Sunday, February 28, 2010





alif ba ta:

tetap berada di satu posisi bukanlah suatu yang mudah...apatah lagi untuk terus setia dalam bercinta.....perlu pengorbanan yang tidak pernah ada hujungnya...kerana kita perlu tahu...cinta bukanlah satu destinasi persinggahan...ianya suatu perjalanan yang harus di lalui dan di tempuhi....kerana setiap detik dan waktu....babak kehidupan bukannya sama...pasti ada turun dan naik...yang menduga kita...untuk membuat sesuatu agar apa yang kita pilih....adalah terbaik dalam hidup...percayalah....cinta akan hadir bila kita ikhlas untuk mencintai~

Friday, February 26, 2010

Ya Rasulullah~


 

Siti Nurhaliza - Ya Rasulullah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu 
 
 




alif ba ta;

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam di dunia...semoga kita menjadi umatNya yang terbaik...dan menjadikan Nabi Muhammad sbg Idola dalam kehidupan seharian kita....jadikan sunnahnya sbg satu amalan....agar di akhirat sana Dia mengaku kita adalah umatnya....amin~

Thursday, February 25, 2010

owh busy nyer~

 



alif ba ta:


minggu nie tuhan menguji aku dengan kesibukan aku dalam menuntut ilmunya...tidak pernah aku rasa begitu banyak benda nak kena buat....bukan setakat kerja assgment yang di tinggalkan lecterur...tetapi hal2 debat yang sehingga skrg aku tidak selesaikan lagi...hu3

nie la masalahnya bila time cuti tak di gunakan dengan baik...konon je bw sume buku2 dan kerja2 yg nak di buat...tgk2 satu benda pun xbt....hu3 lagi2 kat rumah baru pasang P1wimax...lagi la tak buat kerja...

tak pe...mungkin kesibukan hari ini akan mengajar aku agar tidak mengulangi kesilapan yang telah di lakukan hari ini...amin

dan yang paling sentap bila dgr ERA fm pagi tadi...cerita pasal buat kerja 'last minute'...aku sentap gak la...dah la kerja tak siap lagi...nak hantar hari nie...lepas tue class full lak...mmg menguji giler la...dan hari nie aku hanya boleh hantar Assgmnt group utk BSM jek....asgment S.A tak dapat hantar hari nie....tangguh next week....harap2 di terima....

ok lah...nak berehat jap...malam nie ada class Jepun lak....berturut2 3 malam ada class....penat2....dis wekend lak ada 'Soft skill 2' lak...tension aq...

sekian...





p/s: semoga dis week akan berlalu dengan cepat....meninggalkan bulan feb yang hanya sekejap ini...dan datanglah Mac yang bakal menjanjikan sesuatu yang aku nantikan....: )

Sunday, February 21, 2010

kami sekadar~



alif ba ta:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

aku kembali menulis untuk menunaikan janji aku pada entri yang lepas...untuk memberi jawapan apa status aku dgn DIA....

berangan betul aku kan..mcm la artis nak bagi tau status aq skrg apa...ala...nie pun sbb org duk asyik tanya...so aku mmg saje je nak tunggu masa yg sesuai...lagi pun sian jugak kat DIA...ada jugak yang menanya status dia skrg....ada hub. serius ke dgn aq ke just kawan jek...

memang seronok kan bercinta....dulu aku ingat bercinta nie menyusahkan je adalah...yer la kena sms 24/7 setiap hari...nak bagi tau bt pe skrg...segala2nya kena bg tau...yer la bercinta nie kenalah jujur...klu xjujur baik xyah bercinta namanya...

dulu aku siap kutuk lagi org2 yang tiap2 hari jumpa...tak bosan ke...tp aku dgn DIA mmg jarang juga jumpa...bila betul2 rindu baru jumpa..sbb itu kot prinsip aq...sbb aq nie jenis cepat bosan jugak...so aku xnak la jumpa slalu...tp slalu jugak la aq call n sms...klu bukan aku..dia yg gigih call...rindu katanya...ha3

tapi...aku nie satu je kelemahan aku...aku susah sikit bagi komitmen...lagi2 bila aku ada pertandingan debat dgn bila berada kat rumah...aku tak tahu kenapa...aku mesti jarang call or sms DIA...sampai merajuk DIA aku buat...tapi aku pujuk la jugak...

entahlah...aku bila pergi tournment debat mmg jarang sms or call DIA sebenarnya...aku mmg focus dgn debat..lagi2 jumpa member2 yg betul2 lama xjumpa...borak mmg xingat...sian jugak kat DIA kadang2...nasib baik DIA cuba untuk memahami...hu3

dan bila time cuti..sampai rumah jek...aku mesti jarang gak sms or call DIA....aku sendiri pun tak faham dgn diri sendiri...hu3 sian kat DIA...tapi aku cuba jugak la...slalu call n sms...aku cuba untuk jadi yang terbaik...; )

menjadi yang terbaik untuk mencintai seorang wanita teramat sukar bagi aku....kerana untuk mencintai seseorang...kita perlu untuk memberi komitmen yang cukup tinggi...agar insan yang kita sayangi dan cintai itu senantiasa di rasai di hargai dan juga di cintai....

dan sepanjang kami berkawan...sebenarnya....antara kami berdua hanyalah TEMAN TAPI MESRA...untuk sepanjang setahun kami berkenalan...kami cuba untuk mengenal hati budi masing2...kerana DIA punya prinsip utk tidak mahu terburu2....maka aku hanya mengikut sahaja...lagi pun aku juga belum cukup bersedia untuk terus pergi jauh dalam hubungan kami...kerana itu terbaik buat kami berdua....

