Sunday, March 28, 2010

Chua Soi Lek Presiden terbaru MCA



Alif ba ta:

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diisytiharkan sebagai Presiden parti dengan meraih 901 undi, Ong Ka Ting (833 undi) dan Tee Keat (578 undi).


Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai menang jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi, mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (1106 undi).

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Seri Ng Yen Yen (1528 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (1469 undi), Datuk Chor Chee Heung (1202 undi) dan Gan Ping Sieu (1202 undi).



Tahniah buat Datuk Chua Soi Lek....kerana berjaya meraih undian tertinggi lantas menjadi Presiden parti MCA yang terbaru...

ternyata scandel seks bukan penghalang untuk menjadi Presiden Parti...ternyata isu peribadi di tolak ke tepi...tetapi kepentingan parti lebih di angkat tinggi....agar MCA di tadbir dengan baik...

kepada barisan kepimpinan tertinggi parti....semoga berjaya membaik pulih MCA yang tercalar sebelum ini untuk menarik kembali kepercayaan rakyat kepada MCA....

Good luck buat semua kepimpinan baru~



p/s: keputusan yg sgt menarik...he3

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour 2010



alif ba ta:

buat kali ke-2, Malaysia menyokong kempen murni ini demi bumi yg di cintai...dan tepat 1 jam dari entri ini di tulis....marilah kita sama2 seluruh rakyat Msia mahupun dunia...untuk menyahut kempen baik ini....

berikat sedikit masa anda kepada bumi yang kita cintai....ianya perlukan simpati kita semua....agar menyedari bumi kini kian uzur....

semoga kempen earth hour 2010 kali ini akan mendapat sambutan yg lbh berbanding tahun yg sudah....

Marilah kita sama2 menutup lampu tanpa ada perasaan prejudis kepada kempen ini...xnak bt sudah...yg nak menyahut kempen ini teruskan niat murni anda semua....; )


sekian.


p/s: biar mata bergelap seketika, jangan  hati gelap selamanya~

Monday, March 22, 2010

AF8: konsert 1



Alif ba ta:


Konsert 1 AF8 sudah pun berlalu...Debaran juga telah pun terhenti apabila seorang peserta telah pun di undi keluar kerana % undian yang terendah iaitu Shah...

malang buat Shah kerana menerima takdir untuk menjadi peserta pertama yang terkeluar pada musim ke 8 ini...kerana masih banyak lagi rasanya yang perlu untuk Shah pelajari...dan mungkin belum puas lagi Shah merasai duduk dalam di akademi dan menuntut ilmu sebanyak mungkin...namun lumrah program bertemakan realiti....harus ada yang terkeluar...dan itu adalah hakikatnya....

harapan aku untuk konsert 1 ini pastinya sesuatu yang mengagumkan...kerana aku meletakkan satu paras yang tinggi terhadap pelajar2 AF8 kali nie....berpandukan kepada persembahan pembukaan tirai...yang aku kira boleh di katakan pada paras yang baik....

kerana bagi aku musim ini sangat lain...kerana semua peserta mempunyai vocal yang bagus...dan perlu untuk di asah lagi utk jadi lebih bagus...

namun sayangnya...konsert pertama tak mempamerkan persembahan yang bertenaga....dan tidak berjaya membuat aku teruja seperti konsert pembukaan tirai yg lepas...mungkin faktor tugasan lagu yang di berikan tidak sesuai ataupun pelajar2 ini keletihan...ye la...minggu pertama sudah tentu masa untuk menyesuaikan diri....

sepatutnya itu semua bukan menjadi alasan...kerana tugas pelajar untuk belajar dan mempersembahkan yang terbaik...maka tidak timbul soal lagu tak boleh bawa or tak kena dgn jiwa....

momentum pada awal konsert bagus apabila Adira berjaya mempersembahkan dgn baik...namun bila smpai ke pertengahan semakin bosan...nasib baik persembahan terakhir iwan menghidupkan semula suasana...

