Wednesday, January 27, 2010



alif ba ta:

andai ini pilihan dan takdirnya Tuhan...
aku relakan
ianya tanpa penyandar
kerana ku tahu
ia setia menanti kehadiran
tanpa pernah kenal erti lelah dan penat.




Sunday, January 24, 2010





alif ba ta:

hidup ini ibarat roda yang berputar....terkadang kita berada di atas...dan juga ada suatu masa kita akan berada di bawah semula....hidup ini bukan selamanya kita akan merasai indah2 belaka...namun hidup ini ada pengajaran...yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya...

andai hari ini kita rasa kalah pada kehidupan.....jangan mudah utk berkata TIDAK....kerana berusaha itu adalah satu perkara yang lebih baik berbanding tidak berbuat apa2...kerana usahalah kita akan tahu...sejauh mana yang kita mampu untuk capai...

apa yang paling penting ialah...susah mana pun sesuatu yang kita hadapi itu....kita perlu untuk percaya pada diri sendiri...sesungguhnya...Allah tidak akan menurunkan sesuatu musibah itu...jika umatNYA tidak mampu utk menghadapinya....

thankz to Tito 4 dis a brillion words.... ; ) klu ada masa dtg lg ke UMP ek...

Thursday, January 21, 2010

Senarai finalis ABPBH2009




berikut merupakan senarai TOP 5 finalis ABPBH 2009 yang telah di umumkan semalam....TAHNIAH buat yang tersenarai antara 5 artis yang popular bagi setiap kategori....



Senarai finalis ABPBH2009

1) Penyanyi Lelaki Popular

- Adam
- Akim
- Aizat
- Faizal Tahir
- Mawi

alif ba ta : hebat kategori ini....tahniah buat Akim yang tersenarai antara  5 artis penyanyi lelaki populat walaupun tidak mempunyai album penuh....ini menunjukkan beliau lagi popular berbanding Juara AF7 iaitu Hafiz...namun bagi aku saingan sengit utk kategori ini sudah tertentu 3 penjuru iaitu Aizat,Faizal Tahir & Mawi....jika di lihatkan daripada kerjaya artis pada tahun 2009...Aizat melebihi antara mereka bertiga...dan tidak mustahil jika Aizat yg di nobatkan sbg Penyanyi lelaki popular utk tahun 2009....dan Tahniah juga bt FT kerana akhirnya tersenarai selepas thn lepas gagal utk menjadi Top 5...sememangnya FT layak utk tersenarai dan juga calon yang boleh memenangi anugerah ini....

2) Penyanyi Wanita Popular

- Jaclyn Victor
- Mila
- Siti Nurhaliza
- Stacy
- Yuna

alif ba ta: Melihat kepada senarai Top 5 membuat aku terus meneka anugerah ini akan di pegang lagi oleh Dato CT bt kali ke-14...kerana saingan beliau kali ini adalah dari kalangan artis2 muda belaka....mungkin yg akan memberi saingan kuat adalah Yuna,Stacy dan juga Jac....melihat kepada kerjaya seni pada tahun 2009...Yuna dan Stacy antara artis yang popular yg selalu di sebut2 oleh wartawan...dan tidak mustahil utk mereka berdua memecahkan tradisi Dato CT...namun aku tetap menyokong Dato CT utk menang....sememangnya anugerah ini masih wajar utk beliau...!


3) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular

- Adam & Stacy
- Bunkface
- Hujan
- Meet Uncle Hussain & Black
- 6th Sense

alif ba ta: utk kategori ini...3 saingan kuat akan bersaing...iaitu 3 kumpulan indie yg aku rasa antara yg terbaik di malaysia...iaitu Bunkface,Hujan & MUH/Black.....namun aku sedikit terkilan mengapa Estranged x tersenarai...aku rasa mereka lg layak dpd 6th Sense...namun kuasa di tangan pengundi...lagi pun mungkin lagu 6th Sense lg popular dpd Estranged...Adam & Stacy jugak tidak hebatnya...dua artis yg punya populariti yg cukup tinggi juga...dan kali ini utk kategori ini mereka bergabung hasil dpd lagu Menggegar Dunia...sama seperti MUH & Black.dua artis yg baru bergabung dan juga mempunyai populariti yg tinggi....xmustahil jika anugerah ini milik mereka.....

4) Penyanyi Nasyid Popular

- Hijjaz
- In-Team
- Rabbani
- Raihan
- Saujana

 alif ba ta : utk kategori ini tidak perlu ulas lbh...sebab aku rasa sememangnya anugerah ini layak utk Rabbani menang...dek kerana isu kematian vocalis utama kumpulan ini iaitu Allahyarham ust Asri dan juga kegigihan mereka berdakwah melalui nasyid pada tahun lepas mungkin melayakkan mereka utk menang dn di undi peminat....

5) Pelakon Filem Lelaki Popular

- Aaron Aziz
- Afdlin Shauki
- Farid Kamil
- Que Haidar
- Zul Huzaimy

alif ba ta: kategori pelakon filem lelaki popular ini aku rasa akan di menangi oleh Afdlin Shauki...kerana antara finalis di atas hanya lakonan beliau yang betul2 out standing berbanding yg lain....iaitu Papadom,Setem dan Pisau Cukur....di tambah pula dgn anugerah pelakon lelaki terbaik FFM KE 22 serta berjaya memenangi filem terbaik melalui arahan beliau....saingan sengit beliau mungkin Que haidar ataupun Farid kamil....Aaron Aziz dan Zul Huzaimy aku rasa tak cukup kot nak menandingi mereka bertiga...mungkin setakat memenuhkan tempat..tapi tahniah juga...kerana berjaya tersenari...itu sudah cukup hebat....

6) Pelakon Filem Wanita Popular

- Diana Danielle
- Lisa Surihani
- Liyana Jasmay
- Maya Karin
- Sharifah Amani


alif ba ta;kategori ini aku meramalkan ianya di menangi oleh Liyana Jasmay...melihatkan kepada lakonan beliau dalam ke semua filem yg di tayangkan pada tahun 2009 membuat aku memilih beliau...filem2 beliau pada tahun 2009 ialah Papadom,Maut,Pisau Cukur & Duhai Si Pari2....di tambah pulak dgn Anugerah pelakon wanita terbaik di 2 Anugerah berprestij iaitu FFM 22 & Anugreha Skrin 2009....saingan sengit beliau mungkin daripada Sharifah Amani (Sayang dan Muallaf) dan Lisa Surihani (Jangan Pandang Belakang Congkak)...Maya Karin(Pisau Cukur) aku rasa kurang menyengat sikit pada tahun 2009...namun siapa tahu..beliau mampu mengulangi kejayan pada tahun lepas....utk Diana Danielle...aku rasa masih tak layak utk merangkul anugerah ini...tp klu rezeki dia...apa yg kita boleh katakan...



