Monday, March 22, 2010

AF8: konsert 1



Alif ba ta:


Konsert 1 AF8 sudah pun berlalu...Debaran juga telah pun terhenti apabila seorang peserta telah pun di undi keluar kerana % undian yang terendah iaitu Shah...

malang buat Shah kerana menerima takdir untuk menjadi peserta pertama yang terkeluar pada musim ke 8 ini...kerana masih banyak lagi rasanya yang perlu untuk Shah pelajari...dan mungkin belum puas lagi Shah merasai duduk dalam di akademi dan menuntut ilmu sebanyak mungkin...namun lumrah program bertemakan realiti....harus ada yang terkeluar...dan itu adalah hakikatnya....

harapan aku untuk konsert 1 ini pastinya sesuatu yang mengagumkan...kerana aku meletakkan satu paras yang tinggi terhadap pelajar2 AF8 kali nie....berpandukan kepada persembahan pembukaan tirai...yang aku kira boleh di katakan pada paras yang baik....

kerana bagi aku musim ini sangat lain...kerana semua peserta mempunyai vocal yang bagus...dan perlu untuk di asah lagi utk jadi lebih bagus...

namun sayangnya...konsert pertama tak mempamerkan persembahan yang bertenaga....dan tidak berjaya membuat aku teruja seperti konsert pembukaan tirai yg lepas...mungkin faktor tugasan lagu yang di berikan tidak sesuai ataupun pelajar2 ini keletihan...ye la...minggu pertama sudah tentu masa untuk menyesuaikan diri....

sepatutnya itu semua bukan menjadi alasan...kerana tugas pelajar untuk belajar dan mempersembahkan yang terbaik...maka tidak timbul soal lagu tak boleh bawa or tak kena dgn jiwa....

momentum pada awal konsert bagus apabila Adira berjaya mempersembahkan dgn baik...namun bila smpai ke pertengahan semakin bosan...nasib baik persembahan terakhir iwan menghidupkan semula suasana...

 hanya beberapa peserta sahaja yang membuat persembahan yang boleh di katakan bagus..namun masih ada perlu utk di perbaiki....antara peserta yang boleh di katakan lulus pada konsert pertama ialah....Adira,Iwan dan Anum...

yang lain rasanya banyak perlu untuk di perbaiki....dan untuk penyingkiran rasanya tak sepatutnya ada...sbb perlu untuk bagi 1 minggu lagi untuk dorang semua buktikan yang terbaik...dan barulah ada penyingkiran....lagipun Syah bukannya tak bagus,..dia ada vocal yg bagus mungkin sudah tidak ada rezeki....mungkin rezki di tempat lain...selamat berjaya buat Syah....; )

Berikut adalah peratusan selepas undian ditutup (%):

ANUM 25
AIN 12
SHAHIR 11
IWAN 10
ADIRA 9
EMA 7
FARINA 6
NAD 6
DAUS 5
MAULANA 4
ALIF 3
SHAH 3

d end~


p/s: mengulas lite2 jek....mls nak menaip pjg2....hu3 suka bila Anum dpt vote tertinggi...he3 teruskan perjuangan anak TAWAU...; )

1 pengkritk ceritera duniaku:

Raja Azrul said...

AF masih sama..tetap tak best

Popular Posts

Popular Posts since May 2010