dapat jumpa staff JHEPA yang memang pernah terlibat dalam Debat juga. Then dia pun call P.A aku untuk menanyakan hal yang sebenar dan macam mana nak selesaikan hal ini.

lepas jumpa JHEPA aku terus jumpa P.A aku balik, then hari tu memang meeting ketua-ketua unit subject untuk bentangkan result student. so P.A aku cakap kena tunggu keputusan meeting tu dulu baru boleh ambil tindakan.

aku pun hanya mampu menunggu keputusan samada aku di LULUSkan ataupun di GAGALkan. selepas aku selesaikan uruskan hal tersebut barulah aku boleh focus on latihan Debat Di Raja yang berlangsung dari 17-22 Disember 2010.

Next weeknya, result tak rasmi dah pun keluar. Maka aku pun gigihkan check result aku....

bersambung...



p/s: baru berkesempatan update entri setelah agak lama berehat beberapa hari di sebabkan komitmen terhadap Debat di Raja 2010.

Tuesday, December 7, 2010

Balance Subject



Prasasti Jiwa:

Gambar di atas adalah Balance Subject yang perlu aku ambil sebelum aku boleh bergelar Graduan. tetapi sepatutnya hanya ada 2 subject sahaja yang akan terpapar di dalam Graduation Application.

malang sekali, Subject BAA4031 Seminar Civil Engineering adalah subject yang aku ambil sem ini. dan subject ini adalah subject HL-Hadir Lulus. 

untuk di pendekkan cerita, anda boleh baca entri sebelum  ini di sini...klik

Nampaknya lecturer aku seperti mengotakan janjinya untuk mengGAGALkan aku dalam subject ini di sebabkan ketidak hadiran aku yang bersebab dengan adanya Surat Rasmi daripada JHEPA di sebabakn hari kejadian aku terpaksa pergi ke pertandingan Debat Perpaduan 2010 di Unimap.

yang peliknya, kenapa aku yang di gagalkan sedangkan aku mempunyai surat rasmi daripada JHEPA yang mengatakan ketidakhadiran aku ke seminar tersebut.

ketidak hadiran aku bukanlah sengaja untuk bersuka-ria kesana, tetapi atas tiket untuk berjuang membawa nama Universiti tetapi di sebabkan ada lecturer seperti beliau yang tidak pernah memahami walaupun sedikit sebab musabab aku tidak hadir maka aku di gagalkan (agaknya)

sebenarnya, aku sudah pun menyuruh JHEPA untuk memberi surat khas kepada lecturer tersebut. tetapi aku tidak pasti samada JHEPA sudah membuat surat tersebut kepada lecturer tersebut. sebab aku pun tidak pernah untuk menanya JHEPA sendiri.

aku ingatkan lecturer tersebut tidak akan mengotakan janjinya untuk mengagalkan aku, tetapi tak sangka dia buat betul-betul jugak. memang menguji kesabaran aku.

malangnya, aku dengar cerita seorang member aku yang  tidak hadir ke seminar tersebut kerana mengikuti pertandingan sukan antara fakulti di lepaskan pulak walaupun ada surat MC yang entah dari mana wujudnya. pelik betul.....

esok mungkin aku akan cuba untuk contact PA aku untuk bertanyakan hal ini. kalau benarlah seperti apa yang terpapar ini, maka aku perlu melakukan tindakan yang selanjutnya untuk mengelakkan aku daripada mengulang subject ini dan juga boleh menghalang aku daripada menjalani Latihan Industri tahun depan.

sangat membazir masa dan tenaga serta wang kalau nak mengulang subject ni sem depan. tak berbaloi langsung extend atau mengulang subject yang hanyalah Hadir Lulus! sangat memalukan...

aku bukannya nak cari gaduh dengan lecturer tersebut tapi dia yang mulakan 'peperangan' ini. aku hanya akan lakukan untuk mengegakkan KEADILAN aku yang mana Hak Asasi aku di cabar sebagai seorang pelajar. dan aku perlu untuk bertindak lebih berani untuk menuntut kebenaran sebelum Mesyuarat Senat pertengahan bulan ini untuk mengesahkan result.

aku sedikit kecewalah, bila fakulti aku bertindak untuk mempersetujui untuk mengaggalkan aku subject tersebut. sebabnya, kalau mereka tak setuju sudha tentulah subject tersebut tidak akan terpapar dalam Graduation Application dalam sistem yang menunjukkan subject yang aku perlu ambil sebelum boleh bergelar Graduan.

owh...Tuhan hebat sungguh dugaanMu kali ini. hu3

oklah. aku macam tiada mood nak update lagi, sebab tadi aku dah membebel panjang tapi bila nak post tetiba dia hilang then aku buka balik Edit Post tengok entri ni balik hanya tinggal sekerat dan dia tak save secara automatik...dah la tengah sakit hati, boleh pulak blogspot ni buat hal kan...mmg menguji kesabaran aku kan...hu3

tunggu perkembangan selanjutnya esok or lusa...k doakan yang terbaik untuk aku yer...: )

sekian.




p/s: sesiapa ada contact DatoSaifuddin Abdullah timb. menteri pengajian tinggi?