7) Pelakon TV Lelaki Popular

- Aaron Aziz
- Fahrin Ahmad
- Fizz Fairuzz
- Fizo Omar
- Remy Ishak

alif ba ta: utk kategori ini aku rasa sangat sengit...memandangkan kelima2nya layak utk anugerah ini melihatkan kepada drama2 mereka yang di tayangkan pada tahun 2009...namun kelebihan buat Remy Ishak & Fizz Fairuz....yang aku rasa layak utk memenangi anugerah ini...ikutkan hati aku kalau boleh nak kan Fizz Fairuz menang...namun mengikutkan kepada corak undian..aku rasakan Remy Ishak yg akan menang di tambah dgn gosip2 hangat yg timbul pada tahun 2009...


8) Pelakon TV Wanita Popular

- Fasha Sandha
- Noorkhiriah
- Rozita Che Wan
- Scha Al yahya
- Tiz Zaqyah

alif ba ta: utk kategori ini sudah tentu aku memilih Tiz Zaqyah...di sebabkan lakonan beliau yang telah meninggalkan kesan kpd masyarakat malaysia melalui drama NURKASIH....tiada siapa lagi yg layak menang...namun lakonan Scha Al yahya juga tidak kurang hebatnya melalui drama Awan Dania 2 yg masih di tayangkan di Astro...Rozita dan juga khiriah juga sememangnya antara pelakon yg hebat namun mereka perlu utk mengatasi kehebatan lakonan dan populariti Tiz dan juga Scha...Fasha sandha aku tak tau kenapa masih tercalon...siapa la yg minat sgt dgn dia tue...hu3

9) Pengacara TV Lelaki Popular

- AC Mizal
- Ally Iskandar
- Aznil Nawawi
- Faizal Ismail
- Nabil

alif ba ta; tiada pengacara yang layak selain Aznil...namun jangan di pandang rendah dgn populiriti Nabil dalam mengacara...byk juga rancangan yg di acara oleh beliau pada tahun 2009....dan jangan terkejut jika anugerah ini hak milik Nabil pula...he3

10) Pengacara TV Wanita Popular

- Cheryl Samad
- Fara Fauzana
- Nurul Shuhada
- Raja Azura
- Sarimah Ibrahim

alif ba ta; sama mcm aznil...fara fauzana masih layak utk memenangi anugerah ini melalui rancangan Melodi..namun Sarimah juga boleh di katakan antara pengacara yg popular juga pada thn lepas di tambah dgn peluang beliau menjadi pengacara utk The Biggest Loser Asia...namun jangan dipandang rendah dgn populiti Raja azura yang kembali bersaing dlm anugerah ini,Cheryl Samad dan juga Nurul Syuhada...

11) Penyampai Radio Lelaki Popular

- AG (Hot fm)
- Aznil Nawawi (Era fm)
- Din Beramboi (Era fm)
- Faizal Ismail (Hot fm)

- Kieran (Hot fm)

alif ba ta; anugerah ini aku ramalkan masih layak utk Faizal Ismail walaupun saingan sengit daripada Aznil dan Din beramboi....

12) Pengacara Radio Wanita Popular

- Abby Fana (Sinar fm)
- Fara Fauzana (Hot fm)
- Nana (Era fm)
- Linda Onn (Sinar fm)
- Sharifah Aleya (Hot fm)

alif ba ta: tiada yg layak selain Fara Fauzana..yeah! tapi Tahniah utk Linda Onn yg masih tersenarai walaupun tercalon melalui radio Sinar fm yg beliau katakan ketinggalan...duh...

13) Artis Komedi Lelaki Popular

- AC Mizal
- Afdlin Shauki
- Nabil
- Saiful Apek
- Zizan

alif ba ta; of cos la Nabil masil layak utk anugerah ini...populariti beliau masih tinggi...



14) Artis Komedi Wanita Popular

- Aliza Abdullah
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Noorkhiriah
- Nik Sayyidah

alif ba ta: anugerah yg samar2 bagi aku...entahlah...kalau aku...aku ramalkan noorkhiriah yg mengulangi kejayaan tahun lepas ataupun kenchana dewi...namun sama2 kita nantikan...tapi populariti didie juga semakin meningkat...mana tau tahun nie rezeki beliau...

 
15) Artis Baru Lelaki Popular

- Akim
- Aril
- Black
- Gambit
- Hafiz

alif ba ta: ikutkan ramalan sudah tentulah Hafiz...namun memandangkan Akim antara yg layak tersenarai dalam Anugerah Penyanyi Lelaki Popular....aku rasakan Akim berpeluang besar utk menang...


16) Artis Baru Wanita Popular

- Dira Abu Zahar
- Isma AF7
- Putri Mardiana
- Tiz Zaqyah
- Yuna

alif ba ta : yes...Yuna yg paling layak...Tiz juga berpeluang...he3 





di atas cuma ramalan...andai tak seperti yg di takdirkan...i'm sorry...he3


dalam diamku




Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *, ** dan chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Ulang chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi


DALAM DIAMKU
Siti Nurhaliza/ Krisdayanti
Lagu : Audi Mok
Lirik : Kris Dayanti & Riznadianka
CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka






alif ba ta:

ini adalah antara lagu yang ada dalam album CTKD iaitu Dalam Diamku....lagu nie pun ok jugak...bila dgr betul2...he3 lagu nie untuk mereka2 yang single mingle yg baru putus cinta....sesuai la layan lagu nie...:)


Wednesday, January 20, 2010







alif ba ta:


cinta akan datang bukan kerana kita mencari.....ia datang tanpa pernah kita duga....tatkala Tuhan mahu menyatukan dua hati....maka terjadilah...namun Dia juga punya hak...untuk memisahkan dua hati menjadi satu....maka jagalah cinta bila ia sudah dimiliki...agar di akhirnya kita tidak pernah menyesal...atas apa yang telah kita lakukan sebelumnya.....