 hanya beberapa peserta sahaja yang membuat persembahan yang boleh di katakan bagus..namun masih ada perlu utk di perbaiki....antara peserta yang boleh di katakan lulus pada konsert pertama ialah....Adira,Iwan dan Anum...

yang lain rasanya banyak perlu untuk di perbaiki....dan untuk penyingkiran rasanya tak sepatutnya ada...sbb perlu untuk bagi 1 minggu lagi untuk dorang semua buktikan yang terbaik...dan barulah ada penyingkiran....lagipun Syah bukannya tak bagus,..dia ada vocal yg bagus mungkin sudah tidak ada rezeki....mungkin rezki di tempat lain...selamat berjaya buat Syah....; )

Berikut adalah peratusan selepas undian ditutup (%):

ANUM 25
AIN 12
SHAHIR 11
IWAN 10
ADIRA 9
EMA 7
FARINA 6
NAD 6
DAUS 5
MAULANA 4
ALIF 3
SHAH 3

d end~


p/s: mengulas lite2 jek....mls nak menaip pjg2....hu3 suka bila Anum dpt vote tertinggi...he3 teruskan perjuangan anak TAWAU...; )

David the Biggest loser Asia..



Alif ba ta:

inilah juara pertama The Biggest Loser Asia......aku sangat terkejut dan terkesima melihat penurunan berat badan David...sbb nampak kurus sgt...mcm penagih pulak....the biggest loser yg sebelum nie aku tgk winner dia ok jek kurus dia...xde la nampak mcm david nie...hu3

apa2 pun tahniah bt david sbb berjaya menurunkan berat badan anda lantas menjadi The Biggest Loser Asia yg pertama....semoga lepas nie menjalankan diet yg seimbang k....good luck!

buat mereka yang nak kurus..jadikan la David sbg sumber inspirasi... ; )

David Gurnani Juara dari Indonesia

Sebelum : 157 Kg

Selepas : 74 Kg




p/s: semua orang sibuk nak turunkan berat badan...tapi aku sibuk nak naik kan berat badan hu3 bilalah badan aku boleh ada 6 pax....hu3 berangan sgt...lalalala...

Thursday, March 11, 2010

Sains Seremban Sekolah Terbaik SPM 2009!





PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. – Utusan


Alif ba ta:

Syukur alhamdulillah....jutaan TAHNIAH buat semua junior batch 08/09 yang telah pun mengharumkan nama saser...dan mengekalkan tradisi kecemerlangan SASER NAMAMU TERATAS....

semoga kejayaan seperti ini tidak meletakkan kita semua warga SASER leka....semoga kejayaan ini akan terus terukir setiap tahun....AMIN

good luck buat junior sesi 09/10 utk SPM 2010...semoga kejayaan senior2 anda di jadikan pengajaran untuk terus berjaya....

PNG 0.97

SASER satu-satunya sekolah yang mendapat purata nilai gred di bawah 1.00. Seramai 130 orang pelajar mendapat semua A dan seramai dua orang pelajar mendapat semua A+ iaitu Nik Ahmad Rusydan dan Mohd Syamil Mohd Sani.

SUBJEK
PNG
Bahasa Melayu
0.72
Bahasa Inggeris
1.25
Matematik
0.22
Pendidikan Islam
0.60
Pendidikan Moral
0.44
Sejarah
0.63
Fizik
1.33
Kimia
0.94
Biologi
1.90
Matematik Tambahan
1.06
EST
1.68

*Untuk pengetahuan semua, pemberat bagi A+ ialah 0. Oleh itu, semakin hampir PNG kepada 0 bermaksud semakin baik pencapaian.


sekian.




p/s: pencapaian yg sgt luar biasa walaupun ada byk masalah yg di dengar tentang student batch 7 nie....

Tuesday, March 9, 2010

Album Digital FT...