Monday, December 6, 2010

26# Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

kalau nak di hitung parut yang ada dalam hati. rasanya sudah menjadi corak agaknya. jatuh dan bangun sudah menjadi kebiasaan. luka sudah menjadi parut. kemudian luka lagi dan kemudian menjadi parut semula.

kadang-kadang nak berputus asa. letih. penat. segalanya yang lemah cuba menguasai diri. tapi aku bukan manusia seperti itu. yang mudah mengalah pada rintangan dunia.

inilah kehidupan yang realitinya harus di lalui. meskipun terkadang ianya kejam. tapi kekejaman dunia itu pastinya masih ada bibit kejujuran dan keikhlasan. kerana sehitam mana pun ianya cuba menguasai pasti ada sang putih datang menjernih.

hidup bukanlah untuk berhenti di tanda koma, tetapi hingga ke titik noktah. koma itu hanyalah untuk menyedarkan kita untuk berehat dan berfikir sebentar. apakah yang kita mahukan di pengakhiran noktah yang masih jauh perjalanannya.

setiap yang hidup pastinya mencari kebahagiaan, dunia mahupun akhirat sana. tetapi perjalanan mencari kebahagiaan bukannya datang dengan sekelip mata. bila kita mahukan ianya datang bergolek.

ianya perlu usaha, meskipun terkadang usaha itu pastinya di sulami kegagalan, kekecewaan. tapi jangan mudah mengatakan Tidak. kerana itu hanyalah salah satu daripada perjalanan dalam mengejar impian.

pernah juga hati ini merasa letih. bukan sekali hati ini kecewa. kalau di bikin cerita sudah boleh buat Novel berbuku-buku. siap boleh buat siri ala-ala cerita Lagenda Budak Setan. tapi aku tidaklah se Setan itu.

dalam aku meniti usia, dari kecil ke remaja, dan dari remaja meniti ke alam pra-dewasa. aku sudah mula fasih dan faham akan ertinya Cinta. satu anugerah Tuhan yang aku rasakan tersangatlah indah.

ianya hanya akan di berikan kepada mereka yang mengenal erti setia, yang mengenal erti menghargai, yang mengenal erti kejujuran dan juga mengenal erti kasih dan sayang.

luka kali ini betul-betul memberi aku pedoman dan pengajaran. mendidik aku untuk lebih mengenal dan memahami setiap inci erti dalam sesebuah perhubugan.

mungkin juga khilafku. yang tidak dapat menjadi terbaik dalam hidupnya. tapi aku cukup kecewa dengan sikapmu kini. kau bukanlah seperti yang aku kenali di babak pertama dulu. seorang wanita yang cukup sempurna di mata aku. 

tapi, aku kini bukanlah sebahagiaan dari hidup kamu. kerana aku bukanlah siapa-siapa di mata mu kini. aku pasrah dan redha. kerana Tuhan takdirkan kita bertemu hanyalah untuk belajar mengenal erti kehidupan. bukan untuk bersama selamanya.

hari ini, aku terus berhadapan dengan dunia yang penuh cabaran dan dugaan. dan esok adalah hari baru dan lembaran baru dalam perkiraan tahun Hijrah dalam Islam. 1432 Hijrah.

semoga, hari baru dan tahun baru ini akan menjadikan kita lebih dewasa dalam menempuh kehidupan pinjaman Allah ini. dan berharap agar iman dan amal di tingkat dan menjadikan kita antara insan dan hambanya yang di rahmati dan di berkati olehNya...Amin

Salam Maal Hijrah 1432 H

sekian.




p/s: Tuhan berikan aku kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang...amin

25# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa;

bila saatnya nanti
rindu terlintas di mindamu
kenangan menerpa di matamu
fikiran berputar pada cerita lama kita

saat itu
aku pasti
kau akan merindui
sejarah yang pernah kita cipta bersama

dan tatkala itu
untuk berpatah balik
mungkin mustahil
kerana kau sudah jauh
meninggalkan semuanya

dan aku?
akan terus menanti
dan akan terus membelek
kenangan kita
dan terus merinduinya...

dan
menanti akan hadirnya
penggantimu...

atau...
mungkinkah kamu kembali?





p/s: sebenci manapun kita akan sesuatu perkara...suatu saat nanti yang benci itu kita akan rindui juga : )