sebab lepas nie...andai jodoh antara kami tak panjang...maka tiada hati yang akan terluka...bila hati sudah bertemu yang lain....kerana dalam usia begini....banyak perkara yang akan mengganggu dan mengoda jiwa...menyebabkan kita akan cepat berubah....

lagi pula...tatkala ini banyak perkara yang perlu untuk kami dahulukan...pelajaran adalah suatu perkara yang penting untuk di utamakan...kerana bagi aku masa untuk bercinta pasti akan tiba juga....dan time tue la...insyallah...aku akan memberikan sepenuh perhatian aku untuk cinta pula....

hidup ini kita perlu pandai untuk membahagikan masa...agar apa yang kita mahukan akan dapat satu persatu.....jangan terburu2 dalam melakukan sesuatu....kerana andai ianya sudah di takdirkan untuk kita...pastinya ianya akan datang juga menjadi milik kita....

dan...sejujurnya...aku tidak pernah untuk menghalang DIA untuk mencintai insan lain andai hati DIA sudah berjumpa dgn org lain...kerana DIA berhak untuk memilih siapa yang layak untuk di hatinya...ini prinsip aku...dan aku harap DIA juga begitu...dan apa yang penting...andai DIA sudah berjumpa yang lain..DIA perlu untuk memberitahu aku terlebih dahulu....agar aku tidak tertunggu2...dan begitu juga sebaliknya....

aku jenis percaya pada jodoh...andai takdir suratan sudah tertulis DIA milikku...maka pastinya DIA adalah jodoh ku yg sah...andai tiada jodoh antara kami...aku pasrah...kerana cinta tak boleh di paksa...

dan sepanjang kami menjadi TEMAN TAPI MESRA...aku rasa aku bukanlah seorg yang terbaik buat DIA....kerana aku rasa aku gagal untuk menjadi seorg lelaki yang mencintai seorg wanita dengan sepenuhnya...banyak yang perlu untuk aku perbaiki...

buat DIA...aku memohon seribu kemaafan andai sepanjang perkenalan kita...aku tidak menjadi seperti apa yang kamu mahukan...aku hanyalah seorang lelaki yang juga punya kelemahan...yang perlu untuk di ingatkan..dan juga perlu untuk di perbaiki...

semoga kamu memahaminya...; )

sesungguhnya...aku amat menyayangi kamu... ; )  
jangan pernah letih untuk menyintaiku~

dan aku nak korang dgr lagu nie...best~
juga buat DIA~



Naff- Tak Seindah Cinta Yang Semestinya~

Aku mencintaimu setulus hatiku
Aku menyayangimu dengan sepenuh jiwaku

Aku Mengasihimu sepanjang usiaku
Aku Menginginkanmu lebih dari apapun

Meski tak seindah yang kau mau
Tak sesempurna cinta yang semestinya
Namun aku mencintaimu
Sungguh mencintaimu

Begitu erat begitu lekat
Perasaanku kepadamu
Tak bisa ku hentikan
Tak mampu ku tepiskan










p/s: terover lak aku cerita pasal cerita peribadi aku nie....geli pulak rasanya...ha3

Thursday, February 18, 2010

setahun berlalu~

 
*gambar skdar hiasan~





alif ba ta:


17 january adalah hari yang sangat bermakna buat aku...jika kebanyakan di antara kita menjadikan 14 feb adalah sbg hari kekasih...aku pula menjadikan 17 feb sbg hari kekasih dalam hidup aku...kerana detik dan saat itu aku mula mengenali seorang insan yang mengajar aku tentang 'kehidupan hati' bila mula bersatu...

saat dan ketika itu kami mula mengenali siapa aku dan siapa DIA...dari situlah kami bergelak ketawa....bergurau senda...setiap hari nak sms...nak dengar suara....

awal2 tue tak rasa apa2 pun...hari demi hari...hati aku rasa lain...rasa sesuatu yang tak pernah aku alami sebelum ini....tertanya dalam hati...apakah ini di namakan cinta...

kelakar jugak,...padahal pada tahun 2009 aku berazam untuk tidak jatuh cinta pada sesiapa....(giler kan azam aku) konon2nya nak focus study la...tapi semua yang kita rancang tak semuanya akan menjadi seperti apa yang kita rancang...

lagi2 bila bercerita tentang CINTA...sampai ke sudah pun tak kan pernah habis...itulah kuasa yang ada pada CINTA...boleh 'membutakan' manusia....boleh membuat manusia lupa...apa yang seharusnya kita lakukan seharian...

dalam proses mengenal hati budi antara aku dan DIA...segalanya kami kongsi...dari cerita lama hingga cerita yg terLATEST...seronok sebenarnya berkongsi cerita...lagi2 orang yang kita betul2 sayang...

hari demi hari...kami mula mengenal hati budi....tau apa yang baik dan buruknya diri...tapi itu yang mengajar kami untuk lebih memperbaiki diri...

ada yang terkejut...bila mengetahui aku ada hubungan dengan DIA...namun apa yang mampu aku lakukan...kalau sudah hati mula bicara...tiada apa yang dapat merubah kecuali takdir tuhan...

bukan mudah jugak untuk menyintai seseorg nie...banyak halangan...apatah lagi jika org yg kita suka tue ramai pulak yang minat...fuhh...mmg susah...ada je yg nak masuk line...tp aq steady jek...sbb aq tau...dia syg aku sbg apa...sbb aku percaya kat dia... ; )

slalu jugak dia cerita bdk2 yg minat kat dia...ramai jugak la...jeles tue sah2 la ada kan...tapi tak kan la aku nak menghalang pulak...itu hak dorg jugak untuk suka kat siapa pun...lagi pun DIA bukannya isteri aku...