 



Alif ba ta:
sedar tak sedar, hari nie baru aku dapat tahu yang FT telah pun melancarkan Album Baru beliau secara Digital yang mana boleh di download melalui Maxis dan Digi.

dalam Album Digital ini terdapat 5 buah lagu iaitu:

1) Hanyut (akustik)
2) Hanyut
3) Karma
4) Superhero
5) Adrenalin

seronok sgt dapat download lagu FT....cuma skrg aq xdpt lagu Hanyut versi akustik...dan thankz to Hashim bdk fakulti aku iaitu peminat No.1 FT katanya...sbb bagi aku lagu Superhero & Adrenalin. dia dah bg beberapa hari yg lepas. cuma hari nie baru berkesempatan dpt dgr. dan tadi aku download 2 buah lagu lagi iaitu Hanyut & Karma.

dan skrg....aku tgh giler mendengar lagu Hanyut...sebab lagu tue kena dgn jiwa aku...he3 tp yg ptg lagu2 FT best2 belaka....yeah~


FAIZAL TAHIR - HANYUT

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

sekian.



p/s: tak sabar nak tunggu Album penuh FT....!

Wednesday, March 3, 2010

Proton EMAS~

 

  

  

  

  

   

  

  

  

  

  

 



Alif ba ta:
gambar2 di atas  adalah salah satu daripada kereta Proton terbaru yang dinamakan Proton EMAS...yang mana akan di lancarkan pada tahun 2012...

Proton EMAS ini telah di lancarkan di Geneva International Motor Show semalam oleh Proton adviser Tun Dr Mahathir Mohamad....

ini adalah kereta Global pertama Proton yang mempunyai ciri2 alam sekitar....yang mana Proton EMAS hadir dengan 3 types....

Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, 
Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta 
Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

the cars are powered by a hybrid plug-in developed by Lotus Engineering, a Proton Group company, and includes a 1.2 liter engine that develops 38 kW (51 hp) and can run on petrol, ethanol or methanol. This engine is coupled to a generator and is meant to recharge the 11.5 kWh capacity lithium ion batteries.


Tun Dr.M berkata kejayaan Proton EMAS ini adalah sempena ulang tahun ke 25 PROTON dalam menghasilkan kereta buatan Malaysia dan memberitahu kepada dunia bahawa Proton sudah bersedia untuk bersaing dalam pasaran kereta Global....

Proton EMAS ini di beri nama EMAS adalah dpd singkatan kepada Eco Mobility Advanced Solutions.

kereta Proton EMAS ini telah di design oleh Italian design house Italdesign Guigiaro...


sekian.





p/s; aku bangga dengan kejayaan Proton kali ini...dari segi design dan kapasiti kereta sangat membuat aku kagum..sememangnya kita perlu utk menghasilkan kereta yang berkonsepkan hybrid demi alam yang kita cintai....tetiba teringat DEBAT ALAM SEKITAR lawan UTM dengan usul pasal Kereta Hybrid....hu3 memori paling manis bg aku time tue...: )

lompat si katak lompat

 
*gambar sekadar hiasan



Alif ba ta:
dulu..formula ini adalah formula yang sangat di bangga2 kan oleh anwar....konon2nya....ramailah si 'katak' yang akan lompat parti...masuk ke parti dia...sambil menyanyi lagu katak si katak lompat.....

Al-kisahnya....impian yang di impikan tidak pun menjadi nyata....ibarat menunggu bulan jatuh ke riba....dan malangnya..isu liwatnya pula yang di jaja di sana sini..sedih dan kesian...xtau nak cakap pe dgn nasib anwar nie....siapalah yang dah mendajalkan dia kan...

namun...apa yang berlaku kini....formula ini pula berjaya di realisasikan oleh pihak kerajaan...apabila satu persatu org kuat PKR keluar parti....

maka...melompatlah...si katak kodok masuk ke kandang yang lebih selesa dan selamat...sehingga satu negeri sudah pun pulang ke gagang....tersenyum lebar la mereka2 semua...