Sunday, December 5, 2010

24# Prasasti Jiwa

kau boleh berkata apa saja
sebab kini kau tak sendiri

kau boleh beri banyak alasan
sebab kini kau bahagia

kau boleh tuduh aku apa saja
sebab kini kau ada yang punya

jika dulu kata-kata kau atur
kini segalanya menyakitkan
menusuk jiwa

jika dulu akulah pemberi senyuman
kini akulah yang menyakitkan

kau tak pernah soal kenapa?
namun kau pendam dan tafsirkan sendiri

kau tak pernah usaha
namun kau cari pengubat luka yang lain

kau pembunuh hati yang kejam
tanpa pernah cuba merasa
apa yang aku rasa kini

dan yang paling menyakitkan
apabila kau kata aku tak pernah menyayangi kamu
aku tak pernah menghargai kamu
namun kau sendiri tak pernah menilai diri sendiri
cukup besarkah pengorbanan yang kau telah beri.

hebat permainanmu
licik!
dulu Ya kini Tidak

kalau boleh aku buka buku sejarah kehidupan
aku bagi kau baca semula
dan amati
yang kata-kata kau kini
adalah satu penipuan!

sudah
usah di kenang barang yang lama
yang di depan masih menunggu
untuk di lalui : )




p/s; biarlah aku menjadi Kejam dengan tidak mendoakan kebahagiaan kamu...kerana apa yang kau buat kepada aku melebihi dari Kejam! Terima Kasih.

Bom Tangan








Prasasti Jiwa:

aku sangat suka lagu ni...vocal,lirik n songs sangat mix together membuatkan lagu ni betul2 menusuk jiwa...lagi2 bila hati memang dah patah hati kan...he3

kalau korang tengok video music lagu nie...di pengakhiran klip video....Bruno bunuh diri...semuanya di sebabkan kerana gf dia curang dengan dia...

memang kalau putus cinta nie memang sakitkan..sampai ada yang sanggup buat benda-benda yang di luar fikiran...mungkin kerana kecewa tahap gaban punyalah orang kata...frust gila babi kot...mungkin sebab terlalu sayang tu yang sampai macam tu...

ehmmm...betul kata orang...buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...boleh di aplikasikan dalam hubungan juga kot...bercinta biar berpada-pada, berpisah jangan sekali....


setuju x?

sebab apa bercinta kena berpada-pada? sebab dalam bercinta janganlah terlalu menyerahkan seluruh jiwa raga...melebihi dari mencintai Allah...sebab tu ada yang terlanjur tue...sebab sayang punya pasal....melainkan sudah mengikat hubungan secara sah...kahwin.

dan berpisah tu janganlah sekali....bukan maksudnya kena berpisah banyak kali...then couple balik....tapi kalau boleh  jauhilah perpisahan dalan perhubungan...lagi-lagi  bila dah kahwin...kerana Allah paling tidak suka akan perceraian...

so fikir-fikirkan dan selamat beramal...: )

nice song from Bruno Mars : )

sekian.



p/s: lagu ni utk bekas kekasih hati hu3...

Nak SATRIA NEO R3....






Prasasti Jiwa:

dalam banyak-banyak kereta yang di hasilkan oleh PROTON, aku sangat mengidam untuk memiliki kereta PROTON SATRIA NEO sebagai kereta pertama aku.

dan gambar di atas adalah "concept car" Proton Satria Neo R3 yang di pamerkan di KLIMS 2010. jika sebelum ini Proton Satria tampil dengan PROTON SATRIA NEO R3 LOTUS RACING, kali ini mereka cuba untuk tampil dengan Concept Car seperti gambar di atas yang mana menggunakan engine Campro CPS (200 hp and 250 Nm).

menarik jugaklah...di tambah pulak dengan line kuning dan berwarna hitam membuatkan kereta ini tampak lebih stylish dan membuat si pemandu terasa lebih macho hahaha

tapi kalau tak mampu nak beli satria neo nie...dapat SAGA R3 pun ok gak kan....stylo jugak...he3





tak pe...tahun depan insyallah dah start kerja dan boleh kumpul duit then beli kereta yang aku idam2kan...(tapi kalau ada org nak sponsor aq pun ok jugak) he3 tetiba lak aku gigih update pasal kereta nie. padahal lesen kereta pun tiada lagi...buat malu jer...hu3 tahun depan kita start amik lesen yer...he3

ok la...

sekian.




p/s: tetiba aq rasa blog aku jadi blog untuk kereta lak....dan rasa nak pergi jer KLIMS 2010 esok...ha3

Saturday, December 4, 2010

Perodua Bezza (Concept Car)


















Prasasti Jiwa:


selepas PROTON menghasilkan PROTON EMAS yang berkonsepkan teknologi hijau kini PERODUA pula tampil dengan concept car mereka yang juga berteknologi hijau iaitu PROTON BEZZA.

reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA iaitu Muhamad Zamuren Musa, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata  Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.


Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan. 

PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal. 


walauapapun, aku sangat menyambut baik kelahiran kereta hibrid bagi mengurangkan kebergantungan kepada minyak petrol yang semakin hari semakin meningkat pula...dan juga dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

semoga usaha baik PERODUA ini akan berjaya menghasilkan PERODUA BEZZA yang dapat di gunakan oleh rakyat Malaysia mahupun dunia.

maka betullah, perkongsian teknologi sesama syarikat kereta sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Usaha yang di lakukan oleh PERODUA mahupun PROTON dapat memberi impak yang baik kepada mereka juga : ).

sekian.




p/s: kalaulah PROTON & PERODUA jadi bergabung dalam satu pentadbiran. agak2nya...apalah penjenamaan nama baru bagi penggabungan ini. atau tetap kekal dengan nama PROTON & PERODUA? 

Nur Eryna Aleesya yang comel : )



Prasasti Jiwa:

Gambar di atas aku amik dari FB kakak aku, dia upload gambar anak dia Nur Eryna Aleesya iaitu anak buah ke-3 aku.

geram gila tengok gambar nie, sebab eryna nampak comel sangat. macam nak balik je sekarang ke rumah. time cuti raya haji lepas dapat jumpa tapi si eryna ni asyik tidor je kerja dia. malam barulah dia bangun.

lagipun time tu dia belum sebulan lagi, sekarang dah masuk sebulan lebih. mesti dah mula pandai buka mata dan senyum-senyum.

bila aku tengok anak buah ketiga aku ni, macam anak cina pun ada juga, selalu aku tanya kakak aku tak salah baby ke dia amik dari wad hospital tue...he3

ehmmm...tak sabar nak balik rumah pulak...jumpa dengan 3 anak buah aku....akhil,hadif n eryna...tapi kena siapkan technical writing lagi nie...thesis dah hantar utk jilid....kena gigihkan diri lagi nie...hu3

ok lah...tu je nak kongsi...

sekian.




p/s: semakin hari, semakin sikit hayat aku berada di UMP...sedih pulak rasanya....hu3

Friday, December 3, 2010

"Concept Car" PROTON 5 BERSAUDARA


Prasasti Jiwa:

berikut merupakan lima model kereta PROTON yang di pamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS `10) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

dengan mengambil konsep pahlawan Lima Bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir & Hang Kasturi, PROTON tampil dengan lima design kereta yang mana designnya adalah penambahbaikan kepada kereta proton sebelum ini.

tetapi ini hanyalah 'Concept Car' PROTON...dan belum official lagi design dan reka bentuknya serupa seperti di  bawah : )

tapi ini adalah salah satu usaha yang baik yang telah di lakukan oleh PROTON. Semakin lama, PROTON berjaya membuat rakyat Malaysia kagum dan bangga akan hasil keluaran kereta mereka...


Hang Tuah:









Hang Jebat:








Hang Kasturi:










Hang Lekiu:















Hang Lekir:








P/S: cantik kan...teringatlah nama2 rumah sukan dan hostel time kat sekolah dulu...hu3 rindu lak zaman sekolah...ni dah nak habis belajar U dah...nak kerja lak lepas nie...

Wednesday, December 1, 2010

Hati cuma satu






Prasasti Jiwa:

setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini memiliki cuma hanya satu hati. dan hati juga hanya boleh memilih hanya satu pilihan dalam pelbagai pilihan dan cabang yang di berikan oleh Tuhan.

dan dalam banyak pilihan Dia memilih yang lain sedangkan awalan dia memilih aku. dan pilihan ini membuat aku hilang kawalan.

nasib baik graviti bumi masih kuat untuk mengembalikan titik fokus aku pada kehidupan. dan tidak terus tumbang tanpa daya.

kehidupan ini sebenarnya sangat indah. dan indah itu tidak semestinya semuanya manis-manis belaka. yang pahit itu juga indah. kerana ianya mengajar kita erti kehidupan yang mungkin tidak di milik oleh mereka yang tidak pernah melalui fasa 'pahit'. mungkin.

dan satu perkara yang sering kita terlupa, andai perpisahan dua hati kita melihat dari sudut negative pastinya ianya sangat menyakitkan.

tapi cuba kita melihat ianya dari sudut positif, dengan menghayati kata-kata ini,

 "...yang berlalu biarlah yang berlalu, mungkin dia bukan tercipta untuk kamu, dan mungkin yang akan datang pastinya lebih baik daripada Dia, kerana semakin besar dugaan yang di berikan oleh Tuhan, pastinya di pengakhiran nanti Dia akan memberikan yang TERBAIK untuk kita..."

wow...andai benar kata-kata ini, rasa tak sabar untuk mengetahui ending cerita hati ini. tapi hidup bukanlah sudah memiliki bermakna berakhir sudah fasa dugaan. ianya baru sahaja melepasi fasa memiliki secara sah...

dan selepas itu, fasa hidup bersama selamanya sebagai suami isteri pula yang harus di tempuh....see hidup sebenarnya indah....tiada siapa yang boleh menduga apa yang bakal terjadi di depan...

