Tuesday, February 9, 2010

Zamry KEKAL!

*gambar di ambil dari FB Dr.Zamry

Alif ba ta;

teka-teki siapakah yang menjadi Menteri Besar Perak yang sah akhirnya terjawab hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan memutuskan Dr.Zamry adalah MB Perak yang SAH!

yang menarik:


  • Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
  • proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun.
  • Mahkamah juga memutuskan Nizar mengetahui beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak dan perlu melepaskan jawatan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. 
  • hampir 1000 penyokong Ir.Nizar & Dr.Zamry berkumpul di depan Istana Kehakiman dgn penyokong Dr.Zamry memakai baju kuning dgn tulisan 'Daulat Tuanku'.


Maka, dengan itu...aku harap semua pihak dapat menerima kenyataan dan keputusan Mahkamah ini....di harapkan Kerajaan Perak dapat kembali seperti biasa tanpa sebarang perkara2 yang tidak di ingini...setuju atau pun tidak...kita perlu untuk terima apa jua takdir Tuhan...

apa yang penting, rakyat Perak terus menjalani kehidupan harian seperti biasa....kerana itu lebih penting berbanding terlalu taksub dengan aliran politik yang di pegang...hingga terlupa apa tujuan dan matlamat kita untuk berada di atas muka bumi ini...

andai aku rakyat Perak...aku tak kesah pun siapa yang menjadi MB Perak...sebab aku cukup kagum dengan kedua2 insan ini....melihatkan kepada latar belakang pendidikan mereka yang sangat cemerlang membuatkan aku percaya dengan kebolehan mereka...mungkin bezanya nanti cuma aliran politik yang di bawa oleh mereka....

beri masa Dr.Zamry untuk meneruskan kepimpinan beliau...dan anda nilai lah dengan baik....buat perbandingan....so..bila PRU13 yang akan datang...anda pilihlah yang mana terbaik untuk anda.... ; )

sekian.



p/s: harap2...krisis yang berlaku di Perak dapat kembali pulih...amin

1 pengkritk ceritera duniaku:

Mr Final said...

OK terima jek laa.. letih dah politik xsuda2 ni.. kalo xpuas ati tunggu jek dlm 2 thn pilihanraya umum pon dtg blk... huhu

Popular Posts

Popular Posts since May 2010