khabarnya....adalah lagi beberapa ekor katak kodok yang bakal melompat2 sambil menyanyi lagu si katak lompat dengan hati yang gembira....mungkin ada lagi negeri yang bakal pulang gagang semula.....jika formula ini berterusan....

makan hatilah si pembuat formula nie...penat dia memikirkan siang dan malam...mcm mana nak menaiki takhta....dan menuntut keadilan rakyat katanya....alih2...org lain yang berjaya membuat formula nie jadi kenyataan...

tak mengapa....pasti akan ada hikmahnya...kadang2 sesuatu yg kita cipta bukan utk kepentingan kita sendiri...tetapi org lain jugak....(ada kaitan ke statment aq nie? )....

semoga...aktivit lompat melompat nie tidak menjadi budaya...kalau macam tue...baik tak payah rakyat gigih turun mengundi...sian kat mereka yang mengundi berdasarkan PARTI semata2....sedarlah diri sikit...anda tercalon jd wakil rakyat utk bertanding tue atas tiket parti mana...maka teruslah berbakti untuk parti tersebut....dan kena fikir juga rakyat yang mengundi bukan di sebabkan anda...tetapi di sebabkan oleh kepercayaan terhadap parti yang anda tandingi....

jangan jadi seperti katak.....yang boleh hidup darat dan di air....suka hati dia je nak hidup di mana....jadilah seperti ikan di laut...semasin mana pun air laut tue...ikan tetap tidak di pengaharui oleh kemasinan air laut tue....

di akhir kata....semoga politik malaysia kembali kepada udara politik yang lebih telus dan adil...agar rakyat tidak pernah tertipu oleh wakil yang telah mereka pilih untuk menyampaikan suara rakyat....

sekian





p/s: kalau lah betul ada sesetengah parti dari kerajaan melompat parti beramai2...mcm mana lah keadaan malaysia time tue kan....hu3



Tuesday, March 2, 2010

Aduhai...adik Syafiah Humaira Sahari

 



alif ba ta:
tatkala dunia mula menunjukkan kebenciannya pada manusia....di saat itu jugalah....kejahilan sifat manusia semakin ketara....hingga hilang sifat kemanusiaan....

maka tidak mustahil...jika alam kini mahu mengakhiri hayatnya....kerana manusia juga sudah mula hilang kewarasan dalam diri...sedangkan sesama manusia sendiri kita tidak dapat menjadi insan yang berperikemanusiaan...apatah lagi dengan alam....satu persatu alam di musnahkan oleh tangan2 manusia sendiri....

oleh itu...jangan pernah menyalahkan takdir....andai alam mula menunjukkan belang....kerana ianya sewajarnya untuk kita yang tidak pernah sedar akan erti kehidupan...dan menjadi khalifah yang terbaik di muka bumiNya....

sedih dan terkilan...akan isu yang timbul ini...yg telah menggemparkan kita semua...seorang anak kecil yang tidak berdosa...di perlaku seperti haiwan yang tidak bernyawa...apa dosa dan salah?

sanggup di perlaku sebegitu hingga meninggal dunia...mana pergi sifat kemanusiaan kita...memperlakukan insan tak bernyawa seperti itu....sewajarnya yang bersalah di kenakan tindakan yang sewajarnya...kerana dia tidak layak menjadi manusia....

di pijak dan di tendang....!!!

mana pergi kewarasan akal? mana pergi sifat kasih sayang? mana pergi sifat2 kemanusiaan anda? 

dan mana pergi ketakutan pada Allah...rasanya baru je beberapa hari kita sambut Maulidur Rasul...namun tidak sedikitpun kita menghayati....mahupun mendalami....erti perjuangan Rasul yang kita sayangi.....namun cerita sebegini yang kita tatapkan....

sedih...anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.....tak tahu apa nak cakap....biarlah Tuhan yang membalasnya....

semoga Roh adik Syafiah Humaira Sahari tenang di sana...amin


Al-fatihah~





p/s: anak adalah Anugerah paling berharga yang ALLAH beri kepada umatNya...

Popular Posts

Popular Posts since May 2010