dan 17 feb nie..maka genaplah setahun kami berkenalan....mengenali hati budi....baik buruknya diri...tangis dan ketawa bersama....itulah yg kami lalui selama setahun..

mungkin ramai yang tertanya..apa sebenarnya status aq dgn DIA skrg? adakah sudah ada ikatan ataupun hanya sekdar teman?

jawapan itu akan aku jawab di entri yg akan datang...; )

sekian..




p/s: i mis u~

Sunday, February 14, 2010

hari kekasih 2010

 



alif ba ta:
14 februari pastinya ramai di antara kita akan menyambut hari kekasih...kepada yang berkasih....pastinya menjadikan hari ini suatu hari yang bermakna dalam hubungan mereka...

namun, bagi yang muslim, kita perlu beringat dan melihat kembali sejarah mengapa hari kekasih ini di sambut...dan tidak terlalu terikut2 dgn budaya barat ini...kalau nak sambut pun agak2 la ek...jgn la keterlaluan...

bagi aku, hari-hari adalah hari untuk kita berkasih...mungkin org barat nak meletakkan satu hari untuk lebih memperingati kekasih....

dan apa yang paling penting...niat kita dalam melakukan sesuatu itu teramatlah penting...agar niat kita itu tidak lari dari akidah islam....

kalau nak sambut sgt hari kekasih...sambutlah...tapi janganlah melampau2...hingga terlupa adat ketimuran dan juga agama...

ok la...tak perlu untuk aku bersyarah ataupun memberi ceramah...apa yang penting...sayangilah insan2 yang hadir di sekeliling kita....jangan bila sudah tiada barulah kita terhegeh2 nak menyayangi dan merindui...terlambat...

L.O.V.E






p/s: cinta adalah suatu perjalanan...bukannya suatu persinggahan~

Saturday, February 13, 2010

lebih simple~

 




alif ba ta:
buat kesekian kalinya, blog ini berwajah baru lagi...entah kegilaan apa yang melanda diri menyebabkan aku gatal tangan nak tukar layout...he3

tapi aku suka layout ni sbb simple jek....dan aku mmg dah lama nak cari layout yg simple buat nice...so aku rasa layout nie ok kot....

dan lagi satu...aku rasa dgn layout nie akan memudahkan org lain masuk ke blog aku...tak yah la nak tunggu loading lmbt sgt kan...he3

lagi pun sudah masanya untuk aku tampil dgn sesuatu yang matang...yer la tahun nie nak masuk 22 dah...bagi aku dah cukup dewasa dah....klu 21 tue rasanya leh lagi mcm bdk2...he3

ok lah...i hope layout nie korg suka k...

sekian



p/s: seronok dpt on9 di rumah...nasib baik la abg aq pasang P1wmax...tak de lah kebosanan kat rumah...

Friday, February 12, 2010

新年快乐


alif ba ta:

di kesempatan yang ada ini, alif ba ta duniaku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA....kepada semua masyarakat yang menyambutnya....

semoga tahun baru kali ini akan membawa 1001 kebahagiaan dan juga memberi lebih banyak rezeki kepada anda semua....

ucapan ini khas di tujukan buat Law Kok Sin,rakan2 fakulti dan semua student UMP,rakan2 dan cikgu sekolah....serta seluruh rakyat Malaysia....

apa yang penting...berhati2 lah di jalan raya...semoga kita semua selamat tiba di destinasi yang kita tujui...: )

新年快乐
恭喜发财
年年有馀



p/s; apy holiday to all my frends...slamat bercuti mid sem...: )

Thursday, February 11, 2010

akhirnya PRIVATE...





alif ba ta:

akhirnya....blog yang perasaan dia je yg bagus...iaitu WARUNG KEDAI KOPI KAK LONG....telahpun mengambil tindakan untuk private kan blognya...

nampak sangat pengecut penulis blog tue....mungkin dia takut apa yang dia tulis di ambil tindakan oleh pihak atasan UMP....yer la suka hati dia je nak menulis dan mengkritik tanpa usul periksa...

kita sememangnya boleh bersuara...tetapi kenalah dgn adab sopan...jangan kerana mulut badan binasa...dah byk kes2 penulis blog di ambil tindakan...kerana kekurang ajaran mereka...

semoga penulis blog yang perasan bagus tue...dapat ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku...semoga komen2 yang di tinggalkan dalam ruangan entri 'hangat' dia tue dapat di jadikan satu pedoman untuk memperbaiki diri....

hidup nie jangan terlalu bersikap prejudis sgt....think b4 we do smthg...kerana perbuatan tanpa menggunakan akal sama seperti Haiwan yang di kurniakan otak tanpa akal....berfikirlah sebaiknya sebelum melakukan sesuatu....jangan sampai org lain merasakan diri kita hina...atas apa yang telah kita lakukan...

kita makhluk sempurna ciptaanNYA...maka jadilah Khalifah yang terbaik di muka bumiNYA....agar pengakhiran nanti...kita menjadi Khalifah yang terbaik...amin...

titik



p/s: penulis blog tue pengecut....sbb privatekan blog dia...bukan nak bersemuka...;p

Wednesday, February 10, 2010

Norman KRU PENGETUA AF8....Sarimah & Jimmy PENGACARA AF8




Alif ba ta:

Segala Teka-teki siapakah akan menduduki kerusi panas Pengetua AF8 akhirnya terjawab setelah sidang media yang di jalankan semalam menjawab segala persoalan semua...

akhirnya pihak Astro memilih Norman KRU untuk menjadi Pengetua AF8 untuk kali ini....pastinya Astro punya reasons yang kukuh mengapa memilih Norman KRU sbg pengetua kali ni...bersandarkan kepada pengalaman yang ada aku rasa Norman boleh membawa AF8 ini kepada satu dimensi yang berbeza berbanding edisi2 AF yang sebelum nie....

selain persoalan siapakah bakal pengetua AF8...pengacara AF8 juga menjadi pertanyaan ramai apabila AC Mizal telah pun menyatakan secara rasmi bahawa beliau tidak akan menjadi pengacara AF8 utk kali ke-3 setelah mengacara AF 2 musim berturut2...



dan utk musim ke 8 nie...Sarimah Ibrahim dan Jimmy trek selebriti akan di beri tanggungjawab untuk mengemudi KONSERT AF yang akan bermula pada 13 Mac ini....9 malam di Astro Ria...

