Friday, January 8, 2010

siapa punya 'ALLAH" ?

Assalamualaikum & salam sejahtera~
semoga kita senantiasa hidup dengan penuh aman dan sentosa...

entri kali ni akan berbaur politik dan sedikit sentimen keagamaan...

agak lama tidak mengupdate isu semasa....bukan tidak mau update...cuma tak de benda yang nak di cerita....sbb politik malaysia ketika ini tersangatlah penuh dengan 'propaganda' serta lakonan yang hebat..yang di mainkan oleh mereka2 yang mementingkan diri sendiri...

seperti yang kita semua ketahui...mahkamah tinggi kuala lumpur telah pun membenarkan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan perkataan 'ALLAH'.

ini menyebabkan timbulnya isu ke tidak puasan hati terhadap orang islam terutamanya kerana perkataan ALLAH sudah sebati dengan umat islam...bagi umat islam ianya bukanlah hanya sekadar perkataan semata-mata...namun ianya lebih daripada sekadar kata ganti nama bagi tuhan seperti apa yang di dakwa oleh golongan tersebut...

inilah juga satu contoh..apabila AGAMA di hakimi oleh undang2 dunia yang tidak pernah ada asas yang kukuh...dan meletakkan UNDANG2 berada di atas agama....maka ini yang terjadi...

isu ini sangat kritikal bagi aku...kerana ianya bermain dengan agama dan bukan isu yang boleh di bawa main2...ini soal kepercayaan agama yang menjadi pegangan dalam kehidupan.....ia berbeza dengan isu perkauman....sangat berbeza...

maka...bila isu seperti ini timbul...perlunya toleransi antara sesama....jangan ada tindakan2 yang melampaui batas akidah manusia....kerana dunia penuh dengan undang2 yang mengatasi agama....apatah negara kita yang hidup dalam pelbagai kaum...

kita perlu untuk menjaga sensitiviti agama yang menjadi kepercayaan masing2.....pihak kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu ini...agar ianya tidak berlarutan sehinggakan pertumpahan darah berlaku..tinggalkan sekejap pegangan taksub terhadap politik....ini soal agama kita...yang tidak boleh di pandang enteng...

meskipun akhirnya nanti keputusan mahkamah ini kekal....pihak yang berwajib di dalam menjaga hal-ehwal agama islam perlu untuk memainkan peranan mereka....yang mana melipat gandakan lagi usaha untuk menjaga agama islam...mendidik generasi muda..mahupun mereka yang jahil agama serta golongan2 mu'allaf....supaya tidak timbul isu keliru ataupun terpesong agama....lagi pun ini memang tanggungjawab mereka untuk senantiasa memastikan masyarakat islam di malaysia berpegang pada ajaran agama islam yang betul...

namun, jika tujuan mereka2 ini adalah sengaja untuk menghuru-harakan umat islam...maka sama2 lah kita berdoa..agar KEBENARAN dari ALLAH YANG MAHA ESA....tunjukkan kepada mereka siapa yang benar dan siapa yang palsu...!

ok lah....ini sedikit petikan yang aku ambil daripada blog ini

http://aljoofre.iluvislam.com/


ISU KEBENARAN MAHKAMAH TINGGI TERHADAP
PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH GEREJA KATOLIK



Pengenalan :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Keputusan demikian dibuat dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Isu ini timbul apabila pihak Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan Gereja Katolik tersebut daripada menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayu mereka. Tajuk artikel yang ditulis sebelum ini dalam penerbitan tersebut yang menggunakan perkataan Allah ialah : Kasih Allah; Tidak Membeza-bezakan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya. Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.


Sejarah Penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian :

Mengikut pandangan Islam, agama Kristian yang ada pada hari ini adalah agama yang diselewengkan daripada ajaran Nabi Isa a.s. Nabi Isa mengajak manusia supaya menyembah Allah yang Esa. Firman Allah s.w.t :

قولوا آمنا بالله وما أنزل إلينا وما أنزل إلى إبراهيم وإسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط وما أوتي موسى وعيسى وما أوتي النبيون من ربهم لا نفرق بين أحد  منهم ونحن له مسلمون. [البقرة : 136]

Maksudnya :
Katakanlah : “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dana apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak cucunya dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa.

Agama yang dibawa oleh Nabi Isa ini akhirnya telah diselewengkan dengan menganggap bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Perlu dijelaskan di sini bahawa agama Kristian masih mempercayai tentang keesaan Tuhan tetapi melalui konsep Trinity (3 dalam 1). Mereka berpandangan bahawa Allah itu satu dalam 3 iaitu ayah, anak dan Ruh Qudus. Ketiga-tiga mereka itu adalah Allah yang satu.[1]

Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah dalam konsep Trinity. Ia berdasarkan kepada firman Allah s.w.t :

لقد كفر الذين قالوا إن الله ثالث ثلاثة. وما من إله إلا إله واحد.