dan 'teka-teki' inilah sebenarnya yang membuat hidup ini indah : ) dan hanya diri kita sahaja pemegang 'kunci' dalam kehidupan seharian kita. nak buka ataupun tidak semuanya bergantung pada kita juga.

dan hadapilah kehidupan ini dengan senyuman : ) kerana ianya cuma satu pinjaman yang bila-bila sahaja akan di tarik buat selama-lamanya olehNya.

sekian.





p/s: On the first page of our story...The future seemed so bright....Then this thing turned out so evil ; (

Back to December












Prasasti Jiwa:


Welcome December...the End of The Year....

pastinya ini adalah bulan terakhir dalam perkiraan Tahun Masihi....kalau kita sebagai Umat Islam memang dah penghujung Tahun Hijrah 1431. sebab 7 Disember ni dah masuk Awal Muharam. permulaan tahun dan 'buku baru' dalam kehidupan umat islam.

December dan juga Awal Muharam yang bakal menjelma ini pastinya akan membuat kita menilai semula sepanjang setahun yang sudah pun berlalu.

Azam
Cita-cita
Impian
Harapan
Amalan
Ibadah
Pahala

menjadi perkiraan dan pertanyaan dalam diri. adakah segalanya sudah tercapai ataupun di lakukan? tepuk dada tanya hati dan iman.

biar apa pun yang terjadi ataupun belum berlaku, kita perlu untuk Muhasabah diri. apakah yang telah kita lakukan setahun yang lalu dalam meniti bumi Allah ini.

semoga, dengan membuat penilaian bersepadu sendiri ini akan membuat kita lebih memperbaiki diri di masa hadapan.

dan sama-samalah kita berdoa agar pengakhiran dan awalan ini akan memberi seribu keberkatan dan kebahagiaan dalam melalui hari-hari mendatang. Amin.

sekian.




p/s: lagu di atas sekadar 'hiasan'. tolong jangan kaitkan dengan entri ini ok : )

Sunday, November 28, 2010

Cinta Yang Kuduga







Stacy- Cinta Yang Kuduga



Walau hatiku pedih
Ku rasa sendiri kepedihan
Kesakitan hati ku menangis
Rintihan jiwa yang terus merana

Walau ku sendirian
Ku renangi lautan yang dalam
Tiada siapa sudi perhatikan
Itu yang ku duga selama ini

Kesakitan cinta yang melanda ku
Menghentikan degupan rindu
Yang hampir bernyawa
Kecewa yang tiada terhingga
Bila mendengar berita kau tak cintaiku
Kini ku fahami erti cintamu
Kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
Kecewa melanda di hati
Mengapa begini yang aku hadapi
kekasihku~

Walau ku sendirian
Ku renangi lautan yang dalam
Tiada siapa sudi perhatikan
Itu yang ku duga selama ini



Prasasti Jiwa:

tengah tension edit PSM, terdengar pulak lagu ni. ini adalah salah satu lagu Stacy. lagu balada dia. sedap juga bila dengar. lagi-lagi tambah sikit perasaan dalam jiwa memang layan juga lagu ni.

lagu dan lirik serta vocal stacy juga ok. tapi mungkin Stacy sudah di kenali dengan lagu bergenre pop yang rancak dan menari lincah di atas pentas dan tidak biasa untuk mendengar dan melihat Stacy menyanyi lagu balada.

tapi bagi aku ok jer. dan paling aku suka bila Stacy nyanyi lagu Rela-Ella time konsert AF dulu. memang superb la...he3

ok la...nak sambung edit Thesis aku : )

sekian.



p/s: Cinta bukanlah suatu yang boleh di duga pengakhirannya.

23# Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

kalaulah isi hati boleh di tulis dalam kertas dan terus di hantar ke "peti surat hati"mu sudah lama aku buat untuk menyatakan yang aku benar-benar rindukan kamu.

ataupun ada Burung Merpati ataupun Burung Hantu ( macam dalam cerita Harry Potter) dah lama aku suruh hantar 'surat hati' kepada kamu.

tapi sayang. perasaan bukanlah boleh di tunjukkan dalam keadaan fizikal kerana ianya perlu di amati dan di rasai. bukannya mudah untuk mentafsir hati dan perasaan dalam sehari dua. ia perlukan masa yang lama.

mungkin aku memilih untuk melupakanmu, tapi jauh di sudut hati terselit kata keramat yang aku masih sayang dan cinta kamu.

aku memilih untuk mendiamkan diri. dan cuba memadam semuanya. bukan tandanya aku sudah melupakan kamu. tapi setiap saat aku sentiasa merasakan yang kamu ada di sisi.

kerana untuk menghakis namamu dari ingatan dan hati ini bukannya suatu perkara yang mudah. Dan mungkin ianya akan terus kekal kerana sudah bersatu dalam jiwa.

sekian.



p/s: mula membiasakan diri yang hati ini sudah kosong.

22# Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

ia lenyap tanpa pernah menyatakan pergi
ia hilang tanpa pernah menyatakan salam

lenyap dan hilang

bisu tanpa kata
kosong tanpa rasa

bisu dan kosong

aku terpaku tanpa lihat
aku terpana tanpa dengar

ruang minda seperti tiada isi
ibaratnya neuron-neuron sudah kehilangan daya sambungan

apa yang terdaya
segala kenangan lupus
tanpa sisa

aku yang terus tabah
memulakan semuanya semula

sekian.


jumain
12.26am
28 Nov 2010


p/s: mungkin ini takdirnya.

Friday, November 26, 2010

Ku bersaksi



Firdaus ft Noh Hujan & Sheila Abdul - Ku bersaksi

Aku melihat dunia pada mengenalMu
Namun tak hentikanku untuk terus mencariMu
Sampaiku rasa ada suatu berbeza
Kehampaan di jiwa terjawab sempurna

di sini ku temu kedamaian
tiada yang lain kan menggoyahkan
ku ikrar kan sungguh
sepenuh hatiku

aku bersaksi bahawa
tiada tuhan selain Allah
penguasa alam semesta
dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad utusanNya
bagi seluruh manusia di dunia

keyakinan hati ini
membuatku memilih jalan ini
selamanya akan aku pasrahkan
hidup dan mati kepada Tuhan


Prasasti Jiwa:

lagu di atas adalah lagu terbaru dari kumpulan Nasyid Firdaus. dan lagu ni FIRDAUS ft bersama Noh Hujan dan juga Sheila Abdul.

ok la lagu nie. boleh untuk di dengar juga. tak lah teruk mana pun. lagu ni pun ala-ala lagu Mirwana juga. mungkin trend nasyid sekarang kot. tapi ok la. kalau dengan ini caranya untuk berdakwah tak salah pun. lagi pun artis-artis kita ni jarang yang buat lagu pasal ketuhanan.

kadang-kadang layan lagu2 begini pun boleh menginsafkan juga kan : )

sekian.



p/s: aku tercari2 suara Sheila Abdul dalam lagu nie...hu3

21# Prasasti Jiwa



Prasasti Jiwa:

Kenangan adalah satu perkara yang akan terlintas tatkala ianya sudah pernah berlaku. watak dan ceritanya sudah pernah di mainkan.

satu kelebihan manusia ialah di anugerahkan ingatan...memori yang bisa kekal dalam minda. sungguh hebat ciptaan Tuhan yang tidak memerlukan cip atau isian berapa Gigabyte....ianya tidak terhingga.

namun, ada juga memori yang tidak akan kekal dalam ingatan. bergantung kepada kuatnya memori seseorang ataupun kita sendiri yang mahu melupakan.

ada sesetengah di antara kita, yang sengaja mahu melupakan kenangan yang pernah wujud dalam hidupnya. mungkin kerana kecewa, sedih, ataupun tidak mahu mengingati kenangan itu kerana mahu melupakan sejarah silam yang buruk.

dalam hubungan pula, bagi yang merasai kebahagiaan dalam perhubungan pastinya kenangan itu adalah satu perkara yang penting. kerana dengan kenanganlah kita akan lebih menghargai hubungan kita.

tetapi, bagi hubungan yang terhenti di tengah jalan, pastinya kenangan bukanlah perkara yang paling di ingini. kerana semahunya kita mahu melupakan kenangan yang pernah tercipta.

namun untuk melupakan bukanlah suatu perkara yang mudah seperti 'pendrive' yang boleh 'delete' dengan mudah apa yang terkandung di dalamnya jika sudah tidak perlukannya lagi.

ianya memerlukan masa yang lama untuk melupuskan segala kenangan yang kita tidak mahu kenang lagi. Namun, kita sering terlupa, yang kenangan itulah sebenarnya anugerah cinta yang di berikan Tuhan kepada kita.

meskipun kita tidak memilikinya secara tersurat dan tersirat ,tetapi sedarkah kita? dia pernah menjadi milik kita di dalam kenangan itu : )

sekian.



p/s: hargai setiap kenangan bersama insan yang kita sayang : )

Wednesday, November 24, 2010

20# Prasasti Jiwa




Prasasti Jiwa:

kita selalu berfikiran yang kita akan lebih menghargai sesuatu apabila sudah kehilangan ataupun tidak memilikinya. dan saat kita sudah tidak mempunyainya, kita menuduh diri sendiri yang tidak pernah menghargai akan kehadirannya.

dalam hubungan sesama manusia, hal ini sering berlaku. tidak kisahlah antara sahabat, keluarga ataupun hubungan cinta. ataupun juga situasi ataupun tempat.

tatkala kita sudah berada di fasa tidak bersama lagi, tatkala itu hati mula di rundum pilu, sayu, rindu. akan kehadiran entiti yang kita sayangi ataupun cintai.