INFO:

  • Konsert AF (Sabtu) - akan di acarakan bergandingan oleh Sarimah & Jimmy
  • Diari AF (setiap Isnin - Jumaat, bermula 15 Mac, jam 7.30 malam) yang dihoskan oleh Jimmy
  • Debaran AF ( penyingkiran)  (setiap Ahad bermula 21 Mac, jam 9 malam) oleh Sarimah.
  • AF8 bermula 13 Mac ini...

Tenaga Pengajar:

Pengetua: Norman KRU
Guru vokal teknikal : Siti Hajar
Guru vokal persembahan : Adnan Abu Hassan
Guru tari : Linda Jasmine
Kaunselor dan guru bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
Jurulatih drama : Que Haidar


di harapkan AF8 kali nie berjaya membawa kelainan dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk menjadi Artis dalam industri hiburan kita....dan bukannya hanya artis yang popular seketika selepas itu senyap tanpa berita...dan juga artis yang hanya mempunya rupa tetapi kualiti hampeh...sedih...


sama2 lah kita nantikan AF8 yang bakal bermula Mac nie....adakah Norman KRU berjaya membawa kegemilangan AF2 & AF3....ataupun AF8 tetap suram seperti AF yang sebelumnya....di harapkan juga AF8 kali ini tidak terlalu DRAMA dengan menimbulkan KONTROVERSI yang MURAHAN...kalau nak buat DRAMA pun janganlah yang sudah jelek dan muak  penonton saksikan....carilah idea2 baru yang lagi segar bugar....agar penonton setia AF akan senantiasa melekat di depan TV setiap hujung minggu....; )

God luck buat team produksi,tenaga pengajar dan juga peserta AF8....

sekian



p/s: Syukur bukan Dato' CT yang jadi PENGETUA...kalau tak makan hati aku...he3

Tuesday, February 9, 2010

Zamry KEKAL!

*gambar di ambil dari FB Dr.Zamry

Alif ba ta;

teka-teki siapakah yang menjadi Menteri Besar Perak yang sah akhirnya terjawab hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan memutuskan Dr.Zamry adalah MB Perak yang SAH!

yang menarik:


  • Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
  • proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun.
  • Mahkamah juga memutuskan Nizar mengetahui beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak dan perlu melepaskan jawatan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. 
  • hampir 1000 penyokong Ir.Nizar & Dr.Zamry berkumpul di depan Istana Kehakiman dgn penyokong Dr.Zamry memakai baju kuning dgn tulisan 'Daulat Tuanku'.


Maka, dengan itu...aku harap semua pihak dapat menerima kenyataan dan keputusan Mahkamah ini....di harapkan Kerajaan Perak dapat kembali seperti biasa tanpa sebarang perkara2 yang tidak di ingini...setuju atau pun tidak...kita perlu untuk terima apa jua takdir Tuhan...

apa yang penting, rakyat Perak terus menjalani kehidupan harian seperti biasa....kerana itu lebih penting berbanding terlalu taksub dengan aliran politik yang di pegang...hingga terlupa apa tujuan dan matlamat kita untuk berada di atas muka bumi ini...

andai aku rakyat Perak...aku tak kesah pun siapa yang menjadi MB Perak...sebab aku cukup kagum dengan kedua2 insan ini....melihatkan kepada latar belakang pendidikan mereka yang sangat cemerlang membuatkan aku percaya dengan kebolehan mereka...mungkin bezanya nanti cuma aliran politik yang di bawa oleh mereka....

beri masa Dr.Zamry untuk meneruskan kepimpinan beliau...dan anda nilai lah dengan baik....buat perbandingan....so..bila PRU13 yang akan datang...anda pilihlah yang mana terbaik untuk anda.... ; )

sekian.



p/s: harap2...krisis yang berlaku di Perak dapat kembali pulih...amin

Monday, February 8, 2010

aktiviti tak BERTAMADUN


link ke blog ini...(klik sini)

PONGGAL

PONGGAL2...
satu program dianjurkan oleh JKI (Jawatan Kebudayaan India). Dengar cerita smlm, memang sosial habis aa...Dengan penari-penari yang xdpt digambarkan. Aku x kesah laa non-muslim, almasalahnya, si MUSLIM ni. Mana perginya maruah anda...??? xmalu ke akhlak y tiada beza dgn org non-muslim...?? hmm...pelik2...

Satu lagi, dah laa bercampur aduk lelaki Perempuan. Dh mcm kat panggung wayang..
HAAIIHH...Kompleks Sukan tu kan mahal harganya. Telah dicemari dgn program-program y tidak BERTAMADUN. APA DAH JADI PADA PENGURUSAN UMP...??? Pelik-pelik...

Heyy...kalo nk buat program mcm tu pun, jgn laa dlm UMP...TOLONG LAA...
UMP kan institusi ILMU, MANA PERGINYA PROGRAM-PROGRAM BERILMU...???MANA-MANA...??!!
PENGURUSAN UMP MMG X TELUS...TIDAK TELUS...!!!