Maksudnya :
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata : “Allah salah satu daripada yang tiga.” Padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa.

Ulama Islam berbangsa Arab menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan agama Kristian :


Para ulama Islam berbangsa Arab sendiri seperti Imam Muhammad Abu Zuhrah[2], Imam Qurtubi[3], Dr. Ahmad Syalabi[4] dan lain-lain ketika membincangkan aqidah agama Kristian menggunakan perkataan Allah untuk tuhan agama Kristian. Kebanyakan mereka apabila menolak konsep Trinity membawa dalil daripada kitab Injil dan pandangan cendekiawan agama Kristian dengan menterjemahkan Tuhan agama Kristian dalam bahasa Arab dengan perkataan Allah.




Uruf dan Realiti Penggunaan Kalimah Allah di Malaysia :


Jika dilihat kepada realiti penggunaan perkataan Allah di Malaysia, maka kita akan dapati bahawa perkataan tersebut adalah kalimah untuk Tuhan orang Islam dan hanya digunakan di dalam agama Islam walaupun dalam bahasa Arab ia digunakan juga dalam agama Kristian sebagaimana dalam ayat Al-Quran di atas. Sebagai contoh untuk perbandingan, perkataan ustaz hanya merujuk kepada guru agama dalam bahasa Melayu walaupun ia bermaksud guru secara mutlak dalam bahasa Arab.

Ini dibuktikan melalui makna kalimah Allah dalam Kamus Dewan yang menjadi rujukan yang paling sahih dalam bahasa Melayu ialah: “Tuhan (yang Esa); Allah Azzawajallah adalah Tuhan Yang Maha Baik dan Maha Mulia. Begitu juga Kamus Pelajar, kalimah Allah bermakna: “Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini.”[5] Perkataan rumah Allah pula diberi makna kaabah atau bangunan khas seperti masjid, surau dan sebagainya tempat umat Islam beribadat.”[6]
Memandangkan Kamus Dewan dan Kamus Pelajar terbitan DBP adalah rujukan yang paling sahih untuk bahasa Melayu, adalah menjadi kewajipan kepada sesiapa yang ingin menggunakan bahasa tersebut dalam penulisan, menggunakan perkataan yang betul maknanya berdasarkan kamus tersebut.

Rumusan :

Berdasarkan kepada keterangan di atas, walaupun agama Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Arab, ia tidak bermakna perkataan tersebut harus dibenarkan untuk digunakan di Malaysia dalam konteks bahasa Melayu. Siyasah Syariyyah dan fiqhul waqie’ seharusnya diambil kira berdasarkan uruf dan realiti di Malaysia yang mana perkataan tersebut hanya digunakan di dalam agama Islam dan perkataan Allah adalah Tuhan orang Islam. Di dalam Islam, uruf dan realiti setempat adalah sangat penting dalam penentuan hukum berdasarkan kepada kaedah العرف محكمة dan المعروف عرفا كالمشروط شرطا.

Di samping itu, terdapat kesan buruk daripada penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian di Malaysia sebagaimana berikut :
  1. Mengelirukan masyarakat Islam.
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, perkataan Allah di Malaysia adalah merujuk kepada Tuhan yang Esa dan disembah oleh orang Islam. Agama lain termasuk agama Kristian di Malaysia sebelum ini tidak menggunakan perkataan Allah untuk menggambarkan tuhan mereka. Dalam konteks realiti sekarang, masyarakat awam di kalangan umat Islam yang kurang ilmu agama pasti akan terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

2. Memberi peluang kepada pendakyah agama lain untuk memanupulasikan kalimah Allah untuk menyebarkan agama mereka.

Di antara dakyah yang digunakan sebelum ini untuk menyebarkan agama selain Islam ialah semua agama menyembah tuhan yang satu. Tuhan yang satu tersebut mempunyai nama yang berbeza mengikut mengikut agama masing-masing. Seperti dalam agama Buddha, nama tuhannya adalah Buddha, nama tuhan Hindu ialah Brahma, nama tuhan Kristian ialah Jesus dan lain-lain. Justeru, tidak mengapa untuk memasuki mana-mana agama kerana semua menyembah tuhan yang sama walaupun mempunyai nama yang berbeza mengikut agama.

Dalam isu ini, jika dibenarkan agama lain menggunakan perkataan Allah, maka dakyah ini lebih mudah untuk tersebar dengan menyebarkan dakyah Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang sama disembah oleh agama lain.

Walaupun menurut Datuk Lau Bee Lan bahawa ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah sesama mereka bagi tujuan agama mereka dan bukan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam, tetapi tidak ada jaminan bahawa ia tidak disebarkan di kalangan orang Islam.