dan tatkala itu juga, segala rasa yang kita rasa sebenarnya tidak perlu pun untuk hadir. kerana yang berlalu tetap juga tak kan hadir semula. kalau ada pun situasi dan keadaannya mungkin tidak serupa yang awalnya.

penyesalan dan kekecewaan semakin membuku di jiwa, mahu menghindarinya bukan suatu perkara yang mudah.satu-satu bingkisan kenangan berlalu di minda. membuat hati tidak keruan.

namun, satu perkara yang kita sering terlupa, andai kita benar-benar tidak menghargai saat fasa ianya masih wujud. mengapa perasaan mendalam hadir pada fasa ke-2 iaitu fasa sudah tidak memilikinya. 

maknanya, kita sebenarnya menghargai saat kehadirannya. namun mungkin kita tidak pernah menduga akan wujudnya fasa perpisahan.

sekian.



p/s: rasa kehilangan hanya akan hadir apabila kita pernah memilikinya.... : )

10 minit baca Al-quran

Dikehendaki baca Al-Quran tiap hari mulai tahun depan


BESUT 14 Nov. – Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Selain itu, katanya, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini. – Bernama




Prasasti Jiwa:

di atas adalah keratan akhbar daripada Bernama, tapi aku terbaca berita ini di berita Metro tak silap aku. sangat menarik bagi aku tindakan Jabatan Pelajaran Terengganu ini kerana dengan inilah kita akan mendidik jiwa pelajar-pelajar sekolah untuk lebih dekat dengan Al-Quran.

dan sangatlah bagus jika hari kita di mulakan dengan membaca Al-Quran apatah lagu sebelum menuntut ilmu. setidak-tidaknya ia mendidik anak-anak muda untuk lebih mengenali Al-Quran dan cuba untuk memahaminya.

dan tindakan Jabatan Pelajaran Terengganu ini patut untuk di selaraskan kepada seluruh Malaysia kerana ianya dalah satu aktiviti yang sehat dan baik. 

sebelum ini aku ada memberitahu rakan Orator aku mengenai cadangan aku untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah rendah wajib untuk mengkhatamkan Al-Quran sebelum memasuki peringkat sekolah menengah dan ianya di masukkan ke dalam silibus Agama Islam.

dan tak sangka Jabatan Pelajaran Terengganu akan melakukan perkara yang hampir serupa dengan cadangan aku. (walaupun aku tak pernah menulisnya di blog ataupun menghantar proposal kepada kementerian) tetapi setidak-tidaknya ada juga orang berfikir seperti itu. 

aku sangat menyambut baik cadangan JPT tersebut. Usaha murni mereka ini pastinya mendatangkan kebaikan kepada anak-anak muda kelak.

percayalah, andai amalan kebaikan itu tidak di jadikan satu budaya sejak dari kecil, teramatlah susah untuk di bentuk pula bila sudah dewasa. bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya : )

sekian.




p/s: teringatkan kempen let's read Al-quran yang pernah aku join 

Jambatan Oh Jambatan




Prasasti Jiwa:

hari tu aku ada terbaca paper, yang Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim menitahkan agar tambak Johor di gantikan dengan jambatan lain bagi memudahkan rakyat Johor untuk berulang-alik ke singapura kata beliau ketika ucapan Hari Keputeraan beliau yang ke-52 tahun.

dan seperti yang kita sedia maklum bahawa, Jambatan Bengkok yang di cadangkan oleh kerajaan Malaysia telah pun di batalkan atas sebab2 tertentu yang mana isunya sangat rumit bagi aku...kerana Malaysia-Singapura mempunyai isu-isu tertunggak yang masih belum di selesaikan.

dan semasa rundingan semula antara Dato' Najib bersama Singapura, beliau telah mencadangkan agar di bina jambatan ke-3 di sebelah Timur Johor dan ianya mendapat respon yang positif daripada Menteri Mentor Singapura iaitu Lee Kuan Yew.

kata Najib lagi ianya akan memajukan lagi bahagian Timur Johor sehingga Mersing dan terus ke Desaru.namun sayangnya, Sultan Johor ketika itu tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

tapi jika benar kerajaan tetap mahu meneruskan cadangan jambatan ketiga ini, aku cadangkan kerajaan buat jambatan seperti dalam gambar jambatan di atas. menarik kan. tapi mesti kos pembinaan dia mahal jugak.

jambatan diatas adalah Oresund Bridge yang menghubungkan Denmark dan Sweden yang mempunyai rail keretapi serta lalu lintas jalan raya berterowong melalui Selat Oresund.

menarik kan? Jambatan ni juga menjadi lambang persahabatan 2 negara. kalaulah Malaysia-Singapura juga boleh bersetuju tanpa sebarang syarat dan prejudis pastinya kita sudah mempunyai Jambatan yang baru bagi menggantikan Tambak Johor yang sememangnya memberi kesan kepada alam sekitar.