HARAP, UMP sedarlah...Kalo nk progrm-program mcm nie pun, ikut laa GUIDELINE yang sepatutnya....KALO NK GLEMER PUN, JGN LAA GLEMER CARE MCM NIE...HAIIHH...

PROGRM NI ANJURAN KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN UMP pulak tu...adooii...
62 comments



alif ba ta:


di atas adalah entri kepada blog JOM SEMBANG KEDAI KOPI UMP...aku dapat buka blog ini sebab ada someone yg meninggalkan url blog nie di chatbox aku...


maka dengan hati ikhlas...aku pun gigih la buka blog nie...dan baca punya baca...aku sedikit kaget dgn entri di atas....


banyak persoalan yang timbul...apakah sebenarnya niat penulis blog ini menulis entri seperti itu? jika ingin menegur kesalahan seseorang...bukan begitu caranya...sangat keterlaluan...sepertinya hanya dia sahaja yang sempurna...dan sembarono sahaja menuduh itu ini...


keadaan inilah yang menyebabkan aku tidak setuju dengan penulis blog tersebut...kerana cara dia nak menegur kesalahan org seperti tidak beradab...main sedap mulut je nak cakap...tak takut kena saman or buang U sbb menimbulkan isu seperti ini...


kita punya cara yang betul utk menyuarakan sesuatu pendapat...bukan jadi pengecut dgn hanya menulis di ruangan maya ini...lagipun skrg nie setiap IPTA mempunyai Speaker conner yang mana melalui situlah kita boleh bersuara apa sahaja yang ingin kita suarakan...yang penting beradab dan tidak melanggar AUKU...


aku dah pun tegur penulis blog nie..supaya menulis dengan baik selepas ini...aku ingat teguran aku melalui komen di dengar...maksud aku tegur dia supaya memperbaiki ataupun memperbetulkan ayat dia di dalam entri di atas...agar apa yang beliau cuba sampaikan lebih jelas...dan tidak ada mana2 pihak yang akan terasa....


mudah sahaja...cuma penulis blog ini fikir yang dia berada pada satu pihak yang tersangat benar....aku rasa dia hanya mahukan populariti semata-mata...dengan menimbulkan cerita2 yang hangat ini....


apa2 pun...aku harap anda yang membaca dapat nilai sendiri...

semoga insan2 seperti itu dapat muhasabah diri..agar tidak mengulangi isu seperti ini....kadang2 kita rasa kita dah betul....dan menolak segala teguran org...sedangkan teguran itu utk memperbaiki kelemahan yang kita ada...


sekian...aku tak nak cakap byk...sbb aku sendiri pun punya kelemahan....sama2 lah kita saling tegur menegur...agar yang buruk jadi baik...dan yang baik akan terus jadi lebih baik... ; )






p/s: tak puas hati dgn penulis blog tersebut...sebab menyembunyikan IDENTITInya...tolong kepada siapa yang tahu siapa penulis blog tersebut...agar dapat inform kepada aku...kalau berani nak tulis dalam blog...jangan nak sembunyikan identiti...tunjukkan yang anda BERANI dgn mendedahkan siapa anda sebenarnya...

Sunday, February 7, 2010

setahun kepimpinan Zambry~




alif ba ta:

semalam iaitu 6 february adalah genap setahun kepimpinan Zambry mentadbir Kerajaan Perak...dan 9 february ini...Mahkamah Persekutuan akan bersidang semula untuk memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah...

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah - antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS.

17 Mac 2008:
- Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Februari 2009:
- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009:
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009:
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.
BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Februari 2009:
- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009:
- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.
- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Februari 2009:
- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:
- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:
- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:
- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.
11 Mei 2009:
- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:
- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:
- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:
- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 November 2009:
- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010 setelah selesai mendengar hujahan.


Menurut Ir.Nizar dalam blog beliau (klik sini)....andai keputusan berpihak kepadanya...pilihanraya baru akan di adakan semula bagi memilih kepimpinan yang sah yang di pilih oleh rakyat Perak dan  kempimpinan yang utuh dapat di bentuk....



p/s: sama2 lah kita  nantikan apakah keputusan yang akan di putuskan oleh hakim pada 9 feb nie....semoga KEBENARAN akan berpihak kepada yang HAK...

Saturday, February 6, 2010

'berdebat' di FB....

 


alif ba ta:
gambar di atas adalah status aku di FB yang mendapat komen2 yg hangat jugak...so aku nak kongsi sedikit 'perdebatan' antara aku dengan rakan aku iaitu classmet aq time di SASER....

aku: Can I **** you today? kata Anwar kepada Saiful... Pelikkan org muda seperti Saiful xboleh nak melawan Anwar dan hanya menurut sahaja....suspicious jap....huh!

F:  ko ni jumain, mmg la saiful 2 muda lg kuat.. tp kuat in strength je.. anwar 2 lak man in POWER.. ny wish die org x wat, die ley je dajal kn org 2.. influence n networkin anwar luas cam salur darah kot, 1 call smua org yg knal die, terpodol mse dpan si saiful.. xkire la keje ke, loan bank ke.. abis la.. 2 pasal la die x lawan, anwar has POWER, not just mere brute strength..

aku : ala sekuat mana pun networking Anwar...takkan ko sanggup buat kot klu ko kat tempat saiful....lari je la...mcm la sume benda dia control kat msia nie...undang2 ada apa....huh...

nie la mentaliti org msia...bila org tue ada networking sikit...cable sana sini...terus hormat giler babi...dan rasa takut...sedangkan boleh je hidup tanpa ada 'cable' segala...

biar hidup dengan hasil titik peluh yang halal...berbanding terlalu bergantung dgn org2 yang punya kuasa utk dapatkan sesuatu....