Contohnya ialah dalam isu penggunaan perkataan Allah dalam akhbar HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang bertajuk: Kasih Allah; Tidak Membeza-bezakan yang menjadi topik perbincangan kita dalam kertas kerja ini. Akhbar tersebut telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai di menara Petronas KLCC walaupun di akhbar itu dinyatakan harganya RM1.00.[7]

Bahkan jika dibaca artikel tersebut, ia mengandungi makna tersirat untuk mengajak orang Islam yang jauh daripada agama kepada agama Kristian. Artikel tersebut menceritakan tentang seorang perempuan yang berpakaian tidak senonoh, bergaul bebas dengan lelaki dan sering keluar rumah dengan lelaki yang berlainan. Perempuan seperti ini secara lazimnya akan dicemuh dan disisihkan oleh masyarakat. Tetapi melalui artikel ini, golongan seperti ini diberitahu bahawa mereka tidak akan dicemuh dan disisihkan oleh agama Kristian kerana kasih ‘Allah’ dalam agama Kristian tidak membeza-bezakan antara orang yang baik ataupun tidak. Pastinya golongan yang disisihkan oleh masyarakat termasuk penganut agama Islam yang terasa disisihkan[8] akan tertarik dengan agama Kristian yang menghargai mereka dan tidak menyisihkan mereka, apatah lagi jika mereka merasakan tidak mengapa untuk memeluk agama Kristian kerana tuhan yang disembah adalah ‘Allah’ juga.

3. Boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama.

Ketegangan antara penganut agama berlaku kerana uruf dan realiti di Malaysia melihat bahawa perkataan Allah adalah ekslusif dan suci untuk Islam. Penggunaan kalimah ini oleh agama lain di Malaysia boleh menyebabkan kemarahan umat Islam kerana menganggap bahawa agama lain telah menceroboh kesucian agama Islam dengan menggunakan perkataan tersebut. Kemarahan tersebut boleh membawa kepada ketegangan dan pergaduhan.

Hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan yang menjadi hujjah kepada hakim, Datuk Lau Bee Lan untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian seharusnya dinilai dengan sewajarnya. Ini adalah kerana hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan. Jika hak bersuara dijadikan hujjah, maka tiada siapa pun yang boleh menghalang cemuhan dan makian terhadap seseorang atau pun agama atas alasan ia adalah kebebasan bersuara.
Tidak dinafikan juga, terdapat aspek positif dan maslahat kepada Islam melalui kebenaran penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia. Antaranya ialah ia membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan Islam di kalangan penganut agama Kristian. Di samping itu ia menunjukkan sikap tasamuh dan menghormati hak agama lain dalam Islam.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ruang itu terbuka untuk penyebaran Islam berbanding ruang untuk penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam. Jika alasan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia untuk menunjukkan sikap menghormati hak agama lain dalam Islam, maka perlu dijelaskan bahawa penggunaan perkataan Allah adalah bukan hak agama Kristian dalam konteks Malaysia.

Apa yang jelas, keburukan dan mafsadah membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia adalah lebih besar berbanding maslahat dan positif yang diperolehi oleh Islam.

Cadangan :

Justeru, beberapa cadangan diutarakan di sini sebagaimana berikut :
-          KDN perlu membuat rayuan segera atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut berdasarkan kepada kaedah Islam : تصرف الإمام منوط بالمصلحة dan
سد الذرائع.
-          Hakim yang membicarakan kes rayuan ini nanti mestilah beragama Islam. Hakim bukan Islam tidak mengetahui tentang persoalan uruf dan realiti di Malaysia serta pertimbangan antara maslahat dan mafsadah dalam Islam. Sebaik-baiknya kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana ia adalah isu agama Islam walaupun ia melibatkan orang bukan Islam. Ini adalah kerana mengikut tafsiran Perlembagaan Malaysia, kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah jika ia bersangkutan dengan agama Islam.
-          Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya mengeluarkan kenyataan rasmi tentang penggunaan perkataan Allah adalah hanya untuk Tuhan orang Islam dalam konteks Malaysia sebagaimana yang dapat difahami daripada kamus yang dikeluarkan olehnya.
-          Uslub dakwah dalam Islam seharusnya diperkayakan untuk menarik golongan yang merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat mendekati Islam.



continue~



p/s: sentap dengan tindakan segolongan mereka yang bertindak membakar gereja di lembah klang....hu3

2 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

entri yg baik

rishi said...

dear bloggers,
i totally believe in god but dont believe in religion, i see this world is coming to an end as everybody is arguing about whose god is the greatest and true.i am an indian/christian and i am a big fan of sami yusuf.why?for me everyone is the same and i dont care what race,religion or what colour you are.everyone is my family.but i have to disagree aswell after all allah is the standard Arabic word translation for God.and it was used 5 BC/BCE – c. 30 AD/CE by christians until the roman empire has control over the christianity and their bible.dont worry i am not criticizing anyone as i said before i just dont believe in religion.have a great day everyone.

Popular Posts

Popular Posts since May 2010