Tuesday, January 19, 2010




masa terus berlalu
membawa aku pergi
meninggalkan kenangan indah yang aku cipta
bersamamu


jauh sudah langkah ku atur
hingga membawa aku pergi
jauh dari cerita bahagia
yang kita reka bersama



perjalanan ini membuat aku terlupa
kita punya hati
yang kian membeku
kerana hujan disember itu



sesat
mencari jalan pulang 
tuk menghangatkan kembali
hati yang kita punya


adakah punya masa
kehangatan tuk hati pulih
dari terus membeku
kerana kedinginan


mentari
menyinar la di januari
agar februari
hati bisa kembali bersatu lagi....


jumain
2.11am
190110



Sunday, January 17, 2010

tak start lagi....

salam...

wekend berlalu dengan begitu sahaja...
tiada pengisian yang konon2nya aku sudah rancang dalam mindaku
menyelesaikan segala apa yang perlu
dan meninggalkan ke tepi yang tidak penting...

konon2nya...
wekend nie nak siapkan Chapter 1 Projek Sarjana Muda 1 aku...
sbb rabu kena submit kat Supervisor aq a.k.a En.syukor...
namun...
setiap yg kita rancang tak smua aku sebijik2 apa yang kita mahukan...
plan aku tak menjadi...

hari sabtu aku habiskan masa untuk latihan debat...
malamnya keluar dgn bdk2 debat (abg khairy,helmi,qushairy,adam,abg adzuan Uum dan abg raja)
kuar pg makan2...(thankz to abg adzuan yg belanjan makan...ingtkan abg raja nak belanja...ha3)
dan hari ahad...
aku bgn sdikit lambat...
basuh baju dan kemas2 rumah...
ptg tue sah2 la aku xde mood nak bt keje...
juz cr journal kat alam maya jek...
yg berkaitan dgn PSM aku...
skrg adalah masa utk membaca segala macam benda yg aku telah download...
confirm mlm nie kepala ku akan pening...
sbb kena memahami segala kajian yg telah org lakukan..
dan mengekstrakkannya menjadi introduction aku utk Chapter 1...
org kata senang jek...lagi2 chapter 1 nie...
xde benda pun...
tp aku bukan jenis bt kerja 'cincai2'...
aku juga seorg yg perfectionist org nya,,,
mahukan yg sempurna belaka...he3

ok lah...
cukup setakat ini...
aku mahu mulakan pembacaan aku...
wish me luck guys...




p/s; TAHNIAH kepada folower ke 100 aq...anda org yg aku tunggu2...he3 anda membuat aku terus mahu menulis...

dilema cinta



Ungu – Dilema Cinta


Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku ’tuk di sisimu
Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu









alif ba ta:

aku tak tau kenapa lagu nie menarik minat aku utk dgr....namun aku tetap nak berkongsi dgn korang...aku rasa ramai yg dah dgr lagu baru kumpulan dari indonesia nie...iaitu Ungu...

namun tak mengapalah...sekadar berkogsi apa yang aku rasa ketika ini....lirik di bawah nie begitu meruntun jiwa aku tatkala ini....

Namun ku terlanjur mencintai dirimu

Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu
Telah ku coba segala cara
‘Tuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan

berat utk menyatakan....apa yang aku rasa ketika ini...namun kerana rasa itu sebenarnya masih ada...aku cuba untuk pertahankan....biarlah masa yang menentukan...

titik

Tuesday, January 12, 2010

110179








Di Taman Teman ini
aku Melawan Kesepian keseorangan....
menyaksikan Purnama Merindu...
membayangkan Wajah Kekasih Hati yang aku rindui...

Nian di Hati ingin ku temumu...
kerana Pintu Rindu memanggil-memanggil namamu...
namun apakan daya... 
Batas Asaku menJerat Percintaan kita...
membuat aku sentiasa berTahajjud cinta...
memohon kau dan aku...
Ada Masa Mata untuk ke temu lagi....
Di kayangan kita yang kita impikan...
kerana Ku Percaya Ada Cinta...

Kau Kekasihku yang aku cintai...
Engkau Bagaikan Permata...
akan ku simpan Diari Hatimu
dan Lakaran Kehidupan yang kita bina..
kerana cinta kita Bukan Cinta Biasa...
Ku Mahu hanya kamu
kerana ku tahu Ku Milikmu...

Biarlah Rahsia Cinta Ini hanya kita yang tahu...
dan akan ku Pastikan Cahaya Cinta kita bersemi ke akhir syurga...
kerana Percayalah...
betapa Aku Cinta Padamu~

jumain
6.30pm
12 jan 10



Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke -31 untuk Dato' Siti Nurhaliza....semoga panjang umur dan di murahkan rezeki....serta senantiasa berjaya dalam apa jua bidang yang CT ceburi....dan juga semoga Allah memberikan rezeki anak buat siti untuk tahun ini....

dan tahun ini maka genap lah 15 tahun siti menjadi artis....sedar tak sedar selama 15 tahun inilah juga aku meminati siti...time tue aku baru masuk Darjah 1...mmg tak tipu...start ct menjadi artis jugak la aku mula meminati beliau...apatah lagi bila lagu Jerat Percintaan memenangin AJL pada tahun 1996...

mulai dari saat itulah sehingga kini...segala perkembangan siti akan aku ikuti....dan aku punya angan2...agar suatu hari nanti aku dapat bernyanyi bersama CT....mampu? hahaha..

ok lah..cukup sampai di sini...semoga CT akan terus berjuang dalam industri seni tanah air...

by da way....aku pun nak wish ulang tahun untuk abang sulung aku...iaitu Mohd.Erah bin Mapplati....tarikh bufday dia sama dengan CT...11 januari 1979....semoga panjang umur dan murah rezeki juga...: ) sweet 31...

titik


p/s; kata2 di atas adalah untuk CT dan juga DIA...

