Monday, April 12, 2010

mana pergi kemanusiaan???




alif ba ta;

manusia kini semakin hari semakin kejam...syaitan terlalu kuat merasuk jiwa....hingga sanggup memperlakukan susuk jiwa yang tak berdosa...di perlaku seperti binatang yang tidak bernyawa....

mana perginya sifat kemanusiaan dalam diri mereka yang tergamak membuang bayi2 suci ini....di campak di sungai, di bakar di tong sampah, di campak dari tinggat yg tinggi, di tinggalkan dalam semak dan sebagainya...

sedih...hati ini terpanggil untuk menulis isu yang tidak berperikemanusiaan ini....

siapakah yang harus di persalahkan? keluarga? masyarakat? kerajaan? dan siapa??? senaraikan segala semua punca yang ada...pasti ramai yang akan meletakkan salah dia dan salah kamu...

sedangkan bagi aku...puncanya adalah diri si pelaku durjana ini...semuanya terletak pada diri kita juga akhirnya...kerana segala keputusan yang kita lakukan...adalah bergantung kepada diri kita juga....

ingat...setiap perkara yang kita lakukan...pasti jangan pernah lupa pada pencipta....Allah yang kita kasihi....

sebab itulah...sejak kecil lagi...kita di didik untuk senantiasa menucapkan Bismillah....supaya kita sentiasa ingat kepadaNYA...atas segala perkara yang kita lakukan...agar kita sentiasa di lindungi dan dirahmati olehNYA...

semua pihak perlu untuk bekerjasama...dalam menangani isu ini...agar ianya tidak berlarutan dan menjadi amalan dalam masyarakat kita....

dan bagi aku...sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan undang2 berlandaskan islam terhadap mereka2(org islam) yang tidak bertamadun ini...agar isu2 ini tidak akan terus berlarutan dan menjadi penyakit dalam diri masyarakat kita...biar undang2 islam pula yang menjadi hukum agar mereka sedar dan takut akan hukum tersebut...ye la..hukum denda dan sebat pun tak takut...harus menguatkuasakan hukum islam...


Islam menggariskan bahawa hukuman bagi penzina terbahagi kepada dua jenis, iaitu samada sudah berkahwin, atau belum berkahwin. Orang yang berkahwin dikenakan hukuman rejam sehingga mati, manakala orang yang belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali, dan dibuang negeri. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 417-420 )

Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

a. Daripada ayat ini, terdapat dua ayat yang menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms450-451). Iaitu :

Pertama : Dilarang membunuh anak, kerana khuatirkan kemiskinan

Maka, apabila diharamkan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, apatah lagi sekiranya membunuh anak tanpa sebab, dengan membuang anak contohnya.

Kedua : Dilarang daripada menghampiri penzinaan

Iaitu larangan daripada menghampiri kejahatan atau penzinaan. Samada secara terang-terangan, ataupun secara sembunyi.

Ketiga : Dilarang daripada membunuh jiwa

Iaitu larangan membunuh jiwa. Samada anak sendiri, atau sesiapa sahaja. Buang anak adalah salah satu bentuk pembunuhan yang diharamkan.

b. Ayat-ayat di atas saling berkaitan di antara satu sama lain. Pada mulanya disebut tentang larangan membunuh anak, kemudian ayat melarang penzinaan, dan disusuli pula dengan larangan membunuh jiwa.


2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al Isra’, ayat 31-33

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

a. Ayat di dalam Surah al Isra ini berkaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu bermula daripada ayat 22 sehingga 33. Kesemuanya menceritakan tentang dosa-dosa besar.

b. Membunuh anak khuatirkan kefakiran di antara dosa-dosa besar. Apatah lagi membunuh anak disebabkan alasan yang lebih ringan daripada itu. Ia juga berdasarkan hadis Nabi SAW yang akan disebutkan selepas ini. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 73-74 )


3. Hadis Nabi SAW

Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.

( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, cet. Mu’assasah ar Risalah bah. 10, ms 263 no. 4415 / Imam Bukhari, Shahih Bukhari bah. 13, ms 394 no. 4117 / ibid. bah. 14, ms 420 no. 4389 dan banyak lagi )

a. Jelas di dalam hadis ini, larangan membunuh anak, dan ia di antara dosa yang besar, yang tersenarai. Apatah lagi membunuh anak tanpa sebarang alasan, dan anak tersebut hasil daripada penzinaan.

b. Maka, berzina adalah dosa besar, kemudian anak hasil penzinaan tersebut dibuang. Ini juga merupakan dosa yang besar. Maka, terdapat dua dosa besar yang ditanggung oleh penzina yang membuang anaknya.


*kredit utk blog CINA ISLAM
  
kesimpulannya:

jelas...ayat2 di atas menunjukkan kepada kita bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya untuk sesuka hati membuang bayi ataupun membunuh nyawa yang tak berdosa...malahan melarang sekeras2nya perbuatan terkutuk itu...

semoga...ada balasan yang akan di berikan kepada mereka yang tergamak membuang bayi yang tak berdosa itu...

sesungguhnya...jiwa tak kan pernah aman jika hidup bergelumang dgn dosa2 besar...kepada remaja2 di luar sana...hargai diri anda...dan jangan mudah percaya pada sesiapa yang tidak kenali....dan jadilah insan2 yg berguna di dunia dan di akhirat...ingat dunia hanya pinjaman cuma...di sana nanti kekal menanti....





p/s: mensyorkan kerajaan agar mengetatkan undang2 terhadap kes2 pembuangan bayi ini dan juga kes2 zina yang berleluasa...sudah tiba masanya undang2 islam di guna pakai di dalam negara kita...jangan jadi seperti isu kartika...penyelesaian yang tidak membawa ketakutan pada mereka2 yg suka minum arak di khalayak or tidak!!!

0 pengkritk ceritera duniaku:

Popular Posts

Popular Posts since May 2010