F: ha2,ko skang brani la ckp cmni.. cube ko berada kat tmpat die at da same tym ko kne tengking dgn anwar smua.. cuba ko pikir tym 2 dgn degree pun kantoi,xde edu len n idup ko skang pkai gaji dr die je.. mulut nk ckp snang la weyh.. but wen ur lyf n future r dependin on higher authority, which is well-known,prominent figure, n he wants weird requests... See More, there is big fear n risk dat u might need 2 do it..
even now, de je gurls jual bdn kat prof pasal nk result gmpak (minoriti la,most of gurls baik k,no offence)
kalo die x kawal smua pun, die adalah once TPM msia,influence die bkan skit.. in fact hari yg sme kes berlaku ni, anwar bru meeting kul 12pm dgn prof Dr Mohamed Ariff, Pengarah Eksekutif MIER (institusi Kerajaan).. x jd tpm dh, tp meetin dgn salah 1 ketua bdn pnting government kot,power gile,PM pun xtaw org die meetin anwar,kire prof ariff ni dh de back up plan kalo BN kalah kui2.. lg la mamat saiful 2.. skali anwar sabotaj die, terpodol :P 


aku : watever la fazrul...setiap org pandangan dia berbeza...

kita tak perlu utk terlalu taksub dgn kuasa sesorang...kerana kita ada TUHAN iaitu ALLAH yang perlu di takuti...

andai sekalipun Anwar tue mampu utk menggelapkan kehidupan Saiful andai dia tidak mahu di LIWAT....ada byk jalan lain yang boleh dia lakukan....hidup nie bukan hanya ada satu jalan...Allah memberi kita byk jalan untuk kita pilih mana yang terbaik untuk kita...jangan kerana takutkan MANUSIA YANG KONON2 NYA PUNYA KUASA...kita membelakangkan akidah yang kita pegang...... See More

ALLAH itu memihak pada mereka YANG BENAR...so kenapa perlu tunduk pada KEMAHUAN manusia yang sememangnya amat di LAKHNAT oleh ALLAH....

dan...kata-kata ko nie seperti yang kau sanggup juga di LIWAT andai berada di tempat SAIFUL...kerana ko sangat tahu pengaruh yang besar yg ada pada Anwar...

aku tak nafikan Anwar adalah antara org HEBAT...aku sangat mengagumi beliau....mungkin betul kata kau...klu aq berada di tempatnya pasti apa yang cakap nie belum tentu sama seperti yang aku kata skrg...

sebab itulah gunanya IMAN sbg PENDINDING DIRI daripada melakukan sesuatu yang di MURKAI olehNYA....

aku bukanlah nak cari gadoh ke apa...aku pun IMAN bkn byk mana pun...turun naik jugak...

tapi aku tak berapa setuju andai masyarakt skrg terlalu taksub dgn 'kuasa' yang ada pada seseorg...ya...aku tidak nafikan...zaman skrg siapa yang berpengaruhla yang akan berada di atas.....dan byk la 'kroni' yang mendapat manfaat...dan yang HAK tak mendapat apa yang sepatutnya mereka miliki....ZALIM!

AKU TAK BERPIHAK MANA2 PIHAK pun...aku hanya berkata berdasarkan PEMERHATIAN aku...

sekian,wasalam...: )


F: hee2,nonsense thinkin of lettin ny1 liwat urself kot..
pe yg cube dimaksudkan di cni is, de org yg hatinye x gentar walau pe pun, n de yg atinye bgai retak mnanti belah bile digertak..
yes, anwar is a POWERFUL guy,KALO btul die request bnde yg ngarut2 ni,means kite ley xpect de 2 jnis reaction.. 1 cam ko yg brani gile nk lwan blik, n 1 lg yg cuak dgr je arahan.. malangnye jumain,si saiful ni x setegar ko kui2 :P
ala cam keje sekolah la.. de org siapkn takut cikgu,de org wat dek je x kisah.. spe la kite nk judge btul ke x reaction org 2.. mayb kite jnis yg mampu n kuat mlawan, but kne ingt, Allah cipta makhluk dgn hati n pekerti yg berbeza kot,de org mmg xkuat mne nk lwan tentangan org len,kalo x,xde la word PENINDASAN :P

n ko kne taw, pendakwa raye amik 1 kes di mne ini adalah kali terakhir anwar dituduh liwat saiful.. ini bukan kes di mne anwar liwat saiful 4 1st tym.. pasal pe pendakwa raye amik event last tym ni,coz mereke kate de bkti CCTV n DNA pd specific tym (3.00pm-4,30pm) utk event liwat kali terakhir.. npe? coz kes liwat anwar 1st dulu, prosecutor amik time frame 3bulan tanpe bukti kukuh tmpat n waktu specific berlaku kjadian.. ni di admit sndiri zulkfili nordin (PKR MP,anwar's lawyer 4 1st sodomy kes).. he said,we win at appeal court 4 da 1st sodomy case coz there's a technical weakness in prosecutor's case(bley bce kat blog die).. kalo bc keputusan 2org frm 3 judge mahkamah rayuan (anwar mnang kes liwat 1st,die just msuk pnjara coz kalah kes rasuah) camni penghakiman diorg:

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt". more info pasal judges nye result:
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/07/anwar.html

so,prosecution kes 2nd,blaja dr mistake dr kes 1st,n xnk ulang2 byk kejadian.. ringkas kate,b4 dis pernah sodomy antara saiful n anwar (same ade b4 dis dgn kerelaan saiful ke,itu kite x tahu,Allah n mereka je taw).. but last tym(event 4 kes ni) ni,anwar nk, tp bile die taw kali ni saiful cam lwan,die tengking saiful,mamat 2 lak (maybe die sikit sifat pnakut) cuak n dgr kate2 org yg bakal jd PM msia(kalo mnang PRU 13 la :P).
utk mnang kes ni,prosecutor hanye perlu setel 2 task je:
1. buktikn anawar de kat kondo no 1151 dr kul 3-4.30pm bersama saiful
2. anwar de wat seks luar tabii dgn pakse kat saiful x dlm tempoh 2.. even kalo saiful wat dgn rela pun(Allah n die je taw),kalo die kate xrela gak kat court nk wat cmne.. it just a proof anwar engage in homosexuality yg pnting.

pe2 pun jumain,ni just view aku, 4 me 10 org hakim mahkamah tinggi,rayuan n persekutuan admit anwar's homosexuality, says a lot, but just dibebaskn gak sbab technical glitch.. kalo nk kate mahkamah msia korupt,npe in da end anwar mnang 1st sodomy case? dis tym around mayb anwar falls guilty as charge? Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail ckp ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula kate yang dia tak percaya kepada sistem pengadilan Msia :P

n len org len view.. but aku just xpress reasons of my view :P
sekian gak,last piece frm me :P


aku terdiam sekejap dengan fakta yang dia bagi...aku terbidas dgn ayat2 dia...yer la..aku nie pun baru jek nak mengetahui isu nie..kes2 mahkamah Anwar yang lepas aku tak tahu pun...tapi nie pun dia amik dari blog che det n zulkifli nordin..:P (tetap xnak kalah he3)

aku: wah hebat fakta ko.....lagi2 fakta dari blog che det n zulkifli nordin....he3

ehmm...thankz 4 da info..aku baru tahu rupanya2 saiful dah di liwat beberapa kali...

dan amat kelakar bila dah berkali-kali di liwat tapi laporan perubatan empat orang doktor memberikan laporan tiada sebarang unsur-unsur atau kesan kemasukan kedalam dubur Saiful....... See More

owh musykil aku sekejap...hu3

so skrg bergantung pada forensik dan DNA je la utk membuktikan betul or x...


sama2 la kita nantikan... ; )




ehmmm......macam nie la yang aku suka...bila ada org yang komen dan membidas aku semula...sekurang2nya membantu aku untuk memahami lagi sesuatu isu tue...bagus juga kawan aku tue....ingatkan duk kat overC tak amik peduli isu politik di malaysia...sbb Mahasiswa tempatan pun ada yang xtahu apa2 pasal politik msia....sedih btol...sekurang2nya kita jadilah Mahasiswa yang Peduli seperti apa yang di sarankan oleh MPPUMP 08/09....

jangan jadi mahasiswa yang tak tahu menahu isu semasa...itu tak intelektual namanya...jgn ingat ko 4.00 setiap sem ko la paling pandai...bila tanya sikit pasal isu semasa tak tahu....macam mn nak maju...sbb ianya adalah salah satu 'add value' dalam diri kita...seperti saranan KPT sendiri... ; )

sekian...



p/s: ada sesetengah manusia yang cakap je lebih@lebat...tapi sebenarnya tak buat pun apa yang dia katakan....

liwat tak buang air 2 hari....



alif ba ta:

masih berkisar isu perbicaraan kes liwat Saiful vs Anwar yang masuk hari ke tiga....semakin aku mengikuti isu ini...semakin banyak yang buat aku rasa geli hati....dari sebesar2 benda...hingga ke kecil zarah....di jadikan bukti....dari kisah luaran hinggalah kisah2 dalaman....


bukan setakat luaran baju di jadikan bukti....malahan seluar dalam berjenama Levi's serta penggunaan pelincir KY jelly juga turut di ceritakan dan di jadikan bukti....aku rasa kes ini sangat giler....he3

dan apa yang menarik hari ini ialah:

  • seluar hitam yang di pakai Saiful ketika di liwat adalah HADIAH daripada Anwar Ibrahim...
  • "Anwar membuat "tawaran balas" untuk membiayai pelajarannya sekiranya beliau terus bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar." kata Saiful kepada mahkamah...
  • Saiful menyerahkan kepada polis seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levi's yang dipakai semasa kejadian dan baju kemeja hijau jenama G2000 yang dipakai semasa membuat laporan polis.Beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levi's yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya. beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian. Mohd Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA
  • Pada akhir prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar "Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah". 
  • Mohd Saiful mengesahkan gambar dalam kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah dirinya.
  • Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil. 
  • Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.
  • Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat.


*Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.




p/s: Saiful adalah seorang yang suka memakai Underwear berjenama Levi's....HA3

Thursday, February 4, 2010

Can I **** you today?


Mohd Saiful Bukhari Azlan (tiga, kiri) menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau diliwat Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (dua, kiri) ketika melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, hari ini. Lawatan itu adalah sebahagian daripada perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar, 63, dengan pengadunya, Mohd Saiful, 25. Perbicaraan hari kedua kes itu di Mahkamah Tinggi ditangguhkan pada pukul 11.43 pagi selepas sesi keterangan secara tertutup bagi membolehkan hakim melawat kondominium terbabit.



alif ba ta:

hari nie bermulanya kes perbicaraan Anwar dan saiful bukhari...menarik dan tersangat ingin tahu tentang kes perbicaraan mereka berdua...

bukan calang2 kes yang di bawa ke mahkamah...lagi2 berkaitan dgn pemimpin No.1 Pakatan Rakyat...pastinya mendapat sambutan dan liputan yang meluas walaupun perbicaraan di jalankan secara tertutup...

apakah ini satu konspirasi..? ataupun sememangnya ianya satu kenyataan yang harus di terima...sama-samalah kita ikuti perbicaraan kes ni...dan kita menilai sendiri...sebab bagi aku...undang2 bukanlah penyelesaian kepada semua perkara....kadang2 yang BENAR tidak mendapat HAK dan yang PALSU terus berada dalam keadaan yang selamat...apa yang penting...siapa yang pandai mengatur strategi untuk menang dalam sesuatu KES pastinya mereka yang akan menang...dan tidak di sabitkan kesalahan....mudah.

perbicaraan ari nie yang menarik ialah...