Monday, January 11, 2010

AJL 24 milik Aizat~




Assalamualaikum & salam sejahtera...
salam pencinta muzik tempatan...



semalam telah pun selesainya AJL24 yang mana menjadi milik Aizat melalui lagu beliau iaitu Pergi....lagu hasil ciptaan pete teo dan lirik oleh Amran Omar ini telah berjaya menambat hati juri profesional pada malam tadi lantas menjadi Johan untuk AJL 24 dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM 35,000....

persembahan Aizat pada malam tadi sangat memukau...di tambah dengan element 1 malaysia iaitu apabila penyanyi wanita india memulakan persembahan dengan alunan vocal yang sangat merdu dan juga alat musik china menyebabkan aku rasa lagu ini sememangnya layak untuk bergelar juara AJL24 seperti mana ramalan aku sebelum ini...

Selain itu Aizat juga merangkul persembahan terbaik melalui lagu Kau dan Aku....mmg tak di nafikan persembahan Aizat melalui lagu ini sangat comel dan menarik....dengan membawa segerombolan budak2 sekolah menari di atas pentas...sangat kena dengan muzik yg ala2 kechi....mmg sweet.....;)

di tempat kedua pula, seperti yang kita sedia maklum di menangi oleh Yuna melalui lagu popularnya iaitu Dan Sebenarnya....berjaya membawa pulang wang sebanyak RM 15,000 dengan lagu hasil ciptaan beliau sendiri....persembahan Yuna pada malam ini sangat hebat..namun aku sedikit terkilan bila Yuna terlalu mengubah susunan muzik pada malam tadi....kerana pendapat aku adalah lebih baik jika dia mengekalkan muzik slow asal dan hanya menambah sedikit jika ingin membuat kelainan...seperti mana yang Aizat buat terhadap lagu Pergi...kerana bagi aku lagu Pergi dan Dan Sebenarnya mempunyai level kekuatan yang sama....dan aku yakin jika Yuna mengekalkan melodi seperti rakaman pastinya Yuna akan menjadi Juara lagu AJL24...kerana ramai yang meramalkan Yuna akan menjuarai AJL24....namun persembahan Yuna tetap mantap!

manakala Faizal Tahir (FT)...berjaya mendapat tempat ke-3 dengan lagu Bencinta hasil ciptaan Audi Mok dan FT sendiri...walaupun tidak sehat pada malam itu...namun persembahan FT sudah cukup membuat peminat beliau terasa bangga....agak kesian jugak la tgk FT bt persembahan semalam...sbb suara FT smalam mmg menunjukkan yang dia tidak berapa sehat...kalau FT sehat...aku rasa Vocal dan persembahan mesti dia dapat punya lah...lagi pun lagu nie mmmg kuat dna bagus....tahniah bt FT...yang pasti tahun depan masuk lagi AJL25 dgn lagu Selamat Malam...he3

Black yang berjaya merangkul vocal terbaik pada malam tadi telah berjaya membawa pulang wang sebanyak RM 10 000.....dan bagi aku persembahan finalis semalam kebanyakan tidak menyanyikan lagu mereka dengan vocal yang baik....Misha Omar sendiri pun tidak nyanyi dengan betul..kerana bagi aku Misha tak all out malam tadi...beza sgt persembahan vocal dia semasa lagu Bunga2 cinta dan Pulangkan...Stacy pun sama...vocal stacy seperti sedikit terganggu dgn step tariannya sendiri...dan bagi aku vocal yang aku rasa bagus pada malam itu ialah Aizat dan juga Alya....dan Black mungkin menang kerana pengawalan serta lemparan vocalnya yang bagus menyebabkan dia boleh menang anugerah tersebut....

Persembahan keseluruhan pada malam tadi sangat best...semua cuba menunjukkan persembahan yang bagus....cuma ada juga beberapa persembahan yang seperti tak perlu lakukan dan sepertinya tidak ada idea nak persembahkan kepada penonton...seperti Hafiz...persembahan beliau membosankan...Akim dengan persembahan konsep yang entah apa2...adalah lebih baik jika dia bawa konsep video klip Bengang masuk ke pentas...lagi best....kemudian persembahan Tomok yang biasa2 saje....dan ada banyak part yang Tomok bermain selamat apabila nada tinggi dia tak buat dgn baik...beza malam tadi dengan persembahan final OIAM 3...rasanya OIAM 3 punya final Tomok nyanyi lagi bagus...Estranged pada AJL kali nie sedikit suram berbanding AJL sebelum nie yang aku rasa lagi bagus....mungkin giliran persembahan pertama yang menyebabkan persembahan mereka biasa2 aja...mmg susah untuk menjadi opening utk sesuatu majlis yang besar apatah lagi pertandingan...

namun TAHNIAH buat Stacy kerana berjaya membuat persembahan yang sangat mantap pada malam tadi...mmg stacy seorang penghibur yang bagus kerana setiap persembahan beliau tidak pernah mengecewakan.....persembahan Hujan juga tidak kurang bagusnya...membawa kelainan apabila membuat konsert ala2 gig dengan mengajak beberapa org ke bawah pentas dan menari.....persembahan Alya juga bagus....kerana berjaya membawa lagu tue dgn baik serta konsep persembahan yang ala2 diva...it's nice...dan persembahan Buckface juga tak mengecewakan....

secara keseluruhannya AJL 24 yang bertemakan MUSIC UNFOLD kali ini bagus namun kemeriahan tidak seperti AJL23....mana silapnya tak tahu la....itu hanya pendapat aku la...dan dengar cerita utk AJL24 nie sahaja...TV3 membelanjakan sebanyak RM2 juta,,,wow..pelaburan yang cukup tinggi....namun yang sedikit terkilan apabila tgh asyik tgk lagu selingan terakhir sebelum pengumuman Anugerah....boleh pulak siaran tergendalan beberapa minit...sentap sekejap....alamatnya tak dapat la lagi Anugerah Rancangan Muzikal Terbaik pada tahun nie...