apa2 pun, kita doakan sahaja agar Tambak Johor di gantikan dengan jambatan baru ataupun wujudnya jambatan baru bagi memudahkan rakyat Johor malahan Singapura sendiri untuk berhubung antara satu sama lain.

sekian




p/s: gambar jambatan di atas bukanlah gambar jambatan Oresund yang sebenar, tapi ianya lebih kurang sama. kalau nak tengok Jambatan Oresund sila rujuk Mr. Google or Mr.Wiki : )

Monday, November 22, 2010

UPDATE# Ramalan 14 lagu ke Juara Lagu 25

Prasasti Jiwa:

malam ini adalah saringan terakhir Separuh Akhir Muzik-muzik 25. dan malam ini juga kita akan menyaksikan 12 or 14 lagu yang akan layak ke Juara Lagu 25.

di bawah merupakan senarai lagu yang mendapat Top 6 pada 2 saringan yang lepas:


  1. Cinta Sempurna - Yuna/Yuna/Yuna
  2.  Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir/ Edry / Edry
  3. Noktah Cinta - Hafiz/ Ajai/ Shah Qalam
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Hanyut - Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir
  6. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor

  1. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  2. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  3. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  5. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

dan siapakah pilihan anda untuk layak ke pentas Final? berikut merupakan Ramalan aku untuk 14 lagu (kalau 14 lagu la) yang bagi aku layak ke pentas Final Juara Lagu:

11 lagu di atas (kecuali lagu Adibah Noor-Sejujur Hatimu ataupun lagu Black-Sofea Jane) di tambah dengan:

  1. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  2. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  3. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

itu hanyalah sekadar Ramalan aku, tapi aku dapat rasakan malan ini lagu Tomok dan Alya juga berpeluang besar untuk tersenarai dalam Finalist Juara Lagu 25 kali ini.

apa pun, kita nanti malam ini keputusan rasmi yang di adili oleh mereka yang lebih profesional : )

sekian.

UPDATE: Berikut merupakan senarai lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 25: 


1. HANYUT - FAIZAL TAHIR
2. KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN - SHAHIR
3. NOKTAH CINTA - HAFIZ
4. DRAMA KING - MUH/BLACK
5. KU ADA KAMU - ADIRA
6. CINTA SEMPURNA - YUNA
7. PELITA- A.P.I
8. BERLARI - TOMOK
9. SOFEA JANE - BLACK
10. MENCARI KONKLUSI - HUJAN
11. SELAMAT MALAM - FAIZAL TAHIR
12. EXTRAVAGANZA - BUNKFACE
13. JAHAT - STACY
14. TOLONG INGATKAN AKU - ANA RAFFALI


respons:

sedikit terkejut apabila lagu Aizat tidak layak ke pentas final...dan tak terkejut pun bila Adibah Noor tak layak...sebab lagu tu mmg setakat untuk pentas semi final sahaja. see juri profesional pun setuju dengan aku : )

untuk ke-14 lagu di atas, lagu sofea Jane & berlari aku letakkan sebagai antara lagu yang berada di ranking bawah untuk bertanding di pentas final dan lagu Aizat-Teka Silang kata lebih layak untuk berada bersama 13 lagu yang lain. tapi juri profesional mungkin melihat lagu Sofea Jane & Berlari lebih bagus berbanding Teka Silang Kata...ataupun di sebabkan Black & Tomok adalah artis kelahiran Media Prima...no komen!

lagu Fav aku untuk menjadi Lagu Terbaik bagi AJL 25 kali ini ialah Cinta Sempurna, Pelita,Drama King,Selamat Malam, Kebahagiaan Dalam Perpisahan & Ku Ada Kamu. 

anda pula?

apa yang pasti AJL 25 kali ini mempertandingkan artis kelahiran Media Prima, Astro dan juga artis indie band/solo. persaingan sehat yang menarik pada aku.

dan harus di ingatkan, AJL bukan mempertandingkan penyanyi tetap lebih kepada lagu mana yang lebih berkualiti dan layak untuk di angkat menjadi lagu terbaik. maka pertandingan kali ini akan melihatkan samada komposer sedia ada ataupun penyanyi indi band yang lebih hebat dalam menghasilkan lagu....

dan juga menariknya apabila 3 band terbaik Malaysia bersaing sesama sendiri iaitu MUH,HUJAN & BUNKFACE....dan juga persaingan antara artis kelahiran Media Prima & ASTRO....siapakah antara mereka yang akan menunjukkan persembahan terbaik pada malam AJL lantas di nobatkan Juara? semuanya akan terjawab pada malam AJL25 nanti...

sama-sama kita nantikan : )





p/s: xdapat tgk saringan ke-3 malam ni sbb nak keluar dgn classmate tgk cite Harry Potter : )

Popular Posts

Popular Posts since May 2010