Mohd Yusof: Apa soalan?

Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu?

Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?
Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.

Mohd Yusof :Dalam bilik itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.

Mohd Yusof :Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada?

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri. 



di atas adalah sedikit pertanyaan oleh Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada Saiful....

*perbicaraan selepas itu terpaksa di adakan secara tertutup....atas permintaa kapal dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

ok cukup sampai di sini...





p/s: kes ini sangat mengaibkan....

Wednesday, February 3, 2010

sentiasa la berwaspada~




kredit tue jarinakal.blogspot.com

alif ba ta:

pepatah melayu mengatakan....malang sesungguhnya tidak pernah mengeluarkan bau....oleh sebab itulah timbulnya satu lagi peribasa...bawa la payung selalu supaya bila hujan nanti boleh la guna....(mengubah ayat tapi maksud tetap sama)...

oleh sebab itulah, dalam kehidupan harian kita...kita senantiasa di tuntut utk selalu berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan...agar sesuatu yang buruk tidak akan menimpa kita...lagi pula student UMP senantiasa di ingatkan utk mengamalkan SAFETY FIRST...

namun...andai sudah takdir tuhan...maka apalah yang kita mampu untuk lakukan....hanya pasrah pada kehendaknya...kerana setiap yang berlaku itu sudah pasti ada hikmahnya...

maka...di sini aku tertarik utk membawa anda isu kemalagan yang agak kerap berlaku di ump baru2 ini...dan paling mengejutkan ialah kes kemalangan 2 org pelajar chemical di langgar teksi di hadapan canselori dan libry...

tak perlu untuk aku cerita mengenai apa yang berlaku...sebab aku pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku...sbb klu aku cerita nanti..sudah tentu versinya sedikit berlainan nanti...

2 pelajar tersebut sebenarnya dari kolej kediaman ke-4....yang mana kolej kediaman tersebut terletak di seberang jalan raya susur keluar masuk kl-kuantan....

sebelum kolej kediaman ke-4 tersebut siap...aku sempat membuat lawatan ke tapak site kolej kediaman ke-4 tersebut...bersama dgn aizat...utk project subject apa aku dah tak ingt...hu3 dan aku sempat bertanya kepada senior UMP yang bekerja di tempat tersebut sbg Project manager...(sebelum ini ada entri mengenai aku membuat lawatan ke site kolej kediaman ke-4 nie..nak tgk cari sendiri)

soalan aku adalah....'Adakah pihak UMP ataupun pihak kontraktor akan menyediakan jejantas supaya memudahkan pelajar utk menyeberangi jalan bagi memudahkan mereka ke class?'....dan jawapannya mudah..Mungkin ada....namun itu bergantung kepada pihak UMP....soalan ini aku tanyakan kerana sebelum KK4 ini siap...ada kes kemalangan yang mengakibatkan seorang pelajar perempuan meninggal di tempat kejadian....iaitu di jalan raya sama 2 pelajar tersebut kemalangan pada hari isnin lepas...

dan sehingga ke hari ini...aku tidak nampak pun...kelibat jejantas yang aku rasa perlu untuk di bina dengan secepat mungkin bagi memudahkan pelajar ke class....bukan setakat jejantas biasa utk pejalan kaki..tetapi juga utk motorsikal...pihak UMP boleh mencadangkan kepada MPK untuk membinanya...mudah...

inilah yang di katakan....biar hujan sudah lebat...baru terhegeh2 nak cari payung...entah berapa banyak lagi kemalangan yang akan berlaku..baru ada tindakan yang sewajarnya di ambil...

begitu juga dgn isu memakai helmet motor ketika menaiki motor di kawasan U...kebanyakan dpd kita mengguna safety helmet sbb ramai yg tidak ada helmet motor...namun di sebabkan kes kemalangan di dalam U yg semakin meningkat....aku rasa sewajarnya pemakaian helmet itu di wajibkan...(aku juga antara mereka2 yg selalu menggunakan safety helmet he3)

namun semuanya berbalik kepada diri Mahasiswa itu sendiri...jika mempunyai kesedaran sivik dan juga keselamatan jalan raya...sudah pastinya membawa motor di kawasan U dgn kelajuan yang minimum....tak rugi pun...demi keselamatan diri juga...: )

oleh itu. samalah2 kita menjaga keselamatan diri untuk kebaikan bersama...sedar2 la klu memandu di kwn U tue...bawa la kereta or motor tue dgn berkhemah yer kawan2 semua....





p/s: aku sentap juga bila dpt tahu yang 2 org student tue adalah bdk teater iaitu bani n hafiz...hu3 takziah bt mereka...dan aku dgr hafiz dah pulang ke rumah dan bani transfer ke kl...klu xsilap aq la...semoga mereka cepat sembuh dan kembali ke kuliah ;) amin

Tuesday, February 2, 2010



alif ba ta:

hari demi hari yang kita lalui
tak selamanya ke temu jalan yang lurus tanpa liku
mahupun tanpa berbukit bukau turun naik
ada satu saat dan ketika
kita terpaksa menerima takdir tuhan
yang itu adalah ujian dariNYA...

maka
hadapinya dengan hati yang tenang
kerana Tuhan itu sayang kita..


Popular Posts

Popular Posts since May 2010