AJL24 yang di acarakan oleh Faizal Ismail,Cheryl Samad dan Ally Iskandar bagi aku tak berapa berjaya membuat AJL24 pada malam tadi untuk lebih meriah...kerana skrip mereka biasa jek dan meleret....isu pergaduhan pendek dan gelap aku rasa AJL sebelum nie pun dah ada..jadi lepas nie tolonglah cari bahan yang lain supaya nampak sedikit bezanya....k

apa yang pasti....PEMBUKAAN AJL24 kali ni sgt BEST!!! Gandingan Lan dan Dato' Siti mendendangkan lagu LAGU UNTUKMU sgt memukau dan membuat aku kagum sekejap....persembahan akhir...biasa2 je....tapi persembahan Amy Search sgt best...!

oklah...cukup setakat ini...komen lebih2 kan org kata apa pulak kan...nak kata amik course muzik or mass comm xjugak...tgk2 bdk enginnering rupanya....hu3 ala nie semua apa yang aku rasa dan berkongsi dgn korang semua....nak terima amik...klu xnak sudah...pergi baca blog lain...hu3

semoga industri hiburan tempatan akan terus maju dengan karya2 yang lebih bagus dan boleh di pasarkan sehingga ke luar negara...nie tak...nak pasarkan ke indonesia pun susah...hu3

sama2 la kita nantikan kemeriahan AJL 25 pada tahun depan pulak ek....:)





titik

Sunday, January 10, 2010

Kemuncak AJL 24...malam ini!




Assalamualaikum & salam sejahtera...
salam pencinta muzik saya hulurkan buat anda semua...

detik yang di nanti2 dalam kalender industri hiburan....sudah pastinya Anugerah yang berprestij ini...iaitu ANUGERAH JUARA LAGU....yang mana telah masuk musim ke 24...

dan pastinya...malam ini...pastinya ramai pencinta muzik tempatan akan berada di depan kaca TV untuk menyaksikan AJL 24 kali ini..

yang mana...pada kali ini finalis AJL24 di barisi oleh artis-artis yang baru yang cukup2 berbakat untuk mewarnai lagi industri hiburan tempatan...jika di lihat kepada barisan finalis kali ini...rata-rata mereka mempunyai bakat2 tersendiri...terutamanya bakat mencipta lagu sendiri...yang mana memberi kekuatan kepada mereka untuk membuat persembahan yang terbaik....

kita sendiri pernah menyaksikan bagaimana kebelakangan ini artis yang menyanyikan lagu mereka sendiri ketika AJL ini....berjaya muncul menjadi LAGU TERBAIK...contohnya M.Nasir,Yassin,Adibah Noor, Estranged dan MUH....

maka untuk malam ini menjadi kelebihan kepada mereka yang menghasilkan lagu mereka sendiri seperti Aizat,Estranged,Yuna,Buncface & juga Faizal Tahir...kerana pada pendapat aku...industri hiburan kita mahukan sesuatu yang baru yang tidak mempunyai melodi atau gaya nyanyian yang serupa...menyebabkan peminat industri hiburan tempatan merasa bosan...di sebabkan itu jugalah barisan finalis malam ini 90% daripada mereka adalah artis baru.....


Misha Omar

namun jangan pernah memandang rendah terhadap lagu2 yang bukan di hasilkan oleh finalis malam ini....lagu Misha Omar iaitu Cinta Adam & Hawa...bukanlah calang2 lagu...melihat kepada komposer lagu ini iaitu Azmeer & arwah  Loloq..bagi aku mempunya peluang untuk menjadi Lagu terbaik pada malam ini...di tambah dengan vocal persembahan Misha yang kuat boleh membawa lagu ini berpeluang besar untuk menang besar malam...selain itu, lagu ini juga adalah Lagu Pop terbaik di AIM 16 baru2 ini....

Aizat

lagu Aizat iaitu Pergi adalah antara lagu yang bagi cukup kuat...dan tersendiri....lagu ciptaan pete teo ini cukup membuat pendengar merasai jiwa yang ada dalam lagu tersebut....vocal aizat dalam lagu ini juga bukan calang2....dan tidak mustahil untuk lagu ini menjadi lagu terbaik pada malam ini....serta Aizat mendapat Anugerah vocal terbaik melalui lagu ini....lagu kau dan aku ciptaan aizat boleh tahan juga...tapi aku rasa lagu ini tidak berapa cukup untuk melawan kekuatan lagu Pergi...ini pada pandangan aku la..tapi dari segi populariti...aku rasa lagu Kau & Aku lebih menjadi siulan berbanding lagu Pergi..

Yuna

yuna yang mempertaruhkan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh beliau antara yang menjadi pilihan untuk menjadi juara pada malam ini...kerana melodi dan lirik lagu ini cukup kuat dan boleh bersaing dengan lagu Pergi dan lagu2 yang lain..lagu Dan sebenarnya mempunyai kelainan yang membuat orang rasa ingin mendengarnya..di tambah dengan liriknya yang cukup bagus....Yuna berpeluang untuk menjadi juara pada malam ini....

Bunkface

kumpulan yang cukup berbakat ini mempertaruhkan single ke 2 mereka iaitu Situasi....lagu ini juga antara lagu yang kuat dan berpeluang menjadi juara malam ini...kerana melodinya yang fresh serta liriknya yang simple dan antara lagu popular antara finalis pada malam ini...

Faizal Tahir

walaupun tidak membuat persembahan pada separuh akhir yang lepas dan di ganti oleh Shila...kerana masalah kesihatan...namun lagu ini tetap berjaya layak ke AJL 24...maknanya lagu ini sememangnya kuat walaupun tanpa faizal tahir....oleh itu, jika malam ini kesihatan mengizinkan faizal tahir untuk membuat persembahan...aku pasti lagu ini juga berpeluang besar untuk menjadi juara....memandang komposer lagu ini audi mok dan faizal tahir sendiri....sudah pasti mereka boleh mengulangi kejayaan mereka pada tahun lepas.....dan faizal tahir juga berpeluang untuk menjulang vocal terbaik pada malam ini...

Hujan


mempertaruhkan lagu Aku scandal....kumpulan yang berbakat ini juga berpeluang cerah untuk merangkul mana2 tempat lagu terbaik pada malam ini..kerana bagi aku mereka antara kumpulan yang sangat kreatif dengan menghasilkan melodi dan lirik yang cukup baik...yang mampu membuat peminat untuk mendengar hasil karya mereka....

Alyah

lagu tak mungkin kerna sayang ciptaan Ajai & kak cah ini bukanlah lagu yang boleh di pandang rendah...meskipun melodinya sedikit old skol...namun lagu ini antara lagu yang mengungguli carta2 radio...maknanya lagu ini juga punya kekuatan tersendiri...siapa tidak kenal dgn Ajai yang menghasilkan melodi yang bagus serta kak cah yang menghasilkan lirik yang puitis...sudah pasti lagu ini berpeluang mendapat tempat antara lagu yang terbaik pada malam ini...

Estranged

hadir buat kali ke-3 dalam AJL pastinya sudah cukup untuk mematangkan mereka...apatah lagi mereka antara artis yang pernah menjulang AJL...sudah pasti mereka tahu apa yang perlu dan tidak perlu semasa menyampaikan lagu Aurora...hasil ciptaan mereka sendiri..siapa tahu kalau mereka boleh mengulangi sejarah 2 tahun lepas....


Stacy

Artis lincah apabila berada di atas pentas ini pastinya akan memukau penonton yang menyaksikan AJL 24 pada malam ini....sudah pasti Stacy akan menjanjikan persembahan yang terbaik...kerana bagi aku lagu ini bukanlah lagu pilihan untuk menjadi juara....namun jika stacy menang pada malam ini pastinya itu rezeki pencipta lagu ini iaitu eddry hashim...kerana eddry antara komposer yang cukup kreatif dalam menghasilkan lagu bergenre seperti ini....

Black/ Tomok/ Akim/ Hafiz

4 artis muda yang cukup berbakat...mempertaruhkan lagu2 mereka yang cukup hebat....pastinya akan membuat penonton wanita terpukau dengan persembahan mereka.....melihat kepada vocal black...pastinya beliau pada malam ini antara calon2 yang boleh merangkul anugerah vocal terbaik...namun pengawalan vocal harus di jaga dengan baik agar penyampaian lagu Aku Sayang Rindu Kamu ini sampai ke hati penonton dan juga juri...Tomok yang bergerak solo untuk malam ini akan mempertaruhkan lagu Rindu Terhenti hasil ciptaan Aubrey suwito juga berpeluang untuk medapat tempat pada malam ini...Hafiz si juara AF7...yang mempertaruhkan lagu Masih Jelas...juga di nanti2 untuk membuat persembahan pada malam ini....lagu masih jelas ciptaan Aidit Alfian bukanlah lagu yang boleh di pandang rendah...aidit antara komposer yang cukup berpengalaman dan teliti di dalam menghasilkan lagu2 beliau....sudah pastinya lagu masih jelas ini berpeluang untuk menjadi juara lagu terbaik...meskipun aidit kali ini dalam AJL tidak bersama Elyana....Akim pada malam ini mempertaruhkan lagu yang cukup popular iaitu Bengang hasil ciptaan Amir...jangan terkejut jika lagu ini muncul menjadi lagu terbaik pada malam ini..kerana lagu ini cukup kuat untuk bersaing dengan lagu2 yang lain...

selesai ulasan sedikit tentang lagu2 pada malam ini...maka ini adalah ranking ramalan lagu Alif ba ta:

  1.  Pergi (Pete Teo/Aizat)
  2. Dan Sebenarnya (Yuna/Yuna)
  3. Cinta Adam dan Hawa (Azmeer/Misha Omar)
  4. Situasi (Sam/Bunkface)
  5. Bencinta (Audi Mok/Faizal Tahir)
  6. Bengang (Amir/Akim)
  7. Masih Jelas (Aidit Alfian/Hafiz)
  8. Aku Skandal (Noh/Hujan)
  9. Aurora (Estranged/Estranged)
  10. Rindu Terhenti (Aubrey Suwito/Tomok)
  11. Aku Rindu Sayang Kamu (Yuzai/Black)
  12. Tak Mungkin Kerna Sayang (Ajai/Kak Chah/Alyah)
  13. Kau Aku (Aizat/Aizat)
  14. Pakai Buang (Edri A Halim/Stacy)
Vocal terbaik : Misha / Aizat / Faizal Tahir / Stacy / Black
Persembahan Terbaik : kita saksikan sama2 mlm nie...:)

di atas ini hanya ramalan aku semata-mata...maka jika malam ini tidak seperti di atas...maafkan saya ok..


good luck buat semua finalis AJL24...semoga dapat membuat yang terbaik mlm nie....


p/s: mlm nie tgk AJL 24  di rumah mdm mala..:)

Saturday, January 9, 2010

ALLAH : BUKAN BAHASA BIBLE!


Assalamualaikum & salam sejahtera...
semoga kita semua berada dalam keadaan harmoni dan aman sentosa~







Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun,Ruangan Herald The Catholic Weekly ) Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahandari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-






Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup
( Matius 16 : 16 )


..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )



Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera
dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus )
Kristus. (Galatia 1 : 3 )





Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini. Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible?

Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27 : 46 yang menyebut :



Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring:
“Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku,
mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”



Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.


Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic. Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas.

Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*



Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.

Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada
penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?


Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! 

Perhatikan di dalam The Gospel
Of St. Mark 12:29 menyebut :
Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai
Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa”


Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata.


Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!


Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :


Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia,
katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa)
menjauhkan hal itu”.


Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah!


Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :



Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku,
sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada
saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa
sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu,
AllahKu dan Allahmu.”


Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan
segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap
akal budimu.


Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah!



Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.


Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.



Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)


p/s: dengar cerita....hakim mahkamah tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan 'ALLAH' iaitu Datuk Law Bee Lan...adalah org yang kuat berpegang pada agama kristian.....adil ke?

Friday, January 8, 2010

siapa punya 'ALLAH" ?

Assalamualaikum & salam sejahtera~
semoga kita senantiasa hidup dengan penuh aman dan sentosa...

entri kali ni akan berbaur politik dan sedikit sentimen keagamaan...

agak lama tidak mengupdate isu semasa....bukan tidak mau update...cuma tak de benda yang nak di cerita....sbb politik malaysia ketika ini tersangatlah penuh dengan 'propaganda' serta lakonan yang hebat..yang di mainkan oleh mereka2 yang mementingkan diri sendiri...

seperti yang kita semua ketahui...mahkamah tinggi kuala lumpur telah pun membenarkan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan perkataan 'ALLAH'.

ini menyebabkan timbulnya isu ke tidak puasan hati terhadap orang islam terutamanya kerana perkataan ALLAH sudah sebati dengan umat islam...bagi umat islam ianya bukanlah hanya sekadar perkataan semata-mata...namun ianya lebih daripada sekadar kata ganti nama bagi tuhan seperti apa yang di dakwa oleh golongan tersebut...

inilah juga satu contoh..apabila AGAMA di hakimi oleh undang2 dunia yang tidak pernah ada asas yang kukuh...dan meletakkan UNDANG2 berada di atas agama....maka ini yang terjadi...

isu ini sangat kritikal bagi aku...kerana ianya bermain dengan agama dan bukan isu yang boleh di bawa main2...ini soal kepercayaan agama yang menjadi pegangan dalam kehidupan.....ia berbeza dengan isu perkauman....sangat berbeza...

maka...bila isu seperti ini timbul...perlunya toleransi antara sesama....jangan ada tindakan2 yang melampaui batas akidah manusia....kerana dunia penuh dengan undang2 yang mengatasi agama....apatah negara kita yang hidup dalam pelbagai kaum...

kita perlu untuk menjaga sensitiviti agama yang menjadi kepercayaan masing2.....pihak kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu ini...agar ianya tidak berlarutan sehinggakan pertumpahan darah berlaku..tinggalkan sekejap pegangan taksub terhadap politik....ini soal agama kita...yang tidak boleh di pandang enteng...

meskipun akhirnya nanti keputusan mahkamah ini kekal....pihak yang berwajib di dalam menjaga hal-ehwal agama islam perlu untuk memainkan peranan mereka....yang mana melipat gandakan lagi usaha untuk menjaga agama islam...mendidik generasi muda..mahupun mereka yang jahil agama serta golongan2 mu'allaf....supaya tidak timbul isu keliru ataupun terpesong agama....lagi pun ini memang tanggungjawab mereka untuk senantiasa memastikan masyarakat islam di malaysia berpegang pada ajaran agama islam yang betul...

namun, jika tujuan mereka2 ini adalah sengaja untuk menghuru-harakan umat islam...maka sama2 lah kita berdoa..agar KEBENARAN dari ALLAH YANG MAHA ESA....tunjukkan kepada mereka siapa yang benar dan siapa yang palsu...!

ok lah....ini sedikit petikan yang aku ambil daripada blog ini

http://aljoofre.iluvislam.com/


ISU KEBENARAN MAHKAMAH TINGGI TERHADAP
PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH GEREJA KATOLIK



Pengenalan :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Keputusan demikian dibuat dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Isu ini timbul apabila pihak Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan Gereja Katolik tersebut daripada menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayu mereka. Tajuk artikel yang ditulis sebelum ini dalam penerbitan tersebut yang menggunakan perkataan Allah ialah : Kasih Allah; Tidak Membeza-bezakan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya. Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.


Sejarah Penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian :

Mengikut pandangan Islam, agama Kristian yang ada pada hari ini adalah agama yang diselewengkan daripada ajaran Nabi Isa a.s. Nabi Isa mengajak manusia supaya menyembah Allah yang Esa. Firman Allah s.w.t :

قولوا آمنا بالله وما أنزل إلينا وما أنزل إلى إبراهيم وإسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط وما أوتي موسى وعيسى وما أوتي النبيون من ربهم لا نفرق بين أحد  منهم ونحن له مسلمون. [البقرة : 136]

Maksudnya :
Katakanlah : “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dana apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak cucunya dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa.

Agama yang dibawa oleh Nabi Isa ini akhirnya telah diselewengkan dengan menganggap bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Perlu dijelaskan di sini bahawa agama Kristian masih mempercayai tentang keesaan Tuhan tetapi melalui konsep Trinity (3 dalam 1). Mereka berpandangan bahawa Allah itu satu dalam 3 iaitu ayah, anak dan Ruh Qudus. Ketiga-tiga mereka itu adalah Allah yang satu.[1]

Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah dalam konsep Trinity. Ia berdasarkan kepada firman Allah s.w.t :

لقد كفر الذين قالوا إن الله ثالث ثلاثة. وما من إله إلا إله واحد.

Maksudnya :
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata : “Allah salah satu daripada yang tiga.” Padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa.

Ulama Islam berbangsa Arab menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan agama Kristian :


Para ulama Islam berbangsa Arab sendiri seperti Imam Muhammad Abu Zuhrah[2], Imam Qurtubi[3], Dr. Ahmad Syalabi[4] dan lain-lain ketika membincangkan aqidah agama Kristian menggunakan perkataan Allah untuk tuhan agama Kristian. Kebanyakan mereka apabila menolak konsep Trinity membawa dalil daripada kitab Injil dan pandangan cendekiawan agama Kristian dengan menterjemahkan Tuhan agama Kristian dalam bahasa Arab dengan perkataan Allah.




Uruf dan Realiti Penggunaan Kalimah Allah di Malaysia :


Jika dilihat kepada realiti penggunaan perkataan Allah di Malaysia, maka kita akan dapati bahawa perkataan tersebut adalah kalimah untuk Tuhan orang Islam dan hanya digunakan di dalam agama Islam walaupun dalam bahasa Arab ia digunakan juga dalam agama Kristian sebagaimana dalam ayat Al-Quran di atas. Sebagai contoh untuk perbandingan, perkataan ustaz hanya merujuk kepada guru agama dalam bahasa Melayu walaupun ia bermaksud guru secara mutlak dalam bahasa Arab.

Ini dibuktikan melalui makna kalimah Allah dalam Kamus Dewan yang menjadi rujukan yang paling sahih dalam bahasa Melayu ialah: “Tuhan (yang Esa); Allah Azzawajallah adalah Tuhan Yang Maha Baik dan Maha Mulia. Begitu juga Kamus Pelajar, kalimah Allah bermakna: “Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.”[5] Perkataan rumah Allah pula diberi makna kaabah atau bangunan khas seperti masjid, surau dan sebagainya tempat umat Islam beribadat.”[6]
Memandangkan Kamus Dewan dan Kamus Pelajar terbitan DBP adalah rujukan yang paling sahih untuk bahasa Melayu, adalah menjadi kewajipan kepada sesiapa yang ingin menggunakan bahasa tersebut dalam penulisan, menggunakan perkataan yang betul maknanya berdasarkan kamus tersebut.

Rumusan :

Berdasarkan kepada keterangan di atas, walaupun agama Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Arab, ia tidak bermakna perkataan tersebut harus dibenarkan untuk digunakan di Malaysia dalam konteks bahasa Melayu. Siyasah Syariyyah dan fiqhul waqie’ seharusnya diambil kira berdasarkan uruf dan realiti di Malaysia yang mana perkataan tersebut hanya digunakan di dalam agama Islam dan perkataan Allah adalah Tuhan orang Islam. Di dalam Islam, uruf dan realiti setempat adalah sangat penting dalam penentuan hukum berdasarkan kepada kaedah العرف محكمة dan المعروف عرفا كالمشروط شرطا.

Di samping itu, terdapat kesan buruk daripada penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian di Malaysia sebagaimana berikut :
  1. Mengelirukan masyarakat Islam.
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, perkataan Allah di Malaysia adalah merujuk kepada Tuhan yang Esa dan disembah oleh orang Islam. Agama lain termasuk agama Kristian di Malaysia sebelum ini tidak menggunakan perkataan Allah untuk menggambarkan tuhan mereka. Dalam konteks realiti sekarang, masyarakat awam di kalangan umat Islam yang kurang ilmu agama pasti akan terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

2. Memberi peluang kepada pendakyah agama lain untuk memanupulasikan kalimah Allah untuk menyebarkan agama mereka.

Di antara dakyah yang digunakan sebelum ini untuk menyebarkan agama selain Islam ialah semua agama menyembah tuhan yang satu. Tuhan yang satu tersebut mempunyai nama yang berbeza mengikut mengikut agama masing-masing. Seperti dalam agama Buddha, nama tuhannya adalah Buddha, nama tuhan Hindu ialah Brahma, nama tuhan Kristian ialah Jesus dan lain-lain. Justeru, tidak mengapa untuk memasuki mana-mana agama kerana semua menyembah tuhan yang sama walaupun mempunyai nama yang berbeza mengikut agama.

Dalam isu ini, jika dibenarkan agama lain menggunakan perkataan Allah, maka dakyah ini lebih mudah untuk tersebar dengan menyebarkan dakyah Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang sama disembah oleh agama lain.

Walaupun menurut Datuk Lau Bee Lan bahawa ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah sesama mereka bagi tujuan agama mereka dan bukan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam, tetapi tidak ada jaminan bahawa ia tidak disebarkan di kalangan orang Islam.

Contohnya ialah dalam isu penggunaan perkataan Allah dalam akhbar HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang bertajuk: Kasih Allah; Tidak Membeza-bezakan yang menjadi topik perbincangan kita dalam kertas kerja ini. Akhbar tersebut telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai di menara Petronas KLCC walaupun di akhbar itu dinyatakan harganya RM1.00.[7]

Bahkan jika dibaca artikel tersebut, ia mengandungi makna tersirat untuk mengajak orang Islam yang jauh daripada agama kepada agama Kristian. Artikel tersebut menceritakan tentang seorang perempuan yang berpakaian tidak senonoh, bergaul bebas dengan lelaki dan sering keluar rumah dengan lelaki yang berlainan. Perempuan seperti ini secara lazimnya akan dicemuh dan disisihkan oleh masyarakat. Tetapi melalui artikel ini, golongan seperti ini diberitahu bahawa mereka tidak akan dicemuh dan disisihkan oleh agama Kristian kerana kasih ‘Allah’ dalam agama Kristian tidak membeza-bezakan antara orang yang baik ataupun tidak. Pastinya golongan yang disisihkan oleh masyarakat termasuk penganut agama Islam yang terasa disisihkan[8] akan tertarik dengan agama Kristian yang menghargai mereka dan tidak menyisihkan mereka, apatah lagi jika mereka merasakan tidak mengapa untuk memeluk agama Kristian kerana tuhan yang disembah adalah ‘Allah’ juga.

3. Boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama.

Ketegangan antara penganut agama berlaku kerana uruf dan realiti di Malaysia melihat bahawa perkataan Allah adalah ekslusif dan suci untuk Islam. Penggunaan kalimah ini oleh agama lain di Malaysia boleh menyebabkan kemarahan umat Islam kerana menganggap bahawa agama lain telah menceroboh kesucian agama Islam dengan menggunakan perkataan tersebut. Kemarahan tersebut boleh membawa kepada ketegangan dan pergaduhan.

Hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan yang menjadi hujjah kepada hakim, Datuk Lau Bee Lan untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian seharusnya dinilai dengan sewajarnya. Ini adalah kerana hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan. Jika hak bersuara dijadikan hujjah, maka tiada siapa pun yang boleh menghalang cemuhan dan makian terhadap seseorang atau pun agama atas alasan ia adalah kebebasan bersuara.
Tidak dinafikan juga, terdapat aspek positif dan maslahat kepada Islam melalui kebenaran penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia. Antaranya ialah ia membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan Islam di kalangan penganut agama Kristian. Di samping itu ia menunjukkan sikap tasamuh dan menghormati hak agama lain dalam Islam.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ruang itu terbuka untuk penyebaran Islam berbanding ruang untuk penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam. Jika alasan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia untuk menunjukkan sikap menghormati hak agama lain dalam Islam, maka perlu dijelaskan bahawa penggunaan perkataan Allah adalah bukan hak agama Kristian dalam konteks Malaysia.

Apa yang jelas, keburukan dan mafsadah membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia adalah lebih besar berbanding maslahat dan positif yang diperolehi oleh Islam.

Cadangan :

Justeru, beberapa cadangan diutarakan di sini sebagaimana berikut :
-          KDN perlu membuat rayuan segera atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut berdasarkan kepada kaedah Islam : تصرف الإمام منوط بالمصلحة dan
سد الذرائع.
-          Hakim yang membicarakan kes rayuan ini nanti mestilah beragama Islam. Hakim bukan Islam tidak mengetahui tentang persoalan uruf dan realiti di Malaysia serta pertimbangan antara maslahat dan mafsadah dalam Islam. Sebaik-baiknya kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana ia adalah isu agama Islam walaupun ia melibatkan orang bukan Islam. Ini adalah kerana mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia, kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah jika ia bersangkutan dengan agama Islam.
-          Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penggunaan perkataan Allah adalah hanya untuk Tuhan orang Islam dalam konteks Malaysia sebagaimana yang dapat difahami daripada kamus yang dikeluarkan olehnya.
-          Uslub dakwah dalam Islam seharusnya diperkayakan untuk menarik golongan yang merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat mendekati Islam.



continue~



p/s: sentap dengan tindakan segolongan mereka yang bertindak membakar gereja di lembah klang....hu3

Popular Posts

Popular Posts since May 2010